Anda di halaman 1dari 3

Terdapat sebelas aspek kepatuhan dianalisis iaitu penggunaan kad pengenalan dan surat akuan gadaian,

timbang dan uji barang gadaian, nilai barang dan upah simpan, kelayakan pinjaman, tempoh gadaian,
semakan kad pengenalan dan surat akuan gadaian, pengembalian barang, pelanjutan tempoh, surat
akuan gadaian baharu, pengedaran notis, dan pemulangan lebihan hasil lelongan. Hasil kajian
menunjukkan bahawa kepatuhan proses penggunaan kad pengenalan dan surat akuan gadaian,
kelayakan pinjaman dan uji barang gadaian, semakan kad pengenalan dan surat akuan gadaian serta
pengembalian barang adalah paling tinggi, manakala nilai barang dan upah simpan, kelayakan pinjaman,
dan tempoh gadaian pula adalah yang paling rendah. Implikasi kajian ini ialah keperluan bagi institusi ar-
Rahnu di Malaysia untuk menyediakan sistem pemantauan yang teliti bagi memantau kualiti perkhidmatan
yang diberikan oleh pegawai bertugas supaya mematuhi manual gadaian institusi selain menambahbaik
carta aliran kerja sedia ada.

Md Yusuff, Nurul Huda (2015) Kepatuhan Proses Gadaian Dalam Sistem Ar-Rahnu Di Malaysia. Masters


thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Jadual 3 menunjukkan prosedur gadaian yang berjalan di ar-Rahnu MAIDAM. Amalan gadaian ini
telah disahkan oleh Pegawai A.

1. Penggadai mengisi borang yang disediakan di premis ar-Rahnu sebelum mengambil nombor
giliran.

2 Penggadai perlu menyerahkan kad pengenalan dan barang kemas beserta borang yang telah siap
diisi kepada pegawai bertugas.

3 Pegawai akan menimbang barang kemas dan melakukan ujian ketulenan dan ujian-ujian lain (jika
perlu) di hadapan penggadai.

4 Pegawai memaklumkan kelayakan maksimum pinjaman dan penggadai akan menentukan jumlah
yang ingin dipinjam.

5 Penggadai akan diberikan surat akuan gadaian yang mengandungi butiran lengkap transaksi
gadaian setelah transaksi selesai. Barang gadaian akan dilabelkan dan disimpan berasingan di dalam
sebuah bilik khas serta diinsuranskan.

Apa yang perlu di bawa?


Emas + sijil ketulenan (kalau ada) + resit belian asal. Sesetengah ar-rahnu tak
perlukan resit belian.

Apa jenis emas yang diterima ar-rahnu?


Barang kemas solid (tanpa permata), gold bar, dinar, atau syiling emas. Asalkan
ianya emas dan ianya tulen. Sesetengah ar-rahnu hanya terima barang kemas sahaja.
Gold bar, dinar & syiling emas tak diterima.

Berapa banyak pinjaman akan diberi?


65% atas nilai emas yang dipajak. Sesetengah ar-rahnu bagi sehingga 70%
daripada nilai emas. Apa yang anda perlu tahu, nilai emas bukan berdasarkan harga
emas yang dijual oleh pengeluar emas seperti Kijang Emas, Dinar Kelantan ataupun
Public Gold, tapi berdasarkan harga semasa yang ditetapkan oleh ar-rahnu itu
sendiri. Dan harga setiap ar-rahnu pastinya berbeza. Anda perlu call ar-rahnu
untuk tahu harga semasa mereka sebab kebanyakkan ar-rahnu tak publish harga
semasa mereka di website.

Untuk menentukan berapakah nilai emas anda, ar-rahnu akan timbang berat dan
test ketulenan menggunakan alat densimeter. Kalau ketulenannya berbeza
daripada apa yang tertera dalam sijil ketulenan, samada (1) anda ditipu oleh penjual,
atau (2) mesin densimeter tu ‘problem’. Kalau nak kepastian, bawa emas tu ke ar-
rahnu cawangan lain.
Berapakah caj yang dikenakan?
Caj pajakan ar-rahnu dinamakan “upah simpan” seolah-olah kita bayar caj ar-rahnu
simpankan emas kita. Tapi hakikatnya ia adalah caj pinjaman, cuma kaedahnya
dibuat supaya patuh syariah. Secara umumnya, caj dikenakan sekitar RM0.70
sebulan atas setiap RM100 nilai emas yang dipajak (istilahnya
“marhun”), BUKAN atas nilai pinjaman.
Apa yang anda perlu tahu, caj adalah tetap sebagaimana tertera pada surat pajak
walaupun harga emas turun naik dalam tempoh pajakan. Dan anda bebas untuk
bayar upah simpan tu pada bila-bila masa samada dalam tempoh pajakan
ataupun sekaligus masa tebus emas tu nanti.
Berapa lama tempoh pinjaman?
Tempoh standard ialah 6 bulan. Sesetengah ar-rahnu bagi ‘extended-period’
sehingga 9 – 12 bulan. Habis tempoh pinjaman, anda kena tebus balik emas tu
ataupun emas tu kena lelong! Kalau nak sambung lagi pajakan, kena renew surat
pajak.
Dan jangan lupa, anda bebas untuk tebus emas tu pada bila-bila masa walaupun
tempoh pajakan belum tamat. Kalau tebus dalam masa sebulan, maka caj pajakan
cuma dikenakan untuk sebulan sahaja.

Bagaimana cara sambung pajakan bila tamat tempoh?


Sebelum habis tempoh pajakan, datang ke ar-rahnu dan settlekan kos upah
sahaja. Kemudian emas tu akan dinilaikan semula mengikut harga semasa.
Katakanlah dulu nilai emas RM10,000, tapi masa renew surat pajak (untuk sambung
pajakan), nilai emas naik menjadi RM12,000, maka jumlah pinjaman baru akan
diberi sebanyak 65% atas RM12,000 (bersamaan RM7,800) dan caj pajakan (“upah
simpan”) juga dikenakan atas nilai RM12,000 (bersamaan RM84 sebulan).

 1. Pergi ke cawangan Pusat Gadaian Arrahnu, bawa jongkong emas dan sijil, syiling
dinar dan sijil atau barang kemas yang anda hendak gadai dan ambil nombor giliran.
 2.Serahkan emas beserta sijil dan kad pengenalan kepada pegawai pusat gadaian
tersebut dan bagitau ingin mengadai emas. Pegawai akan mencetak resit gadaian dan kita akan
menandatangani resit tersebut.
 3. Jika pegawai Arrahnu bertanya jumlah wang yang kita mahu,kita katakan semuanya
atau limit. Ini adalah kerana interest atau faedah gadai adalah sama samada anda mengambil
wang gadaian sedikit atau banya.Kita akan diberi tunai 70% daripada harga semasa emas ( nilai
marhum) bank islam. Untuk makluman nilai marhum bank islam adalah lebih rendah daripada
nilai marhum Agrobank namun pendapatan pinjaman dan upah simpan dari gadaian yang kita
adalah hampir sama dengan gadai di agrobank kerana agrobank  hanya memberi 60% sahaja.
 4. Simpan resit gadaian dengan baik dan selamat.Kita hanya dapat duit pinjaman
gadaian dengan cepat, yang mudah dan selamat..

Anda mungkin juga menyukai