Anda di halaman 1dari 6

GGGA 2123

INOVASI DAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN
SEMESTER 3 2020/2021 / SET 1

TUGASAN INDIVIDU
TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PELBAGAI BIDANG

PENSYARAH:
LT COL. MOHD JASMY ABD RAHMAN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIKS


MUHAMMAD SYAHMI ZAKWAN BIN MOHAMAD
A174215
SAHIDAN
10 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

Apple iCup

Apple iCup merupakan satu gadjet yang membolehkan seseorang itu memanaskan
minumannya hanya dengan menggunakan macbook menerusi kabel pengecas. Ia dapat
membolehkan pengguna lebih fokus melakukan tugasan sama ada kerja mahupun
pembelajaran tanpa perlu bangun untuk menyediakan secawan kopi yang panas.

Pencil printer
Pencil printer merupakan sebuah printer yang tidak menggunakan ink. Selain dapat
menjimatkan penggunaan kertas, ia juga dapat mengurangkan “ penyeksaan” terhadap pokok.
Selain itu, Pencil printer membolehkan penggunanya memadam kesalahan yang telah dicetak
dengan pemadam getah biasa kerana ia menggunakkan pensel. Seperti dapat dilihat di
gambar, pensel dimasukkan ke dalam bahagian tepi Pencil printer dan memainkan peranan
sebagai “ ink “.

VR Education

VR Education ialah suatu alat yang membolehkan seseorang itu mengalami " first hand
experience " dalam sesuatu perkara yang diinginkan. Sebagai contoh, seorang guru itu
mengajar anak muridnya sejarah mengenai masyarakat di zaman neolitik. Dengan
menggunakan VR Education ini, pelajar dapat merasai bagaimana kawasan sekeliling di
tempat tinggal orang dari zaman Neolitik itu sendiri. Dengan fungsi 360 darjah yang ada, ia
seakan akan pelajar tersebut benar benar berada di zaman itu. Ini membolehkan pelajar
belajar melalui pengalaman dan bukan hanya imaginasi dan bacaan nota.

PINEXRI-20

Dron pertanian PINEXRI-20 hasil kerjasama UTHM dan LPNM membantu petani
meningkatkan produktiviti tanaman nenas. Teknologi ini penting bagi memastikan
pertumbuhan ekonomi pertanian berkembang maju, sekali gus merealisasikan matlamat
pembangunan negara, iaitu meningkatkan pendapatan petani, nelayan, penternak dan
usahawan tani. Dron yang berfungsi sebagai alat penyemai baja tiada pengemudi ini
dilengkapi perkhidmatan pengurusan berasaskan teknologi internet benda (IoT).

Slice planner
Slice planner merupakan sebuah ciptaan menarik yang membolehkan seseorang itu
mengambil data dari buku ciptaan mereka dan menyelaraskan semuanya pada gajet mereka
seperti telefon pintar dan komputer riba. Dari kertas ke dunia digital, bukankah itu menarik ?

REMARKABLE

REMARKABLE ialah sebuah tablet yang dicipta untuk para penggunanya merasa seperti
mereka menggunakan kertas. Lain dari tablet biasa yang skrinnya memantul cahaya, dan
sebagainya. Tablet ini membolehkan penggunanya melakar, mengambil nota dan menulis
dengan pengalaman menulis di atas kertas sebenar. Jimat kertas, jimat ink dan mesra alam
semulajadi.

Titan Note
Titan Note merupakan satu ciptaan yang membantu pelajar untuk mengambil nota tanpa perlu
menulis. Dengan hanya menekan butang rakam, Titan Note akan menukar rakaman suara
pada perkataan. Selain nota dapat " ditulis " dengan sendiri, Titan Note juga mempunyai
keboleh " summarising", " edit " dan " share " menjadikannya suatu gajet yang amat berguna
bukan sahaja pada para pelajar malah juga pekerja yang banyak menghadiri perbincangan dan
sebagainya.

Lockbook

Lockbook membolehkan penggunanya melindungi privasi masing masing dengan ciptaan


lock yang hanya boleh dibuka dengan cap jari. Ketepatan bacaan cap jari membolehkan
lockbook ini menjadi ciptaan yang berkesan. Selain itu, lockbook jugak boleh diubahsuai isi
kandungannya mengikut kreativiti sendiri. Lockbook dapat menjamin privasi anda serta buku
nota dengan citarasa sendiri.

Upright GO
Upright GO ialah satu inovasi yang mementingkan postur badan seseorang itu betul. Apabila
seseorang itu bongkok atau tidak berada di dalam postur badan sepatutnya gajet ini akan
bergetar dan memberi peringatan pada penggunanya agar mengubah postur badan. Dengan
adanya aplikasi bersambung dengan gajet ini, pengguna dapat tahu bagaimana
perekembangan mereka dalam membetulkan postur badan mereka.

Rollova

Rollova ialah pembaris digital pertama yang dicipta. Dengan ketepatan 100 peratus,
penggunanya dapat menjimatkan masa dan mengurangkan peratus membuat pengiraan yang
salah.

Anda mungkin juga menyukai