Anda di halaman 1dari 3

Tersesat di masa hadapan

Tersesat di masa hadapan

“Sawadikap, Sir” kata seorang gadis dari masa hadapan yang tersesat di dunia kini. Bukan saja
sebagai wanita masa hadapan tapi keupayaan mengemas menggunakan teknologi terkini ibarat satu
teknologi ubah suai seperti robot. Tapi itulah yang membezakan dunia sekarang dan teknologi masa
hadapan. Siap rumah dilengkapi teknologi CCTV yang boleh diakses di masa kini. Dengan hanya
perkataan rumah pula boleh bertukar posisi dan kemas dengan sendiri. “Would you like a massage
sir?”, kata wanita itu kepada tuan beliau. “Yes, please”, kata tuannya.
Namun itu yang ternampak tapi sebenarnya wanita tersebut perlukan bantuan kerana tersesat dimensi
dunia sekarang kerana dia dari masa hadapan. Jadi dia memerlukan bantuan dari kawan-kawan soul
partner yang boleh membaca hati tanpa berkata apa-apa. Soul partner sekumpulan adik beradik yang
mempunyai kelebihan membaca isi hati. Mereka rupanya dari masa hadapan yang terpilih mampu
pergi ke dimensi mahupun ke Mekah melalui perantaraan hajat mereka. Cara mereka ke masa
hadapan adalah melalui kereta yang berteknologi tinggi yang mampu melepasi galaksi tujuan mereka.
Ataupun melalui penerbangan terus ke sana.

Bila perlukan bantuan kumpulan adik beradik ini akan membantu sedayanya. Mereka tahu sekarang
wanita itu dalam kesusahan sebab tiada siapa memahami dirinya yang tersesat. Kemudian dikurung
dari kemana-mana. Mereka mengakses kegiatan wanita itu melalui televisyen masa hadapan. Segala
perbuatan boleh di akses mereka termasuk aktiviti wanita itu yang tersesat di alam dunia kini. Segala
tindak tanduk wanita tersebut tidak difahami tuannya yang menganggap wanita tersebut mungkin
sudah hilang akal.

Padahal dia sedang berhubung dengan soul partnernya untuk meminta bantuan menyelamatkan anak-
anak beliau dari kerakusan tuannya. Mereka menggunakan isyarat sebagai tanda berhubung dan
menyelamatkan anak masing-masing dari tersesat dari genggaman tuan beliau yang banyak mendera
wanita itu. Mereka sekumpulan soul partner yang terpilih yang dipanggil soul mate akedemi.
Kumpulan rahsia ini akan membantu ahli-ahli yang bermasalah misalnya dengan menjaga anak
wanita itu dari dimensi masa depan. Mungkin agak aneh tapi kumpulan ini ditubuhkan bagi
membantu mereka yang sehati sejiwa dari kekejaman dunia.

“Daddy, I love you”, kod rahsia anak wanita gunakan untuk kemasa hadapan menemui seorang soul
partner ibunya bagi bantuan. Dia akan dialihkan ke masa hadapan oleh lelaki itu dan menjaga anaknya
sementara ibunya bebas dari cengkeman kekejaman. Komplot ini berlaku juga kerana ada kuasa
kejahatan bercampur dengan cahaya kebaikan berikutan sihir oleh manusia dunia. Tapi wanita itu
berusaha mengalih segala kuasa kejahatan tersebut yang belenggu dirinya. Sebenarnya tuan yang
dimaksudkan mempunyai pelbagai gambaran kejahatan, adakalanya dia terbayang seperti penjaga
neraka kerana kejahatan mereka sungguh kejam. Di bantu oleh seorang wanita tua, wanita itu diikat
tanpa belas kasihan.

Namun disebaliknya kuasa ini dipengaruhi kuasa luar dari dewa dewi menurut kepercayaan
masyarakat Cina. Ada kuasa yang membantu menyebabkan kebolehan luar biasa wanita itu bukan
kebolehan sebenar beliau. Ini kerana dia tinggal sekitar perkampungan masyarakat Cina. Kuasa dewi
telah membuat wanita itu lebih parah dengan kesesatan itu. Manakala maysayarakat Cina pula
percaya kepada kehidupan abadi jauh berbeza dengan masyarakat islam. Pergaduhan dua pendapat
membuatkan mereka percaya wanita itu boleh membawa mereka pergi kemasa hadapan. Namun, itu
adalah pendapat wanita itu setelah terdengar bisikan soul dari kaum Cina kawasan tersebut yang
menyuruhnya lari dari rumahnya.

Wanita itu telah lari tapi dalam hatinya teringat kepada ibu saudaranya yang berada berdekatan. Jadi
dia cuba kesana dua kali namun tak berjaya menemuinya. Wanita itu percaya dengan menemui ibu
saudaranya segala persoalan yang mebelenggu dirinya kan terjawab. Mengenai apa yang menganggu
dirinya ketika ini. Adakalanya wanita ini ternampak perlbagai jelmaaan memberitahu mengenai
kelebihan dirinya dapat. Namun, tiada tempat untuk bertanya. Disebabkan itu wanita itu makin
kebingungan dengan alam nyata dan illusi disebabkan gangguan yang berterusan. Keadaaan itu begitu
meruncingkan kerana apa yang beliau nampak adalah berbeza dengan realiti dan tanpa bimbingan
wanita itu mudah percaya.

Sementara dengan terbawa-bawa dengan khayalan masa hadapan itu pelbagai kejadian telah berlaku.
Antaranya membawa anaknya pergi naik bas untuk ke tempat lain. Dalam perjalanan itu wanita itu
menemui satu hentian. Di hentian itu dia telah turun dan berjalan kaki bersama anaknya. Namun
diselamatkan oleh orang lain. Sebenarnya semasa dia pergi itu dia telah membayangkan berada di
alam bunian dan tersesat tidak boleh keluar. Dia telah ditinggalakan oleh bas yang dinaikinya dan dia
bersama anak perempuannya di hentian tersebut.

Pada pandangan matanya diperlu mencari jalan keluar dari tempat tersebut namum tak berjaya. Dia
beranggapan bahawa dia tidak boleh menemui jalan yang betul akibat tersesat ke alam bunian.
Namun, mujur ada beberapa orang awam telah menyelamatkan dia. Akhirnya wanita itu terselamat
dengan anaknya dan menemui tuannya kembali. Dalam ketidak sedaran rupanya tuannya adalah
suami wanita itu sendiri. Begitulah keadaan yang membelenggu dirinya sehingga tak sedar antara
realiti dan khayalan. Manakala ibunya dianggap orang asing dari Indonesia kerana tidak mengenali
akibat illusi yang dihadapinya.

Kisah yang berlaku mungkin akibat pengalaman pertama kejadian yang dihadapi dulu diulang tayang
ke kejadian sebenar yang berlaku. Dia hanya seperti tersesat mencari sesuatu yang tak pasti apakah
itu. Dia tahu dia bermasalah apabila sekumpulan kenalan yang dikenali mendakwa ingin
membantunya. Di situlah, dia mengalami kesesatan yang nyata antara orang-orang yang dikenali
dengan orang yang tidak dikenali. Plot itu, membawa dia kepada kejadian percanggahan antara apa
yang berlau dan dikeliling oleh orang yang tak memahami dirinya. Dia dibawa merata-rata rumah dan
ia mengelirukan lagi keadaan wanita tersebut.

Ada rumah yang di singgahi tinggal penjaga pintu neraka dan wanita itu sangat-sangat takut dengan
hukuman yang akan dijalani. Ada rumah yang hanya didiaminya amat mengelirukan destinasinya.
Difikirannya seperti melakukan kesalahan jenayah yang besar sehingga terperangkap ke rumah
tersebut. Wanita itu memerlukan bantuan dari soul partner membantunya sedar Kembali dari
permainan teka-teki alam yang berbeza. Manakala wanita itu cuba untuk bertenang dan memberitahu
orang lain tentang masalah yang dihadapinya jelas tiada siapa yang percaya dan ingin membantunya.

Begitulah cerita kali ini, biarpun pelbagai plot dan ada cerita yang tak diceritakan begitulah kenyataan
yang dihadapi oleh wanita itu. Masih lagi keliru dalam kenyataan yang ada. Samada gangguan mistik
atau illusi sendiri wanita itu masih mencari perubatan agar sembuh. Wanita tersebut begitu keliru
apabila dikurung di masa kini yang memerlukan dia keluar mencari kehidupan yang hakiki. Semoga
cerita ini memberi iktibar kepada pembaca semua. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai