Anda di halaman 1dari 50

MODUL

MaP BuTe
(MAksimum Pengunaan BUku TEks)

1
Isi kandungan muka surat

1. Kemahiran Mendengar 3
Jawapan Mendengar 15
2. Kemahiran Bertutur 18
3. Kemahiran Membaca 21
4. Kemahiran Menulis
i. Rumusan 24
ii. Bahasa Klasik 31

iii. Pemahaman 35
iv. Tatabahasa 40
v. Karangan 51

2
KEMAHIRAN
MENDENGAR

3
TEMA 1 (Muka surat 8)

JOM BELAJAR BERENANG

1. Nyatakan definisi berenang


______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

2. Berikut adalah empat aspek keselamatan di air, kecuali:


a) Papan tanda yang tiada
b) Keadaan cuaca
c) Keadaan arus yang deras
d) Warna air

3. Berikan lima perkara penting yang perlu diketahui sebelum belajar berenang
i. _____________________________
ii. _____________________________
iii. _____________________________
iv. _____________________________
v. _____________________________

4. Berikut merupakan aspek keselamatan yang perlu diambil kira setelah tiba di
badan air, kecuali:
a) Jangan terjun dahulu
b) Lakukan pemerhatian dahulu
c) Jangan berenang bersendirian
d) Kenal pasti kedalaman air

4
TEMA 2 (Muka surat 16)

NUTRIEN UNTUK MINDA

1. Nyatakan pekerjaan Haikal?


________________________________________________

2. Mengapakah cikgu menganggap Haikal tidak bersikap seperti di angin lalu?


__________________________________________________

3. Berikan sebab cikgu melarang Haikal makan rendang daging dalam kuantiti
yang banyak.
______________________________________________________________
______________________________________________________________

4. Nyatakan tiga makanan atau minuman selain rendang yang perlu


dikurangkan?
______________________________________________________________
______________________________________________________________

5
TEMA 2 (Muka surat 22)

MALAYSIA MEMBACA

1. Nyatakan slogan bagi Kota Buku Dunia 2020

2. Berikut merupakan tiga sebab Kuala Lumpur dipilih sebagai Kota Buku Dunia
kecuali
a) Pendidikan yang inklusif
b) Pendidikan yang eksklusif
c) Pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan
d) Kebolehcapaian membaca kepada segenap populasi

3. Terdapat empat tema Kota Buku kecuali


a) Pembangunan infrastruktur industri buku
b) Inklusif dan akses digital
c) Membaca dalam semua artikel
d) Pemberdayaan kanak-kanak melalui membaca

4. Berikut adalah acara dan aktiviti yang dianjurkan oleh Kota Buku
a) Pembinaan kota buku
b) Kempen membaca dalam kalangan pengguna tren
c) Peningkatan perkhidmatan dan capaian digital
d) Perpustakaan Negara Malaysia menyediakan infrastruktur kepada
orang kurang upaya

5. Nyatakan dua aktiviti acara pembukuan yang pernah diadakan di Kuala


Lumpur

6
i)____________________________________
ii)___________________________________

6. Nyatakan 5 golongan sasaran bagi aktiviti pembacaan dan pengupayaan


buku
i)_____________________________
ii)____________________________
iii)___________________________
iv)___________________________
v)____________________________

TEMA 3 (Muka surat 28)

DI SEBALIK TABIR PESAWAT


7
1. Nyatakan dua kerjaya yang bertugas di udara
i)_________________________________
ii)________________________________

2. Nyatakan kelayakan minimum yang diperlukan untuk memasuki bidang


penerbangan
_________________________________________

3. Selain Jurutera Penyelenggara Pesawat, nyatakan satu kerjaya lain di darat.


__________________________________________

4. Berikan dua kelebihan kerjaya di udara


i)___________________________________________________________
ii)___________________________________________________________

5. Apakah syarat yang diperlukan untuk menjadi Jurutera Penyelenggara


Pesawat?
_________________________________________________

6. Apakah tugas Pegawai Kawalan Trafik Udara?


__________________________________________________

TEMA 4 (Muka surat 44)


ASAM YANG MANIS I

1. Nyatakan kesesuaian tanah bagi penanaman rozel


_______________________________________________________

8
2. Nyatakan tempoh semaian rozel
a) Lebih kurang 8 hingga 10 hari
b) Lebih kurang 85 hingga 100 hari
c) Lebih kurang 10 hingga 14 hari
d) Lebih kurang seminggu

3. Nyatakan dua tempat pemprosesan rozel


i) _________________________________ ii)
_________________________________

4. Mengapakah petani mesti mendapatkan biji benih rozel yang dibekalkan


oleh Pejabat Pertanian daerah sahaja?
_________________________________________________________

5. Berikut merupakan industri yang terhasil daripada pemasaran rozel


kecuali
a) Industri makanan dan minuman
b) Industri kosmetik
c) Industri farmaseutikal
d) Industri perubatan

TEMA 4 (Muka surat 45)


ASAM YANG MANIS II

1. Namakan tiga nama lain bagi rozel


i. _________________________ ii.
_________________________ iii.
_________________________

9
2. Berikut merupakan kegunaan kelopak rozel yang diproses kecuali
a) Kordial
b) Jem
c) Halwa
d) Jeruk

3. Bahagian rozel yang manakah boleh dijadikan sebagai gentian tali


________________________________

4. Apakah inovasi rozel dalam industri farmaseutikel?


________________________________

5. Bagaimanakah permintaan rozel dalam pasaran antarabangsa dipenuhi?


_______________________________________________________

TEMA 4 (Muka surat 50)


WANITA BERJIWA PERKASA

2. Mengapakah Hajah Zaiton meninggalkan dunia perkhidmatan awam pada


2009?
______________________________________________________________

3. Apakah projek utama yang diusahakan oleh Hajah Zaiton?

10
a) Penternakan lebah kelulut
b) Perusahaan tanaman kelapa sawit seluas 4 ekar
c) Projek Industri Asas Tani
d) Pelaksanaan projek dan penyelidikan

4. Apakah projek penyelidikan yang dijalankan oleh Hajah Zaiton?


______________________________________________________________
______________________________________________________________

5. Apakah anugerah yang diterima oleh beliau disebabkan sumbangan dan


penglibatan aktif?
______________________________________________________________

TEMA 5 (Muka surat 58)

SISTEM BINAAN BERINDUSTRI

1. Apakah tujuan utama pengunaan Sistem Binaan Berindustri?


______________________________________________________________
______________________________________________________________

2. Nyatakan salah satu jenis Sistem Konkrit Pratuang.

a) Komponen yang menggunakan susuk, tiang,


papan dan dinding yang bergalas beban.

11
b) Komponen yang menggunakan rasuk, tiang,
papak dan dinding tidak galas beban.
c) Komponen yang menggunakan rasuk, tiang,
papan dan dinding tidak galas beban.
d) Komponen yang menggunakan papak dan
dinding yang tidak galas beban.

3. Apakah sistem yang bia sa digunakan untuk kerangka bumbung?

___________________________________

4. Berikut ialah asas Sistem Acuan kecuali


a) Keluli
b) Aluminium
c) Kayu
d) Plastik
6. Nyatakan pembinaan yang menggunakan kerangka kayu pasang siap.
________________________________________________________

7. Mengapakah komponen Sistem Blok mudah diuruskan?


________________________________________________________

TEMA 6 (Muka surat 108)

KAIN TELEPUK

1. Apakah definisi umum bagi telepuk?


______________________________________________________________
______________________________________________________________

2. Berikut ialah proses penghasilan kain telepuk kecuali:


a) Proses penenunan kain
b) Pembuatan penerap ukiran bunga
c) Menjirus
d) Menggerus

12
3. Apakah alat yang digunakan untuk menggilap dan melicinkan kain?
_____________________________________

4. Bagaimanakah serbuk emas ditekap pada kain?


a) Selepas proses menyapu gam Arab pada lengan.
b) Selepas memindahkan penerap pada permukaan kain.
c) Selepas meninggalkan kesan emas.
d) Selepas motif telah diukir.

5. Apakah jenis kain yang mempunyai urutan motif bunga pecah empat yang
berkembang kepada pecah enam dan lapan? a) Kain telepuk
b) Baju kurung
c) Kain ikat kepala
d) Kain sarung

TEMA 7 (Muka surat 86)

NIOSH MENYANTUNI SEKOLAH

1. Mengapakah Program Keselamatan dan Kesihatan (Program KKP) di sekolah


diperkenalkan pada tahun 2015?
______________________________________________________________
______________________________________________________________

2. Aktiviti Program KKP di sekolah adalah seperti berikut kecuali


a) Aktiviti mengecam ancaman
b) Kuiz mengecam ancaman
c) Pertandingan mewarna dan melukis poster
d) Aktiviti ceramah

3. Apakah dua aspek penting dalam sekolah selamat?

13
i)__________________________________________________
ii)__________________________________________________

4. Apakah budaya yang perlu disedari oleh setiap warga sekolah?


______________________________________________________________
______________________________________________________________

5. Bagaimanakah warga sekolah boleh bertindak sebagai mata dan telinga pihak
pengurusan sekolah?
______________________________________________________________
______________________________________________________________

JAWAPAN KEMAHIRAN MENDENGAR

JAWAPAN TEMA 1

1. Berenang ialah pergerakan kita di dalam air dari poin A ke poin B


2. A
3. i. aspek keselamatan di air ii. belajar cara masuk ke dalam air iii. belajar
bernafas dengan betul iv. mengetahui tatacara belajar di dalam air
v. belajar cara mengapungkan diri dalam air
4. D

JAWAPAN TEMA 2 NUTRIEN UNTUK MINDA

1. Pegawai dietetik di hospital kerajaan


2. Sebab dia seorang yang mendengar kata
3. Pengambilan minyak banyak tidak baik untuk kesihatan
4. Minuman kafein, minuman berkarbonat dan perasa tiruan atau
monosodium glutamate

JAWAPAN TEMA 2 MALAYSIA MEMBACA

1. Kota Buku: Menyantuni Masyarakat Melalui Pembacaan


2. B
3. C
4. D
5. Kota Kata di ruang persiar kaki di Maju Junction dan Festival Sastera
Kanak-kanak di Jalan TAR
6. Gelandangan, OKU, orang asli, anak yatim dan banduan

JAWAPAN TEMA 3

14
1. Juruterbang, pramugara dan pramugari
2. Sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
3. Pegawai Kawalan Trafik Udara
4. Menimba pengalaman dan melancong
5. Mengikuti kursus yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan
6. Memastikan keselamatan ruang udara dan lalu lintas pesawat

JAWAPAN TEMA 4 ASAM YANG MANIS (i)

1. Tanah jenis bris dan liat yang baik saliran


2. C
3. i. Pusat Pemprosesan Makanan FAMA ii. beberapa kilang milik swasta
4. untuk menjamin kualiti
5. B

JAWAPAN TEMA 4 ASAM YANG MANIS (ii)

1. Asam paya, asam kumbang, asam susur


2. D
3. Batang pokok rozel
4. Biji rozel dibuat gincu
5. Pembungkusan secara pek dingin beku

JAWAPAN TEMA 4 WANITA BERJIWA PERKASA

1. Minat yang mendalam dalam peladangan dan keusahawanan


2. C
3. Memproses ekstrak daun gelam dan menghasilkan minyak bagi merawat sakit
saraf
4. Tokoh PeladangNita Kebangsaan

JAWAPAN TEMA 5

1. Mengoptimumkan proses kerja dan meminimumkan penggunaan kos buruh


2. B
3. Sistem Kerangka Keluli
4. D
5. Pembinaan wakaf dan calet
6. Saiz yang kecil

JAWAPAN TEMA 6

1. Karya seni menghiasi kain dengan serbuk berwarna emas

15
2. C
3. Siput gerus
4. B
5. D
JAWAPAN TEMA 7

1. Banyak kemalangan yang dilaporkan melibatkan guru, kakitangan dan


murid.
2. A
3. i. bebas daripada masalah disiplin dan jenayah’ ii. kemudahan yang
selamat
4. konsep keselamatan dan kesihatan yang baik
5. mengenal pasti ancaman dan menilai risiko

16
KEMAHIRAN
BERTUTUR
AKTIVITI BERTUTUR
TEMA 1
1. Mencipta gerakan untuk rumah sukan dan persembahkannya. (m/s 2)
TEMA 2
1. Lakonkan aktiviti promosi untuk menggalakkan murid mempelajari bahasa
asing dengan menggunakan bahan yang menarik. (m/s 18)
TEMA 3
1. Bersoal jawab tentang keistimewaan diri yang perlu dimiliki untuk memohon
program budaya peringkat antarabangsa. (m/s 34)
TEMA 4

17
1. Buat pembentangan tentang rozel dalam bentuk multimedia. (m/s 44)

TEMA 5
1. Sampaikan pendapat anda melalui ceramah tentang peluang dalam industri
berasaskan teknikal dan vokasional. (m/s 64)
TEMA 6
1. Kemukakan pendapat. (m/s 72-73)
2. Beri pendapat dalam bentuk syarahan. (m/s 78)
3. Sampaikan maklumat dalam bentuk syarahan. (m/s 84)
TEMA 7
1. Tulis pendapat anda tentang punca kurangnya penglibatan murid dalam kerja
khidmat masyarakat dan cadangkan langkah. (m/s 94)
TEMA 8
1. Jalankan sesi temu bual. (m/s 102)
TEMA 9
1. Buat pembentangan tentang dua buah restoran Malaysia di luar negara. (m/s
122)
TEMA 10
1. Simulasi bersoal jawab dalam sesi pemilihan penulis skrip drama. (m/s 130)
2. Jalankan aktiviti berbalas pantun bertemakan kesusasteraan Melayu. (m/s
136).
TEMA 11
1. Bahas maklumat. (m/s 146)
2. Hasilkan simulasi temu duga. (m/s 152)

TEMA 12
1. Analisis bahan, kemukakan idea dan buat perbincangan secara bertatasusila.
(m/s 160)
2. Persembahkan sketsa dalam bentuk multimedia. (m/s 166)
TEMA 13
1. Fahami situasi kemudian berunding untuk menyelesaikan masalah. (m/s 174)
2. Kemukakan pendapat dalam perbualan santai. (m/s 180)
3. Tugasan berkumpulan. (m/s 188)
TEMA 14
1. Bina soalan dan jalankan sesi soal jawab. (m/s 196)
TEMA 15
1. Ulas kekuatan dan kelemahan karya. (m/s 204)

18
2. Kemukakan idea yang bernas berkaitan bahan. (m/s 210)

TEMA 16
1. Hujahkan pendapat tentang potensi diri belia. (m/s 218)

19
KEMAHIRAN
MEMBACA

AKTIVITI
TEMA 1
1. Baca teks syarahan. (m/s 4)
2. Baca dialog. (m/s 10-11)
3. Menyusuri Pulau Inspirasi. (m/s 12)
TEMA 2
1. Bahasa Melayu. (m/s 18-19)
2. Baca dialog (m/s 21)
3. Baca teks pidato, (m/s 24)
TEMA 3
1. Kanta Forensik (m/s 30)
2. Baca dialog temu duga. (m/s 35)
TEMA 4
1. Baca dan lakonkan skrip drama. (m/s 48)
2. Petua Nenek. (m/s 56)
TEMA 5
1. Beri pendapat. (m/s 60)
2. Kek Aneka Rona. (m/s 62-63)
3. Maju dalam Industri Mutakhir. (m/s 66-67)

20
TEMA 6
1. Tahan Menghijau (m/s 74-75)
1. Jom Berkelah. (m/s 80-81)
TEMA 7
2. Jebak Digital. (m/s 88-89)
3. Baca bahan dan persembahkan dalam bentuk forum. (m/s 92)
TEMA 8
1. Baca menggunakan teknik QUACK. (m/s 104-105)
2. Sejarah. (m/s 107)
3. Taiping. (m/s 110)
4. Baca cerpen (m/s 112)
TEMA 9
1. Baca dan buat kesimpulan. (m/s 118-119)
TEMA 10
1. Karya Azizi bin Abdullah. (m/s 132)

TEMA 11
1. Baca dan kenal pasti masalah. (m/s 148)
2. SSPN-I (m/s 154)
TEMA 12
1. Caklempong (m/s 162)
2. Baca menggunakan teknik ACID. (m/s 164)
TEMA 13
1. Baca dan ulas pandangan penulis. (m/s 176)
TEMA 14
1. Ulas pandangan penulis. (m/s 192)
2. Marah (m/s 198-199)
TEMA 15
1. Futuris. (m/s 206-207)
2. Adiwira 5G (m/s 212-213)
TEMA 16
1. Mari Mengundi (m/s 220)

21
KEMAHIRAN
MENULIS
(RUMUSAN)

22
RUMUSAN 1

TAJUK: REVOLUSI INDUSTRI (m/s 66-67)

Rumusan membincangkan fungsi-fungsi dan kelebihan-kelebihan Revolusi


Industri 4.0.

Antara fungsinya adalah untuk membuat pesanan pizza melalui telefon (B1). Selain
itu, Revolusi Industri memudahkan segala urusan rumah (B1). Seterusnya, urusan
pemanduan akan dikawal sepenuh melalui satelit (B1). Antara kelebihannya,
Revolusi Industri dapat mengoptimumkan keperluan dan keselesaan manusia (B1).
Selain itu, membantu dalam bidang pertanian dengan menjadikan tanaman
terpelihara dan lebih hebat. (B2). Malahan, membantu dalam bidang perubatan
dengan mempercepat proses rawatan (B2). Justeru, membawa kepentingan dalam
bidang ketenteraan dan keselamatan negara (B2). Akhir sekali, membantu manusia
menjalankan tugas dalam pelbagai rutin kehidupan (B2).

Kesimpulannya, masyarakat hendaklah bijak memanfaatkan revolusi industri agar


negara maju di persada dunia.

KATA KUNCI

B1 = BAHAN 1
B2 = BAHAN 2

23
RUMUSAN 2

TAJUK: SASTERA UNTUK MASYARAKAT (m/s 136-137)

Rumusan membincangkan punca sastera dilupakan, kepentingan dan fungsi


sastera.

Punca sastera dilupakan ialah media sosial telah menjadi pilihan masyarakat (B1).
Antara kepentingan sastera ialah sastera menyuburkan minat membaca dalam
masyarakat (B1). Seterusnya, sastera memupuk semangat cinta akan negara,
memupuk perpaduan dan menyerlah identiti bangsa (B2). Antara fungsi sastera
ialah mengemukakan ilmu dan pemikiran (B2). Selain itu, menyampaikan suara
golongan tertindas (B2). Malahan, sastera menyampaikan buah fikiran dan
meluahkan perasaan (B2). Justeru, sastera menggambarkan ketinggian budaya
sesuatu masyarakat (B2). Akhir sekali, sastera menjadi tulang belakang hampir
semua disiplin ilmu. (B2)

Kesimpulannya, masyarakat hendaklah bertanggungjawab dalam menghargai


sastera agar imej bangsa dipandang tinggi.

KATA KUNCI

B1 = BAHAN 1
B2 = BAHAN 2

24
RUMUSAN 3

TAJUK: SENI JALANAN: MURAL DAN GRAFITI (m/s 160-161)

Rumusan membincangkan ciri-ciri dan kepentingan seni jalanan.

Ciri-ciri seni jalanan ialah lukisan besar pada ruang bangunan atau ruang dinding
(B1). Selain itu, seni jalanan berkisarkan sesuatu benda, peristiwa, cerita atau
pengalaman yang mengusik perasaan (B1). Ciri seterusnya ialah seni jalanan
dikaitkan dengan golongan muda yang mahu meluahkan perasaan (B1). Malahan,
seni jalanan berlatarkan cerita dongeng rakyat yang terkenal (B2). Selain itu,
membawa mesej keunikan kebudayaan dan kesenian dalam kalangan masyarakat
majmuk di Malaysia (B2). Antara kepentingannya ialah seni jalanan menceriakan
sesuatu kawasan (B1). Justeru, seni jalanan memperindah persekitaran bandar
(B1). Akhir sekali, seni jalanan menyebabkan kawasan tersebut menerima
kunjungan daripada peminat seni dan pelancong dari serata tempat. (B1)

Kesimpulannya, masyarakat hendaklah bertanggungjawab dalam mengekalkan


tradisi caklempong agar budaya warisan ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
zaman.

KATA KUNCI

B1 = BAHAN 1
B2 = BAHAN 2

25
RUMUSAN 4

TAJUK: CAKLEMPONG (m/s 162-163)

Rumusan membincangkan ciri-ciri caklempong dan cabaran dalam menguasai


caklempong.

Ciri-ciri caklempong ialah caklempong berasal dari Sumatera Barat yang dibawa
oleh masyarakat Minangkabau yang menetap di Negeri Sembilan (B1). Selain itu,
caklempong tergolong dalam kumpulan gong berukuran kecil (B1). Ciri seterusnya
ialah caklempong diperbuat daripada gangsa menggunakan teknik acuan (B1).
Cabaran-cabaran dalam menguasai caklempong ialah cabaran untuk diterima oleh
masyarakat berbilang kaum (B1). Selain itu, cabaran untuk menarik minat generasi
muda untuk mempelajari dan menghayati muzik tersebut (B1). Malahan, cabarannya
ialah kesukaran untuk mendapatkan murid yang mahir atau mempunyai kemahiran
asas caklempong (B2). Justeru, cabaran kekangan waktu untuk latihan (B2). Akhir
sekali, cabaran kekangan kewangan. (B2)

Kesimpulannya, masyarakat hendaklah bertanggungjawab dalam mengekalkan


tradisi caklempong agar budaya warisan ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
zaman.

KATA KUNCI

B1 = BAHAN 1
B2 = BAHAN 2

RUMUSAN 5

TAJUK: TAMAN GEORIMBA LANGKAWI (M/S 181-182)

26
Rumusan ini membincangkan punca pembentukan dan keistimewaan Taman
Georimba Langkawi.

Antara punca pembentukan taman georimba adalah disebabkan penemuan


kewujudan batuan purba oleh sekumpulan ahli geologi dari Universiti Kebangsaan
Malaysia (B1). Seterusnya, penggemblengan tenaga pelbagai pihak termasuk
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung
Malaysia (B1). Antara keistimewaan taman georimba ialah Taman Georimba
Langkawi diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai taman geologi dunia ke-52
pada tahun 2007 (B1). Selain itu, bukti menunjukkan ciri-ciri batuan yang ada
menunjukkan sejarah asal usul bumi (B2). Seterusnya, terdapat beberapa tapak
kajian geologi yang menarik (B2). Tambahan pula, keajaiban alam semula jadi yang
terbentuk akibat proses geologi serta landskap yang mengagumkan (B2). Malahan,
kaya dengan spesies flora fauna (B2). Akhir sekali, pemandangan Langkawi 360
darjah dari puncak (B2).

Kesimpulannya, kerajaan hendaklah bertanggungjawab menjaga keindahan taman


georimba agar sektor pelancongan berkembang pesat.

KATA KUNCI

B1 = BAHAN 1
B2 = BAHAN 2

RUMUSAN 6

TAJUK: PENDERMAAN ORGAN DAN TISU (M/S 190-191)

Rumusan ini membincangkan prosedur pendermaan organ dan faktor


peningkatan pendermaan organ.

27
Antara prosedur pendermaan organ ialah pesakit yang mati otak akan dirujuk
kepada Pusat Sumber Transplan Nasional (B1). Seterusnya, penilaian dibuat sama
ada penderma sesuai untuk pendermaan organ dan tisu (B1). Selain itu, sesi
kaunseling dengan ahli keluarga penderma juga dijalankan (B1). Statistik
menunjukkan pada 2015 mencatatkan pengikrar penderma orang yang tertinggi,
iaitu 46650 penderma berbanding tahun-tahun sebelumnya (B2). Antara faktor
peningkatan pendermaan organ ialah masyarakat telah diberi pendedahan bahawa
pendermaan organ tidak mencacatkan mayat (B3). Selain itu, faktor kerisauan waris
untuk membenarkan pengambilan organ dapat diatasi (B3). Malahan, pendermaan
organ merupakan tuntutan agama yang mulia (B3). Akhir sekali, peluang menderma
juga terbuka bagi orang yang masih hidup (B3).

Kesimpulannya, masyarakat hendaklah prihatin dalam pendermaan organ agar


kehidupan penerima organ semakin sempurna.

KATA KUNCI

B1 = BAHAN 1
B2 = BAHAN 2
B3 = BAHAN 3

28
KEMAHIRAN
MENULIS
(Bahasa Klasik kepada Bahasa Melayu Standard)
EVOLUSI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (m/s 20)

Bahasa Klasik

Maka Hang Tuah pun bangkit sujud pada kaki Aria Putera; maka Aria Putera pun berjalan ke
rumahnya diiringkan oleh Hang Tuah dan Hang Jebat dan Hang Kasturi dan Hang Lekir dan
Hang Lekiu. Setelah sampai ke rumahnya, maka oleh Hang Tuah madu dan buah maja
yang dibawanya itu pun dipersembahkan pada Aria Putera.

JAWAPAN:

Hang Tuah bangun daripada sujud pada kaki Aria Putera. Aria Putera berjalan
menuju ke rumahnya sambil diiringi oleh Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi,
Hang Lekir dan Hang Lekiu. Setelah tiba di rumah, Hang Tuah memberikan madu
dan buah maja yang dibawanya kepada Aria Putera.

Maka hari pun malamlah. Maka dilihat oleh Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir,
Hang Lekiu suatu hidangan datang-datang terletak di hadapan Aria Putera itu. Maka kata
Sang Aria Putera, “ Hai cucuku kelima, makanlah barang yang hadirnya, kerana aku orang
miskin.” Maka Hang Tuah pun menyembah seraya dibukanya hidangan itu dilihatnya di
dalam hidangan itu lengkap pelbagai nikmat. Setelah sudah, maka kata Sang Aria Putera,
“Apa kehendak cucuku berlima telah kuketahui. Ada pun cucuku kelima ini akan diperhamba
raja dan jadi pegawai besar di Tanah Melayu, tetapi banyak orang besar-besar sakit hati lagi
dengki akan cucuku”. Maka ditunjukkan pada Hang Tuah, katanya, “Tidak mengapa kerana
cucuku orang benar. Ketiganya cucuku akan digelar raja”.

29
JAWAPAN:

Malam pun menjelma. Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang
Lekiu melihat hidangan yang diletakkan di hadapan Aria Putera. Sang Aria Putera
berkata, “Wahai cucuku berlima, makanlah apa-apa hidangan ini dengan seadanya
kerana aku ialah orang yang miskin”. Hang Tuah menyembah sambil membuka
hidangan tersebut dan dia melihat bahawa juadah tersebut sempurna. Setelah
selesai menikmati juadah, Sang Aria Putera berkata, “ Aku sudah mengetahui hajat
kalian berlima ke mari. Suatu hari nanti kalian berlima akan dilantik oleh raja untuk
menjadi pembesar di Tanah Melayu. Namun, ramai pembesar akan tergores dengan
pelantikan tersebut bahkan ada yang iri hati dengan kalian berlima”. Aria Putera
menunjuk ke arah Hang Tuah sambil berkata, “ Jangan risau kerana kalian ialah
orang yang jujur. Malahan, ada di antara kalian akan menjadi raja”.

Maka Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu pun diajarnyalah oleh
Aria Putera, bagai-bagai ilmu isyarat hulubalang dan firasat dan ilmu perajurit tetapi lebih
juga Hang Tuah diajarnya barang ilmu dan isyarat. Setelah sudah, maka Aria Putera pun
berpesan pada Hang Tuah, “Hai cucuku, jika engkau pergi ke Majapahit kelak, jangan tidak
engkau berguru pada saudaraku bernama Sang Pernata Nala itu, terlalu banyak tahunya
daripada aku. Ia menjadi ajar-ajar, tiada ia merasai dunia. Bermula aku pun belajar padanya
sedikit banyak”. Maka sembah Hang Tuah, “Baiklah, tuanku, sebala tuanku hambamu
junjung kerana hambamu lima saudara ini sudah menjadi hamba di bawah khadam tuanku”.
Maka Hang Tuah pun duduklah berhambakan dirinya kelima bersahabat di bukit itu pada
Aria Putera itu.

JAWAPAN:

Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu telah diajar oleh
Aria Putera tentang pelbagai ilmu petunjuk menjadi hulubalang, firasat dan ilmu
pahlawan tetapi Hang Tuah telah diberikan ilmu yang lebih banyak berbanding
sahabatnya yang lain. Setelah selesai belajar, Aria Putera berkata pada Hang Tuah,
“Wahai cucuku, sekiranya engkau pergi ke Majapahit pada suatu hari nanti, engkau
bergurulah dengan saudaraku yang bernama Sang Pernata Nata. Beliau telah
memiliki ilmu yang lebih banyak berbanding aku. Sang Pernata Nata telah banyak
mengajar aku. Tanpanya, aku tidak merasai kenikmatan hidup di dunia. Hang Tuah
menyembah sambil berkata, “Baiklah, tuanku. Perintah tuanku akan patik junjung
kerana patik berlima sudah menjadi orang suruhan tuanku”. Hang Tuah
30
bersamasama lima sahabatnya pun menyerahkan diri pada Aria Putera di bukit
tersebut.

PETIKAN SULALATUS SALATIN (M/S 186)

Bahasa Klasik kepada Bahasa Melayu Standard

Maka, ia bertanya pada Tun Mamad, katanya, “Orang mana kamu ini, dan hendak ke mana
kamu?” Maka kata Tun Mamad, “Kami ini orang Melaka, nama hamba Tun Mamad,
dititahkan oleh Sultan Mahmud Syah meminang Puteri Gunung Ledang, Laksamana dan
Sang Setia ada di bawah gunung ini, tiada boleh naik, akan hamba disuruhnya; dan tuan
hamba siapa nama tuan hamba?”

JAWAPAN:

Dia bertanya kepada Tun Mamad, “Siapakah kamu? Kamu hendak ke mana?”. Tun
Mamad berkata, “Kami ini orang dari Melaka. Nama hamba Tun Mamad. Hamba
dititahkan oleh Sultan Mahmud Syah untuk meminang Puteri Gunung Ledang.
Laksamana dan Sang Setia menunggu di kaki gunung ini kerana tidak boleh
mendaki.
Jadi, hamba disuruh ke mari. Siapakah nama tuan hamba?”

Maka sahut perempuan itu, “Nama hamba Dang Raya Rani, hambalah pengetua Puteri
Gunung Ledang; nantilah hamba di sini, biar hamba persembahkan segala kata tuan hamba
itu pada tuan puteri”.

JAWAPAN:

Wanita itu berkata, “Nama hamba ialah Dang Raya Rani. Hamba ialah
ketua/pembantu/orang kanan Puteri Gunung Ledang. Tunggulah hamba di sini.
Hamba sampaikan segala hajat tuan hamba itu kepada tuan puteri.

31
Setelah ia berkata, maka kelimanya lenyaplah; ada kadar sesaat maka kelihatan pula seorang
perempuan tua, bongkok belakangnya lipat tiga. Maka ia berkata pada Tun Mamad, “Adapun
segala kata tuan hamba itu sudahlah dipersembahkan oleh Dang Raya Rani pada Tu an
Puteri Gunung Ledang; akan titah tuan puteri; jikalau Raja Melaka hendakkan aku,
perbuatkanlah aku jambatan emas dan jambatan perak satu dari Melaka datang ke Gunung
Ledang itu. Akan peminangnya hati nyamuk tujuh dulang; hati kuman tujuh dulang; air mata
setempayan; air pinang muda setempayan; darah anak raja yang bernama Raja Ahmad itu
semangkuk. Jikalau ada demikian kabullah tuan puteri akan kehendak raja Melaka itu”.

JAWAPAN

Setelah dia berbicara, kelima-limanya pun hilanglah. Namun, lebih kurang sesaat,
seorang wanita tua yang berbongkok tiga muncul. Wanita tersebut berkata kepada
Tun Mamad, “Segala hajat tuan hamba itu sudah disampaikan oleh Dang Raya Rani
kepada Tuan Puteri Gunung Ledang. Tuan puteri berkata, sekiranya Raja Melaka
hendak berkahwin denganku, binalah sebuah jambatan emas dan sebuah jambatan
perak dari Melaka ke Gunung Ledang. Hantarannya ialah tujuh dulang hati nyamuk,
tujuh dulang hati kuman, setempayan air mata, setempayan air pinang muda dan
semangkuk darah anak raja yang bernama Raja Ahmad. Sekiranya segala
permintaan tersebut dipenuhi, tuan puteri akan memenuhi hasrat raja Melaka itu”.

LATIHAN PENGUKUHAN

TUKARKAN BAHASA KLASIK KEPADA BAHASA MELAYU STANDARD

1. PETIKAN SINGAPURA DISERANG TODAK. (M/S 105)


2. PETIKAN SULALATUS SALATIN (M/S 142)

32
KEMAHIRAN
MENULIS
(Pemahaman)

33
TEMA 3: MEMETIK BINTANG (m/s 39-41)

1. Berdasarkan petikan 1, apakah faedah sukan kepada remaja?


2. Berdasarkan petikan 1, apakah yang dimaksudkan dengan minda yang
cerdas?
3. Bagaimanakah kejayaan ikon sukan negara dapat memotivasikan anda?
4. Jelaskan dua impak kejayaan ikon sukan kepada negara?
5. Sejauh manakah aktiviti sukan pada peringkat sekolah berjaya melahirkan
atlet pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa?
6. Berdasarkan kedua-dua teks, apakah kesimpulan yang dapat anda buat
tentang sukan?

CADANGAN JAWAPAN

1. Antara faedah sukan kepada remaja ialah melahirkan remaja yang sihat sama
ada dari segi fizikal ataupun mental. Selain itu, remaja dapat mengisi masa
lapang dengan cara yang bermanfaat. Seterusnya, aktiviti sukan dapat
mencungkil bakat remaja. Akhir sekali, aktiviti sukan dapat memupuk
perpaduan dalam kalangan remaja.
2. Maksud minda yang cerdas ialah akal fikiran yang cerdik/pintar/pandai.
3. Ikon sukan negara dapat memotivasikan saya dengan menimbulkan rasa
kagum melihat keseimbangan pencapaian akademik dan sukan sekali gus
menanamkan iltizam dalam diri untuk mencontohi mereka.
4. Impak kejayaan ikon sukan kepada negara ialah ikon tersebut membantu
menaikkan nama Malaysia di persada dunia. Selain itu, ikon tersebut mungkin
menjadi penyebab pelancong ke negara kita.
5. Aktiviti sukan pada peringkat sekolah berjaya melahirkan atlet pada peringkat
kebangsaan dan antarabangsa kerana banyak atlet negara telah dilatih dari
bangku persekolahan sehingga mereka akhirnya menonjolkan bakat dan
citacita dalam bidang sukan. Misalnya, kejayaan sekolah sukan yang melatih
atlet daripada peringkat remaja kerana belakang parang kalau diasahkan
lagikan tajam.
6. Kesimpulan yang dapat saya buat tentang sukan ialah sukan membantu
seseorang individu memajukan potensi diri mereka dalam perkara yang
diminati.

TEMA 7: DEMI KEDAMAIAN (m/s 98-99)

34
1. Bagaimanakah keadaan di kompleks polis Bukit Kepong pada pagi itu?
2. Apakah yang berlaku apabila tembakan mulai mereda?
3. Apakah maksud rangkai kata menaikkan bulu roma?
4. Wajarkah Sarjan Jamil Mohd Shah tetap bertahan walaupun mereka telah
terkepung?
5. Apakah ciri-ciri pahlawan sejati yang terdapat dalam sajak?
6. Pada pendapat anda, mengapakah penyajak mengatakan bahawa pahlawan
sejati dalam hatinya bernyanyi?
7. Pada pendapat anda, apakah persamaan yang terdapat dalam Petikan 1 dan
Petikan 2?
8. Sekiranya musuh negara mengancam kita, apakah tindakan yang akan anda
lakukan?

CADANGAN JAWAPAN

1. Keadaan di kompleks polis Bukit Kepong pada pagi itu ialah suasana
tembakmenembak antara pasukan polis dengan komunis.
2. Perkara yang berlaku apabila tembakan mulai mereda ialah komunis meminta
pasukan polis menyerah diri tetapi polis enggan dan masih bersemangat
mempertahankan kubu masing-masing.
3. Maksud rangkai kata menaikkan bulu roma ialah menyebabkan
gentar/gerun/kecut hati.
4. Wajar, kerana orang Melayu harus berpegang dengan kata-kata biar putih
tulang, jangan putih mata.
5. Ciri-ciri pahlawan sejati yang terdapat dalam sajak ialah askar yang
bermatimatian mempertahankan tanah air meski terpaksa bergadai nyawa.
6. Penyajak mengatakan bahawa pahlawan sejati dalam hatinya bernyanyi
menggambarkan keikhlasan dan penuh rasa gembira melaksanakan
tanggungjawab/tugas sebagai askar demi negara dan nusa.
7. Persamaan yang terdapat dalam Petikan 1 dan Petikan 2 ialah keberanian
dan kegigihan dalam perjuangan mempertahankan tanah air.
8. Sekiranya musuh negara mengancam, tindakan yang akan saya lakukan
adalah dengan menjadi sukarelawan dan bersedia untuk berkorban harta
benda dan nyawa.

TEMA 13: SEGALANYA BERMULA DI SINI (m/s 186)

a. Maksud keseluruhan pantun ialah hajat atau kehendak seseorang


yang ingin meminang gadis.

35
b. Maksud kosa kata
i. kerudung – tudung
ii. lirih – lembut/perlahan-lahan
iii. peminangnya – hantarannya
iv. kabullah – tercapailah
c. Tun Mamad boleh berada di puncak Gunung Ledang dengan mendaki
penuh tekad kerana membawa hajat raja.
d. Pada pendapat saya, Puteri Gunung Ledang mengemukakan syarat
tersebut kerana beliau ingin menolak peminangan raja secara
halus/dengan baik-baik.
e. Pada pendapat saya, pantun boleh digunakan sebagai pembuka bicara
kerana pantun ialah warisan budaya yang menggambarkan identity
kesopanan masyarakat Melayu yang perlu dikekalkan. Selain itu, pihak
wanita juga boleh mengemukakan syarat yang wajar dipenuhi oleh
pihak lelaki agar mereka dapat menunjukkan kesungguhan untuk
menjadikan seseorang sebagai isteri sekali gus menanamkan sikap
tanggungjawab sebelum melayari bahtera alam perkahwinan.

LATIHAN PENGUKUHAN PEMAHAMAN

1. TEMA 10: BAHASA BUGAR, SASTERA KEKAR (m/s 141-143)

TEMA 16: DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN (m/s 231)

a) Apakah maksud difteria?


b) Siapakah yang kerap dijangkiti penyakit difteria?
c) Jelaskan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk
mengelakkan jangkitan penyakit ini.

36
d) Apakah cadangan anda untuk membantu pencegahan penularan penyakit
difteria?
e) Sejauh manakah penularan penyakit berjangkit memberikan kesan negatif
kepada pembangunan negara?

CADANGAN JAWAPAN

a) Maksud difteria ialah jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan.


b) Orang yang kerap dijangkiti penyakit difteria ialah kanak-kanak yang berusia
di bawah 15 tahun dan belum mendapat imunisasi. Selain itu, orang dewasa
di kawasan yang tidak mendapatkan imunisasi juga terdedah kepada penyakit
ini.
c) Langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelakkan
jangkitan penyakit ini adalah dengan mendapatkan suntikan pelalian untuk
mengekang penularannya, iaitu kombinasi vaksin lima serangkai yang
diberikan pada kanak-kanak. Selain itu, antitoksin diberikan dengan
sertamerta kepada pesakit yang dijangkiti penyakit ini.
d) Cadangan saya untuk membantu pencegahan penularan penyakit difteria
adalah dengan memberi nasihat dan kesedaran kepada ahli keluarga untuk
peka mengenai jadual suntikan imunisasi. Selain itu, saya akan mengamalkan
gaya hidup yang sihat dan bersih seperti memastikan cuci tangan dengan
sabun secara kerap serta membersihkan kawasan persekitaran rumah.
e) Penyakit berjangkit memberikan kesan negatif kepada pembangunan negara
kerana dalam sektor tertentu, seperti pembinaan. Mereka akan mengalami
kekangan bagi pekerja-pekerja yang dijangkiti untuk menjalankan tugas
dengan produktif sekali gus menyebabkan ekonomi negara turut terganggu.

37
KEMAHIRAN
MENULIS
(Tatabahasa)

TEMA 7: DEMI KEDAMAIAN

Soalan 5 (m/s 99)

b. Kenal pasti kesalahan penggunaan kata yang terdapat dalam ayat. Kemudian,
betulkan kesalahan tersebut.

i. bergelimpangan – bertaburan/berguguran ii.


telur kuning – kuning telur iii. kajian –
rawatan iv. tidak sedar – tidak sengaja v.
Adegan – Aksi vi. yang – kerana vii.
penghasilan – kualiti viii. dihadiahkan –
dihadiahi ix. suka hati – senang hati/tertarik
x. perit - pedih

38
TEMA 9: SAYANGI MALAYSIAKU

Yayasan Salam (m/s 124)

Subtopik: Kenali Salam

Perenggan pertama

i. menanamkan lagi semangat – menanamkan semangat

Perenggan kedua

i. pelbagai jenis program-program – pelbagai jenis program ii.


sumbangan dari badan – sumbangan daripada badan

Perenggan ketiga

i. menghulur bantuan kemanusiaan – menghulurkan bantuan kemanusiaan ii.


pada mangsa perang – kepada mangsa peperangan

Perenggan keempat

i. kembali di pangkal – kembali pada pangkal ii. bimbingan


pada ibu tunggal – bimbingan kepada ibu tunggal Subtopik: Misi
SALAM

Perenggan pertama

39
i. menganggap berkhidmat sebagai – menganggap perkhidmatan sebagai ii.
amat bermakna berkesan – amat bermakna dan berkesan iii. Justeru
itu – Justeru
iv. kemahiran di antara sukarelawan – kemahiran antara sukarelawan

Perenggan kedua

i. saling bantu-membantu – saling membantu/bantu-membantu ii.


saling sayang-menyayangi – saling menyayangi/sayang-menyayangi iii.
18 tahun di atas – 18 tahun ke atas iv. dialukan – dialu-alukan

Subtopik: Rumah Perlindungan SALAM

Perenggan pertama

i. dua buah rumah-rumah perlindungan – dua buah rumah perlindungan ii.


jagaan pusat kanak-kanak jalanan – pusat jagaan kanak-kanak jalanan
TEMA 9: SAYANGI MALAYSIAKU

BANTUAN RAKYAT SARAWAK KEPADA MANGSA BANJIR (m/s 125)

Perenggan kedua

i. di dalam bentuk pakaian – dalam bentuk pakaian


ii. di berapa daerah di Semenanjung – di beberapa daerah di Semenanjung

Perenggan keempat

i. paling lewat sekali pada – paling lewat pada

Perenggan keenam

i. di antara paling banyak – antara paling banyak

Perenggan ketujuh

i. mengalukan – mengalu-alukan

Perenggan kelapan

i. di atas kerjasama – atas kerjasama

40
LATIHAN PENGUKUHAN TATABAHASA

AZAH AZIZ (m/s 126)

TEMA 10: BAHASA BUGAR, SASTERA KEKAR (m/s 143)

b. Kenal pasti kesalahan penggunaan kata. Kemudian, betulkan kesalahan tersebut.

i. mahal-mahal – lazat-lazat
ii. ialah untuk – adalah untuk
iii. benar damai – damai benar
iv. bahagian harta-hartanya – bahagian hartanya
v. bilakah – waktu/tarikh/masa
vi. ke dalam – di dalam
vii. dari detik ke sedetik – dari sedetik ke sedetik
viii. dalam – dari

41
TEMA 13: SEGALANYA BERMULA DI SINI (m/s 187)

1. Berdasarkan ayat di bawah kenal pasti subjek predikat dan pola ayat.

a) Suara penyanyi itu amat merdu sekali


Subjek: Suara penyanyi itu
Predikat: amat merdu sekali
Pola ayat: FN+FA

b) Puan Maria suka menjahit pakaian anak-anaknya sendiri


Subjek: Puan Maria
Predikat: suka menjahit pakaian anak-anaknya sendiri
Pola ayat:FN+FK

c) Pemuda yang segak itu dari sebuah negeri di utara Semenanjung.


Subjek: Pemuda yang segak itu
Predikat: dari sebuah negeri di utara Semenanjung.
Pola ayat: FN+FSN

d) Kanak-kanak yang sedang tertawa itu johan pertandingan syarahan alam


sekitar.
Subjek: Kanak-kanak yang sedang tertawa itu
Predikat: johan pertandingan syarahan alam sekitar.
Pola ayat: FN+FN

42
TEMA 16: DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN

SEAMEO (m/s 226)

Subtopik: Apa itu SEAMEO?

i. Objektif penubuhan ialah untuk – objektif penubuhan adalah untuk ii.


Mencapai lagi aspirasi pembangunan – mencapai aspirasi pembangunan iii.
Bertungkus-lumus – bertungkus lumus

Subtopik: Apa yang menarik tentang SEAMEO?

i. Matematik di kalangan – Matematik dalam kalangan

Subtopik: Apa yang menarik tentang SEAMEO?

i. Pada masa kini – pada masa ini


ii. Terdiri dari menteri-menteri – terdiri daripada menteri-menteri

SEAMEO RECSAM (m/s 227)

Perenggan pertama

i. Ketinggalan di dalam arus – ketinggalan dalam arus ii.


Oleh kerana saban hari – oleh sebab saban hari

Perenggan ketiga

i. di kalangan ahli negara – dalam kalangan ahli Negara ii.


lain-lain negara – Negara-negara lain

Perenggan keempat

43
i. di sepanjang tahun – pada sepanjang tahun perenggan

kelima

i. bila sekumpulan saintis – apabila sekumpulan saintis ii.


demi untuk melahirkan – demi/untuk melahirkan TEMA 16:
DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN (m/s 231)

b. Baca petikan dibawah dengan telitinya dan kategorikan ayat dalam petikan
mengikut jenis ayat.

i. Wahai, rakan-rakan sekalian! – ayat seruan


ii. Adakah anda menjaga kebersihan tempat tinggal? – ayat Tanya
iii. Kebersihan amat penting agar ahli keluarga anda tidak dijangkiti penyakit –
ayat penyata
iv. Pastikan setiap ruang di rumah anda sentiasa bersih – ayat perintah jenis
suruhan
v. Jangan biarkan air bertakung di dalam bekas yang tidak digunakan – ayat
perintah jenis larangan
vi. Apakah yang perlu anda lakukan terhadap bekas-bekas itu? – ayat Tanya
vii. Simpan dan susun bekas tersebut di tempat yang selamat – ayat perintah
jenis suruhan
viii. Nyamuk Aedes membiak di tempat bertakung – ayat penyata
ix. Syabas, jika anda mengambil berat tentang kebersihan – ayat seruan

44
LATIHAN PERIBAHASA

TEMA 6: DUNIA PELANCONGAN

JAWAPAN

a) Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang


b) Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata
c) Kera mendapat bunga
d) Bapa borek anak rintik
e) Bagaimana acuan begitulah kuihnya

TEMA 16: DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN (m/s 232)

d. Peribahasa

i. alah membeli menang memakai ii.


membaca jambatan ilmu
iii. biar putih tulang, jangan putih mata
iv. kerana mulut badan binasa
v. biar mati anak, jangan mati adat vi. belakang
parang kalau diasah lagikan tajam

45
KEMAHIRAN
MENULIS
(KARANGAN)

46
TEMA 8: DALAM LIPATAN KENANGAN (m/s 114)

Tulis perenggan kesimpulan

KESIMPULAN

Kuih warisan mempunyai keunikan dan nilai estetika yang tersendiri.

CADANGAN

Kuih warisan diperkenalkan kepada generasi kini dengan pelbagai cara.

ANCAMAN

Generasi akan datang tidak mengenali dan menghargai kuih warisan.

HURAIAN

Menganggap kuih warisan sebagai sesuatu yang tidak ternilai.

HARAPAN

Kuih warisan masih dinikmati oleh masyarakat sampai bila-bila.

TEMA 9: SAYANGI MALAYSIAKU (m/s 120-121)

47
Tulis sebuah karangan yang berkaitan langkah-langkah untuk mengeratkan
hubungan kejiranan. Panjang karangan antara 150 hingga 200 patah perkataan

CONTOH JAWAPAN:

Dalam ajaran Islam, jiran diibaratkan individu yang berada dalam lingkungan
40 buah rumah dengan kita. Oleh hal yang demikian, jiran boleh dikatakan antara
individu yang rapat malah sebahagian masyarakat menganggap jiran umpama
keluarga mereka. Walau bagaimanapun, hubungan sosial ini semakin lama semakin
renggang dek kekangan masa dan kewangan. Masyarakat kini mula hidup bagai
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dalam meneruskan
kelangsungan hidup sehingga mengabaikan kejiranan mereka. Persoalannya,
apakah langkah yang boleh diambil untuk mengeratkan hubungan kejiranan agar
kembali utuh bagai isi dengan kuku?

Langkah primer yang boleh dilakukan adalah dengan mengadakan sambutan


rumah terbuka setiap kali musim perayaan. Contohnya, anggota masyarakat yang
beragama Islam boleh menghidupkan kembali amalan kunjung-mengunjung sesama
jiran pada Hari Raya Aidilfitri. Tautan kasih sayang pastinya akan bertunas kembali
sekiranya mereka meluangkan masa bersama-sama untuk berbual-bual di samping
menikmati juadah istimewa seperti ketupat dan rendang yang terhidang.

Berdasarkan huraian tersebut, jelaslah bahawa terdapat seribu satu aktiviti


kemasyarakatan yang boleh dilakukan demi menyuburkan amalan kejiranan.
Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, marilah kita sama-sama berganding
bahu agar silaturahim terus kekal mekar dalam kejiranan. Kesimpulannya, semua
pihak haruslah prihatin dan bersikap seperti peribahasa serumpun bak serai,
sesusun bak sirih agar keharmonian hidup bermasyarakat terpelihara.

TEMA 13: SEGALANYA BERMULA DI SINI (m/s 185)

Tulis sebuah karangan yang berkaitan langkah untuk mengatasi masalah


pencemaran plastik. Panjang karangan antara 150 hingga 200 patah perkataan

48
CONTOH JAWAPAN:

Berdasarkan laporan daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),


rakyat Malaysia menggunakan sekurang-kurangnya satu juta plastik pada setiap
minit. Kita juga dapat menyaksikan banyak hidupan marin seperti penyu mati akibat
sisa plastik. Implikasi seperti ini tidak seharusnya dipandang enteng oleh semua
pihak. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah pencemaran
plastik di Malaysia?

Pelaksanaan program kitar semula merupakan salah satu langkah yang boleh
dilaksanakan dengan efisien. Contohnya, masyarakat perlu disedarkan mengenai
kepentingan penggunaan tong kitar semula terutamanya tong berwarna jingga. Hal
ini demikian kerana kategori sampah dalam tong tersebut memerlukan jangka masa
20 hingga 1000 tahun untuk dilupuskan. Kesedaran yang tinggi terhadap kitar
semula ini perlu disebarluaskan dalam media sosial melalui tanda pagar Jom Kitar
Semula.

Berdasarkan huraian berkaitan langkah memanifestasikan keindahan alam sekitar,


jelaslah bahawa semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing agar
matlamat tersebut dapat direalisasikan. Marilah kita bersama-sama menyahut
seruan kerajaan dalam mengurangkan penggunaan plastik terutamanya penyedut
minuman dan beg plastik. Kesimpulannya, masyarakat perlu bertanggungjawab
dalam meneruskan usaha kerajaan agar negara kita bersih daripada pencemaran
sebelum nasi menjadi bubur.

LATIHAN PENGUKUHAN

KARANGAN A

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 150 hingga 200 patah perkataan.

49
i. Tulis sebuah karangan berkaitan ciri-ciri pekerja cemerlang. (m/s 38) ii.
Tulis sebuah karangan berkaitan faktor seseorang melancong ke sesuatu
tempat. (m/s 78-79)
iii. Tulis sebuah karangan tentang faedah melancong. (m/s 84) iv. Tulis
sebuah karangan berkaitan Ekspedisi Mendaki Gunung:
Ramalan Kemungkinan. (m/s 96)
v. Tulis sebuah karangan tentang budi bahasa budaya kita. (m/s 127) vi.
Tulis sebuah karangan tentang faktor/kesan kesalahan penggunaan
bahasa dalam media sosial. (m/s 134-135)
vii. Tulis sebuah karangan tentang Belilah Barang Buatan Malaysia.
(m/s 140) viii. Tulis sebuah karangan tentang Kepentingan Cukai
kepada Negara.
(m/s 157) ix. Tulis sebuah karangan tentang Manfaat Penggunaan
teknologi Maklumat dan Komunikasi kepada Murid. (m/s 228)

KARANGAN BAHAGIAN B

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.

i. Soalan 2. (m/s 38) ii. Usaha memajukan


industri kraf tangan. (m/s 68) iii. Soalan 2. (m/s 97)
iv. Soalan 3. (m/s 141) v. Soalan 2. (m/s
184) vi. Soalan 2. (m/s 228)

50

Anda mungkin juga menyukai