Anda di halaman 1dari 16

INSOMNIA JIWA

MANUSIA
KARYA

ASYRAF SYAHIR MOHD NAJIB

OLAHAN

KATRINA MAJI

SENI TEATER
WATAK

ANNA – Seorang wanita dengan penyakit insomnia yang selalu diganggu oleh kirana

MAMA – Ibu kepada Anna dan Kirana

KIRANA – Adik perempuan Anna

MUAZ – Abang kepada Anna dan Kirana

SENI TEATER
EPILOG

MUAZ : (memegang sebilah pisau sambil menunjukkan luka potongan di

telapak tangannya kepada penonton) Manusia takkan faham selagi


tak

merasa..keluarga kau bahagia tak? HAHAHA keluarga aku? ok

je..setiap luka pasti akan sembuh. Hah! macam luka ni.. ia akan
sembuh

tapi sakitnya takkan terlupakan.

ANNA : Anak derhaka? Aku? Apa aku buat? Aku kenal erti cinta dan

Aku tahu apa itu bahagia! Aku sayang Mama dan Mama

Sayang aku!

MAMA : Mama takut Anna tinggalkan mama, macam mana Kirana tinggalkan

Mama dulu..

(lampu dimalapkan)

SENI TEATER
BABAK 1

(Pentas diterangkan – membuka tirai kepada latar rumah ANNA yang berselerak dan tak
terurus. Sebuah katil di tengah pentas. Kerusi-kerusi berselerak. Dinding rumahnya
terconteng; tercakar. KIRANA kelihatan terduduk melihat ANNA yang sedang tidur.)

“Rasa sayang ehh rasa sayang

Sayang ehh ehh lihat nona jauh rasa sayang sayang ehhh.”

ANNA : Bising. Jangan kacau aku. Aku nak tidur, faham tak? Aku nak tidur. Aku nak
tidur! (KIRANA cuba tenangkan ANNA) Hei sial, jangan kacau aku. Jangan
kacau tidur aku!

KIRANA : Kakak, bertenang lah,ini bukan sesiapa.Cuma kirana yang ada berada di sini
(ANNA melihat KIRANA dengan resah dan hairan.) ,macam biasa.

ANNA : Tapi,tapi kau dah,tapi dulu, bukankah aku dah-

KIRANA : shhhh.Kakak, jangan risau, jangan takut. Adikkan ada? Adik akan selalu ada
untuk temani kakak. (ANNA cuba memahami keadaan.Diam seketika.)

ANNA : Ada benda kacau tidur aku. Tiap-tiap malam, benda tu kacau aku bila aku
nak pejamkan mata. (Diam seketika) Aku cuma nakkan tidur lena macam
orang lain macam mama, macam (diam seketika) kau.

KIRANA : Adik akan bantu kakak tidur lena dan dodoikan kakak sehingga khayal dibuai
mimpi (KIRANA cuba bawa ANNA ke katil; tapi ANNA tidak mahu bergerak.)
Kenapa kak?

SENI TEATER
ANNA : Jangan sentuh aku. Aku taknak diganggu. Aku tak suka kau kacau aku.Aku
tak suka kau bising dalam rumah aku. Aku tak suka kau. (ANNA menolak dan
hampir memukul KIRANA; tapi berhenti. ANNA terduduk pada katilnya.)

KIRANA : Aku tahu dia tak suka aku. Walau aku sentiasa cuba untuk tunjukkan rasa
sayang pada dia, dia masih benci aku dari dulu sampai sekarang. Tapi, aku tak
salahkan dia. Sebab aku tahu, dia tak pernah kenal apa itu suka, dia tak pernah
kenal apa itu bahagia, dia tak pernah kenal apa itu cinta,(memandang anna)
semuanya kerana Mama.

BABAK 2

DR.AZIZ : Cik Anna? Boleh kita teruskan terapi?

ANNA : (Melihat sekeliling) Terapi?

DR.AZIZ : Ya. Boleh kita teruskan?

ANNA : (Mengangguk perlahan) Ya.

DR.AZIZ : Anna. 26 tahun. Alami masalah susah tidur sejak 15 tahun yang lalu, sebab
selalu diganggu Kirana. Betul?

ANNA : Betul.

DR.AZIZ : Jadi, siapa Kirana bagi cik Anna?

ANNA : Dia adik aku.

DR.AZIZ : Tapi, kalau dia adik cik, kenapa dia ganggu tidur cik Anna?

ANNA : Dia memang selalu kacau aku. Sebab tu aku benci dia. Aku benci dia wujud
dalam hidup aku. (Diam seketika)

DR.AZIZ : cik Anna? (Diam seketika) Ada apa-apa kaitan dengan ibu cik ?

ANNA : Mama baik. Mama sayang aku. Doktor jangan cuba salahkan Mama. Yang
salah tu Kirana ,aku tak boleh tidur sebab Kirana, bukan Mama.

SENI TEATER
DR.AZIZ : Tapi, cik tak rasa yang sejarah hitam cik Anna dengan Mama yang…(ANNA
bangun – melarikan pandangan dari DR.AZIZ.)

ANNA : Sejarah hitam apa? Tak ada apa yang hitam berlaku antara aku dan Mama.
Aku sayang Mama aku. Dia sayang aku.

DR.AZIZ : Cik, cik tak boleh nafi apa yang Mama buat pada cik Anna tu-

ANNA : Dah tu, kau nak aku benci Mama ? Aku tahu, Mama bukanlah MAMA yang
paling baik. Tapi, tak bermakna aku patut benci dia. Dia sayang aku; dan aku
sayang dia.

DR.AZIZ : Jujur dengan saya – takkan cik Anna tak pernah rasa yang; apa yang Mama
buat pada cik Anna tu salah? (Anna diam.) Mama tak patut buat Anna lalui
benda-benda tu; sampai cik…

ANNA : Luka-luka ni akan sembuh. Semuanya akan sembuh – macam selalu.

DR.AZIZ : Tak semuanya akan sembuh. (ANNA mengangkat langkah dari DR.AZIZ. )
Cik Anna! Cik Anna!

BABAK 3

(Muaz masuk ke dalam bilik Anna)

MUAZ : Erm.. tak berubah langsung. Kau, aku, dan dia masih sama. Semua bodoh!

Kau masih berharap ke Anna? Boleh percaya ke dia sayang kau dan kau

sayang dia!

ANNA : Kau nak apa? Kalau nak ceramah aku, baik kau keluar.

MUAZ : Aku hanya nak sedarkan kau Anna.Wanita yang kandungkan kita, lahirkan

SENI TEATER
kita dan besarkan kita sihat macam sekarang, sebenarnya perempuan tu tak

pernah ada rasa sayang kat kita.

ANNA : Apa yang kau cakap ni? Kau jangan nak burukkan Mama! Kita bahagia

dengan Mama!

MUAZ : Kita bahagia? HAHAHAHAH! Cuba kau bagitau aku apa kenangan indah

yang ada selama kita bernafas kat muka bumi ni. Hah! Bagitaulah

HAHAHA! Ingat Anna Ingat! Mana kenangan indah kita! Aku tahu!

Mesti masa kepala tu terapung kat atas air kan? HAHAHAHA! Kau lupa ke

Apa perempuan jalang tu buat!

ANNA : Argh! Tak baik kau kau kata macam tu! Mama baik! Mama tak pernah

Mama tak pernah..

MUAZ : Kau nak nafikan apa lagi Anna? Kau memang bijak kan! Cukup-cukuplah

Dengan lakonan kau! Kau benci Mama! Kau nak Mama mati kan? Tapi kau

tak nak tangan kau kotor! HAHAHAHA pengecut! Sebab tulah kau libatkan

aku! Kenapa tak kau sendiri yang kerat leher perempuan tu. Kau nak aku ajar

ke hah! Senang je Anna! Masa perempuan tu tidur, kau ambik pisau kau kerat

leher dia! Pastikan kau guna tenaga penuh kalau tak, nanti tak matilah

perempuan tu! HAHAHAHA!

ANNA : Cukup! Mama baik! Aku sayang Mama! Keluar! Keluar!!

(sambil menutup telinganya dan Muaz keluar dengan senyuman sinis)

SENI TEATER
BABAK 4

(MAMA dalam keadaan sedih dan marah sambil membawa sebuah baldi; mendekati ANNA.
Dalam keadaan marah MAMA menjirus air sejuk – mengejutkan ANNA dari tidur. MAMA
menarik rambut ANNA dan melemparnya ke lantai.)

MAMA : Anna.. Annaa.. Anna. Anna.. Anna!(menarik rambut Anna lalu


melemparnya)

ANNA : Mama, sakit Mama. Jangan. Sakit.

MAMA : Mama kecewa dengan kamu Anna. Mama kecewa. Mama tak sangka kamu
akan buat macam ni dekat Mama.

ANNA : Apa Anna buat, Mama? Anna minta maaf. Anna minta maaf.

MAMA : Kan Mama dah cakap yang Mama tak sengaja hari tu. Mama sayang kamu.
Kenapa kamu perlu buat macam ni dekat Mama?

ANNA : Apa Anna buat? Anna tak tahu. (MAMA memukul muka ANNA.)

MAMA : Dr tu. Apa yang Anna beritahu dia lagi? Kan Mama dah cakap
Mama tak sengaja. (Diam seketika) Mama tak sengaja. Mama tak sengaja.
Mama tak sengaja! (MAMA terus menerus memukul ANNA.)

ANNA : Anna janji mama, Anna janji, Anna tak buat lagi.(sambil menangis tersendu-
sendu)

MAMA : Janji apa! Arhhh!(sambil memenggang leher Anna)

ANNA : Anna tak beritahu dia apa-apa. Minta maaf, Mama! Minta maaf! (Diam
seketika) Minta maaf.

(kedengaran ketukan yang kuat pada pintu bilik kemudian Muaz masuk)

SENI TEATER
MUAZ : Bagi aku duit.

MAMA : Kan Mama dah bagi kelmarin. Mana pergi duit tu..

MUIZ : Aku beli benda alah tu lah! Kalau hisap memang pergh!

MAMA : Kau beli apa Muiz? Kau jangan naikkan kemarahan aku! Kau sedar tak
benda

tu haram Muiz!

MUIZ : Sejak bila kau peduli tentang haram ha? Kau jangan nak bertalam mukalah

Perempuan. Aku jadi macam ni sebab kau! Pernah ke kau peduli tentang
aku?

Kau tak kisah pun kalau aku hidup atau mati!

ANNA : Muaz! Jangan kau derhaka dengan Mama..

(Muiz mengeluarkan sebilah pisau dari belakangnya kemudian mencuba mengugut)

MAMA : Sampai bila kau nak jadi macam ni Muiz! Sedarlah Muiz

MUIZ : Ye.. aku sedar ni.Sebelum aku hilang sabar baik kau bagi aku duit! Aku tak

minta banyaklah..aku Cuma nakkan duit bukan kasih sayang kau, faham tak?

MAMA : Mama dah takde duit Muiz..

(Muiz mula berang kemudian menendang kerusi dan menyelongkar si setiap sudut bilik untuk
mencari duit. Muiz Hilang kawalan kemudian menarik rambut Anna)

MUIZ : Kau sembunyi kat mana duit tu ha? Baik kau cakap sebelum aku kerat leher

Kau!

MAMA : Celaka kau! Kau apa-apakan Anna! aku heret kau ke neraka jahanam! Kau

ingat aku tak berani? Hah! Keratlah HAHAHAHA KERATLAH!

SENI TEATER
ANNA : MAMA!

MUIZ : (melepaskan cengkamannya daripada leher Anna)Betul tekaan aku. Mama


tak

pernah berubah. Masih seperti Dulu! HAHAHA PEREMPUAN GILA! Aku

dah muak hidup. Walau sesaat kau tak Kisah tentang aku. Kau tak tanya pun

kenapa badan aku lebam dan luka. Kenapa kau lahirkan aku? KENAPA! dan

kau Anna, sampai bila kau dengar cakap perempuan gila tu? Sampai kau mati

atau sampai dia yang mati? HAHAHAHA!

MAMA : Cukup Muiz! Aku tak nak tengok muka kau lagi! Kau hidup atau mati aku
tak

Kisah! Aku tak nak kau jejak kaki kau dalam rumah aku lagi!

(Muiz dengan senyum sinis pergi dari tempat itu)

MAMA : dah…dah…dah… Anak mama baik…anak mama kuat, anak mama tak
nangis nangis kan.

ANNA : tapi mama ( sambil menangis teresak esak )

MAMA : Dah, Anna sambung tidur. Mama dah maafkan Anna. Jangan menangis lagi.

Mama nak Anna tutup mata dan lupakan kejadian tadi ye.. macam selalu..

(ANNA mengangguk. MAMA mencium dahi ANNA)

KIRANA : (kirana menghantak katil anna ) kakak, kakak, kakak….

“Air dalam baldi, rendam muka Anna, Anna


nangis lagi, Mama pukul dia.

Satu malam lagi, Anna tak lena,

SENI TEATER
Satu kali lagi, Anna merana.”

ANNA : Bising!!!!

BABAK 4

(Muaz bermonolog )

MUAZ : Menyesal aku lahirkan kau! Kenapa aku tak bunuh kau dari dulu! Itulah kata-

Kata kesat yang pertama kali aku dengar waktu aku berusia 9 tahun. Aku

dulu tak faham. Aku ke yang Mama maksudkan. Mungkin bukan aku.

Aku sayang Mama. Tapi aku tak pernah dibelai. Sebenarnya, aku tak pernah

Ambik benda haram tu! Aku Cuma nakkan perhatian! Tapi HAHAHAHA!

Macam tu lah, seperti dugaan aku dia tak pernah kisah pun. Aku hanya dapat

rasakan Kehangatan hanya dengan melihat keluarga orang lain. Pernah sekali

aku merasa Kehangatan selama aku hidup di dunia ni. Aku berumur 12 Tahun.

Aku beranikan diri untuk peluk Mama. Dia diam seketika kemudian tenung

Mata aku. “Muaz, sekali lagi Muaz buat macam ni Muaz dah tak jumpa

Mama lagi tau” Itulah yang dia kata pada aku. Betapa bodohnya. Aku

Percaya kalau aku tak sentuh Mama, dia akan sayang aku! Aku tetap sabar

Dan terus tunggu Mama untuk beri aku belaian. Sampai sekarang takde. Dia

SENI TEATER
Tak kisah pun tentang aku! Dia tak pernah anggap aku wujud! Dulu Badan

aku Lebam, bibir aku koyak, lutut aku berdarah! Dia tak kisah! Luka yang

masih terbuka dan berdarah, luka itulah yang berulang kali Mama Pukul tanpa

hiraukan tangisan dan rayuan aku. Dari situ aku sedar yang Mama tak pernah

sayangkan aku. Kenapa aku dilahirkan di dunia ini. Kenapa hidup ni tak adil?

Apa salah aku? Mungkin silap aku adalah bertahan hidup di dunia ni.

KIRANA : Ye, itu memang silap abang! Baru sekarang abang sedar akan benda tu? Hah!

Lepaskan semua penyesalan abang. Rehatlah dengan tenang macam Kirana.

(Muaz kemudian mengambil tali dan menggangtungkan dirinya)

Lampu dimalapkan.

BABAK 4

DR. AZIZ : Selamat pagi.

MAMA : pagi...Nak apa datang rumah aku? Kalau nak cari anak aku, dia tak ada.

DR. AZIZ : Boleh saya cakap dengan puan?

MAMA : Ha, cakap.

DR. AZIZ : Begini puan, kami sebenarnya nak cuba bantu Puan – nak bantu keluarga
puan.

MAMA : Bantu keluarga aku? Bantu apa?

DR. AZIZ : saya sebagai doktor ada sedar yang Anna ada kesan-kesan lebam pada badan
dia. Macam dia dipukul; macam dia di-

MAMA : Didera? Kau nak cakap aku dera anak aku? Kau nak cakap aku tak sayang
anak aku? Kau nak cakap aku Mama yang jahat?

SENI TEATER
DR. AZIZ : Jangan salah faham puan. Saya cuma nak pastikan Anna dalam keadaan baik.
Saya nak pastikan puan dalam keadaan yang baik lepas Puan-

MAMA : Lepas aku apa? Aku dan anak aku baik-baik saja. (Diam seketika) Jangan
nak racun Anna supaya derhaka dengan aku.

DR. AZIZ : saya cuma nak pastikan Anna terjaga dengan baik.

MAMA : Anak aku elok saja aku besarkan. Dah 26 tahun – besar panjang. Apa yang
kau nak sibuk sangat sekarang?

DR. AZIZ : Saya cuma nak tolong Puan dan keluarga puan supaya…

MAMA : Dah, dah. Aku dan keluarga aku baik-baik saja. Aku memang dah jaga Anna
dengan betul. Tak perlu nak mengajar aku cara nak didik keluarga aku. Jangan
kacau keluarga aku.

DR. AZIZ : Tapi, puan, kami cuma nak tolong.

MAMA : Berambus dari rumah aku. Berambus.

BABAK 5

MAMA : Anna. (menangis)?

ANNA : Ya, Mama? Kenapa, Mama? (MAMA peluk ANNA.)

MAMA : Esok kan hari jadi Kirana. Mama cuma risau Anna akan tinggalkan Mama.
Macam Kirana tinggalkan Mama dulu.

ANNA : Tak, Mama. Tak. Kan Anna ada dengan Mama selama ni? Anna tak pernah
tinggal Mama pun kan? Mama cuma terlebih risau lagi.

MAMA : Mama terlebih risau lagi, ya? Mungkin.

ANNA : Dah, Mama. Jangan fikir sangat lagi. Mama pergi tidur.

MAMA : Tapi, Mama tak boleh tidur. Mama takut Anna tinggalkan Mama. (Diam
seketika) Jadi, untuk pastikan Anna tak tinggalkan Mama-

SENI TEATER
(MAMA mula mengikat ANNA pada katil. Tapi, ANNA seperti tak endahkan apa yang MAMA
buat padanya.)

ANNA : Mama. Mama tak perlu buat macam ni.

MAMA : Mama cuma nak pastikan Anna tak tinggalkan Mama.

ANNA : Mama, Anna cakap, Mama tak perlu buat macam ni! (Diam seketika.)

MAMA : Anna tengking Mama?

ANNA : Ya, Anna tengking Mama. Anna letih Mama selalu pukul Anna sebab
Kirana.Anna letih bertahun-tahun melayan Mama yang dah gila sebab Kirana.
Anna letih dengar nama Kirana. Mama faham tak kirana dah mati …kirana
dah mati sebab bunuh dia! Mama tenggelamkan Kirana dalam air yang
Dalam!

Tangan Kirana tergapai-gapai minta pertolongan! Mama langsung tak kisah!

(MAMA mula menangis.)

MAMA : Anna, tak baik cakap adik kamu macam ni. Tak baik cakap dengan Mama
macam ni. Tak baik derhaka dengan Mama macam ni.

ANNA : Ah, dah mula lagi. Mama tahu, Anna dah letih bertahun-tahun di gelar Mama
sebagai anak derhaka; padahal, Anna tak pernah buat apa-apa untuk sakiti
Mama. Anna bukan anak derhaka! Anna bukan anak derhaka! Anna bukan
anak derhaka!

(MAMA berpaling ke belakang – perlahan-lahan mengambil rotan. MAMA memukul

ANNA tapi ANNA menahan.

MAMA : Derhaka! Derhaka! Derhaka! Derhaka! Derhaka! Derhaka!

(ANNA lari dan mengambil bantal lalu menghimpitnya ke muka MAMA hingga akhirnya
MAMA mati. ANNA menangis seorang diri di sebelah MAMA..)

ANNA : Anna minta maaf, Mama. (Berulang) Anna sayang Mama.

SENI TEATER
(kirana menyanyikan lagu sambil membawa bunga untuk MAMA. Diam seketika. ANNA
terduduk atas katil. KIRANA menemaninya.)

“Rasa sayang, hey Mama


sayang Anna hey, hey lihat
mayat Mama,

Anna bunuh Mama hey.

Rasa sedih,

Hey kami sedih Anna hey, hey


lihat mayat Mama,

Anna bunuh Mama hey.


Rasa salah,

Hey Anna rasa salah hey,

Hey lihat mayat Mama,

Anna bunuh Mama hey.”

BABAK 6

KIRANA : Lepas hari tu, Anna jadi gila. Sebab dia bunuh Mama. Anna jadi gila sebab
dia bunuh Mama! Anna jadi gila sebab dia bunuh Mama !

ANNA : Bising. Jangan kacau aku. Aku nak tidur, faham tak? Aku nak tidur. Aku nak
tidur! (KIRANA cuba tenangkan ANNA) Hei sial, jangan kacau aku. Jangan
kacau tidur aku!

KIRANA : Kakak, bertenang, kak - bertenang.

ANNA : Ada benda kacau tidur aku. Tiap-tiap malam, benda tu kacau aku bila aku
nak pejamkan mata.

KIRANA : Adik akan bantu kakak tidur lena. Dulu kan, kakak yang dodoikan adik
sampai terlena. Kali ni, biar adik pula yang bantu kakak tidur.

SENI TEATER
(KIRANA buka keranda dan hulurkan pisau kepada ANNA.) Jom kakak,
kita tidur lena. Macam adik. Macam Mama.

(KIRANA bawa ANNA masuk ke dalam keranda. ANNA mengambil pisau tersebut. Dia
mengelar tangannya.)

(Lampu dimalapkan)

Manusia sememangnya dambakan Kasih sayang dan tidur lena- dipeluk hangat selimut putih
yang kembalut telanjang dosa di hujung letihnya tubuh melayan helat dunia. Namun, tika
tubuh kita merangkak-rangkak mencecah ranjang pada kamar bumi, akan ada malam-malam
kelam, jiwa manusia kan dirasuk iblis-iblis yang bertinggung dalam kelongsong nyawa –
Kala kita terperangkap antara celik dan lena, kita hanya mampu terpejam tercelik menunggu
peluk hangat dari Tuhan untuk merawat nafas kita dari terus dibarah insomnia jiwa.

TAMAT.

SENI TEATER

Anda mungkin juga menyukai