Anda di halaman 1dari 19

METODOLOGI PENULISAN HADITH DALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN

KARANGAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI: SATU ANALISIS

Oleh:
Khadher Ahmad1
Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Ahmad2
Jabatan al-Quran dan al-Hadith
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur.

ABSTRAK

Karya Jawi Tafsir Surah Yasin karangan Sheikh Idris al-Marbawi adalah sebuah
karya dalam bidang tafsir al-Quran yang lengkap mentafsirkan keseluruhan ayat
daripada surah Yasin. Melalui artikel ini, kajian dan analisis dijalankan untuk
mendedahkan metodologi penulisan hadith-hadith oleh al-Marbawi di dalam
karya tersebut. Karya ini ditulis dan disusun dengan metodologi tersendiri
termasuk penulisan hadith-hadithnya yang menjadi dalil kepada keterangan yang
dikemukakan atau sebagai pentafsir kepada ayat-ayat di dalam surah tersebut.
Melalui analisis yang telah dijalankan, daripada keseluruhan 61 hadith, didapati
bahawa al-Marbawi mempunyai metode khusus ketika menukilkan dan
mencatatkan hadith-hadith seperti kaedah penulisan matan hadith dan
terjemahannya, penterjemahan hadith, pembarisan matan hadith, aspek takhrij
hadith, gaya bahasa dan sebagainya. Keseluruhan hadith dinyatakan dalam
masalah yang dinomborkan. Artikel ini juga akan mendedahkan beberapa
maklumat yang berkaitan dengan karya dan pengarang seperti latar belakang,
cetakan dan penerbitan, kajian-kajian lepas dan beberapa maklumat lain.

Kata Kunci: Analisis, Metodologi Penulisan, Hadith, al-Marbawi, Tafsir Surah


Yasin.

PENGENALAN

Karya Tafsir Surah Yasin atau Tafsir Quran Marbawi Surah Yasin adalah karya tafsir al-Quran
yang dihasilkan oleh al-Marbawi. Karya ini adalah salah satu daripada usaha al-Marbawi untuk
mentafsirkan ayat-ayat al-Quran dan seterusnya dapat digunakan sebagai panduan dan bahan

1
Calon PhD yang sedang menyiapkan tesis dalam bidang hadith dibawah Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya.
2
Pensyarah di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


pengajaran khususnya bagi masyarakat yang memahami dan bertutur dalam bahasa Melayu.
Terdapat beberapa tafsir lain yang dihasilkan oleh al-Marbawi seperti Tafsir Quran al-Marbawi
Juzu’ Alif Lam Min, Tafsir Nur al-Yaqin, Tafsir Fath al-Qadir, Tafsir Surah al-Fatihah, Quran
Bergantung Makna dan Quran 30 Juzuk.3

Kewibawaan al-Marbawi bukan dalam bidang tafsir semata-mata, tetapi beliau telah banyak
menghasilkan tulisan termasuk dalam bidang hadith, perkamusan atau bahasa, fikah, percetakan
dan sebagainya lagi. Kamus al-Marbawi adalah contoh kewibawaan beliau dalam bidang bahasa
Arab dan perkamusan. Ketokohan dan kewibawaan beliau telah mendapat pengiktirafan
sehingga dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Kebangsaan
Malaysia pada 25 Februari 1980 dan ditabalkan sebagai Tokoh Ma‘al Hijrah pertama pada tahun
1408H/1987M.4

Artikel ini, tidak akan mengupas dengan lebih lanjut kewibawaan al-Marbawi dalam bidang
penulisan karya-karya, mahukan dalam bidang tafsir al-Quran. Akan tetapi fokus utama adalah
tumpuan kepada mendedahkan metodologi penulisan hadith di dalam sebuah karya tafsir yang
berjudul Tafsir Surah Yasin. Karya ini dipilih berdasarkan kepada metode penulisannya dimana
keseluruhan perbahasannya tersusun dengan baik dan diletakkan sistem penomboran.

KAJIAN DAN PENYELIDIKAN TERHADAP KETOKOHAN AL-MARBAWI DAN


SUMBANGANNYA

Melalui penelitian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa telah banyak usaha yang
dilakukan untuk mengkaji dan menilai sama ada dari sudut ketokohan al-Marbawi mahupun dari
sudut sumbangan yang telah dicurahkan oleh beliau terhadap perkembangan ilmu-ilmu Islam di
Nusantara. Antara kajian yang telah dilakukan di peringkat Ijazah Doktor Falsafah adalah kajian
oleh Faisal Ahmad Shah, yang mengkaji metodologi penulisan Mohamed Idris al-Marbawi
dalam Bahr al-Madhi yang dihuraikan dengan kupasan yang jelas dan terperinci5 serta kajian
oleh Latifah Abdul Majid yang membuat perbandingan teks hadith antara kitab Bahr al-Madhi
dengan kitab The Jawahir Al-Bukhari oleh Tuan Hussein Kedah.6

3
Nasruddin Saleh (1980), “Idris al-Marbawi Popular Kerana Kamus”, dalam Utusan Qiblat, bil.(121), September
1980, h.7.
4
Anwar Ridwan Zakaria (2007), “Kitab Idangan Guru Sahih al-Bukhari wa Muslim: Satu Kajian Dari Aspek
Metodologi Huraian Hadith”, (Disertasi Sarjana, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur), h.130-131.
5
Faisal Ahmad Shah (2007), “Metodologi Penulisan Mohamed Idris al-Marbawi Dalam Bahr al-Madhi”, (Tesis
PhD, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).
6
Latifah Abdul Majid (2008) “The Bahr Al-Madhi of Shaykh Idris Al-Marbawi and The Jawahir Al-Bukhari of
Tuan Haji Husayn: Significance Hadith Texts For Malay Muslims As Tools For Religious, Political And Social
Teaching During Twentieth Century”, (Dissertations, Lampeter, England: Universiti of Wales). Tesis ini boleh
didapati di Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM, Bangi dengan nombor panggilannya iaitu BP135.L38 2008 tesis.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Manakala diperingkat sarjana, Anwar Ridwan Zakaria, telah mengkaji salah sebuah karya al-
Marbawi dalam bidang hadith, iaitu Kitab Idangan Guru Sahih al-Bukhari wa Muslim yang
menumpukan pengkajian terhadap metodologi huraian hadith di dalam karya tersebut,7 dan
diikuti kajian oleh Muhammad bin Abdul Rahman yang mengkaji dan meneliti sebuah karya al-
Marbawi berjudul Bahr al-Madhi dengan tumpuan kepada Bab Niat dalam kitab tersebut.8

Sedangkan, penulisan diperingkat Sarjana Muda, terdapat beberapa latihan ilmiah yang telah
dihasilkan berkaitan dengan al-Marbawi. Antaranya ialah latihan ilmiah oleh Murshida Kasim
yang mengkaji Kamus Idris al-Marbawi dari sudut kajian bahasa dan aspek pemaknaannya,9
latihan ilmiah oleh Husna Kamarol Bahrin, iaitu kajian terhadap tafsir al-Marbawi, dengan
tumpuan kajian kepada aspek penggunaan hadith dalam tafsir tersebut,10 serta latihan ilmiah oleh
Mahani Mokhtar tentang sumbangan al-Marbawi dalam bidang penulisan.11 Selain daripada itu,
al-Marbawi juga mendapat perhatian melalui tulisan-tulisan artikel dalam majalah, 12 akhbar
harian,13 sehingga catatan dalam laman-laman web dan blog indvidu.

Daripada usaha-usaha ini, memperlihatkan bahawa telah banyak usaha dijalankan untuk meneliti
dan mengkaji tentang al-Marbawi. Hal ini menunjukkan bahawa al-Marbawi adalah seorang
tokoh ilmuan yang hebat pada zamannya dan menjadi aspirasi pada zaman kini.

KARYA SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI DALAM BIDANG HADITH

Sheikh Idris al-Marbawi boleh dikatakan bahawa seorang ulama yang mahir dalam pelbagai
bidang keilmuan Islam. Salah satu bidang yang mendapat perhatian dan tindakan beliau adalah
bidang hadith. Hal ini berdasarkan usaha penulisan yang telah dilakukan untuk menulis beberapa

7
Anwar Ridwan Zakaria (2007), Op.cit.
8
Muhammad bin Abdul Rahman (2003), “Sumbangan Syeikh Idris al-Marbawi: Suatu Kajian Terhadap Kitabnya
Bahr al-Madhi, Tumpuan Kepada Bab Niat,” (Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).
9
Murshida Kasim (2002), “Amalan-amalan leksikografi terhadap pemberian makna : satu kajian kes terhadap kata
kerja dalam Kamus Idris Al-Marbawi”, (Latihan Ilmiah, Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur).
10
Husna Kamarol Bahrin (2008), “Hadith Dalam Tafsir Al-Marbawi : Suatu kajian Dalam Aspek Penggunaannya”,
(Latihan Ilmiah, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya).
11
Mahani Mokhtar (1990M), “Syeikh Muhammad Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi: Sejarah dab Sumbangannya Di
Bidang Penulisan”, (Latihan Ilmiah Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya).
12
Contohnya dalam Majalah Dewan Agama, bulan Jun 2004, terdapat artikel yang menulis tentang latar belakang
Sheikh Idris al-Marbawi. Lihat “Muhammad Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi (11/5/1896 – 13/10/1989)”, dalam
Dewan Agama, Jun 2004, h.46-47.
13
Seperti tulisan Wan Mohd Saghir Abdullah dalam ruang Bicara Agama dalam Utusan Malaysia, dengan tajuk
“Sheikh Idris al-Marbawi Pengarang Bahrul Mazi”, Utusan Malaysia, bertarikh 8 September 2008 atau layari
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0908&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba
_04.htm.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


karya yang khusus dalam bidang ini. Antara karya yang menjadi perhatian dan masih digunakan
sebagai bahan rujukan, kajian atau bahan kuliah pengajian umun adalah kitab Bahr al-Madhi.14
Bahkan menurut Anwar Ridwan Zakaria dalam disertasi beliau, karya Bahr al-Madhi adalah
suatu sumbangan besar al-Marbawi dalam bidang pengajian hadith di Malaysia. Karya tersebut
sendiri merupakan karya Jawi terbesar dan terawal yang pernah wujud di alam Melayu serta
karya yang telah menampung kekosongan karya asli dalam bidang ilmu hadith dirantau ini. 15

Selain karya Bahr al-Madhi, al-Marbawi juga menghasilkan karya Idangan Guru Sahih al-
Bukhari wa Muslim. Karya ini telah dijadikan sebagai bahan kajian oleh Anwar Ridwan Zakaria
diperingkat sarjana yang menghuraikan dan mengkaji tentang metodologi huraian hadith di
dalam karya tersebut. Bahkan, beliau menyatakan bahawa karya ini sering ditinggalkan oleh para
pengkaji dalam menyenaraikan karya-karya khazanah al-Marbawi.

Dalam pada itu terdapat sebuah lagi karya dalam bidang hadith yang dihasilkan oleh al-Marbawi
yang berjudul Bulugh al-Maram Serta Terjemahan Melayu. Karya ini adalah hasil terjemahan
beserta huraian terhadap 1370 hadith daripada karya asal karangan Ibn Hajar al-Asqalani. 16

KITAB TAFSIR SURAH YASIN

Menurut Anwar Ridwan Zakaria, kitab Tafsir Surah Yasin adalah karya terjemahan kepada kitab
Tafsir Fath al-Qadir al-Jami‘ Bayn Fanny al-Riyawat wa al-Dirawat min ‘Ilm al-Tafsir karya
Imam al-Shawkani. Walaupun demikian, ia bukan semata-mata terjemahan, melainkan usaha
penambahan dan rujukan oleh al-Marbawi terhadap kitab-kitab tafsir lain dalam mengemukakan
tafsiran dan permasalahan terhadap ayat-ayat al-Quran dalam surah tersebut. Kenyataan ini jelas
disebutkan oleh al-Marbawi pada awal pengenalan kitab ini. Al-Marbawi menyebutkan;

“Adapun kemudian daripada itu tatkala saya lihat kitab tafsir surah Yasin
karangan al-Sheikh yang sangat alimlagi masyhur tinggi dan dalam ilmunya di
dalam dunia ini yang dipanggil orang dengan nama Imam Fakhr al-Din al-Razi,
juga Tafsir al-Qurtubi, sudah cukup perkenan dihati saya hendak dibahasakan ke

14
Karya ini menghuraikan 2778 hadith yang dipetik dari Sunan al-Tirmidhi dalam 46 bab dengan 8390 masalah. Ia
telah dicetak pada awalnya dalam 22 jilid, tetapi selepas itu dicetakan 11 jilid dengan mengekalkan 22 juzuk.
Susunannya adalah mengikut susunan bab dan hadith dalam Sunan al-Tirmidhi. Lihat Muhammad bin Abdul
Rahman (2003), Op.cit., h.65.
15
Anwar Ridwan Zakaria (2007), Op.cit., h.116.
16
Menurut Anwar Ridwan, kitab ini mengandungi 1370 hadith yang diterjemah dan dihuraikan dengan diletakkan
nota kaki bagi penjelasan terhadap hadith-hadith serta maklumat tambahan bagi hadith-hadith tersebut. Setiap hadith
diterjemahkan, diletakkan nombornya mengikut bab. Karya ini telah siap diterjemahkan pada hari Ahad, 17 Syawal
1383H bersamaan Mac 1963M dan telah dicetak dan diterbitkan oleh al-Matba‘ah al-Marbawiyyah di Kaherah,
Mesir serta juag dicetak oleh al-Matba‘ah al-Anwar al-Muhammadiyyah di Kaherah, Mesir. Lihat Anwar Ridwan
Zakaria (2007), ibid., h.109-110.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


bahasa Melayu, dengan tafsir yang teratur cara baru, yang mudah faham dan
senang mengambil ingat...”17

Pada perenggan yang terakhir, al-Marbawi menyebutkan lagi bahawa beliau sama sekali tidak
hanya bergantung kepada dua tafsiran yang disebutkan itu sahaja, melainkan terdapat tambahan
dan rujukan dari tafsir lain dan tambahan oleh beliau sendiri. Katanya:

“Tidaklah saya memindahkan kesini apa-apa isi tafsir itu sahaja, bahkan saya
datangkan apa-apa masalah dari tafsir lain yang ada disebutkan nama-namanya
di awal atai diakhir apa masalahnya.”18

Melalui penelitian pengkaji, selain kitab Tafsir al-Qurtubi iaitu al-Jami‘ li Ahkam al-Qur ’an
karya Imam al-Qurtubi dan Mafatih al-Ghaib min al-Qur ’an al-Karim karya Fakhr al-Din al-
Razi,19 antara kitab-kitab tafsir lain yang menjadi rujukan beliau adalah kitab Tasir al-Tabari
atau Tafsir Jami‘ al-Bayan fi Ta ’wil Ay’ al-Qur’an karya Imam al-Tabari, 20 Tafsir al-Khazin
iaitu Lubab al-Ta ’wil fi Ma ‘ani al-Tanzil karya al-Khazin, 21 Tafsir al-Kabir 22 dan beberapa tafsir
yang lain.

Berdasarkan kepada penelitian terhadap kitab, kandungannya dibahaskan dengan kaedah


penomboran yang disebutkan sebagai “masalah”. Al-Marbawi menomborkan setiap
permasalahan bermula daripada perbahasan awal sehingga masalah yang terakhir.
Keseluruhannya terdiri daripada 574 masalah.

Pengkaji memiliki kitab tafsir yang yang diterbitkan oleh al-Matba ‘ah al-Anwar, di Kaherah
dengan cetakan pertama pada bulan Sya‘ban 1383H bersamaan dengan Januari 1964M.
Sedangkan menurut Anwar Ridwan Zakaria kitab ini telah sempurna diterjemahkan pada akhir
bulan Rejab 1353H dan telah dicetak dan diterbitkan oleh al-Matba ‘ah Mustafa al-Babi al-
Halabi wa Awladuh pada tahun 1935M. 23 Apabila diteliti kepada kedua-dua terbitan ini, didapati
bahawa kedua-dua cetakan tersebut adalah dua kitab yang berbeza walaupun hampir sama dari
sudut tafsiran surahnya. Berdasarkan terbitan al-Matba ‘ah al-Anwar, judul pada kulit hadapan
adalah “Tafsir Surah Yasin” iaitu tafsiran yang merujuk kepada nama utamanya “Tafsir Quran
Marbawi”. Sedangkan terbitan al-Matba ‘ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh, dengan
judul “Tafsir Surah Yasin Bahasa Melayu” adalah merujuk kepada terjemahan surah Yasin
dalam kitab Tafsir Fath al-Qadir al-Jami‘ Bayn Fanny al-Riyawat wa al-Dirawat min ‘Ilm al-

17
Al-Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi al-Azahri selepas ini al-Marbawi (1964M/1383H), Tafsir Quran
Marbawi Surah Yasin, Mesir: Matba‘ah al-Anwar, c.1, h.2.
18
Ibid.
19
Ibid., h.59.
20
Ibid., h.146 dan h.209
21
Ibid., h.47 dan h.45.
22
Ibid., h.14.
23
Anwar Ridwan Zakaria (2007), op.cit., h.115-116.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Tafsir karya Imam al-Shawkani, seperti yang dimaksudkan oleh Anwar Ridwan Zakaria dalam
disertasi sarjananya itu.

Akan tetapi, pada cetakan yang diterbitkan oleh al-Matba ‘ah al-Anwar, pengkaji mendapati
tahun cetakan dan terbitan kitab adalah mendahului tahun kitab ini disempurnakan terjemahan.
Dicatatkan bahawa pada halaman terakhir selepas masalah 574;

“Alhamudulillah tamat karangan Tafsir Surah Yasin ini dirumah saya di Mesir
dekat dengan al-Azhar al-Sharif pada malam Sabtu 12 Ramadan tahun 1386H
berbetulan dengan 24 Disember tahun 1966M, masa umur saya 73 tahun.”24

Sedangkan pada halaman awal kitab, pencetak mencatatkan bahawa cetakan pertama kitab ini
adalah pada bulan Sya‘ban 1383H bersamaan dengan Januari 1964M. Bagaimana hendak
menjelaskan perselisihan tahun antara tahun dicetak dengan tahun karya siap dihasilkan?
Kemungkinan boleh diandaikan terdapat kesilapan dan kesalahan cetakan sama ada pada tahun
kitab ini disempurnakan atau pada tahun cetakan kitab.

Namun begitu, berdasarkan kepada penelitian, terdapat sumber yang menyatakan bahawa
perselisihan tahun itu bukanlah merupakan sesuatu yang aneh atau ganjil. Ia melainkan, telah
menjadi amalan ulama dan syarikat terbitan dahulu, khususnya ketika al-Marbawi berada di
Mesir lagi, sesuatu penulisan itu dicetak dan diterbitkan secara berkala walaupun pada
hakikatnya kitab atau karya tersebut belum siap ditulis atau dihasilkan oleh pengarangnya.
Keadaan ini menjadikan tarikh karya ini disiapkan penulisan selepas tarikh cetakan pertama bagi
kitab tersebut.

METODOLOGI PENULISAN HADITH DALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN

Berdasarkan kepada kajian dan penelitian pengkaji terhadap kitab, merujuk kepada aspek hadith
dan metodologi penulisannya, dapat dikemukakan perbahasan berdasarkan kepada beberapa
tajuk kecil seperti dibawah.

Jumlah Hadith Dalam Kitab Tafsir Surah Yasin

Berdasarkan kepada penelitian terhadap kandungan kitab Tafsir Surah Yasin, pengkaji mendapati
bahawa dalam mentafsir ayat-ayat daripada surah Yasin, al-Marbawi tidak ketinggalan untuk
mendatangkan hadith-hadith Nabi SAW sama ada untuk menjelaskan tafsiran ayat tersebut atau
sebagai hujah dalam keterangan dan penjelasan yang dikemukakan terhadap ayat. Jumlah
keseluruhan hadith dalam kitab tersebut adalah 61 hadith termasuk hadith yang berulang. Ini
bermakna terdapat dalam tafsiran sesuatu ayat dalam surah Yasin itu, al-Marbawi mendatangkan

24
al-Marbawi (1964M/1383H), op.cit., h.226.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


satu hadith dalam suatu permasalahan diikuti beberapa riwayat yang berbeza dalam
permasalahan yang lain walaupun tentang hadith yang menyatakan perkara yang sama.

Contohnya, dalam mentafsirkan ayat 77 surah Yasin,25 beliau telah menjelaskan tafsirannya yang
dicatatkan dalam 11 masalah, bermula daripada masalah 529 sehingga masalah 539. Daripada 11
masalah tersebut, lima daripada masalah itu26 adalah penjelasan al-Marbawi dengan
mengemukakan hadith Nabi SAW tentang perkara yang sama iaitu tentang perbahasan kalimah
“al-Insan” pada ayat (‫ﺎﻥﹸ‬‫ﺴ‬‫ ﺍﻟﹾﺈﹺﻧ‬‫ﺮ‬‫ ﻳ‬‫ﻟﹶﻢ‬‫)ﺃﹶﻭ‬. Al-Marbawi membawa pendapat ulama tafsir dalam
menentukan nama individu yang dimaksudkan dalam “al-Insan” tersebut. Menurut tafsiran al-
Marbawi, berdasarkan pendapat Ibn Jarir al-Tabari dalam tafsirnya, individu yang dimaksudkan
tersebut adalah Ubay bin Khalaf, dan ada pendapat yang menyatakan dia adalah al-‘As bin Wa’il
al-Sahmi. Manakala menurut riwayat ‘Abd Allah bin ‘Abbas RA, individu tersebut adalah ‘Abd
Allah bin ‘Ubay bin Salul ketua orang munafik.27 Selepas menyebutkan nama-nama individu
tersebut dalam masalah 537, al-Marbawi memperincikan kenyataan itu dengan mendatangkan
hadith dalam masalah seterusnya sebagai tafsiran dan dalil yang menjelaskan ketiga-tiga nama
tersebut. Terdapat tiga riwayat yang menjelaskan tentang Ubay bin Khalaf yang disebutkan
dalam lima masalah [bermula dari masalah 531 hingga 535], satu riwayat tentang al-‘As bin
Wa’il al-Sahmi, dalam masalah 536 dan satu riwayat (hadith) tentang ‘Abd Allah bin ‘Ubay bin
Salul dalam masalah 537.28 Hadith-hadith tersebut dinyatakan dalam bahasa Melayu tanpa matan
berbahasa ‘Arab.

Bentuk Hadith-Hadith Dalam Kitab Tafsir Surah Yasin

Daripada 61 hadith yang dicatatkan oleh al-Marbawi di dalam karya Tafsir Surah Yasin tersebut,
pengkaji mendapati terdapat tiga bentuk matan hadith iaitu matan hadith berbahasa Arab dan
terjemahan, matan hadith berbahasa Melayu iaitu terjemahan sahaja dan matan hadith berbahasa
Melayu daripada kefahaman pengarang kitab. Keadaan ini bertepatan dengan kenyataan yang
disebutkan oleh Khadher Ahmad dalam sebuah artikel bahawa kebanyakan di dalam kitab-kitab
Jawi di Nusantara, hadith-hadith yang dicatatkan atau ditulis tidak lari daripada empat bentuk
matan yang utama iaitu, [1] Matan hadith berbahasa Arab yang ditulis dan dicatatkan
berdasarkan matan (teks) asal hadith, [2] Matan hadith berbahasa Arab yang dicatatkan
berdasarkan ingatan atau kefahaman pengarang, [3] Matan hadith berbahasa Melayu dalam

25
Ayat: (ٌ‫ )أَوَﻟَﻢْ ﯾَﺮَ اﻹِﻧﺴَﺎنُ أَﻧﱠﺎ ﺧَﻠَﻘْﻨَﺎهُ ﻣِﻦْ ﻧُﻄْﻔَﺔٍ ﻓَﺈِذَا ھُﻮَ ﺧَﺼِﯿﻢٌ ﻣُﺒِﯿﻦ‬Maksudnya: “Dan apakah manusia tidak memperhatikan
bahawa Kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata.”
26
Masalah tersebut adalah masalah nombor 532, 533, 534, 536 dan 537. Lihat al-Marbawi (1964M/1383H), op.cit.,
h.211-212.
27
Ibid., h.210.
28
Ibid., h.211-212.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


bentuk terjemahan hadith, dan [4] Matan hadith berbahasa Melayu dalam bentuk ungkapan
pengarang sendiri yang disandarkan kepada hadith.29

Oleh yang demikian, bentuk-bentuk hadith dalam karya Tafsir Surah Yasin adalah seperti
berikut:

Pertama: Matan Hadith Berbahasa Arab Beserta Terjemahan

Contohnya dalam mentafsirkan dan menghuraikan tentang Basmallah (‫ﻴﻢﹺ‬‫ﺣ‬‫ﻦﹺ ﺍﻟﺮ‬‫ﻤ‬‫ﺣ‬‫ ﺍﻟﺮ‬‫ﻢﹺ ﺍﻟﻠﱠﻪ‬‫)ﺑﹺﺴ‬, al-
Marbawi dalam masalah satu [1] menyatakan sebuah hadith tentang keperluan seseorang hamba
berdoa atau meminta kepada Allah. Daripada Abi Hurayrah RA: katanya telah bersabda
Rasulullah SAW:

‫ﻪ‬‫ﻠﹶﻴ‬‫ ﻋ‬‫ﺐ‬‫ﻀ‬‫ﻐ‬‫ ﻳ‬‫ﺄﹶﻝﹺ ﺍﻟﻠﱠﻪ‬‫ﺴ‬‫ ﻳ‬‫ ﻟﹶﻢ‬‫ﻦ‬‫ﻣ‬


Ertinya: “Siapa tidak minta ia kepada tuhan nescaya murka ia.”30

Demikian juga dalam masalah [130], beliau menyatakan hadith dengan matan berbahasa Arab
dan terjemahan, iaitu kata:

“Yaitu seperti seorang yang berdalil dengan satu hadith yang diriwayatkan dia
oleh Muslim dalam sahihnya;

‫ﻈﹸﺮ‬‫ﻨ‬‫ ﻳ‬‫ﻦ‬‫ﻟﹶﻜ‬‫ ﻭ‬‫ﻜﹸﻢ‬‫ﺍﻟ‬‫ﻮ‬‫ﺃﹶﻣ‬‫ ﻭ‬‫ﺭﹺﻛﹸﻢ‬‫ﻮ‬‫ ﺇﹺﻟﹶﻰ ﺻ‬‫ﻈﹸﺮ‬‫ﻨ‬‫ ﻻﹶ ﻳ‬‫ » ﺇﹺﻥﱠ ﺍﻟﻠﱠﻪ‬-‫ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬- ‫ﻮﻝﹸ ﺍﻟﻠﱠﻪ‬‫ﺳ‬‫ﻗﹶﺎﻝﹶ ﺭ‬
« ‫ﻜﹸﻢ‬‫ﺎﻟ‬‫ﻤ‬‫ﺃﹶﻋ‬‫ ﻭ‬‫ﺇﹺﻟﹶﻰ ﻗﹸﻠﹸﻮﺑﹺﻜﹸﻢ‬
Ertinya: “Bahawasanya Allah Taala tiada memandang ia kepada rupa-rupa
sekalian kamu dan tiada kepada harta-harta sekalian kamu, dan tetapi
memandang ia kepada hati sekalian kamu dengan amal-amal sekalian kamu.”31

Dalam hal yang lain, terdapat juga hadith yang dinyatakan teks Arab dan terjemahannya, namun
demikian, hadith tersebut tidak dibariskan. Contohnya dalam masalah 55, al-Marbawi

29
Khadher Ahmad (2009), “Analisis Bentuk-Bentuk Matan Hadith Dalam Kitab-kitab Jawi Nusantara: Penentu
Arah Dalam Takhrij Hadith”, (Kompilasi Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Takhrij Hadith Nusantara:
Realiti dan Keperluan Dalam Masyarakat Islam, pada 30 dan 31 Disember 2009, di Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya Kuala Lumpur), h.4-7.
30
Al-Marbawi (1964M/1383H), op.cit., h.3. Melalui usaha pengkaji, hadith ini riwayat al-Tirmidhi dalam sunannya
[Kitab al-Da‘awat, (ُ‫)ﺑﺎب ﻣِﻨْﮫ‬, no.hadith 3373] dan Ahmad dalam musnadnya [no.hadith 9952]. Lihat Abu ‘Isa
Muhammad bin ‘Isa bin Sawrah al-Tirmidhi (1417H), Sunan al-Tirmidhi, ditahqiqkan oleh Muhammad Nasir al-Din
al-Albani al-Riyad: Maktabah al-Ma‘arif li al-Nashr wa al-Tawzi‘, c.1, h.765-766.
31
Al-Marbawi (1964M/1383H), ibid., h.49. Hadith riwayat Muslim [Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab
(ِ‫)ﺗَﺤْﺮِﯾﻢِ ﻇُﻠْﻢِ اﻟْﻤُﺴْﻠِﻢِ وَﺧَﺬْﻟِﮫِ وَاﺣْﺘِﻘَﺎرِهِ وَدَﻣِﮫِ وَﻋِﺮْﺿِﮫِ وَﻣَﺎﻟِﮫ‬, no.hadith 6708], Ibn Majah dan Ahmad.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


menjelaskan tentang nur Allah, yang dihuraikan berdasar sepotong ayat al-Quran beserta satu
hadith Nabi SAW.

‫ﺭﻭﻯ ﺃﺑﻮ ﺃﻣﺎﻣﺔ ﺍﻟﺒﺎﻫﻠﻰ ﻋﻦ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻗﺎﻝ ﺍﺗﻘﻮﺍ ﻓﺮﺍﺳﺔ ﺍﳌﺆﻣﻦ ﻓﺈﻧﻪ ﻳﻨﻈﺮ ﺑﻨﻮﺭ ﺍﷲ‬
Ertinya: “Telah diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili RA daripada Nabi
SAW bahawasanya telah bersabda ia: “Takut oleh mu sekalian kamu akan
firasat orang mukmin kerana bahawasanya memandang ia dengan nur Allah.”32

Daripada keseluruhan 61 hadith, pengkaji mendapati bahawa matan hadith berbahasa Arab
beserta terjemahannya adalah mendominasi berbanding bentuk matan hadith yang lainnya.
Bahkan, kebanyakan hadith dinyatakan oleh al-Marbawi dengan mendatangkan matan hadith
diikuti terjemahannya walaupun pada sebahagian hadith tidak dibariskan matan berbahasa Arab
tersebut.

Bil. Bentuk Matan Dengan Teks Arab Bilangan Hadith


1. Matan dengan Teks Arab Yang Dibariskan 30
2. Matan dengan Teks Arab Yang Tidak Dibariskan 44
Jumlah Keseluruhan Hadith 61
Jadual 1: Bentuk Matan Dalam Teks Arab

Kedua: Matan Hadith Terjemahan Sahaja

Contohnya, pada masalah [391], al-Marbawi menyebutkan hadith tentang malaikat yang
meniupkan sekangkala ketika berlakunya kiamat.

“Telah diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi SAW namanya Abi


Hurayrah RA, katanya telah bersabda Rasulullah SAW: “Bahawasanya Allah
Taala apakala telah selesai ia daripada menjadikan segala langit dan bumi,
menjadi ia akan sekangkala, maka diberikan kepada malaikat bernama Israfil.
Iaitu dihantarkan di atas mulutnya, ligat matanya memandang ‘arasy al-
Rahman menantikan masa diperintahkan tuhan akan dia meniupnya.”33

Demikian dalam masalah [400], terdapat hadith dalam bentuk terjemahan berbahasa Melayu
yang menjelaskan tentang jarak masa tiup sekangkala pertama dan kedua.

“Dan diriwayatkan daripada al-Mubarak bin Fadalah daripada al-Hasan


katanya: “ Telah bersabda Rasulullah SAW: “ Antara dua tiup itu empat puluh

32
al-Marbawi (1964M/1383H), ibid., h.18. Hadit riwayat al-Tirmidhi [Kitab Tafsir al-Quran, Bab (ِ‫)وَﻣِﻦْ ﺳُﻮرَةِ اﻟْﺤِﺠْﺮ‬,
no.hadith 3127] dari hadith Abi Sa‘id al-Khudri RA. Al-Tirmidhi berkata hadith ini gharib, yang hanya diketahui
melalui wajah (riwayat) ini sahaja. Dan diriwayatkan daripada sebahagian ahl al-‘Ilm dalam mentafsirkan ayat ( ‫إِنﱠ ﻓِﻰ‬
َ‫)ذَﻟِﻚَ ﻵﯾَﺎتٍ ﻟِﻠْﻤُﺘَﻮَﺳﱢﻤِﯿﻦ‬, iaitu kalimah (َ‫ )ﻟِﻠْﻤُﺘَﻮَﺳﱢﻤِﯿﻦ‬bermakna (َ‫)ﻟِﻠْﻤُﺘَﻔَﺮﱢﺳِﯿﻦ‬. Lihat. al-Tirmidhi (1417H), op.cit., h.702.
33
al-Marbawi (1964M/1383H), ibid., h.152.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


tahun, tiup yang pertama mematikan Allah Taala dengan dia sekalian yang
hidup. Dan tiup yang kedua menghidup Allah Taala dengan dia akan sekalian
yang mati.”34

Ketiga: Matan Hadith Dalam Bentuk Kefahaman Pengarang

Daripada penelitian pengkaji, dalam karya Tafsir Surah Yasin, terdapat juga hadith yang
dicatatkan dalam bentuk kefahaman pengarang atau huraian pengarang yang disandarkan kepada
hadith. Namun, tidak dinyatakan matan dalam bentuk teks ‘Arab atau terjemahannya. Walaupun
demikian, hadith dalam bentuk ini adalah kurang. Sebagai contohnya pada perbahasan terakhir
dalam masalan 574, al-Marbawi menjelaskan bahawa surah Yasin elok sekiranya dibacakan
kepada orang sakit yang hampir menemui ajal atau bahasa mudahnya sedang nazak. Al-Marbawi
menyebutkan;

“Dengan kerana itulah datang beberapa hadith bahawasanya Nabi SAW


mengajak membaca surah Yasin bagi orang yang hampir mati.”35

Daripada carian pengkaji, didapati bahawa terdapat hadith yang menyatakan demikian iaitu;

‫ﺲ‬‫ ﻳ‬‫ﺎﻛﹸﻢ‬‫ﺗ‬‫ﻮ‬‫ﻠﹶﻰ ﻣ‬‫ﺀُﻭﺍ ﻋ‬‫ ﺍﻗﹾﺮ‬: ‫ﻠﱠﻢ‬‫ﺳ‬‫ ﻭ‬‫ﻪ‬‫ﻠﹶﻴ‬‫ ﻋ‬‫ﻠﱠﻰ ﺍﻟﻠﱠﻪ‬‫ ﺻ‬‫ﻮﻝﹸ ﺍﻟﻠﱠﻪ‬‫ﺳ‬‫ ﻗﹶﺎﻝﹶ ﺭ‬: ‫ ﻗﹶﺎﻝﹶ‬، ‫ﺎﺭﹴ‬‫ﺴ‬‫ﻦﹺ ﻳ‬‫ﻞﹺ ﺑ‬‫ﻘ‬‫ﻌ‬‫ ﻣ‬‫ﻦ‬‫ﻋ‬
Maksudnya: “Diriwayatkan daripada Ma‘qil bin Yasar telah berkata: Rasulullah
SAW telah bersabda: “Bacakanlah ke atas orang yang hampir mati itu Yasin
(surah Yasin).”36

Keseluruhan bentuk matan hadith dan bilangannya dalam kitab Tafsir Quran Surah Yasin dapat
dirumuskan dalam jadual berikut:

Bentuk Matan Hadith Dalam


Bil. Bilangan Hadith
Tafsir Quran Surah Yasin
1. Matan Dengan Teks Arab Dan Terjemahan 54
2. Matan Terjemahan Sahaja 6
3. Matan Hadith Dalam Bentuk Kefahaman Pengarang 1
Jumlah Keseluruhan Hadith 61
Jadual 2: Bentuk Matan Hadith Dalam Tafsir Quran Surah Yasin

34
Ibid., h.156.
35
Ibid., h.226.
36
Hadith riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya [Kitab al-Jana’iz, Bab (‫)اﻟﻤﺮﯾﺾ وﻣﺎ ﯾﺘﻌﻠﻖ ﺑﮫ‬, no.hadith 3200]. Abu
Hatim berkata: Maksud (‫ )اﻗْﺮَءُوا ﻋَﻠَﻰ ﻣَﻮْﺗَﺎﻛُﻢْ ﯾَﺲ‬iaitu yang dikehendaki membacanya adalah orang yang hadir
menyaksikannya, bukan orang yang nazak (hampir meninggal) itu yang membacakan surah itu. Ia bertepatan dengan
sabda Nabi SAW (‫)ﻟﻘﻨﻮا ﻣﻮﺗﺎﻛﻢ ﻻ إﻟﮫ إﻻ اﷲ‬, Maksudnya: “Ajarkan pada orang yang hampir meninggal itu kalimah ( ‫ﻻ إﻟﮫ‬
‫”)إﻻ اﷲ‬. Shu‘ib al-Arna’ut mengatakan hadith ini sanadnya da ‘if (lemah). Lihat Muhammad bin Hibban bin Ahmad
Abu Hatim al-Tamimi al-Busti (1414H/1993M), Sahih Ibn Hibban bi Tartib Ibn Balban, ditahqiqkan oleh Shu‘aib
al-Arna’ut, Beirut: Muassasah al-Risalah, c.2, j.7, h.269.

10

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Metodologi Penulisan Hadith Kitab Tafsir Surah Yasin

Untuk menjelaskan tentang metodologi penulisan hadith dalam karya Tafsir Quran Surah Yasin
ini, pengkaji tidak akan lagi menyentuh tentang bentuk matan hadith melainkan dilihat kepada
beberapa perkara seperti berikut;

Pertama: Hadith dicatatkan dalam masalah-masalah yang dinomborkan.

Perbahasan dan pentafsiran al-Marbawi terhadap ayat-ayat dalam surah Yasin ini dijelaskan
berdasarkan aturan masalah yang dinomborkan. Daripada keseluruhan karya itu, terdapat 574
masalah yang dikemukakan. Hal ini dinyatakan sendiri oleh al-Marbawi dalam mukadimah
pengarang.

“...dengan tafsir yang teratur secara baru, yang mudah faham dan senang
mengambil ingat dan mengetahui apa isinya dan masalah-masalahnya,
daripada hukum-hukum syarak dan khabar-khabar dan sebab-sebab turun ayat-
ayatnya dan lainnya. Semua masalah diberi nombor,...”37

Walaupun demikian, hadith-hadith juga dijelaskan dalam masalah-masalah yang dinomborkan


tersebut, tetapi bukan pada semua masalah melainkan masalah-masalah yang dijelaskan
berdasarkan keterangan daripada hadith. Sebagai contohnya, dalam membahaskan dan
menjelaskan tentang Basamallah (‫ﻴﻢﹺ‬‫ﺣ‬‫ﻦﹺ ﺍﻟﺮ‬‫ﻤ‬‫ﺣ‬‫ ﺍﻟﺮ‬‫ﻢﹺ ﺍﻟﻠﱠﻪ‬‫)ﺑﹺﺴ‬, terdapat dalam masalah [40] isu tentang
menyifatkan Allah SWT sebagai zat sama ada dibolehkan atau tidak. Oleh itu, al-Marbawi
membawa beberapa dalil daripada hadith yang menjelaskan perkara tersebut. Hadith-hadith
tersebut disebutkan dalam empat masalah selepas itu iaitu masalah bernombor 40, 41, 42, dan
43.38

Perkara ini dapat dikukuhkan lagi apabila al-Marbawi mentafsir ayat 34 dalam surah Yasin.
Dalam pentafsiran itu, al-Marbawi ada menyebutkan tentang syukur terhadap nikmat kurniaan
Allah SWT yang dikaitkan dengan buah-buahan adalah nikmat Allah yang perlu disyukuri.
Setelah menjelaskan dalam tiga masalah iaitu masalah bernombor 266, 267 dan 268, pada
masalah bernombor 269, beliau menyebutkan sebuah hadith Nabi SAW.

‫ﻴﻞﹶ ﻟﹶﻪ‬‫ ﻓﹶﻘ‬‫ﺎﻩ‬‫ﻣ‬‫ ﻗﹶﺪ‬‫ﺖ‬‫ﻔﹶﺨ‬‫ﺘ‬‫ﻰ ﺍﻧ‬‫ﺘ‬‫ ﺣ‬-‫ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬- ‫ﻮﻝﹸ ﺍﻟﻠﱠﻪ‬‫ﺳ‬‫ﻠﱠﻰ ﺭ‬‫ﺔﹶ ﻗﹶﺎﻝﹶ ﺻ‬‫ﺒ‬‫ﻌ‬‫ﻦﹺ ﺷ‬‫ ﺑ‬‫ﺓ‬‫ﲑ‬‫ﻐ‬‫ﻦﹺ ﺍﻟﹾﻤ‬‫ﻋ‬
« ‫ﺍ‬‫ﻜﹸﻮﺭ‬‫ﺍ ﺷ‬‫ﺪ‬‫ﺒ‬‫ ﻗﹶﺎﻝﹶ » ﺃﹶﻓﹶﻼﹶ ﺃﹶﻛﹸﻮﻥﹸ ﻋ‬‫ﺮ‬‫ﺄﹶﺧ‬‫ﺎ ﺗ‬‫ﻣ‬‫ ﻭ‬‫ﺒﹺﻚ‬‫ ﺫﹶﻧ‬‫ﻦ‬‫ ﻣ‬‫ﻡ‬‫ﻘﹶﺪ‬‫ﺎ ﺗ‬‫ ﻣ‬‫ ﻟﹶﻚ‬‫ﺮ‬‫ ﻏﹸﻔ‬‫ﻗﹶﺪ‬‫ﺬﹶﺍ ﻭ‬‫ ﻫ‬‫ﻜﹶﻠﱠﻒ‬‫ﺘ‬‫ﺃﹶﺗ‬

37
al-Marbawi (1964M/1383H), op.cit., h.2.
38
Lihat al-Marbawi (1964M/1383H), ibid., h.12-14.

11

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Ertinya: “Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi yang bernama al-
Mughirah bin Shu‘bah RA katanya: “ Telah sembahyang Rasulullah SAW hingga
naik bengkak kelembung dua kakinya. Maka dikata orang baginya: “ Ya
Rasulullah, adakah tuan hamba bersusah-susah sendiri sembahyang sampai
bengkak dua kaki ini? Pada halnya sungguhnya telah diampunkan tuhan bagi
tuan hamba akan barang yang terdahulu daripada dosa tuan hamba dan barang
yang kemudiannya? ” Jawab Rasulullah SAW: “ Maka adakah tidak sayugianya
aku jadi hambanya yang syukur akan tuhan yang dikurniaNya.”39

Kedua: Matan hadith dicatatkan dalam kurungan khusus diikuti selepas itu terjemahannya.

Dalam mencatatkan matan hadith, al-Marbawi membezakan antara matan hadith berbahasa Arab
dan terjemahannya dengan meletakkan matan dalam kurungan “(....)”sama ada matan berbahasa
Arab tersebut disebutkan matan penuh atau dinyatakan berselang seli antara sebahagian matan
hadith berbahasa Arab dengan terjemahannya bagi hadith yang sama. Ini bermakna al-Marbawi
pada sebahagian hadith, beliau tidak mendatang keseluruhan matan hadith secara serentak, tetapi
diterjemahkan sebahagian hadith dan diikuti bahagian hadith yang lain pada hadith yang sama.

Contohnya, ketika mentafsirkan ayat 56, surah Yasin, terdapat satu hadith dinyatakan dalam
masalah bernombor 431, iaitu disebutkan:

“Sebagaimana tersebut dalam hadith Rasulullah SAW ( ‫ﺎ ﺇﹺﻟﱠﺎ‬‫ﺮﹺﻫ‬‫ ﺛﹶﻤ‬‫ﻦ‬‫ ﻣ‬‫ﺔ‬‫ﻨ‬‫ ﺍﻟﹾﺠ‬‫ﻲ‬‫ ﻓ‬‫ﺪ‬‫ ﺃﹶﺣ‬‫ﺰﹺﻉ‬‫ﻨ‬‫ﻻﹶ ﻳ‬
‫ﺎ‬‫ﺜﹾﻼﹶﻫ‬‫ﺎ ﻣ‬‫ﻬ‬‫ﻜﹶﺎﻧ‬‫ ﻣ‬‫ﺖ‬‫ﺒ‬‫ )ﻧ‬Ertinya: “Bahasanya tiada memetik seseorang dalam Syurga
daripada buah kayu Syurga itu sebiji melainkan tumbuh pada tempatnya
seumpamanya.”40

Dalam contoh yang lain, pada masalah bernombor 269, beliau menyebutkan sebuah hadith Nabi
SAW dengan membahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

“Kata Abu ‘Isa al-Tirmidhi ( ‫ﺖ‬‫ﻔﹶﺨ‬‫ﺘ‬‫ﻰ ﺍﻧ‬‫ﺘ‬‫ ﺣ‬-‫ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬- ‫ﻮﻝﹸ ﺍﻟﻠﱠﻪ‬‫ﺳ‬‫ﻠﱠﻰ ﺭ‬‫ﺔﹶ ﻗﹶﺎﻝﹶ ﺻ‬‫ﺒ‬‫ﻌ‬‫ﻦﹺ ﺷ‬‫ ﺑ‬‫ﺓ‬‫ﲑ‬‫ﻐ‬‫ﻦﹺ ﺍﻟﹾﻤ‬‫ﻋ‬
‫ﻩ‬ ‫ﺎ‬‫ﻣ‬‫)ﻗﹶﺪ‬, Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi yang bernama al-Mughirah bin
Shu‘bah RA katanya: “ Telah sembahyang Rasulullah SAW hingga naik bengkak
kelembung dua kakinya. (‫ﺍ‬‫ﻜﹸﻮﺭ‬‫ﺍ ﺷ‬‫ﺪ‬‫ﺒ‬‫ ﻗﹶﺎﻝﹶ ﺃﹶﻓﹶﻼﹶ ﺃﹶﻛﹸﻮﻥﹸ ﻋ‬‫ﺮ‬‫ﺄﹶﺧ‬‫ﺎ ﺗ‬‫ﻣ‬‫ ﻭ‬‫ﺒﹺﻚ‬‫ ﺫﹶﻧ‬‫ﻦ‬‫ ﻣ‬‫ﻡ‬‫ﻘﹶﺪ‬‫ﺎ ﺗ‬‫ ﻣ‬‫ ﻟﹶﻚ‬‫ﺮ‬‫ ﻏﹸﻔ‬‫ﻗﹶﺪ‬‫ﺬﹶﺍ ﻭ‬‫ ﻫ‬‫ﻜﹶﻠﱠﻒ‬‫ﺘ‬‫ ﺃﹶﺗ‬‫ﻴﻞﹶ ﻟﹶﻪ‬‫)ﻓﹶﻘ‬
Maka dikata orang baginya: “ Ya Rasulullah, adakah tuan hamba bersusah-susah
sendiri sembahyang sampai bengkak dua kaki ini? Pada halnya sungguhnya telah
39
Ibid., h.105. Hadith riwayat al-Tirmidhi dalam sunannya [Kitab al-Solah, Bab (ِ‫)ﻣَﺎ ﺟَﺎءَ ﻓِﻰ اﻻِﺟْﺘِﮭَﺎدِ ﻓِﻰ اﻟﺼﱠﻼَة‬, no.hadith
412], Abu ‘Isa Muhammad bin ‘Isa bin Sawrah al-Tirmidhi (2000), Sunan al-Tirmidhi, dalam Mawsu‘ah al-Hadith
al-Sharif al-Kutub al-Sittah, al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi‘, c.3, h.1683.
40
Ibid., h.171. Berdasarkan carian pengkaji, tidak terdapat matan hadith seperti di atas, melainkan terdapat matan
dalam kitab Takrij al-Ahadith wa al-Athar al-Waqi‘iyyah karya al-Zaylani dengan matan ( ‫ﻻَ ﯾَﻨْﺰِعُ رَﺟُﻞٌ ﻓِﻲْ اﻟْﺠَﻨﱠﺔِ ﺛَﻤَﺮِھَﺎ إِﻟﱠﺎ‬
‫)ﻧَﺒَﺖَ ﻣَﻜَﺎﻧُﮭَﺎ ﻣِﺜْﻼَھَﺎ‬. Lihat Jamal al-Din ‘Abd Allah bin Yusuf bin Muhammad al-Zayla‘i (1414H), Takhrij al-Ahadith
wa al-Athar al-Waqi‘yyah fi Tafsir al-Kashshaf li al-Zamakhshari, ditahqiqkan oleh ‘Abd Allah bin ‘Abd al-
Rahman al-Sa‘d, al-Riyad: Dar Ibn Khuzaymah, [no.hadith 1166], j.3, h.255.

12

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


diampunkan tuhan bagi tuan hamba akan barang yang terdahulu daripada dosa tuan
hamba dan barang yang kemudiannya? ” Jawab Rasulullah SAW: “ Maka adakah
tidak sayugianya aku jadi hambanya yang syukur akan tuhan yang dikurniaNya.”41

Ketiga: Menyatakan sumber ambilan atau rujukan pada sebahagian hadith.

Al-Marbawi ketika mencatatkan sesuatu hadith dalam sesuatu perbahasan yang dijelaskan, beliau
akan menyatakan sumber ambilan atau sumber hadith tersebut daripada kitab-kitab hadith.
Namun demikian, tidak semua hadith dinyatakan sumbernya. Sumber tersebut boleh dikenalpasti
apabila al-Marbawi menyebutkannya sebelum menyebutkan sesuatu hadith atau dicatatkan pada
penghujung hadith selepas terjemahannya.

Sebagai contohnya, dalam masalah bernombor [130], beliau menyebutkan sumber ambilan bagi
hadith yang dinyatakan adalah daripada riwayat Muslim iaitu:

“[130] Masalah: Jamaah yang terpedaya dengan sebab keluar hujah seorang yang
berdalil dengan hadith yang dipotongnya dan dikeratnya, iaitu seperti seorang yang
berdalil dengan satu hadith yang diriwayatkan dia oleh Muslim dalam sahihnya;
katanya ( ‫ ﺇﹺﻟﹶﻰ ﻗﹸﻠﹸﻮﺑﹺﻜﹸﻢ‬‫ﻈﹸﺮ‬‫ﻨ‬‫ ﻳ‬‫ﻦ‬‫ﻟﹶﻜ‬‫ ﻭ‬‫ﻜﹸﻢ‬‫ﺍﻟ‬‫ﻮ‬‫ﺃﹶﻣ‬‫ ﻭ‬‫ﺭﹺﻛﹸﻢ‬‫ﻮ‬‫ ﺇﹺﻟﹶﻰ ﺻ‬‫ﻈﹸﺮ‬‫ﻨ‬‫ ﻻﹶ ﻳ‬‫ » ﺇﹺﻥﱠ ﺍﻟﻠﱠﻪ‬-‫ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬- ‫ﻮﻝﹸ ﺍﻟﻠﱠﻪ‬‫ﺳ‬‫ﻗﹶﺎﻝﹶ ﺭ‬
« ‫ﻜﹸﻢ‬‫ﺎﻟ‬‫ﻤ‬‫ﺃﹶﻋ‬‫)ﻭ‬, Ertinya: “Bahawasanya Allah Taala tiada memandang ia kepada rupa-
rupa sekalian kamu dan tiada kepada harta-harta sekalian kamu, dan tetapi
memandang ia kepada hati sekalian kamu dengan amal-amal sekalian kamu.”42

Demikian dalam masalah [197], al-Marbawi menyebutkan:

“...seperti yang tersebut dalam hadith yang dikeluarkan dia oleh Muslim dalam
sahihnya dan Abu Dawud dan al-Tirmidhi dalam sunannya katanya ( ‫ﻮﺩ‬‫ﻌ‬‫ﺴ‬‫ ﺃﹶﺑﹺﻰ ﻣ‬‫ﻦ‬‫ﻋ‬
‫ﻪ‬‫ﻠ‬‫ﺮﹺ ﻓﹶﺎﻋ‬‫ﺜﹾﻞﹸ ﺃﹶﺟ‬‫ ﻣ‬‫ﺮﹴ ﻓﹶﻠﹶﻪ‬‫ﻴ‬‫ﻠﹶﻰ ﺧ‬‫ﻝﱠ ﻋ‬‫ ﺩ‬‫ﻦ‬‫ ﻣ‬-‫ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬- ‫ﻮﻝﹸ ﺍﻟﻠﱠﻪ‬‫ﺳ‬‫ﻗﹶﺎﻝﹶ ﺭ‬: ‫ ﻗﹶﺎﻝﹶ‬‫ﺭﹺﻯ‬‫ﺪ‬‫)ﺍﻟﺒ‬, Diriwayatkan
daripada seorang sahabat Nabi namanya Abi Mas‘ud al-Badri RA, katanya: “ Telah
bersabda Rasulullah SAW: “ Barang siapa yang menunjuk ia atas satu kebajikan
maka baginya pahala seperti pahala orang yang memperbuatnya.”43

41
Ibid., h.105. Hadith riwayat al-Tirmidhi dalam sunannya [Kitab al-Solah, Bab (ِ‫)ﻣَﺎ ﺟَﺎءَ ﻓِﻰ اﻻِﺟْﺘِﮭَﺎدِ ﻓِﻰ اﻟﺼﱠﻼَة‬, no.hadith
412]. Lihat al-Tirmidhi (2000), Sunan al-Tirmidhi, dalam Mawsu‘ah al-Hadith, op.cit., h.1683.
42
Ibid., h.49. Hadith riwayat Muslim [Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab ( ِ‫ﺗَﺤْﺮِﯾﻢِ ﻇُﻠْﻢِ اﻟْﻤُﺴْﻠِﻢِ وَﺧَﺬْﻟِﮫِ وَاﺣْﺘِﻘَﺎرِهِ وَدَﻣِﮫ‬
ِ‫)وَﻋِﺮْﺿِﮫِ وَﻣَﺎﻟِﮫ‬, no.hadith 6708], Ibn Majah dan Ahmad.
43
al-Marbawi (1964M/1383H), ibid., h.77. Berdasarkan kepada penelitian pengkaji terhadap hadith, perawi bernama
Abi Mas‘ud al-Badri seperti yang dicatatkan oleh al-Marbawi, tidak terdapat pada riwayat Muslim, Abi Dawud dan
al-Tirmidhi. Tetapi nama yang sebenarnya adalah Abi Mas‘ud al-Ansari. Mungkin terdapat sedikit kesilapan pada
cetakan pada nama tersebut. Lihat Muslim [Kitab al-Imarah, Bab ( ‫ﻓَﻀْﻞِ إِﻋَﺎﻧَﺔِ اﻟْﻐَﺎزِى ﻓِﻰ ﺳَﺒِﯿﻞِ اﻟﻠﱠﮫِ ﺑِﻤَﺮْﻛُﻮبٍ وَﻏَﯿْﺮِهِ وَﺧِﻼَﻓَﺘِﮫِ ﻓِﻰ‬
ٍ‫)أَھْﻠِﮫِ ﺑِﺨَﯿْﺮ‬, no.hadith 4899]. Lihat Muslim bin al-Hajjaj Abu Husain al-Qusyairi al-Naisaburi (2000M), Sahih Muslim
dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi‘, c.3,
h.1017.

13

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Secara rambang, pengkaji mendapati bahawa al-Marbawi banyak merujuk kepada al-Kutub al-
Sittah dalam mengambil hadith sebagai hujah dan dalilnya terhadap keterangan yang dijelaskan.
Walaupun demikian, beliau juga merujuk kepada kitab-kitab hadith yang lain seperti al-Jami‘ al-
Saghir oleh Imam al-Suyuti, Kitab Sahih Ibn Khuzaymah oleh Ibn Khuzaymah, kitab Shu‘ab al-
Iman oleh al-Bayhaqi dan Kitab al-Hiliyyah oleh Abu Nu‘aim.

Keempat: Hadith dapat dibezakan dengan jelas berbanding kenyataan lain melalui ungkapan
yang jelas mewakili hadith.

Perkara ini merujuk kepada ungkapan atau kata-kata yang dicatatkan oleh al-Marbawi untuk
menunjukkan bahawa kenyataan atau keterangan yang disebutkan tersebut adalah hadith.
Ungkapan atau kata-kata tersebut dinyatakan dengan menyebutkan sumber hadith iaitu mewakili
kitab-kitab hadith seperti sahih Muslim, atau riwayat Abu Dawud dan sebagainya, atau
menyebutkan diriwayatkan daripada seorang sahabat, lalu diikuti dengan sabda Rasulullah SAW
dan sebagainya. Antara contoh ungkapan yang digunakan adalah seperti:
1. “...demikianlah tersebut di dalam sahih Muslim, katanya......”44
2. “...dalilnya ialah hadith yang dikeluarkan oleh Muslim dalam sahihnya, katanya:..”45
3. “...telah diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi SAW namanya Abu Hurayrah RA,
katanya telah bersabda Rasulullah SAW:...”46
4. “Bermula dalilnya ialah hadith yang diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi SAW
yang bernama Abu Sa ‘id al-Khudri RA, katanya:....”47
5. “...demikian tersebut dalam hadith Rasulullah SAW begini....”48

Kelima: Menyatakan nama perawi al-‘Ala (perawi Sahabat) pada hadith.

Contohnya dalam masalah bernombor [28], al-Marbawi mendatang dalil daripada hadith tentang
harus menamakan Allah SWT sebagai “‫”ﺷﻲء‬, iaitu bermakna sesuatu. Sebelum menyebutkan
hadith, dinyatakan bahawa hadith tersebut diriwayatkan oleh seorang Sahabat bernama‘Imran
bin al-Hasin.

“Sabda Nabi SAW pada hadith Sahabatnya yang bernama ‘Imran bin al-Hasin
RA, katanya: “Telah bersabda Nabi SAW (‫ﻩ‬‫ﺮ‬‫ﺀٌ ﻏﹶﻴ‬‫ﻰ‬‫ ﺷ‬‫ﻜﹸﻦ‬‫ ﻳ‬‫ﻟﹶﻢ‬‫ ﻭ‬‫)ﻛﹶﺎﻥﹶ ﺍﻟﻠﱠﻪ‬, “Ada Tuhan
pada halnya tiada ada sesuatu lain daripadanya.”49

44
al-Marbawi (1964M/1383H), op.cit., h.77,
45
Ibid., h.78,
46
Rujuk hadith dalam masalah bernombor 391. Lihat Ibid., h.152.
47
Rujuk hadith dalam masalah bernombor 394. Lihat Ibid., h.153.
48
Rujuk hadith dalam masalah bernombor 414. Lihat Ibid., h.163.
49
Lihat Ibid., h.9. Daripada carian pengkaji, hadith ini riwayat al-Bukhari dalam sahihnya [Kitab Bad’ al-Khal, Bab
(( ُ‫)ﻣَﺎ ﺟَﺎءَ ﻓِﻰ ﻗَﻮْلِ اﻟﻠﱠﮫِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ ) وَھُﻮَ اﻟﱠﺬِى ﯾَﺒْﺪَأُ اﻟْﺨَﻠْﻖَ ﺛُﻢﱠ ﯾُﻌِﯿﺪُه‬, no.hadith 3191], Lihat Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Isma‘il al-
Bukhari al-Ja‘fi selepas ini al-Bukhari (2000), Sahih al-Bukhari dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-
Sittah, al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi‘, c.3, h.258.

14

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Akan tetapi terdapat juga hadith yang tidak menyebutkan nama perawi Sahabat. Antara hadith
yang tidak dinyatakan nama perawi tertinggi (al-‘Ala) adalah seperti hadith yang disebutkan
dalam masalah bernombor [7], [11], [12] dan [15].50

Daripada penelitian terhadap keseluruhan 61 hadith, pengkaji dapat menyatakan bahawa terdapat
44 hadith yang dinyatakan nama perawi tertinggi (Sahabat), dan bakinya 17 tidak disebutkan
nama perawi tersebut. Bahkan, ada hadith yang disebutkan lebih daripada seorang perawi
tertinggi yang meriwayatkan hadith tersebut.51 Lihat jadual dibawah.

Bil. Penyataan Nama Perawi Dalam Hadith Bilangan Hadith


1. Hadith yang dinyatakan nama perawi tertinggi (sahabat) 44
2. Hadith yang tidak disebutkan nama perawi 17
Jumlah Keseluruhan Hadith 61
Jadual 3: Bilangan Hadith Mengikut Catatan Nama Perawi Yang Dinyatakan

Keenam: Menyebutkan kualiti hadith pada sebahagian hadith

Al-Marbawi ketika mencatatkan hadith dalam karya beliau, tidak lupa untuk menyebutkan kualiti
hadith iaitu taraf hadith sama ada daripada hadith yang diterima atau ditolak sebagai hujah.
Namun demikian, beliau tidak menyatakan pada keseluruhan hadith kecuali hadith yang
diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dalam sunannya, beliau menaqalkan pendapat al-Tirmidhi
terhadap hadith tersebut. Walaupun begitu, terdapat hadith riwayat al-Tirmidhi yang tidak
disebutkan taraf.

Contohnya pada masalah bernombor [568] yang menyebutkan tentang hati al-Quran, al-Marbawi
mendatang hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi.

‫ﺃﹶ ﻳﺲ‬‫ ﻗﹶﺮ‬‫ﻦ‬‫ ﻳﺲ َﻣ‬‫ﺁﻥ‬‫ ﺍﻟﹾﻘﹸﺮ‬‫ﻗﹶﻠﹾﺐ‬‫ﺎ ﻭ‬‫ﺀٍ ﻗﹶﻠﹾﺒ‬‫ﻰ‬‫ﻜﹸﻞﱢ ﺷ‬‫ » ﺇﹺﻥﱠ ﻟ‬-‫ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬- ‫ﺒﹺﻰ‬‫ﺲﹴ ﻗﹶﺎﻝﹶ ﻗﹶﺎﻝﹶ ﺍﻟﻨ‬‫ ﺃﹶﻧ‬‫ﻦ‬‫ﻋ‬
« ‫ﺍﺕ‬‫ﺮ‬‫ ﻣ‬‫ﺮ‬‫ﺸ‬‫ ﻋ‬‫ﺁﻥ‬‫ﺍﺀَﺓﹶ ﺍﻟﹾﻘﹸﺮ‬‫ﺮ‬‫ﺎ ﻗ‬‫ﻬ‬‫ﺍﺀَﺗ‬‫ﺮ‬‫ ﺑﹺﻘ‬‫ ﻟﹶﻪ‬‫ ﺍﻟﻠﱠﻪ‬‫ﺐ‬‫َﺗ‬
Ertinya: “Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi SAW namanya Anas bin Malik
RA, kata: “ Telah bersabda Rasulullah SAW: “ Bahawasanya bagi tiap-tiap sesuatu itu
hati dan hati al-Quran itu surah Yasin. Dan barang siapa yang membaca ia akan surah
Yasin nescaya suratkan tuhan bagi pahala bacaannya seperti membaca sepuluh kali

50
Ibid., h.4-6.
51
Contohnya pada hadith dalam masalah bernombor 67, al-Marbawi menyatakan hadith yang dinyatakan tersebut
adalah riwayat Anas bin Malik dan ‘Aishah RA. Lihat ibid., h.22.

15

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


dengan tiada surah Yasin.” (Kata Abu Isa) al-Tirmidhi: Bermula hadith ini hadith
gharib.”52

Selain itu, beliau juga tidak menyatakan taraf bagi hadith-hadith yang diriwayat oleh al-Bukhari
dan Muslim dalam sahih mereka. Hal ini telah diketahui bahawa kedua-dua sumber tersebut
adalah terdiri daripada hadith-hadith yang sahih sahaja yang telah disepakati oleh para ulama.
Selalunya al-Marbawi akan menyatakan dahulu riwayat hadith seperti “diriwayat oleh Muslim
dalam sahihnya”, lalu diikuti dengan menyatakan hadith. Pada akhir hadith setelah dinyatakan
terjemahannya, beliau tidak menyatakan taraf hadith tersebut.53

Ketujuh: Menjadikan hadith Qudsi sebagai hujah

Al-Marbawi juga memetik hadith Qudsi sebagai dalil terhadap keterangan yang dinyatakan.
Ketika mentafsirkan ayat 68 surah Yasin, dalam masalah bernombor [494], terdapat satu hadith
Qudsi disebutkan iaitu:

“Seperti diriwayatkan pada hadith Qudsi: (‫ﺎﺭﹺﻱ‬‫ ﺑﹺﻨ‬‫ﺭﹺﻱ‬‫ﻮ‬‫ ﻧ‬‫ﺮﹺﻕ‬‫ﻲﹺ ﺃﹶﻥﹾ ﺃﹶﺣ‬‫ﺤ‬‫ﺘ‬‫ﺎ ﺃﹶﺳ‬‫ﺃﹶﻧ‬‫ ﻭ‬‫ﺭﹺﻱ‬‫ﻮ‬‫ ﻧ‬‫ﺐ‬‫ﻴ‬‫)ﺍﻟﺸ‬,
Bermula uban itu cahaya Ku, maka malu Aku membakar cahaya Ku dengan api
neraka Ku.”54

Aspek Takhrij Hadith Dalam Kitab Tafsir Surah Yasin

Berdasarkan kepada penelitian terhadap kitab, al-Marbawi tidak mentakhrijkan hadith-hadith


yang dicatatkan sebagai dalil atau hujah dalam permasalahan dan keterangan yang dikemukakan.
Namun begitu, pada sebahagian hadith, terdapat hadith-hadith yang dinyatakan sumbernya
secara ringkas iaitu sama ada merujuk kepada kitab-kitab sunan dan sahih, atau kitab-kitab
hadith yang lainnya. Antara sumber-sumber kepada hadith-hadith yang dinyatakan dipetik
daripada al-Kutub al-Sittah (iaitu Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Dawud, Sunan al-
Tirmidhi, Sunan al-Nasa ’i dan Sunan Ibn Majah), kitab al-Jami‘ al-Saghir oleh Imam al-
Suyuti,55 Kitab Sahih Ibn Khuzaymah oleh Ibn Khuzaymah56, kitab Shu‘ab al-Iman oleh al-
Bayhaqi57 dan Kitab al-Hiliyyah oleh Abu Nu‘aim58 beberapa kitab lain.

52
Lihat Ibid., h.224. Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dalam sunannya [Kitab Fada’il al-Quran, Bab ( َ‫ﻣَﺎ ﺟَﺎء‬
‫)ﻓِﻰ ﻓَﻀْﻞِ ﯾﺲ‬, no.hadith 2887]. Lihat al-Tirmidhi (2000), Sunan al-Tirmidhi, dalam Mawsu‘ah al-Hadith, op.cit.,
h.1941
53
Rujuk masalah bernombor 156. Terdapat hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim yang jelas
dinyatakan oleh al-Marbawi. Namun, beliau tidak menyatakan taraf hadith itu sepertimana beliau menaqalkan
pendapat al-Tirmidhi terhadap kualiti sesuatu hadith yang diriwayatkannya. Lihat Ibid., h.47.
54
Ibid., h.199.
55
Lihat hadith yang disebutkan dalam masalah bernombor 119, di mana pada penghujung keterangan, al-marbawi
mencatatkan rujukan atau sumber bagi hadith itu, iaitu dari kitab -Jami‘ al-Saghir oleh Imam al-Suyuti. Lihat Ibid.,
h.44.

16

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Walaupun demikian, al-Marbawi tidak menyatakan secara terperinci maklumat hadith seperti
kitab dan bab hadith daripada sumber-sumber tersebut. Namun begitu, pada sebahagian hadith,
beliau menyebutkan taraf hadith khususnya daripada riwayat al-Tirmidhi dan al-Hakim.
Contohnya, hadith dalam masalah bernombor [68], daripada tiga hadith yang dinyatakan, al-
Marbawi menyebutkan bahawa salah satu daripada hadith tersebut diriwayatkan oleh al-Hakim
dalam al-Mustadrak. Lalu pada akhir hadith beliau mencatatkan berikut:

“Bahawasanya hadith sahih atas syarat Bukhari dan Muslim”59

Oleh yang demikian, ketika mencatat dan menukilkan hadith-hadith Nabi SAW, al-Marbawi
tidak konsisten dalam menyatakan sumber hadith serta taraf hadith-hadith tersebut. Pada
sebahagian hadith disebutkan sumbernya walaupun secara ringkas, dan pada sebahagian yang
lain tiada sebarang maklumat sumber dan taraf hadith tersebut.

KESIMPULAN

Daripada kajian dan penelitian yang telah dilakukan terhadap hadith-hadith di dalam karya Tafsir
Surah Yasin, ternyata al-Marbawi mempunyai metode atau pendekatan tersendiri ketika
menukilkan dan mencatatkan hadith-hadith yang dijadikan sumber dalil mahukan sebagai
pentafsir kepada ayat-ayat di dalam surah tersebut. Sistem penomboran yang diperkenalkan oleh
al-Marbawi secara tidak langsung telah banyak membantu bagi memudahkan rujukan serta dapat
menjadi panduan kepada para pembaca. Bahkan, hadith-hadith juga dicatatkan melalui sistem
penomboran tersebut yang disebutkan sebagai masalah. Setiap masalah yang dinomborkan
tersebut tidak semesti dinyatakan hadith melainkan jika terdapat hadith. Sistem penomboran
tersebut menjadi satu keistimewaan kepada karya ini.

Justeru itu, metodologi penulisan hadith-hadith juga mengikut sistem penomboran tersebut.
Namun, dalam masa yang sama, ketika mencatatkan dan membawa datang hadith-hadith itu al-
Marbawi secara konsisten menyatakan hadith dalam kurungan “(...)” yang dapat dibezakan
antara matan (teks) hadith dengan terjemahannya.

Oleh yang demikian, pujian harus diberikan kepada al-Marbawi selaku tokoh yang berwibawa
dan telah membawa satu pembaharuan ke arah perkembangan ilmu-ilmu Islam khususnya ke
arah menjadikan ia sesuai dan bertepatan dengan kehendak setempat dan masyarakat semasa.
56
Lihat hadith yang disebutkan dalam masalah bernombor 68, di mana terdapat tiga hadith yang dicatatkan. Tetapi
dua daripada hadith tersebut dinyatakan oleh al-Marbawi bahawa ia dikeluarkan oleh Ibn Khuzaymah dan lainnya.
Lihat Ibid., h.23.
57
Lihat hadith yang disebutkan dalam masalah bernombor 82, iaitu hadith yang dicatatkan tersebut dinyatakan oleh
al-Marbawi sebagai hadith riwayat al-Bayhaqi dalam kitabnya Shu‘ab al-Iman. Lihat Ibid., h.28.
58
Lihat hadith yang disebutkan dalam masalah bernombor 81. Lihat Ibid., h.27-28.
59
Ibid., h.23.

17

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


RUJUKAN

Anwar Ridwan Zakaria (2007), “Kitab Idangan Guru Sahih al-Bukhari wa Muslim: Satu Kajian
Dari Aspek Metodologi Huraian Hadith”, (Disertasi Sarjana, Jabatan al-Quran dan al-
Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).
Faisal Ahmad Shah (2007), “Metodologi Penulisan Mohamed Idris al-Marbawi Dalam Bahr al-
Madhi”, (Tesis PhD, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur).
Husna Kamarol Bahrin (2008), “Hadith Dalam Tafsir Al-Marbawi : Suatu kajian Dalam Aspek
Penggunaannya”, (Latihan Ilmiah, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Bahagian Pengajian
Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya).
Ibn Hibban, Abu ‘Isa Muhammad bin ‘Isa bin Sawrah al-Tirmidhi (1417H), Sunan al-Tirmidhi,
ditahqiqkan oleh Muhammad Nasir al-Din al-Albani al-Riyad: Maktabah al-Ma‘arif li al-
Nashr wa al-Tawzi‘.
Khadher Ahmad (2009), “Analisis Bentuk-Bentuk Matan Hadith Dalam Kitab-kitab Jawi
Nusantara: Penentu Arah Dalam Takhrij Hadith”, (Kompilasi Kertas kerja yang
dibentangkan dalam Seminar Takhrij Hadith Nusantara: Realiti dan Keperluan Dalam
Masyarakat Islam, pada 30 dan 31 Disember 2009, di Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya Kuala Lumpur).
Mahani Mokhtar (1990M), “Syeikh Muhammad Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi: Sejarah dab
Sumbangannya Di Bidang Penulisan”, (Latihan Ilmiah Jabatan Pengajian Islam, Fakulti
Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya).
Marbawi, Al-Sheikh Muhammad Idris al- al-Azahri (1964M/1383H), Tafsir Quran Marbawi
Surah Yasin, Mesir: Matba‘ah al-Anwar.
Muhammad bin Abdul Rahman (2003), “Sumbangan Syeikh Idris al-Marbawi: Suatu Kajian
Terhadap Kitabnya Bahr al-Madhi, Tumpuan Kepada Bab Niat,” (Disertasi Sarjana,
Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur).
Muhammad bin Hibban bin Ahmad Abu Hatim al-Tamimi al-Busti (1414H/1993M), Sahih Ibn
Hibban bi Tartib Ibn Balban, ditahqiqkan oleh Shu‘aib al-Arna’ut, Beirut: Muassasah al-
Risalah.
Murshida Kasim (2002), “Amalan-amalan leksikografi terhadap pemberian makna : satu kajian
kes terhadap kata kerja dalam Kamus Idris Al-Marbawi”, (Latihan Ilmiah, Jabatan
Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).
Nasruddin Saleh (1980), “Idris al-Marbawi Popular Kerana Kamus”, dalam Utusan Qiblat,
bil.(121), September 1980.
Zayla‘i, Jamal al-Din ‘Abd Allah bin Yusuf bin Muhammad al- (1414H), Takhrij al-Ahadith wa
al-Athar al-Waqi‘yyah fi Tafsir al-Kashshaf li al-Zamakhshari, ditahqiqkan oleh ‘Abd
Allah bin ‘Abd al-Rahman al-Sa‘d, al-Riyad: Dar Ibn Khuzaymah.
Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-
Tawzi‘.

18

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


LAMPIRAN
GAMBAR 1 GAMBAR 2

Kitab Tafsir Surah Yasin Bahasa Melayu oleh Kitab Tafsir Surah yasin, yang dicetak oleh al-
Sheikh Idris al-Marbawi terjemahan daripada Matba ‘ah al-Anwar, di Kaherah, cetakan
karya Tafsir Surah Yasin oleh al-Shawkani. pertama pada bulan Sya‘ban 1383H bersamaan
Dicetak oleh Matba‘ah Mustafa al-Babi al- dengan Januari 1964M
Halabi Mesir pada tahun 1353H.

19

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Anda mungkin juga menyukai