Anda di halaman 1dari 3

Tiga perjanjian mula dilaksana

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Malaysia akan melaksanakan tiga perjanjian


perdagangan bebas serantau ASEAN mulai esok. Tiga perjanjian itu
ialah pelaksanaan sepenuhnya Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
(AFTA), Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-Australia-New Zealand
(AANZFTA) dan Perjanjian Perdagangan Bebas bagi Sektor Barangan
ASEAN-India.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) berkata,


enakmen perundangan bagi melaksanakan tiga perjanjian perdagangan
bebas serantau itu telah disempurnakan.

“Secara amnya, pelaksanaan perjanjian perdagangan bebas ini akan


melibatkan liberalisasi perdagangan barangan serantau yang melibatkan
kesemua negara anggota ASEAN bagi AFTA, pasaran ASEAN bersama
Australia dan New Zealand dan pasaran ASEAN bersama India, ”
demikian menurut kementerian itu di dalam satu kenyataan di sini hari
ini.

Kementerian itu menyatakan pelaksanaan ketiga-tiga perjanjian


perdagangan bebas serantau itu diharap akan mengukuhkan lagi
perdagangan di kalangan negara-negara ASEAN, serta dengan rakan
dagangan dari Australia, New Zealand dan India.

Ia juga secara langsung membuka peluang kepada komuniti perniagaan


Malaysia untuk meluaskan perniagaan serta pasaran produk dan
perkhidmatan mereka ke negara-negara berkenaan, katanya.

Bagi ASEAN dan India, Miti menjelaskan bahawa perjanjian


perdagangan bebas yang berkuat kuasa itu akan membuka pasaran bagi
1.7 bilion penduduk.

Sehubungan itu, komuniti perniagaan Malaysia adalah digalakkan untuk


mengambil setiap faedah dan kemudahan yang ditawarkan, termasuk
pemansuhan dan penurunan tarif barangan, pembukaan pasaran bagi
bidang perkhidmatan dan kelonggaran syarat pelaburan serta langkah-
langkah bagi pelaksanaan kerjasama perdagangan dan ekonomi,
katanya.

AFTA yang merupakan liberalisasi secara progresif perdagangan


barangan sesama ASEAN sejak 1 Januari 1993 akan dilaksanakan
sepenuhnya bermula 1 Januari 2010.
Malaysia, Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand akan
memansuhkan tarif ke atas semua barangan melainkan sebilangan kecil
barangan sensitif pertanian pada duti 5.0 peratus.

Malaysia telah membuat komitmen untuk memansuhkan duti ke atas


1,943 baris tarif.

Dengan perkembangan itu, duti import bagi perdagangan sesama


ASEAN bukan lagi merupakan penghalang kepada perdagangan.

Pelaksanaan AANZFTA menubuhkan kawasan perdagangan bebas,


termasuk pembukaan pasaran bagi sektor barangan, sektor
perkhidmatan serta kelonggaran beberapa syarat pelaburan dan
kerjasama ekonomi antara negara anggota ASEAN, Australia dan New
Zealand.

Perjanjian itu merupakan perjanjian perdagangan bebas serantau secara


komprehensif yang pertama bagi ASEAN.

Bagi sektor barangan, tawaran melibatkan pemansuhan tarif


sepenuhnya secara progresif oleh Australia dan New Zealand dalam
tempoh tiga hingga 10 tahun.

Menjelang 2020, semua eksport barangan oleh pengeksport Malaysia ke


Australia dan New Zealand tidak akan dikenakan sebarang duti import.

Tawaran oleh Australia dan New Zealand ini masing-masing melibatkan


sejumlah 6,124 dan 7,328 baris tarif.

Malaysia pula menawarkan pemansuhan dan penurunan tarif ke atas 99


peratus atau 10,502 baris tarifnya.

Permulaan pelaksanaan perjanjian perdagangan bebas bagi sektor


barangan ASEAN-India pula meliputi pemansuhan dan pengurangan
tarif barangan ke atas produk yang ditawarkan oleh negara-negara
anggota ASEAN dan India.

Di bawah perjanjian perdagangan bebas itu, duti import barangan akan


dimansuhkan secara progresif dalam tempoh masa tiga hingga lapan
tahun bermula 1 Jan, 2010.

Tawaran oleh Malaysia dan India melibatkan pemansuhan dan


pengurangan duti import secara progresif ke atas lebih 10,000 baris
tarif.

Anda mungkin juga menyukai