Anda di halaman 1dari 24

UNIVERSITI MALAYA

SUBJEK: KARYA UTAMA PENGAJIAN


AL-QURAN DAN AL-HADITH IQGU
6123
TAJUK:
CAHAYA DI SEBALIK MENARA
TAFSIR AL-MANAR
DISEDIAKAN UNTUK:
PROFESOR DATO DR MOHD YAKUB
@ ZULKIFLI HJ MOHD YUSOFF
DISEDIAKAN OLEH:
MOHD NURUL HISYAM BIN MOHAMED
IGB 110080
PENGAJIAN SARJANA USULUDDIN 2011/12
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
NILAM PURI
DAFTAR ISI
BAB 1 METODOLOGI KAJIAN
PENDAHULUAN
LATAR BELAKANG KAJIAN
PERMASALAHAN KAJIAN
OBJEKTIF KAJIAN
KEPENTINGAN KAJIAN
KAJIAN LEPAS
APLIKASI METODOLOGI
BAB 2- DARI LUAR TAFSIR AL-MANAR
NAMA KITAB
DEMOGRAFI PENGARANG
BAB 3- DARI DALAM TAFSIR AL-MANAR
KANDUNGAN KITAB
METHOD
GAGASAN PEMBAHARUAN AL-MANAR
BAB 4 - PUJIAN ATAU KOMENTAR ULAMA
BAB 5- PENUTUP
LAMPIRAN/ BIBLIOGRAFI
2 | P a g e
RUJUKAN
Bab 1 metodologi kajian
PENDAHULUAN
Sebagai generasi yang hidup pasca kemunculan revolusi Islah dalam ilmu
tafsir, Sewajarnya kita mendalami, mengenali atau setidak-tidaknya
mengetahui tentang tafsiran al-Quran sebelum dan selepas era Islah itu.
Tulisan yang ringkas ini bermisikan mengkhalayakkan salah satu dari kitab
tafsir pasca revolusi Islah; tafsir al-Manar.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Sejujurnya kajian ini asalnya merupakan salah satu tugasan pengajian
sarjana Usuluddin di universiti Malaya. Namun ia sebenarnya lebih dari itu.
PERMASALAHAN KAJIAN
Di sebalik manfaat dan pembaharuan yang dapat diambil, tafsir ini juga
kadang-kadang agak kontroversi. Antaranya seperti methode yang dipilih
oleh pengarang itu sendiri, tafsiran terhadap kalimah-kalimah tertentu dan
sikap pengarang sendiri tentang beberapa isu yang bertentangan dengan
pendapat beliau.
OBJEKTIF KAJIAN
Memperkenalkan sebuah model kitab tafsir orientasi Islah.
Menganalisa beberapa isu kontroversi seputar kitab ini.
Mengusulkan suatu gaya pandang yang lebih harmoni kepada
masyarakat terhadap karya ulama.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini penting kerana beberapa elemen. Antaranya:
Ia adalah kajian terhadap tafsiran kepada al-Quran.
Ia dijangka mampu menarik masyarakat ke arah idea islah, revolusi
dan reformasi.
Ia diharap dapat memperbetulkan beberapa salah faham dan amal
terhadap kitab ini dan juga terhadap para ulama secara umum.
3 | P a g e
KAJIAN LEPAS
Dengan penuh kerendahan, penulis berharap kajian ini mampu membantu
pembaca memahami kajian-kajian yang telah dilakukan oleh para sarjana
yang lebih arif yang lain terhadap tafsir al-Manar. Antara mereka seperti
Syeikh Muhamad al-Fadhil bin Asyur dalam buku beliau, at-Tafsir wa rijaluhu
yang seolah-olah menggambarkan suatu rantaian aliran pemikiran ulama
dalam episod Islah Umat. Lalu terpaparlah nama-nama seperti Syeikh
Sayyid Qutb 1965 M, Al-Maraghi 1945 M, Rasyid Ridha 1935 M, Syeikh
Abduh 1905 M, Jamaluddin Afghani 1897 M, Ibnu Khaldun 1406 M, ar-Razi
1209 M, Ibnu Rusyd 1198 M, al-Ghazali 1111 M, dan Ibnu Sina 1037 M dan
lain-lain. Dari situ beliau menyambung episod islah dengan memfokuskan
kepada Jamaluddin Afghani, Syeikh Abduh dan Rasyid Ridha sebelum masuk
kepada tafsir itu sendiri.
Manakala Dr Izzah Ahmad, doktor Tafsir dan Ulum al-Quran universiti
al-Azhar dalam buku beliau, ittijahat al-Mufasirin fil Qarni al-Isyrin pula
meletakkan satu fasal; orientasi Sastera kemasyarakatan atau sosio-budaya
di kalangan para pentafsir. Di situ beliau membicarakan tentang madrasah
tafsir oleh Syeikh Abduh, Rasyid Ridha dan Mustafa al-Maraghi. Beliau
membuat penjelasan dengan baik dan subtopik yang tersusun untuk
memudahkan para pembaca. Ringkasnya beliau membahagikan setiap
perbincangan kepada demografi syeikh, manhaj tafsir yang diguna syeikh
dan pencerahan terhadap beberapa isu kontroversi yang berkaitan.
Di Malaysia pula, Profesor Madya Dr Mustaffa bin Abdullah dari
Universiti Malaya pula antara figura yang banyak mengkaji tentang Syeikh
Rasyid Ridha dan tafsir al-Manar. Antaranya Gagasan Pan Islamisme Sayyid
Muhammad Rasyid Ridha dalam Tafsir al-Manar: satu huraian, Jurnal
Tamadun, APIUM. Sejarah penulisan tafsir al-Manar, Kesan Rasyid Ridha
terhadap pengajian tafsir di Malaysia dan Bicara Islah masyarakat dalam al-
4 | P a g e
Manar; analisis idea Rasyid Ridha; Masing-masing dalam Jurnal al-Bayan,
Universiti Malaya. Selanjutnya beliau turut menulis sebuah buku khas
berkenaan Rasyid Rida dan pengaruhnya di Malaysia. Di dalamnya beliau
menceritakan secara panjang lebar mengenai tuan syeikh dan tafsir beliau.
Apa yang menarik ialah profesor Mustaffa turut meletakkan satu bab
berkenaan Pemikiran pembaharuan Syeikh Rasyid Ridha dalam tafsir al-
Manar. Di situ beliau menyenaraikan semua isu yang berkaitan kepada
beberapa kumpulan; kumpulan pemikiran dalam akidah, Menentang syirik,
Bidaah dan khurafat, Sosial kemasyarakatan dan akhirnya pemikiran Politik.
METODOLOGI KAJIAN
Mengumpul maklumat dokumentasi. Ini dapat dilihat apabila penulis
mengemukakan beberapa buah karya di atas sebuah rujukan. Itu hanyalah
sebahagian dari rujukan yang dapat dilihat. Ada juga yang tidak dapat
dilihat seperti penulis mengumpul artikel-artikel dari internet untuk
menguatkan lagi sumber yang ada.
Selain itu, penulis turut memanfaatkan peluang belajar dari kelas
Profesor Mustaffa sendiri untuk bertanya secara langsung isu-isu yang
kurang difahami berkenaan tafsir ini.
Dalam masa yang sama penulis turut membentangkan beberapa idea yang
kurang jelas ke dalam muzakarah dan perbincangan (sebenarnya lebih
kepada sesi perbualan tetapi dalam bentuk membincangkan isu-isu
akademik) bersama pensyarah-pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa
Sultan KIAS untuk lebih pencerahan.
5 | P a g e
Bab 2 dari luar tafsir al-Manar
NAMA KITAB
Tafsir al-Manar. Ia diambil dari nama majalah yang menjadi tapak asas
penerbitan tafsir ini. Pada pandangan penulis, nama ini mempunyai identiti
tersendiri. Ini kerana makna kalimah al-Manar ialah menara. Ia juga suatu
cahaya yang dijadikan petunjuk. Malah pengajian Syeikh Abduh berkenaan
tafsir ini juga dilangsungkan di al-Azhar. Masjid @ Universiti yang sinonim
dengan kiblat ilmu umat Islam.

DEMOGRAFI PENGARANG
Beliau ialah Muhammad Rasyid bin Ali Ridha bin Muhammad
Syamsuddin bin Muhamad Bahauddin bin Mulla
1
Ali Khalifah al-Qalmuni.
Dilahirkan di perkampungan al-Qalamun, Tarablus, tidak jauh dari Jabal
11 Dr Mustaffa dalam kertas kerja Biografi Sayyid Muhammad Rasyid Ridha, halaman 72
jurnal al-Bayan vol 2 menaqalkan perbezaan pendapat di kalangan sarjana tentang nama
moyang syeikh Rasyid Ridha; Mulla dan Munla. Menurut Syeikh Ahmad as-Syarbasi dan
beberapa sarjana Islam lain, gelarannya ialah Munla. Namun E. Ende, seorang pengkaji
Barat tidak bersetuju dengan nama itu. Beliau mengatakan gelaran Ali Khalifah ialah Mulla.
Lihat E. Ende (1995), Rasyid Rida dalam The Encyclopedia of Islam, j. 8 Leiden: E.J Brill, h.
446.
6 | P a g e
Lubnan
2
. Beliau dilahirkan pada tahun 1282 H/ 1865 M. Membesar dan mula
belajar di Tarablus. Keturunannya berasal dari Baghdad dan mempunyai
susur galur sehingga ke Saidina Husein Radiallahu anhu. Sejak kecil dikenali
sebagai anak yang baik dan berkemahiran mengarang syair.
Pada tahun 1315 H beliau hijrah ke Mesir. Di sana beliau mendampingi
Syeikh Muhamad Abduh dan belajar dengannya. Sebenarnya beliau telah
menjejaki Syeikh Muhamad Abduh dan Syeikh Jamaludin sejak beliau masih
di Tarablus, Beirut. Melalui guru beliau pada masa itu, Syeikh Husein Jisr,
Jurnal atau majalah Urwatul Wuthqa yang memuatkan karangan Syeikh
Jamaluddin dan Syeikh Abduh itulah yang menjadi peranti antara mereka
3
.
Di Mesir, Syeikh Rasyid dan Syeikh Abduh menerbitkan majalah al-Manar
yang turut memuatkan catatan pengajian tafsir yang disampaikan oleh
Syeikh Abduh dan disalin serta dibentangkan oleh Syeikh Rasyid Ridha.
Seterusnya mereka berdua membangunkan sekolah ad- Dakwah wal-Irsyad.
Pada waktu pemerintahan Raja Faisal bin Husein di Syria, beliau kembali ke
sana. Namun, beliau keluar semula apabila Perancis mula menjajah Syria
pada tahun 1920 M. Kembali ke negara keduanya, Mesir dan menetap di
sana sehingga meninggal dunia secara mengejut dalam perjalanan pulang
dari Terusan Suez ke Kaherah pada tahun 1354 H/ 1935 M.
GURU SYEIKH SAYYID MUHAMMAD RASYID RIDHA.
22 Ibid. Biografi Sayyid Muhammad Rasyid Ridha. Hlmn 72. Turut menguatkan fakta ini ialah
perbincangan dengan al-fadhil ustaz Ab Rahim b Mohd Zain, pensyarah di Kolej Islam
Antarabangsa Sultan Ismail Petra.
33 Dr Ahmad Nabil Amir, http://alahkam.net/home/index.php?
option=com_content&view=article&id=6916:tafsir-al-manar-dan-aspirasi-
pembaharuan&catid=55:al-quran-a-al-hadis , dimuat turun pada 15 mac 2012.
Dan juga Hamizah bt Ahmad Razali, kertas kerja pemikiran islam dan isu
kontemporari globalhttp://newpaces.com/forum/topic/582, dimuat turun pada 20
Mac 2012.
7 | P a g e
Antara mereka adalah seperti berikut
4
:
1. Syeikh Muhammad Husayn al-Jisr 1909 M
2. Syeikh Mahmud Nasyabah 1890 M
3. Syeikh Abdul Ghani ar-Rafii 1890 M
4. Syeikh Muhammad al-Qawaqji 1888 M
5. Syeikh Jamaluddin al-Afghani 1879 M
6. Syeikh Muhammad Abduh 1905 M
ANTARA KARYA BELIAU:
1. Majalah al-Manar, terbit sebanyak 34 siri.
2. Tafsir al-Manar, 12 jilid, tafsir al-Quran dari al-Fatihah hingga ayat 101
surah Yusuf.
3. Tarikh al-Ustaz al-Imam Syeikh Muhamad Abduh, tiga jilid.
4. Nida liljinsi al-Latif, diterbitkan. Turut diterjemah ke bahasa Melayu.
5. Al-Wahyu al-Muhammadi, diterbitkan. Turut diterjemah ke bahasa
Melayu
5
.
6. Yusrul Islam wa usul at-Tasyri al-Am, diterbitkan.
7. Al-Khilafah, diterbitkan.
8. Muhawarat al-Muslih wal muqallid, diterbitkan.
9. Zikrul maulid an-Nabawi, diterbitkan.
10.Syubuhat an-Nasara wa hujajul Islam, diterbitkan.
11.Khulasah al-Sirah al-Muhammadiyah wa haqiqah dakwah al-
Islamiyah, diterjemah ke bahasa Melayu.
12.Risalah at-Tauhid
13.Maa al-ilm wal madaniyah (1922)
14.Al-Islam wan-Nasraniyah
44 Prof Madya Dr Mustaffa Abdullah, Rasyid Rida Pengaruhnya di Malaysia, Universiti
Malaya, 2009,
halaman 11.
55 Opcit. , Biografi Syeikh Sayyid Muhammad Rasyid Ridha, hlmn 86.
8 | P a g e
15.Al-Islam war-Radd ala muntaqidiihi
16.Al-muslimun wal Islam
17.Musykilat al-Quran wal musykilat al-Hadis.
18.Al-fatawa al-muhimmah fi at-Tasyriah al-Islamiyah
19.Tafsir surah al-Asr
20.Laihah al-Islah
Bab 3 ke dalam tafsir al-Manar
KANDUNGAN KITAB
9 | P a g e
Memuatkan catatan Syeikh Rasyid Ridha terhadap pengajian tafsir al-
Quran yang disampaikan oleh Syeikh Muhammad Abduh di al-Azhar
6
. Ia
bermula pada bulan Muharram 1301 H hingga Syeikh Abduh meninggal
dunia pada 1905 M. Ia bermula dari al-Fatihah hingga ayat ke-126 surah an-
Nisa. Ia disambung oleh syeikh Rasyid Ridha hingga beliau meninggal
dunia. Ayat terakhir yang sempat beliau tafsirkan ialah ayat ke 101 surah
Yusuf
7
.
Tafsir ini dicetak dalam 12 jilid. Selepas pemergian Syeikh Rasyid,
Ustaz Muhamad Bahjat al-Baithor, rakan dan juga murid beliau menghimpun
tafsir surah Yusuf dan menyudahkan baki ayat yang belum ditafsir hingga
akhir surah tersebut. Beliau kemudiannya menerbitkan satu kitab tafsir
dengan meletakkan nama Syeikh Rasyid Ridha sebagai pengarang kepada
Tafsir Surah Yusuf alaihis salam. Ia mula diterbitkan pada tahun 1355 H
dengan jumlah halaman sebanyak 157 muka
8
.
66 Syeikh Muhamad al-Fadhil bin Asyur, at-Tafsir wa rijaluhu, hlmn 220.
77 Dr Fuad Siraj Abdul Ghaffar, pentahqiq Tafsir al-Manar cetakan Maktabah Taufiqiyah, t.t.:
mukaddimah pentahqiq, al-Manar j.1 hlman 20. Apa yang menarik ialah kenyataan ini turut
dipaparkan oleh Dr Abdul Hayyi al-Farmawi, Doktor Tafsir al-Azhar dan doktor pelawat di
Universiti Ummul Qura dalam laman sesawang beliau. Selain itu, Syeikh Ahmad Syakir,
1892-1958, seorang ulama al-Azhar yang digelar Matahari para Imam,turut mengulas
pemergian Syeikh Rasyid Ridha setelah selesai mentafsirkan ayat ke 101 ini. Namun,
mengikut apa yang terdapat dalam jilid ke 12 tafsir al-Manar, cetakan maktabah Taufiqiyah,
ayat terakhir yang ditafsir ialah ayat ke 52 sahaja dari surah Yusuf alaihis salam itu. Dr
Abdul Hayyi al-Farmawi dalam laman sesawang beliau mencatatkan kedua-dua ayat
sebagai ayat terakhir tafsiran al-Manar. Dr Mustaffa Abdullah dari Universiti Malaya juga
menyatakan ayat terakhir ialah ayat ke 52.
10 | P a g e
Dalam memperkenalkan pengarang tafsir ini, penulis hanya memilih
Syeikh Rasyid Ridha kerana beberapa faktor. Antaranya:
Syeikh Jamalauddin yang walaupun boleh dianggap pelopor madrasah
tafsir ini tetapi, penglibatan beliau adalah secara tidak langsung; iaitu
sebagai acuan pemikiran Syeikh Muhamad Abduh.
Syeikh Muhamad Abduh pula sekalipun sebagai seorang yang
mengajar tentang tafsir ini, namun beliau hanya mentafsir sehingga
surah an-Nisa sahaja. Jumlahnya agak kecil jika dibandingkan dengan
penerus beliau, Syeikh Muhamad Rasyid Ridha.
Syeikh Rasyid pula sejak dari awal merupakan individu yang memujuk
Syeikh muhammad Abduh untuk menyampaikan pengajian tafsir.
Tafsiran beliau setelah pemergian Syeikh Muhammad Abduh lebih
banyak daripada yang sempat dikuliahkan oleh guru beliau itu.
METHOD
Pentafsiran
Secara umumnya tafsiran Syeikh Rasyid dalam al-Manar ini tidak
berbeza dengan manhaj tafsir guru beliau, Syeikh Muhamad Abduh. Manhaj
Syeikh Muhamad Abduh menurut Dr Izzah Ahmad Abd Rahman pula boleh
dilihat seperti berikut
9
:
1. Mementingkan gambaran hubungan munasabah antara surah
dan ayat.
Contoh: Surah al-Baqarah dan aal Imran.
2. Memaparkan pendirian beliau berhubung Israeliyat.
Contoh: Pendirian beliau ialah berdiam terhadap perkara yang
didiamkan oleh al-Quran seperti nama tempat, individu atau item
88 Dr Abdul Hayyi Al-Farmawi sebagai moderator bagi laman sesawang ini,
http://www.hadielislam.com/arabic/index.php?pg=articles%2Farticle&id=6272
Diambil pada 15 Mac 2012.
99 Dr Izzah Ahmad Abd Rahman, Orientasi Pentafsir kurun ke 20(Judul asalnya Ittijahat al-
mufassirin fil qarni al-isyrin). Hlmn 108.
11 | P a g e
tertentu. Contoh, ayat 57 surah al-Baqarah,
...
Dan ingatlah ketika kami berfirman, masuklah ke negeri ini, maka
makanlah...
Beliau berkata, : Kita tidak bicarakan/tentukan negeri manakah yang
dimaksudkan sebagaimana al-Quran juga tidak membicarakannya...
Sikap kita [saranan oleh penulis]: Dalam hal ini, sebaiknya kita
ketahui bahawa Israeliyat itu sendiri terbahagi kepada tiga; berita
yang diterima Islam dan disahkan benar, berita yang ditolak oleh
Islam dan disahkan bohong, dan berita yang tidak diiktiraf dan tidak
pula ditolak oleh Islam
10
. Apa yang dilakukan tuan syeikh ialah suatu
sikap yang lebih berhati-hati agar tidak terjebak ke dalam perkara
yang tidak pasti. Bagi hemat penulis, sikap sebegini adalah baik dan
dalam masa yang sama kita mesti sentiasa berusaha menambah ilmu
pengetahuan.
3. Mementingkan pengaruh psikologi.
Contoh: Dalam kisah saidatina Maryam alaihas salam, beliau
menyatakan bahawa pengaruh psikologi yang kuat terhadap
seseorang boleh memberi kesan yang kuat dan berbeza dari
kebiasaan. Seperti orang yang sihat tetapi selalu berfikiran bahawa
dia diserang virus dan penyakit, dia akan sakit. Begitu juga
sebaliknya.
Begitu juga Saidatina Maryam, setelah dikhabarkan oleh Allah bahawa
beliau akan dianugerahkan cahaya mata, maka perasaan dan
keyakinan beliau memainkan peranan sehingga berlakulah proses
yang seakan-akan percantuman ovum dan sperma itu. Sebagai
penyudahnya, Allah meniupkan ruh kepada kandungan itu.
10 1 Dr Muhamad bin Muhamad Abu Syuhbah, al-Israeliyat wal maudhuat fi kutubi at-
Tafsir,hlmn 103, Maktabah as-Sunnah.
12 | P a g e
4. Pandangan dalam persoalan akidah.
Contoh: Kewujudan malaikat.
Dikatakan, Syeikh Abduh tidak percaya akan kewujudan malaikat dan
iblis. Kata Dr Izzah, Seeloknya kita berprasangka baik dengan tuan
syeikh. Beliau sebenarnya, bukanlah tidak mempercayai perkara
tersebut. Apa yang disebut ialah beliau menyatakan, malaikat adalah
ruh yang menjadi sumber kebaikan. Manakala iblis pula ruh dan
sumber keburukan. Barangkali apa yang menjadi konflik di sini ialah
tuan syeikh tidak percaya kepada nama tersebut sahaja.
Walaubagaimanapun, dalam hal ini, penulis memilih untuk bersama dr
Izzah apabila beliau menyatakan tidak bersetuju dengan tuan syeikh.
Selagi mana nama tersebut; malaikat dan iblis, ialah nama yang diberi
oleh Allah maka, kita hendaklah menerima dan beriman dengannya
sahaja.
Contoh ayat: al-Baqarah ayat 34.
" ..."
Dan ingatlah ketika kami firmankan kepada malaikat: sujudlah
(tunduk hormat) kepada Adam
5. Kepercayaan beliau terhadap sihir.
Contoh: Bagi beliau, sihir itu tidak ada. Pendirian beliau ini
bercanggah dengan pendirian Jumhur ahlussunnah dan mengingkari
hadis Sahih tentang nabi disihir.
6. Menghubungkan al-Quran dengan isu dalam masyarakat.
Contoh: Ketika mentafsirkan ayat ke -3 surah al-Asr, beliau memberi
penerangan yang panjang lebar berkenaan masa dan kaitannya
dengan sifat sabar. Kesimpulan utama yang dapat diambil dari
perbahasan tersebut, tuan syeikh menyatakan bahawa kurang sabar
ialah punca segala kelemahan dan kerosakan. Beberapa contoh yang
lain akan penulis kemukakan dalam subtopik Gagasan pembaharuan
yang dibawa tafsir al-Manar.
13 | P a g e
Dari Syeikh muhammad Abduh kepada Syeikh Sayyid Rasyid
Ridha
Sebelum kita masuk ke bahagian methode penulisan al-Manar,
elok disebutkan beberapa manhaj Syeikh Rasyid Ridha yang
tersendiri. Ini dinyatakan sendiri oleh beliau ketika mula menyambung
tugasan yang ditinggalkan syeikh Abduh
11
. Antara yang dimaksudkan
itu seperti:
1. Memperbanyakkan tafsiran al-Quran kepada al-Quran, contoh: Al-
baqarah ayat 1 ditafsirkan dengan ayat dalam surah al-anfaal; 65, 45
dan 46.
2. Meluaskan perbahasan terhadap tafsiran yang bersandar kepada
hadis. Contoh: Awal Juz ke-6, berkaitan kata-kata buruk.
3. Menghalusi kalimah-kalimah tertentu dan yang berkaitan dengan
bahasa.
:
Kalimah amhu: buta hati dan gelap pandangan dalaman. Kesannya
ialah kebingungan dan ketidakpastian. Tidak mencari hidayah untuk
mendapat kebenaran.
Syeikh Sayyid Muhammad Rasyid Ridha berkata, Ini ialah ringkasan
pelajaran dari ayat tadi.
Kata ar-Raghib: al-Amhu ialah keraguan pada diri pelaku yang
kebingungan. Wallahu alam.
4. Menghuraikan secara khusus permasalahan yang memerlukan
penyelesaian segera dalam masyarakat. Contoh: an-Nisa 157.
Berkaitan salib.
Method Penulisan dan penyusunan al-Manar
Antaranya:
11 1 Op.cit. Hlmn 125.
14 | P a g e
1. Menggunakan tertib mushaf Uthmani
2. Menyebut hubungan antara surah
3. Jika ayat tafsiran itu dari Syeikh Abduh maka ditulis, ...
Atau jika disebut nas terlebih dahulu maka ditulis, ...
setelahnya.
4. Menulis kesimpulan umum setiap surah di penghujungnya. Hanya al-
Baqarah ditulis pada permulaannya.
GAGASAN PEMBAHARUAN
Apa yang dimaksudkan dengan pembaharuan dalam tafsir al-Manar ini
bukanlah bermakna sesuatu yang baru dan tidak pernah ada dalam sejarah
Islam. Namun ia lebih bersifat penambahbaikan terhadap usaha para ulama
terdahulu daripada itu. Ia juga dilihat sebagai suatu proses Islah kerana ia
mengemukakan teguran kepada hubungan antara masyarakat pada waktu
itu dengan al-Quran yang dilihat perlu diperbaiki. Antara contohnya seperti
berikut:
1. Islah Pemikiran al-Manar ke dalam akidah; menolak takwil dan
taqlid dalam ibadah dan akidah.
Ketika mentafsirkan ayat ke 112 surah Yusuf alaihis salam:



112. Oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap
teguh di atas jalan Yang betul sebagaimana Yang diperintahkan
kepadaMu, dan hendaklah orang-orang Yang rujuk kembali kepada
kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu
melampaui batas hukum-hukum Allah; Sesungguhnya Allah Maha
melihat akan apa Yang kamu kerjakan.
Menurut beliau, ayat di atas adalah dalil yang mewajibkan
mengimani nas syariat tanpa pentakwilan atau penggubahan seperti
15 | P a g e
qiyas atau istihsan
12
. Kata Syeikh Sayyid Rasyid Ridha: Tidak ada
Islah melainkan dengan dakwah. Tidak ada dakwah melainkan
dengan hujah dan tidak ada hujah selagi adanya taqlid yang
membuta tuli.
13
Selain itu, antara contoh lain dalam Islah Pemikiran terhadap
perkara akidah yang dibawa al-Manar ialah seperti bersederhana
dalam bab tawassul, menentang syirik, bidah dan khurafat dan lain-
lain.
2. Islah pemikiran sosial kemasyarakatan; memartabatkan kaum
wanita.
Perkara ini dikhalayakkan dalam tafsiran berikut:








123. (balasan Yang baik Yang dijanjikan oleh Allah itu) tidak akan didapati
hanya Dengan angan-angan kamu semata-mata, dan tidak pula Dengan
angan-angan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). sesiapa Yang melakukan
kejahatan, ia akan dibalas Dengan kejahatan itu, dan ia pula tidak akan
mendapat - selain dari Allah - seorang pun Yang akan melindunginya, dan
tidak ada juga Yang dapat menolongnya.
124. Dan sesiapa Yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau
perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga,
12 1 Tafsir al-Manar, J.12 halaman 136. Tahqiq oleh Fuad Siraj Abdul Ghaffar.
13 1 Op.cit Rasyid Ridha pengaruhnya di Malaysia, Dr Mustaffa Abdullah, hlmn 121.
16 | P a g e
dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya)
sedikitpun.
Kata al-Manar, amal soleh itu ialah yang memberi kebaikan kepada
pelakunya samada lelaki mahupun wanita. Maka tidak betullah
sesetengah manusia yang merendahkan-rendahkan golongan wanita dan
menutup peluang amal mereka.
14
Selain itu, idea islah dari sisi ini juga boleh dilihat dalam pendirian
tafsir al-Manar terhadap konsep ilmu dan peranan Ulama dalam
masyarakat.
3. Islah dalam politik
Menerusi penambahbaikan yang dikemukakan dalam perkara ini, Syeikh
Rasyid Ridha mengemukakan beberapa idea menarik seperti kesatuan
ummah, kesatuan agama, kesatuan perundangan, kesatuan sistem
politik antarabangsa, kesatuan bahasa dan lain-lain.
14 1 Op.cit Tafsir al-Manar, J.5 halaman 374. Tahqiq oleh Fuad Siraj Abdul Ghaffar.
17 | P a g e
Bab 4 pujian atau komentar ulama
Oleh kerana pendokong tafsir ini merupakan ulama kurun ke 19 dan
20 maka kenyataan dan komentar para ulama yang dapat dikumpul juga
tentulah dari generasi ulama yang sama. Berikut adalah beberapa
pengiktirafandan kenyataan dari para ulama terhadap tafsir al-Manar dan
pengarang itu sendiri. Kebanyakan kenyataan-kenyataan ini diukir kembali
dalam mukaddimah tafsir al-Manar oleh Fuad Siraj Abdul Ghafur, cetakan
maktabah Taufiqiyah.
Shakib Arsalan
15
, 1869-1946 M, sasterawan Lubnan: Tafsir al-Quran
adalah sebaik-baik petunjuk terhadap ilmu Rasyid. Ia sudah cukup untuk
melayakkan beliau digolongkan di kalangan ulama ummah.
16

Dagher Yousef Asad
17
, 1899-1981 M, sejarawan Lubnan: Tafsir al-
Manar merupakan karya paling bernilai Syeikh Rasyid Ridha dan yang paling
15 1 http://en.wikipedia.org/wiki/Shakib_Arslan dimuat turun pada 22 Mac 2012.
16 1 Mukaddimah al-Manar, J.1 hlmn 6. Maktabah Taufiqiyah , Kaherah, t.t.
17 1 http://www.arab-ency.com/index.php?
module=pnEncyclopedia&func=display_term&id=16127&m=1 Dimuat turun pada 22 Mac
2012.
18 | P a g e
hidup. Ia termasuk di kalangan tafsir al-Quran yang terbaik pernah
dicetak.
18
Muhibuddin al-Khatib
19
, Muhibuddin bin abu al-Fatah bin Abdul
Qadir bin Soleh bin Abd Rahim bin Muhamad al-Khatib, 1886-1969 M, ulama
kelahiran Damsyik: Kerap kali aku diajukan pertanyaan oleh masyarakat
Eropah, bukan Islam dan juga anak-anak muda kita yang tidak berlatar
belakangkan pendidikan Islam tentang sebuah tafsir yang baik bagi mereka
mengenali al-Quran. Aku dapati tidak ada tafsir yang terbaik bagi tujuan itu
melainkan tafsir al-marhum ini (Syeikh Sayyid Rasyid Ridha).
20
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, 1908 -1981, atau lebih dikenali
dengan Pak Hamka
21
: Saya mengakui bahawa saya tidak pernah belajar,
baik di al-Azhar atau di Cairo University, tetapi hubungan jiwa saya dengan
Mesir telah lama. Iaitu sejak saya pandai membaca buku-buku bahasa Arab,
khususnya buku-buku Syeikh Muhamad Abduh, Sayyid Rasyid Ridha dan
lain-lain.
22
Dr Ahmad as-Syarbasi
23
, 1918-1980 M, ulama kelahiran Daqohliyah,
Mesir: ...Seterusnya Syeikh Sayyid Rasyid Ridha menerbitkan catatan
intipati pengajian tafsir Syeikh Abduh tadi ke dalam majalah al-Manar.
18 1 Op.cit al-Manar, j.1. halaman 6.
19 1 http://ar.wikipedia.org/wiki/%D9%85%D8%AD%D8%A8_%D8%A7%D9%84%D8%AF
%D9%8A%D9%86_%D8%A7%D9%84%D8%AE%D8%B7%D9%8A%D8%A8 Dimuat turun
pada 22 Mac 2012.
20 2 Op.cit al-Manar, j.1. halaman 6.
21 2 http://ms.wikipedia.org/wiki/Hamka
22 2 http://al-ahkam.net/home/index.php?
option=com_content&view=article&id=6916:tafsir-al-manar-dan-aspirasi-
pembaharuan&catid=55:al-quran-a-al-hadis dimuat turun pada 15 mac 2012.
19 | P a g e
Kemudian beliau menerbitkannya secara berasingan dengan beberapa
penambahbaikan yang perlu dan dikenali selepas itu dengan nama tafsir al-
Manar. Ia merupakan tafsir kontemporari dan baru; beliau cuba
menghubungkan kandungan al-Quran dengan realiti masyarakat dan
merealisasikan Islam sebagai agama yang universal dan kompeten di setiap
masa dan tempat.
24
Dr Jamal Mustafa Abdul Hamid Abdul Wahhab an-Najjar, di
dalam kertas kerja beliau, at-Tafsir wal mufassirun, yang termuat dalam
ensiklopedia al-Quran terbitan Majlis tertinggi Hal ehwal agama Islam Mesir
pula menyebutkan beberapa kekurangan yang terdapat pada tafsir al-Manar
menurut pemerhatian beliau. Antara yang dimaksudkan itu seperti:
1. Kebebasan mutlak kepada akal dalam memahami teks nas.
Kata Syeikh Muhammad Abduh, apabila bertembung antara akal
dan naqal, maka diambil apa yang ditunjukkan oleh akal.
25
Lalu Dr Jamal berkomentar, pendokong aliran tafsir seumpama ini
seolah-olah terlupa bahawa tidak ada pertembungan pun antara
agama dan akal. Atau juga antara agama dan sains. Jika dikatakan
akal itu mampu untuk sampai ke kemuncak setiap pensyariatan
maka, mengapalah Allah Taala mengutus para rasul?
2. Natijah dari kesalahan tadi, mereka akhirnya terjerumus ke suatu lagi
kesalahan. Iaitu; mentafsir al-Quran dengan nas zahir dengan
23 2 http://forum.islamstory.com/2020-%D4%CE%D5%ED%C9-%C7%E1%CF%DF%CA
%E6%D1-%C3%CD%E3%CF-%C7%E1%D4%D1%C8%C7%D5%ED.html diambil pada 23
Mac 2012.
24 2 Dr Ahmad as-Syarbasi, Kisah Tafsir, hlmn 102, j.2, buku hadiah bagi majalah al-Azhar,
Rejab 1427 H. Cairo.
25 2 Dr Jamal Mustafa Abdul Hamid Abdul Wahhab an-Najjar, at-Tafsir wal mufassirun,
Ensiklopedia al-Quran terbitan Majlis tertinggi Hal ehwal agama Islam Mesir, 2009, halaman
287. Beliau memetik kenyataan tadi daripada karya al-Islam wan-Nasraniyah karangan
Syeikh Muhammad Abduh, Matbaah Muhammad Sobih, halaman 51.
20 | P a g e
kefahaman akal mereka.
26
Justeru mereka pun dihanyutkan kepada
impak seterusnya yang menginkari ketetapan-ketetapan syariat yang
thabit hakiki lagi mutawatirah. Sebab itulah mereka dilihat menginkari
malaikat, jin, sihir dan mukjizat hissi .
3. Menurut Dr Hazim Mahyuddin, yang juga seorang penulis dari
Palestin,Sekalipun tafsir al-Manar mendapat tempat yang baik di
dalam masyarakat kerana menggunakan lafaz generasi baru dan
moden dalam pentafsiran, ia juga tidak terlepas dari kritikan. Antara
kritikan dan teguran yang menjadi tumpuan para ulama ialah
beberapa perkara berikut:
1. Kelihatan agak bermudah-mudah dalam mneyebutkan perkara yang
melibatkan takwil.
2. Malahan mentakwil sesetengah jenis mukjizat pula.
3. Kecenderungan mempunyai pendapat tersendiri dalam perbahasan
feqah.
27
26 2 Ibid a at-Tafsir wal mufassirun, Ensiklopedia al-Quran, hlmn 278.
27 2 Dr Hazim memisalkan yang demikian itu dengan pendapat al-Manar yang
mengharuskan tayammum bagi musafir sekalipun mempunyai air. Dan orang itu juga tidak
mempunyai sebab yang menghalangnya untuk menggunakan air. [Namun setelah penulis
melihat kembali nas yang terdapat dalam ayat wudu dan tayammum surah an-Nisa ayat
ke 43, tafsir al-Manar jilid ke -5, halaman 105-114 maka, penulis berpendapat terdapat
beberapa fakta yang perlu dijelaskan lagi]:
1. Syeikh Rasyid Ridha dan Syeikh Abduh berpendapat diharuskan bertayammum
ketika musafir walaupun ada air. Ini kerana terdapat unsur kepayahan yang
signifikan untuk menggunakan air ketika itu. Bahkan jika diqias kepada musafir
dengan keretapi atau kapal laut berbanding mereka yang musafir dengan unta atau
kuda maka, ternyata lebih mudah menggunakan air jika bermusafir dengan haiwan.
Selain itu, berdasarkan ayat an-Nisa ayat 43 juga ternyata bermusafir itu sendiri
adalah rukhsah untuk tidak berwudu atau mandi .
2. Manakala hadis yang meriwayatkan sebab diharuskan solat dengan tayammum
seperti sebab nuzul ayat 43 tadi; seperti kisah saidatina Aisyah radiallahu anha
yang hilang rantai di salah satu musafir, lalu Rasulullah salllahu alaihi wasallam
berhenti dan menunggu ummul Mukminin mencarinya. Saidina Abu Bakar
Radiallahu anhu menegur saidatina Aisyah radiallahu anha dengan berkata, kamu
telah mengganggu perjalanan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dalam keadaan
orang Islam sudah kehabisan air. Lalu turunlah ayat 43 surah an-Nisa itu. Orang
muslimin selepas itu bersembahyang dengan bertayammum. Bagi pandangan
Syeikh Rasyid Ridha, perkara ini tetap tidak menafikan musafir itu sendiri sebagai
salah satu rukhsah sebagaimana yang boleh difahami dari zahir ayat. Begitu juga
tidak dikhususkan dalam hadis bahawa tayammum itu khusus untuk keadaan tidak
ada air atau ada tapi tidak boleh menggunakannya.
21 | P a g e
Bab 5 penutup
Mengenali sosok tafsir al-Manar dan meneroka pemikiran kemudinya
mampu mendekatkan hubungan antara isi al-Quran dan realiti masyarakat.
Mutiara-mutiara nilai yang tertanam di dalam tafsir ini mesti dikorek dan
didedahkan kepada masyarakat. Dalam iktikad bahawa yang masum itu
hanya rasulullah sallallahu alihi wasallam, kita juga wajar mempunyai gaya
pandang yang lebih harmoni ketika menanggapi sesuatu persoalan yang
baru. Apatah lagi ia dikemukakan oleh ulama juga. Justeru, alangkah elok
jika pendekatan kita ialah pencerahan, pengharmonian, penjernihan dan
penambahbaikan. Madrasah tafsir yang dilalui al-Manar dan yang
seumpamanya seperti tafsir al-Maraghi, Tafsir Syarawi, Fi zilalil quran dan
lain-lain adalah medan yang baik untuk tujuan itu.
RUJUKAN
Al-Quran dan hadis
1. Al-Quran terjemahan Indonesia, Kementerian hal ehwal agama Islam
dan Wakaf, Arab Saudi, tahun1415 H.
2. Dr Fuad Siraj Abdul Ghaffar,Muhaqqiq Tafsir al-Manar, j. 1, 5 dan 12.
cetakan Maktabah Taufiqiyah, t.t.
3. Justeru, menurut Syeikh Rasyid, bertayammum dalam musafir yang masih ada
bekalan air mempunyai hujah dan asas akademiknya. Dan beliau secara ilmiah dan
teorinya menerima perkara ini.
4. Walaubagaimanapun, untuk berlaku adil terhadap Syeikh Rasyid, sewajarnya kita
juga menaqalkan kata-kata beliau di hujung perbahasan ini yang turut
menggambarkan sosok peribadi yang tetap bersama jumhur ulama. Kata Syeikh
Rasyid dalam jilid ke-5 halaman 114, Dan jelaslah bahawa jalan ihtiyath(berhati-
hati) itu ialah mengguna pendekatan al-azimah; tidak bersuci kecuali dengan air
melainkan terhalang oleh kesulitan yang kuat. Dan aku sendiri secara amalinya,
tidak pernah bertayammum untuk menggantikan wudhu ketika bermusafir
sekalipun pada sesetengah situasinya terasa berat bagiku.
22 | P a g e
Mujam dan kamus
3. Al-Mujam al-Arabi al-Asasi, - Arab League Education, Culture and
Science Organization, ALECSO, 1989.
4. Kamus dewan edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.
Buku kajian
5. Syeikh Muhamad al-Fadhil bin Asyur, at-Tafsir wa rijaluhu, j.2, hadiah
majalah al-Azhar edisi bulan Rejab 1425 H.
6. Dr Izzah Ahmad, Ittijahat al-Mufasirin fil Qarni al-Isyrin, Pengajian
Islam dan Bahasa Arab universiti al-Azhar(Banat), Cairo, 2003 M.
7. Dr Muhamad bin Muhamad Abu Syuhbah, al-Israeliyat wal maudhuat
fi kutubi at-Tafsir, Maktabah as-Sunnah.
8. Dr Ahmad as-Syarbasi, Kisah Tafsir, j.2, buku hadiah bagi majalah al-
Azhar, Rejab 1427 H. Cairo.
9. Profesor Madya Dr Mustaffa bin Abdullah, , Rasyid Rida dan
pengaruhnya di Malaysia, Universiti Malaya, 2009 M.
Artikel dan Jurnal
10.Jurnal al-Bayan, Universiti Malaya:
Sejarah penulisan tafsir al-Manar,
Biografi Sayyid Muhammad Rasyid Ridha
Kesan Rasyid Ridha terhadap pengajian tafsir di Malaysia
Bicara Islah masyarakat dalam al-Manar; analisis idea Rasyid Ridha;
Masing-masing oleh Profesor Madya Dr Mustaffa bin Abdullah.
11.Ensiklopedia al-Quran terbitan Majlis tertinggi Hal ehwal agama Islam
Mesir, 2009;
Dr Jamal Mustafa Abdul Hamid Abdul Wahhab an-Najjar, at-Tafsir wal
mufassirun.
Laman sesawang
23 | P a g e
12. Dr Ahmad Nabil Amir, http://alahkam.net/home/index.php?
option=com_content&view=article&id=6916:tafsir-al-manar-dan-
aspirasi-pembaharuan&catid=55:al-quran-a-al-hadis ,
dimuat turun pada 15 mac 2012.

13. Hamizah bt Ahmad Razali, kertas kerja pemikiran islam dan isu
kontemporari globalhttp://newpaces.com/forum/topic/582, dimuat
turun pada 20 Mac 2012.
14. Dr Abdul Hayyi Al-Farmawi sebagai moderator bagi laman sesawang
ini,
http://www.hadielislam.com/arabic/index.php?pg=articles
%2Farticle&id=6272
Diambil pada 15 Mac 2012.
15. http://en.wikipedia.org/wiki/Shakib_Arslan dimuat turun pada 22 Mac
2012.
16. http://www.arabency.com/index.php?
module=pnEncyclopedia&func=display_term&id=16127&m=1
Dimuat turun pada 22 Mac 2012.
17. http://ar.wikipedia.org/wiki/%D9%85%D8%AD%D8%A8_
%D8%A7%D9%84%D8%AF%D9%8A%D9%86_
%D8%A7%D9%84%D8%AE%D8%B7%D9%8A%D8%A8 Dimuat turun
pada 22 Mac 2012.
18. http://ms.wikipedia.org/wiki/Hamka
http://alahkam.net/home/index.php?
option=com_content&view=article&id=6916:tafsir-al-manar-dan-aspirasi-
pembaharuan&catid=55:al-quran-a-al-hadis dimuat turun pada 15 mac
2012.
19. http://forum.islamstory.com/2020-%D4%CE%D5%ED%C9-
%C7%E1%CF%DF%CA%E6%D1-%C3%CD%E3%CF-
%C7%E1%D4%D1%C8%C7%D5%ED.html diambil pada 23 Mac 2012.
Perisian komputer
Quran in MS Word, Taufiq Product Inc.
24 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai