Anda di halaman 1dari 2

AL-AFKAR #40: JENIS-JENIS SYIRIK

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Jabatan Perdana Menteri
Aras 5, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya
No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
62100 Putrajaya, Malaysia.

No. Tel : 03-8870 9000


No. Faks : 03-8870 9101 / 03-8870 9102

Soalan: Apakah jenis-jenis syirik dan adakah semuanya dikira membawa


kekufuran?

Jawapan:

Menurut al-Zabidi, syirik dari sudut bahasa bererti kufur. (Lihat Taj al-‘Arus, 7/148).
Kata Ibn Faris (Mu’jam Maqayis al-Lughah, 3/265), “Huruf syin (‫)ش‬, ra (‫)ر‬, dan kaf (‫)ك‬
adalah akar kata yang memiliki dua makna asal iaitu:

 Penyertaan/perbandingan dan lawan bagi bersendirian.


 Perpanjangan dan kelurusan

Dari makna yang pertama diambil kata syarikah iaitu sesuatu yang ada (dimiliki) oleh
dua orang, tidak khusus bagi salah satunya. Dikatakan pula (‫)ﺷﺎرﻛﺖ ﻓﻼﻧﺎ ﻓﻲ اﻟﺸﻲء‬
apabila aku telah menjadi sekutu baginya. Dan dikatakan (‫ )أﺷﺮﻛﺖ ﻓﻼﻧﺎ‬apabila aku
menjadikannya sebagai sekutu bagimu.

Dari sudut istilah, Syeikh ‘Abd al-Rahman al-Sa’di menyebut: Syirik adalah
menjadikan bagi Allah sekutu yang mana dia berdoa kepadanya sebagai dia berdoa
kepada Allah, atau takut kepadanya, atau mengharap kepadanya, atau dia
mencintainya sebagaimana kecintaan kepada Allah, atau dia melakukan kepadanya
satu jenis daripada jenis-jenis ibadah. (Lihat al-Qaul al-Sadid fi Maqasid al-Tauhid, m.
24)

Dosa Syirik

Syirik adalah dosa besar yang paling besar. Oleh itu, ianya diletakkan sebagai dosa
besar yang pertama daripada 76 dosa besar yang dihimpunkan oleh Imam al-Zahabi
dalam kitabnya al-Kaba’ir. Maka jelas syirik merupakan perkara yang sangat
diharamkan dalam Islam.

Firman Allah SWT:

ُ‫إِنﱠ ﷲﱠَ ﻻَ ﯾَﻐْﻔِﺮُ أَنْ ﯾُﺸْﺮَكَ ﺑِﮫِ وَﯾَﻐْﻔِﺮُ ﻣَﺎ دُونَ ذَﻟِﻚَ ﻟِﻤَﻦْ ﯾَﺸَﺎء‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik


mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang
lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan
sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka
sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah al-Nisa’: 48)
Ibn Kathir berkata: “Allah Ta’ala tidak akan mengampuni dosa syirik yaitu ketika
seorang hamba bertemu Allah dalam keadaan berbuat syirik.” (Lihat Tafsir al-Qur’an
al-‘Azim, 3/129). Menurut Ibn al-Jauzi, Allah tidak akan mengampuni orang yang
musyrik yang mati dalam kesyirikan. (Lihat Zad al-Masir, 2/103). Ini bermaksud, jika
dia meninggal dunia dalam keadaan sempat bertaubat, maka dia akan selamat
daripada azab neraka.

Rasulullah SAW bersabda,

ِ‫أَﻛْﺒَﺮُ اﻟْﻜَﺒَﺎﺋِﺮِ اﻹِﺷْﺮَاكُ ﺑِﺎ ﱠ‬

“Dosa besar yang paling besar, adalah menyekutukan (sesuatu) kepada Allah.”

(Riwayat al-Bukhari, no. 6919)

Jenis-Jenis Syirik

Perbuatan syirik itu ada bermacam-macam jenis dan tidak semuanya mengeluarkan
pelakunya dari agama Islam dan ada yang tidak. Walaupun kesemuanya dikira dosa
besar, tahapnya tidak semuanya sama.

Imam al-Sanusi dalam al-Muqaddimat membahagikan syirik kepada enam jenis:

1. Syirik istiqlal : Menetapkan adanya dua tuhan atau lebih yang berlainan seperti
akidah Majusi yang mempercayai adanya Ahura Mazda dan Angra Mainyu.
2. Syirik tab’id : Menyatukan tuhan daripada beberapa oknum seperti akidah
Triniti agama Kristian.
3. Syirik taqrib : Beribadah kepada sesuatu selain daripada Allah SWT dengan
tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
4. Syirik taqlid : Beribadah kepada Allah kerana mengikut orang lain.
5. Syirik asbab : Menyandarkan satu kesan terhadap sebab tertentu yang
bersifat adat seperti berpegang bahawa manusia kenyang kerana makan, dan
bukan Allah SWT yang mengenyangkannya.
6. Syirik aghrad : Beramal kerana selain daripada Allah SWT.

Bagi no. 1 – 4, seseorang itu dikira kufur secara ijmak. Bagi no. 6, ianya dikira
maksiat dan tidak kufur secara ijmak. Adapun bagi no. 5, ia memerlukan perincian.
Jika ianya disandarkan kepada sebab tertentu semata-mata, maka dia dikira kufur
secara ijmak. Jika dia meyakini bahawa ianya memberi kesan melalui daya yang
dijadikan oleh Allah kepada makhluk, dia dikira fasik dan ahli bid’ah.

Semoga penjelasan ini memberikan kita kefahaman tentang syirik dan lebih berhati-
hati dalam tingkah laku kita supaya tidak tergolong dalam golongan yang
mensyirikkan Allah SWT.

Anda mungkin juga menyukai