Anda di halaman 1dari 8

MASA : Waktu Pagi

TEMPAT : Ruang tamu sebuah rumah yang sederhana

Ruang tamu sebuah rumah dua tingkat yang sederhana milik seorang pegawai
kerajaan yang sudah bersara. Terdapat sebuah kerusi rehat dan sebuah meja di
ruang tamu itu.Berdekatan dengan meja telefon di satu sudut terdapat sebuah
piano dan sebuah jam antik. Dindingnya dihiasi dengan gambar besar Kaabah dan
beberapa ayat al-Quran dalam bentuk tulisan khat.

Abah yang memakai kain pelikat dan baju teluk belanga sedang duduk sambil
menahan sakit di bahagian bawah perutnya. Mama masuk melalui tangga di
bahagian kiri pentas.

MAMA : Abah (Mencari-cari) Mana orang tua ni pergi agaknya? ( Memanggil


lagi) Oh Abahnya… ( Suarabergema di belakang pentas sambil MAMA mencapai
surat khabar yang terletak di kaki tangga) Selalunya akhbar ini dah diambilnya.
Dah dibaca.(Baru terpandang ABAH di kerusi rehat di tengah- tengah pentas
.Agak terkejut) Abahnya! (Meluru mendapatkan ABAH yang sedang menahan
sakit di perutnya.Mama agak cemas) Ya allah…Abah! Mengapa ni? Sakit apa?
Orang tua ni! Saya tanya tak dijawabnya..( Cuba mencempung ABAH yang sudah
terbaring di atas kerusi) Abah duduklah.Di mana sakitnya?(ABAH tidak memberi
reaksi kerana masih dalam kesakitan) Sakit perut ya? (ABAH mengangguk-
angguk dalam kesakitan sambil memegang perutnya) Selalunya orang tua macam
awak,sakit pinggang tapi awak sakit perut.Peliklah saya tengok awak ni.Pergilah
tandas… .

ABAH : (Menekan nekan perut) Bukan nak beraklah.Sakitnya lain macam


sahaja,mencucuk-cucuk.

MAMA: (Hairan) Habis tu,sakit apalah?

MAMA bangun lalu menyusun surat khabar.


ABAH: Manalah aku tahu.Aku bukannya doktor.

MAMA: Selalunya pagi-pagi macam ni,sakit perut nak berak.Kalau nak berak,ke
tandaslah.Nanti terberak di atas kerusi tu,siapa yang nak bersihkan? (Menoleh
kepada ABAH)

ABAH : (Marah) Alah,diamlah awak! ( Kesal) Belum lagi aku ni sakit teruk,dah
cakap begitu begini.Berak di kerusilah,berak di lantailah.Kalau sudah benar-benar
sakit kelak,entah macam mana dikerjakannya.Jangan –jangan dibiarkan begitu
sahaja.

MAMA: (Bersahaja) Saya ingatkan awak sahaja.Manalah tahu ,orang tua kadang-
kadang banyak karenah

ABAH : Aduh! ( Mengerang kesakitan) Sakitnya! Tak pernah aku sakit macam ni

MAMA: ( Kembali duduk di sebelah ABAH.Menyelak kain pelekat ABAH dan


berasa terkejut ) Ya Allah! Kaki abang bengkak?( Meninggikan suara kerana
berasa amat cemas) Mengapa ni bah ?Apa yang sudah awak buat hingga jadi
macam ni?

ABAH : ( Terperanjat) Apa? Bengkak ?(Memegang-megang kakinya yang


bengkak ) Masya-allah .Tak pernah pun berlaku macam ni seumur hidup aku.

MAMA : Abah tak perasan ke? Tak tengok?

ABAH : Manalah aku tahu. Aku tak pernah tengok. Sakit ni pun datang secara
tiba-tiba sahaja sampai tidak dapat ditanggung lagi. Aduh…

MAMA : ( Kebingungan) Sakit apa ini abah? Saya tak pernah tengok kaki abah
bngkak mcacam ni. Bahaya ni bah…

ABAH : (Sayu) Entahlah,penyakit orang dah tua agaknya.

MAMA : (Berfikir sejenak) Panggil sahaja Afif. Boleh dia tolong periksa.
Manalah tahukan…
ABAH : (Menyampuk dengan suara yang keras) Eh!! Jangan! Tak payah.

MAMA : (Hairan) Eh,mengapa pulak? Diakan doktor? Bolehlah dia tolong periksa
awak.Nanti dia beri ubatnya.Takkanlah nak biarkan awak macam ni.

ABAH : Jangan! Aku kata jangan,tak payah! Jangan nak susahkan dia.Lagipun,dia
ada banyak kerja di kliniknya.Dia sibuk. Tentu banyak orang sedang berbaris
hendak mendapatkan khidmatnya.Biarkan.Jangan ganggu dia bekerja. Biar aku
usahakan cara lain. Ada banyak doktor di bandar ini.Kita boleh pilih mana yang
kita suka. Kita dapatkan rawatan seperti orang lain juga. Jangan ingat anak kita
doktor,lalu kita nak gunakan dia. Itukan berat sebelah namaya.Itu silap namanya.

MAMA :Tapi awak tu bapa dia. Dia anak awak. Kesihatan awak tentulah pentng
juga bagi dirinya.Nanti apa pula katanya.Kecil hati pula anak awak tu nanti.

ABAH : Biarlah. Kalau orang datang ke kliniknya tidak mendapat layanan yang
sepatutnya,nanti orang lain akan pergi ke klinik lain. Maka dia akan kehilangan
pelanggannya.(Diam sejenak) Lagipun apa pula kata orang nanti kalau
mementingkan bapa sendiri sehinggakan ramai pesakit yang memerlukan akan
terabai. Itukan selfish namanya.Dia sepatutnya memberi sepenuh perhatian kepada
pesakitnya.Bukankan selama ini kita juga yang menanamkan sikap jangan
mementingkan diri sendiri dan sentiasa berlaku adil dalam dirinya.

MAMA : Awak ni terlalu pentingkan kesihatan orang lain daripada diri sendirlah
maknanya.

ABAH : Biarlah.Kita dah bentuk dia supaya menjadi doktor yang


berkaliber,disukai ramai,maka janganlah kita asyik ganggu dia.Janganlah kita
konkong kebebasannya.Biar dia berkhidmat dengan penuh dedikasi

MAMA : Malam nanti bolehlah.. (Percakapannya terhenti kerana diganggu


deringan telefon )Siapa pula yang telefon tu?

ABAH : Awak pergilah jawab


MAMA bangun dari tempat duduknya dan berjalan menghampiri meja telefon
lalu mengangkat ganging telefon

(Perbualan dalam telefon)

MAMA :Assalamualaikum

FATIN : (Suara latar) Mak ke ni ?Tiqah ni mak..

MAMA : Ya..Ya allah,panjang umur.Baru tadi mama terkenang akan kamu.

FATIN : (Suara latar) Abah ada di situ tak?Abah sihat?

MAMA : Ada. Abah kamu..

(ABAH memberi isyarat supaya MAMA tidak menceritakan keadaan ABAH


sebenar)

MAMA : Abah kamu sihat..Duduk-duduk.Baru habis sarapan tadi.Dari mana


Tiqah telefon ni?

FATIN : ( Suara latar) Dari university Ma.

MAMA : Dari university? Oh,baguslah! Belajar rajin-rajn sehingga


berjaya.Bukannya lama sangat lagi tu

FATIN : (Suara Latar) Tiqah dah tamat peperiksaan dah mama

MAMA : (Agak terkejut) Hah? Dah tamat peperiksaan?Tak lama lagi baliklah tu
ya?

FATIN : Baiklah mama, tiqah dah nak pergi dah ni.Assalamualaikum

MAMA: Pandai-pandailah jaga diri ya. Waalaikumssalam.(Meletakkan gagang


telefon)
MAMA begitu gembira kerana anak bongsunya FATIN ATIQAH akan pulang tak
lama lagi.Apabila MAMA mendapatkan ABAH semula,didapati ABAH sudah
pengsan.

MAMA : Tiqah rupanya yang telefon tadi bah.(Terperanjat) Abah..Abah.. (MAMA


menyangka ABAH mempermainkannya) Alah..janganlah main-main. Dah tua-tua
ni pun nak berguraulah dengan cara baik.Nanti selalu tak serius,awak benar-benar
sakit pun saya tak percaya..Kecil hati pula..Bukan tak pernah..

ABAH masih tidak bergerak setelah bahunya dipegang

MAMA : Mengapa orang tua ni ? ( Cuba mencubit dan menggeletek tetapi ABAH
masih tidak bangun atau memberi sebarang reaksi). Buang tabiat agaknya orang
tua ni.Abah.. (Mendekatkan telinga pada dada ABAH.MAMA berasa amat cemas)
Ya allah orang tua ni.(Bergegas mendapatkan telefon lalu mendail ) Helo..Klinik
Afif ya ?Doktor Afif ada? (Bergegas-gegas hendak hendak mendapatkan ABAH
tetapi terganggu oleh jawapan di telefon)Afif..Mama ni,tolong mama Afif
( Semakin menggelabah dan gugup )Abah kamu… ( Melepaskan telefon lalu
bergegas-gegas mendapatkan ABAH) Abah…Abah… Abahnya! (Mengoncang-
goncang badan ABAH lalu terjaga )Abahnya! Mengapa bah? (ABAH tidak
menjawab.Terlalu lemah walaupun sudah sedar) Awak ni! Awak berguraukah atau
sakit betul-betul ni? ( MAMA diganggu oleh bunyi loceng dipintu) Hah..Afif
agaknya itu!

DOKTOR AFIF muncul dari bahagian kanan pentas.Dia berasa agak cemas
membawa beg doktor dan stetoskop tergantung di lehernya.

DOKTOR AFIF : (Agak tergopoh-gopoh ) Ada apa mama?

MAMA : (Memuncungkan bibirnya) Tu abah kamu.Dia pengsan tadi.. tapi dah


sedar nampaknya tu.

DOKTOR AFIF : (Berasa cemas) Pengsan? Bila abah pengsan ma?


MAMA : Tadi.Baru sekejap.Mama terus panggil kamu.

DOKTOR AFIF :(Terus memeriksa ABAH) Ada dia cakap sakit apa mama?
(Bercakap dengan ABAH) Apahal ni bah? (ABAH tidak menjawab soalan
DOKTOR AFIF. DOKTOR AFIF terus memeriksa ABAH)

MAMA : Tak ada dia cakap apa-apa pun.Tadi dia cuma menekan-nekan perutnya
sahaja ketika baring di sini. (Kesal) Tapi abah kamu kan selalu begurau dengan
mama.Manalah mama nak terus percaya.

DOKTOR AFIF : Sakit perut? (Cuba menekan perut ABAH.ABAH menggeliat


dan kesakitan) Sakitnya teruk ke bah? (ABAH masih tidak mejawab) Jangan-
jangan…

MAMA : (Menyampuk) Kakinya pun bengkak Fif.Peliknya.

DOKTOR AFIF : Oh… (Memeriksa kaki ABAH dan bahagian tubuhnya yang
lain)

Pada masa itu,DOKTOR AFIF mengingati pesanan ABAH.Kedengaran suara


bergema dari belakang pentas

“Kita hidup dalam suasana kemanusiaan. Setiap orang memerlukan kehadiran


insan lain. Awak harus sentiasa ingat pada pesanan abah ini(Musik dan lagu
“Hitam Putih Kehidupan diperdengarkan)”Luangkan sedikit masamu,kerana
abahmu sedang memerlukannya. Setiap insan perlu dibelai,diberi kasih saying dan
setiap orang yang sedang sakit perlu diubati,perlu diberi kemanjaan agar mereka
berasa selesa.Inilah telah abah istilahkan kemanusiaan.Kalau awak sudah jadi
doktor kelak,awak boleh melakukannya dengan berkesan keranamanusia yang
sedang menderita kesakitan akan menilai makna kemanusiaan itu lebih daipada
segala-galanya”Suara dihentikan
DOKTOR AFIF : (Bersuara tegas) Kita bawa abah ke klinik sahaja mama.Tiada
cara lain.

MAMA : Bila?

DOKTOR AFIF : Sekarang!

ABAH mengeleng-geleng membantah cadangan DOKTOR AFIF.

MAMA : Ha.. (Meninggikan suara) Tengok tu! Dia tak mahu. Nak dengar cakap
orang memang susah. Sejak dahulu lagi,tak pernah berubah.Abah Abah..
(Menggeleng-geleng kepala)

DOKTOR AFIF : (Bercakap dengan MAMA) Orang tua mama.Dia sakit.


(Bercakap kepada ABAH pula dengan lembut) Abah..ikut kata saya abah.I am a
doctor and I want to be your doctor.Abah,saya janji akan menjadi doktor yang
terbaik.

MAMA: Perangai abah memang begitu.Abah seboleh-bolehnya tak nak


menyusahkan Afif.Tadi semasa mama nak telefon Afif pun dia tak benarkan

DOKTOR AFIF : (Menyampuk) Habis tu..buat apa saya menjadi…

ABAH : (Menyampuk dengan suara perlahan) Awak baliklah ke klinik awak tu fif.
Banyak orang yang lebih memerlukan khidmat awak.Abah tak apa-apa ni.Abah
kan dah tua,biasalah sakit sikit-sikit.Lagipun kaki yang bengkak tu bukannya
sakit. Bengkak begitu sahaja.

DOKTOR AFIF : Abah...

ABAH: Awak tinggalkan sahaja pil atau apa-apa yang patut.Pandailah abah
memakannya.

Anda mungkin juga menyukai