Anda di halaman 1dari 16

Laman UtamaGuru CemerlangPanduan Memohon Guru Cemerlang (Fasa 1 : Mengisi Borang

Permohonan)

Panduan Memohon Guru Cemerlang (Fasa 1 :


Mengisi Borang Permohonan)
Cikgu HailmiJumaat, Mei 31, 2013
Saya kongsikan 11 tips panduan memohon Guru Cemerlang dengan rakan-rakan
guru. Saya namakan ini sebagai Fasa 1 iaitu Fasa Semasa Mengisi Borang
Permohonan Guru Cemerlang. Jom kita tengok apa perkara-perkara penting yang
perlu dipertimbangkan sebelum anda memohon Guru Cemerlang.

1. Fahami jawatan Guru Cemerlang


Dalam kebanyakan kes, ramai rakan guru yang tersalah anggap mengenai jawatan
Guru Cemerlang. Ramai yang menganggap Guru Cemerlang adalah guru yang
SANGAT CEMERLANG; hebat akademik, hebat kokurikulum, pegang jawatan
penting dalam HEM, dan serba serbi HEBAT!. 

Sebenarnya, jawatan Guru Cemerlang adalah merujuk kepada guru-guru


yang cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang
diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan dengan tujuan untuk
dijadikan role model, sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-
sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-
masing.

Jadi, jika anda seorang guru yang memang CEMERLANG dalam subjek


kepakaran anda, silalah mohon walaupun anda kurang sumbangan dalam bidang
HEM dan Kokurikulum. Kerana yang akan diberi lebih penilaian adalah sumbangan
anda pada subjek kepakaran anda! 

p/s: Teringat dengan kata-kata seorang penceramah Nazir, "Jika anda ahli sukan
wakil Malaysia sekalipun, penilaian utama hanya akan dinilai pada sumbangan
anda dalam bidang subjek yang dipohon!"

2. Pilih Subjek Kepakaran dengan tepat


Pemilihan subjek kepakaran juga merupakan sesuatu yang penting semasa membuat
permohonan Guru Cemerlang. Ini kerana faktor seperti jumlah waktu mengajar dan
juga tahun pengalaman mengajar subjek kepakaran memberikan markah yang
berbeza-beza kepada guru yang memohon semasa penilaian. Rakan guru boleh rujuk
jadual di bawah bagi pemilihan subjek kepakaran yang lebih tepat dan sesuai untuk
anda.
Jika rakan guru masih ragu-ragu dan tidak pasti subjek mana yang menjadi pilihan,
semaklah semula senarai tugas anda pada tahun-tahun lepas. Pilih subjek yang mana
anda lebih banyak sumbangan/tugas/peranan. 

Pastikan juga subjek yang dipilih itu merupakan subjek yang telah anda ajar
sekurang-kurangnya 3 tahun berturut-turut, terutamanya jika anda berpindah-
pindah sekolah. Tidak menjadi masalah juga jika anda memilih subjek bukan major
anda, selagi subjek yang dipohon telah diajar sekurang-kurangnya 3 tahun dan ke
atas.

Kesilapan memilih subjek kepakaran, kadang-kadang mampu memberikan


keputusan yang mengecewakan.

 
3. Isi Borang Permohonan dengan betul dan
lengkap
Seterusnya, isilah borang permohonan anda dengan teliti, lengkap dan tepat.
Kesilapan dan sikap ambil mudah semasa mengisi borang permohonan akan
menyebabkan permohonan anda ditolak/kurang menyerlah.

Pastikan juga perkara-perkara yang dikehendaki berada dalam keadaan yang


sedia dikemaskini. Sebagai contohnya:
a) Maklumat diri dan perkhidmatan (Tarikh lantik, sah dll)
b) Kenyataan Perkhidmatan (boleh rujuk dengan kerani sekolah)
c) Perisytiharan Harta (sahlaku dalam 5 tahun tanpa sebarang perubahan harta)
d) LNPT (3 tahun berturut-turut)
e) esei (cuba buat sendiri dan nyatakan hasrat anda dari hati dan naluri anda)
f) Senarai Tugas (senaraikan SEMUA bidang tugas/peranan/sumbangan anda dalam
Akademik, HEM  dan Kokurikulum dengan lengkap)

Jika tidak pasti, bidang tugas tersebut perlu dimasukkan atau tidak dalam borang
permohonan, masukkan saja kesemuanya. Penilai akan menilai borang anda dan
memilih perkara yang akan diberi markah.. Tak salah mencuba..

4. Fokus kepada subjek yang dipohon


Perhatian dan tumpuan utama haruslah diberi kepada subjek kepakaran yang
dipohon. Nyatakan dengan selengkapnya tugas/peranan/sumbangan yang pernah
anda buat untuk subjek atau pun bidang kepakaran anda itu. 

Jika pernah anda adakan kelas tambahan / ceramah di luar sekolah, nyatakan dalam
borang dan juga lampirkan bukti (dokumentasi/sijil/gambar) bagi mengukuhkan
permohonan anda. Antara contoh bidang tugas/ sumbangan yang boleh anda
masukkan:
a) Ketua Panitia
b) guru kelas tambahan
c) guru kelab / persatuan (subjek/bidang kepakaran)
d) penceramah 
e) pemeriksa kertas soalan
f) penyelaras kem (subjek/bidang kepakaran)
Apa-apa yang dinyatakan perlulah lebih fokus kepada subjek kepakaran anda. Tak
guna jika anda nyatakan berjela-jela bidang tugas anda di sekolah, namun jika
diteliti sangat sedikit sahaja sumbangan dalam subjek kepakaran! Sekali lagi saya
ingatkan, penekanan haruslah diberikan kepada sumbangan anda dalam subjek
kepakaran, bukan lah bidang lain!

5. Bahagikan tugas mengikut bidang


Bagi memudahkan urusan anda untuk menguruskan data dan bahan yang
bertimbun-timbun untuk 3+1 tahun, maka lebih baik jika anda bahagikan tugas
tersebut kepada bidang masing-masing. Bahagikan tugas mengikut
bidang Akademik, HEM dan Kokurikulum.

Sebagai contoh:
2010 - Akademik - Penyelaras Kem Sains PMR
2010 - Akademik - Penyelaras Sains Tingkatan 3
2010 - HEM - Penyelaras Disiplin  Tingkatan 1
2010 - KoK - Jurulatih Sofbol Daerah Sibu
2011 - Akademik - Ketua Panitia Sains
2011 - Akademik - Penceramah Bengkel Sains
2011 - HEM - Penyelaras Disiplin  Tingkatan 1
2011 - KoK - Jurulatih Sofbol Daerah Sibu
2012 - Akademik - Ketua Panitia Sains
2012 - Akademik - Penyelaras Sains Tingkatan 1
2012 - HEM - Penyelaras Disiplin  Tingkatan 1
2012 - KoK - Jurulatih Sofbol Negeri Sarawak
Penilaian pada tapisan pertama akan dibuat dengan menilai Borang Permohonan
anda. Jika anda memudahkan para penilai untuk menilai borang anda, tak mustahil
peluang untuk anda melalui tapisan kedua adalah lebih cerah!

6. Kumpulkan bahan
Semasa mengisi Borang Permohonan, sebaiknya anda mulakan dengan mengumpul
semua bahan-bahan anda terlebih dahulu. Kumpulkan semua senarai tugas anda,
inovasi, ABM, kajian tindakan, penulisan dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan
agar memudahkan anda untuk menyiapkan borang permohonan dengan lengkap.

Jika anda tak ingat senarai tugas bagi 3 tahun kebelakang, boleh lah rujuk semula
dengan Ketua Jabatan anda agar meminjam semula Borang LNPT yang diisi pada
setiap tahun. Ada baiknya, jika anda sendiri yang menyimpan segala maklumat
tersebut dalam bentuk softcopy sebagai rujukan di masa depan.

Juga dapatkan semula Buku Rekod Mengajar anda pada tahun-tahun sebelumnya


bagi mendapatkan semua Jadual Waktu. 

Selain daripada memudahkan anda untuk mengisi Borang permohonan, sekurang-


kurangnya anda kini sudah melakukan sedikit persiapan awal dalam mengumpulkan
bahan untuk dikemaskini dan bersedia untuk dicerap oleh Nazir.

7. Fokus kepada Kajian Tindakan dan Inovasi


Dua perkara yang perlu diberi perhatian pada era sekarang jika anda memohon Guru
Cemerlang adalah Kajian Tindakan dan juga Inovasi.

Seperti cakap seorang rakan saya, jika pada masa sekarang anda tidak mempunyai
sebarang Kajian Tindakan dan Inovasi, bermakna anda adalah guru yang tidak
mengikuti perkembangan semasa tentang apa yang berlaku dalam pendidikan di
Malaysia!

Kajian Tindakan adalah satu kajian mengenai sesuatu permasalahan p&p yang


dijalankan oleh seseorang guru dengan tujuan mengenalpasti kaedah atau teknik
yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Sebagai contoh, dalam pengajaran
kita dengan menggunakan kaedah A, pelajar tidak memahami apa yang kita ajar.
Lantas kita mencuba Kaedah B dan C, dan melihat hasilnya. Hasil dapatan kita
dikongsi dengan rakan-rakan guru yang lain.

Tengok satu contoh mudah Kajian Tindakan di sini

Inovasi pula merupakan perkara baru yang kita hasilkan yang akan memudahkan


pengajaran dan pengurusan kita. Penghasilan boleh datang dalam bentuk alat bantu
mengajar, teknik atau kaedah mengajar dan borang pengurusan. Contoh lain inovasi
yang dapat dilakukan adalah blog, video, dan animasi.

 
8. Tonjolkan kelebihan diri
Semasa mengisi Borang Permohonan juga, pastikan anda menyatakan kesemua
bidang tugas dan sumbangan anda dalam semua perkara, terutamanya subjek
kepakaran anda. Seperti yang saya katakan di atas, jika anda tidak pasti, masukkan
saja kesemua sumbangan anda mengikut bidang masing-masing. Penilai akan
memilih yang terbaik daripada anda. 

Jika anda melakukan sumbangan luar seperti bergiat aktif dengan aktiviti sukarela
dengan pihak JPAM, anda juga boleh masukkan dalam borang permohonan anda
pada bahagian yang betul. 

Menonjolkan kelebihan yang ada pada diri bukanlah bererti kita meninggikan diri,
sebaliknya memastikan bakat dan kelebihan kita itu disedari supaya dapat
digunakan lagi dengan cara yang lebih baik dan bermanfaat.

9. Tanya guru yang berpengalaman


Jangan lupa juga untuk bertanya dengan guru-guru berpengalaman yang telah
memohon Guru Cemerlang pada tahun-tahun sebelumnya. Sama ada mereka berjaya
atau pun tidak dalam permohonan mereka, saya pasti akan ada sedikit tips dan
nasihat yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. 

Nasihat dan juga tips daripada mereka mungkin boleh membantu anda untuk
mengisi borang permohonan dengan lebih baik. Saya juga yakin mereka tidak akan
lokek untuk berkongsi rahsia kejayaan mereka dengan anda!

10. Sedia untuk berdepan dengan haters


Yang ini tak dapat nak di ketepikan daripada masuk dalam panduan dan tips saya
nih. Ini kerana sebaik mana kita pun, pasti akan ada orang sekeliling yang kurang
senang dengan setiap perbuatan kita. Tambah lagi kalau jahat kan?.. He3.. Jadi,
sentiasa lah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan dijalankan oleh para
haters. Ianya boleh datang dalam bentuk fitnah, cakap-cakap di belakang, perli
memerli, bergurau terlebih sudah, dan segala bentuk kejahatan lagi lah.

Pasti akan terganggu kan? Rasa kurang motivasi?

Nasihat saya, TAK PAYAH PEDULIKAN MEREKA! Hu3.. Anggap lah mereka
sebagai nyamuk yang datang terbang kat tepi telinga. Dah habis berbunyi, pergilah
dia. Yang penting kita sabar, tekun dan istiqamah dengan apa yang kita buat. Hanya
kita dan Allah saja yang tahu apa yang ada dalam hati dan yang kita niatkan. Selagi
niat kita baik, inshaAllah, akan sentiasa ada pertolongan dari Yang Maha Kuasa. 

Masa yang ada perlu digunakan dengan sebaik mungkin untuk menyiapkan lebih
banyak tugasan dan cabaran yang menanti kita. Bukan untuk melayan kerenah para
haters!

Ader ku kesah? ;)

11. Motivasi Diri Yang Betul


Harus diingat, sentiasa tanamkan dalam diri semasa memohon jawatan Guru
Cemerlang ini bukan lah kerana niat untuk meninggi diri dan mengejar duit dan
pangkat. Sebaliknya tanamkan diri kita dengan motivasi untuk memperbaiki diri
agar menjadi pendidik yang lebih berjaya, menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan
pengalaman, serta niat mendapatkan lebih banyak peluang bagi mencurahkan lebih
banyak ilmu dengan orang ramai. 

InshaAllah dengan niat dan iltizam yang betul, semoga kita beroleh kejayaan!
Sekurang-kurangnya tidak lah kita kecewa menonggeng sangat kalau-kalau
permohonan kita tidak berjaya nanti..
Panduan Memohon Guru Cemerlang (Fasa 2 :
Dokumentasi / Filing)
Cikgu HailmiAhad, Jun 30, 2013
Alhamdulillah, atas sambutan yang menggalakkan daripada entri saya yang sebelum
ini mengenai Panduan Memohon Guru Cemerlang, maka saya teruskan dengan
menyediakan sedikit tips Fasa 2 iaitu Membuat Pendokumetasian atau pun juga
lebih dikenali sebagai Filing. Saya rasa bahagian ini lah yang paling 'menyeksakan'
guru-guru apabila membuat permohonan Guru Cemerlang, termasuk lah saya
sendiri. Banyak sangat benda berterabur kan?. Hu3.. Jom kita tengok beberapa tips
yang boleh dikongsikan dengan rakan guru sekalian. 

1. Kumpul dan susun


Adalah lebih baik jika kita kumpulkan terlebih dahulu semua surat dan kertas
lantikan yang berkaitan bagi memudahkan urusan kita. Kemudian, baru lah mulakan
proses susunan dengan membahagikan nya mengikut tahun. Tak perlu terlebih
rajin.. Hanya fokuskan kepada dokumen untuk 3 tahun lepas dan juga pada tahun
semasa. 

Selepas dibahagikan mengikut tahun, bahagikan pula mengikut bidang; iaitu


Akademik, HEM, dan Ko-Kurikulum. Bagi kategori yang anda tidak pasti, pilih lah
bidang berkaitan yang paling hampir. Selepas itu, susun pula mengikut tarikh.

Jika mahu memudahkan lagi urusan penyusunan dan penyimpanan dokumen, anda
boleh menggunakan warna yang berbeza bagi setiap label; sebagai contohnya label
warna HIJAU untuk fail akademik, label warna OREN untuk fail HEM, dan label
warna KUNING untuk fail yang berkaitan dengan ko-kurikulum.

sistem warna dan bidang

Timbul pula persoalan, AJK / bidang tugas yang manakah yang perlu diwujudkan
Fail?.. Jawapan saya, pilih lah jawatan atau pun bidang tugas yang boleh memberi
kelebihan kepada anda dari segi pemarkahan semasa dicerap oleh Nazir nanti..

2. Fail atau Jilid?


Ini juga satu persoalan yang berlegar dalam minda saya masa hendak memohon
dulu, sama ada mahu menggunakan sistem fail atau pun jilidkan terus semua
dokumen. Selepas mendapat pendapat daripada rakan guru yang lain, akhirnya saya
putuskan untuk menggunakan Fail Ring bagi memfailkan dokumen pada tahun
semasa, dan menjilidkan terus dokumen pada tahun-tahun lepas. 
contoh bidang tugas yang dah dijilidkan 

Sebelum dibukukan / dijilidkan tuh, baiklah jika dibuat cover depan yang


menarik lengkap dengan tajuk, tahun, perkara dan nama anda sendiri bagi
melindungi hakcipta terpelihara. Jika jilidkan, pastikan anda letakkan sekali
dengan plastik sebagai cover paling hadapan untuk simpanan jangka masa panjang.

3. Sediakan Fail Meja


Fail Meja juga merupakan perkara penting yang perlu ada untuk setiap guru. Jika di
cari di internet, kebanyakan format Fail Meja yang dijumpai adalah terlalu
kompleks dan banyak dokumen yang perlu disediakan. Ini kerana Fail Meja merujuk
kepada kandungan fail yang mempunyai semua maklumat dan bidang tugas bagi
sesuatu jawatan.

Bagi guru pula, tak perlulah nak disediakan dengan sekompleks itu. Jika anda rajin,
boleh dapatkan semua maklumat yang diperlukan. Bagi yang malas, lebih kurang
macam saya nih.. ;) anda boleh sekadar letakkan semua surat lantikan bagi tugas
anda untuk sepanjang tahun. 

Mana-mana majlis yang melibatkan anda, ada nama anda, masukkan sahaja dalam
Fail Meja tersebut. Bahagikan juga kepada bidang tugas dalam Akademik, HEM dan
Ko-kurikulum. Juga jangan lupa susun mengikut tarikh bagi memudahkan urusan
pencarian nanti bila ditanya Nazir. 
Bagi memudahkan juga urusan Nazir mencari maklumat dan bidang tugas
anda, sediakan senarai semak pada muka surat pertama bagi setiap kategori, lengkap
dengan tarikh. Anda pun mudah nak susun dan cari, Nazir pun mudah nak semak
dan cari.. ;)

Bagi surat lantikan dan bidang tugas pada tahun-tahun terdahulu, boleh masukkan
sahaja dalam fail Arkib Fail Meja untuk simpanan sebagai rujukan. Jika tiada surat
lantikan, sebarang bukti yang boleh mengukuhkan penyertaan dan penglibatan anda
juga memadai. Sebagai contohnya, gambar, sijil, keratan akhbar dan lain-lain.

 
4. Sediakan fail khas
Jika ada beberapa perkara yang anda ingin highlightkan kepada Nazir nanti, lebih
baik jika anda sediakan fail khas yang tersendiri bagi memudahkan Nazir mengesan
perkara tersebut. Sebagai contohnya, sediakan fail khas untuk Markah dan Penilaian
yang mengandungi semua maklumat mengenai markah peperiksaan, seperti TOV
ETR, Item Analisis, Markah Pelajar, Keputusan Pelajar selepas Peperiksaan Awam
dan lain yang berkaitan. 

Jika anda selalu memberi ceramah akademik, anda boleh juga adakan satu fail khas
yang mengandungi maklumat dan sedikit dokumentasi ringkas semua program yang
anda pernah hadiri, lengkap dengan gambar atau surat sebagai bukti.

koleksi modul saya yang tak seberapa

Untuk modul yang anda sediakan pula, boleh juga anda jilidkan lengkap dengan
cover depan yang menarik. Print muka depan pada kertas bercorak supaya modul
anda nampak lebih hebat dan lain daripada yang lain. Sekurang-kurang nya dapat
juga menarik perhatian Nazir yang datang nanti.
5. Rancangan Mengajar Tahunan 
Pastikan juga anda mencari semula Rancangan Mengajar Tahunan bagi 3 tahun ke
belakang dan untuk tahun terkini. Semua bahan perlu dikemaskini dan disemak
semula adakah benar-benar lengkap seperti yang dikehendaki Kementerian
Pendidikan Malaysia. Jika masih belum lengkap (sepatutnya sudah dilengkapkan
sebelum dihantar kepada pihak sekolah pada hujung tahun) boleh lah ambil masa
untuk lengkapkan nya sebelum Nazir datang. 

Saya tak pasti pula mengenai guru yang berpindah ke sekolah lain, bagaimana
menguruskan Rancangan Mengajar Tahunan bagi tahun yang terdahulu. Tetapi saya
rasa mungkin boleh hubungi semula sekolah lama bagi mendapatkan bantuan
daripada sekolah lama untuk mengepos kan kepada anda semula.

Di sini juga saya sertakan sedikit contoh mengenai kandungan maklumat yang perlu
ada dalam pendokumentasian bagi beberapa perkara. Rakan guru boleh buat
pengubahsuaian bagi disesuaikan dengan kehendak dan keperluan fail anda.

BIDANG AKADEMIK
1. Fail Panitia Sains
     > Carta Organisasi
     > Biodata Guru
     > Jadual Waktu Guru
     > Jadual Waktu Penggunaan Bilik Khas (Makmal)
     > Rancangan Tahunan Panitia
     > Program Khas Panitia
     > Takwim Panitia
     > Pelan Strategik, Pelan Taktikal, Pelan Operasi
     > Minit Mesyuarat
     > Lain-lain Perkara
2. Fail Pentaksir Sains
     > Buku Panduan Pentaksiran PEKA
     >Surat Pekeliling PEKA
     > Jawatankuasa PEKA Sekolah
     > Minit Mesyuarat PEKA
     > Rangka Jadual Kerja Pentaksiran
     > Instrumen Pemantauan PEKA oleh Pengetua / PK1 / KB
     > Borang Laporan Prestasi Calon

3. Fail Markah dan Penilaian


     > Markah Peperiksaan
     > Markah Ujian Bulanan
     > TOV dan ETR
     > Analisis Item
     > Analisis Keputusan Peperiksaan Sekolah
     > Tindak Susul (Post Mortem) Peperiksaan Sekolah     > Analisis Keputusan Peperiksaan Awam
     > Tindak Susul (Post Mortem) Peperiksaan Awam

BIDANG HEM
1. Fail AJK Fotografi Sekolah
     > Senarai Ahli Jawatankuasa
     > Rancangan Aktiviti Sepanjang Tahun
     > Minit Mesyuarat
     > Surat menyurat
     > Jadual Bertugas (jika berkaitan)
     > Lampiran

2. Fail Pengurus Kelas


     > Senarai Pelajar
     > Carta Organisasi
     > Jadual Waktu Guru
     > Jadual Waktu Kelas
     > Rancangan Tahunan Kelas
     > Aktiviti (dokumentasi, gambar)
     > Yuran
     > Lampiran
BIDANG KO-KURIKULUM
1. Fail Kelab Sofbol
     > Senarai Ahli
     > Senarai Ahli Jawatankuasa Kelab
     > Rancangan Aktiviti
     > Senarai Pemain
     > Rekod Pencapaian
     > Surat Menyurat
     > Lampiran (Gambar dan lain-lain)

Sekali lagi diingatkan kepada semua rakan guru, bahawa sebenarnya anda bebas
membuat pendokumentasian mengikut keselesaan dan keperluan anda. Lain orang,
lain citarasanya. Yang penting, perkara wajib yang perlu ada dalam dokumentasi kita
tersebut mestilah ada. Selamat Membuat Kerja-kerja Pendokumentasian yer..
Nantikan Panduan Memohon Guru Cemerlang : Fasa 3 (Menyediakan Rancangan
Mengajar)

Anda mungkin juga menyukai