Anda di halaman 1dari 1

Hobi saya

Apakah
hobi awak

Bila
Harapan melaksanakan
hobi
Hobi
Saya

Kebaikan Kebaikan
hobi 2 hobi 1

Setiap orang mempunyai hobi, begitu juga dengan saya. Hobi saya ialah membaca kerana membaca
mempunyai banyak kebaikan.

Saya suka membaca majalah, buku cerita, surat khabar, buku rujukan dan sebagainya. Saya selalu
pergi ke perpustakaan untuk meminjam dan membaca buku. Ibu bapa saya juga sering membeli bahan
bacaan kepada saya.

Membaca dapat menambahkan ilmu dan meluaskan pengetahuan saya. Contohnya, dengan membaca
surat khabar, saya dapat mengetahui peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar negara. Jadi, saya tidak
akan digelar seperti katak di bawah tempurung.

Tabiat membaca juga dapat memperluaskan kosa kata saya. Kosa kata yang meluas dapat
memperbaiki bahasa saya dan membantu saya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Oleh itu, saya mesti banyak membaca agar dapat menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat
dan negara.

Anda mungkin juga menyukai