Anda di halaman 1dari 5

Adab Dan Doa Minum Air Zam-Zam

ِ‫بِسۡـــــــــمِ ٱهللِ ٱلرَّحۡـمـٰنِ ٱلرَّحِيم‬


ٍ‫اللَّهُمَّ صلَِّ على مُحمَّد وعلى آلِ مُحمَّد‬

Umat Islam percaya bahawa air zam-zam adalah karunia dan rahmat dari
Allah SWT. Air zam-zam mampu menghilangkan dahaga dan kelaparan.
Itulah sebabnya jemaah umrah dan haji disunatkan meminum air zam-zam
sepuas-puasnya terutama selepas melakukan Ibadah Tawaf.

Sesungguhnya Rasulullah ‫ ﷺ‬ada bersabda: “Perbezaan antara kita dan


orang ramai (kaum munafik) adalah mereka itu tidak suka meneguk
(minum) air zam-zam.” (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).

A. Adab Meminum Air Zam-Zam

Adab ketika minum air zam-zam itu sebagaimana yang disebutkan oleh
sebahagian Fuqaha adalah termasuk dalam hukum sunat, antaranya:

1. Menghadap kiblat,
2. Membaca Bismillah sebelum minum.
3. Minum air zam-zam dengan niat ikhlas.
4. Jangan minum dengan sekali teguk sehingga habis
5. Minum sebanyak tiga kali dan diselangi bernafas di luar bekas
minuman, kemudian baru teguk lagi.
6. Setiap kali mengambil nafas ketika minum air zam-zam, melihat ke
arah Kaabah/kiblat.
7. Minumlah air zam-zam sehingga kenyang kerana orang munafiq tidak
meminumnya sehingga kenyang.
8. Sesudah minum, ucapkan pujian kepada Allah ‫( وت عال ى س بحان ه‬baca
Alhamdulillah).
9. Memperbanyakkan doa ketika minum dan mengharapkan kebaikan
di dunia dan akhirat.

1
B. Hadis Ibnu Majah

Adab minum air zam-zam ini juga sebagaimana disebutkan dalam hadis
oleh Ibnu Majah:

Daripada Muhammad bin Abdurrahman bin Abu Bakr, katanya: “Ketika aku
duduk di sisi Ibnu ‘Abbas datang seorang lelaki kepadanya, lalu berkata
Ibnu ‘Abbas: “Dari mana engkau datang?”

Lelaki itu berkata: “Dari perigi zam-zam.”

Ibnu Abbas berkata: “Apakah engkau minum dari perigi itu sebagaimana
yang sepatutnya.”

Lelaki itu berkata: “Bagaimana?”

Ibnu Abbas berkata: “Apabila engkau minum air zam-zam, maka


menghadaplah ke kiblat, sebut nama Allah ‫ سبحانه وتعالى‬dan bernafaslah tiga
kali (waktu minum). Minumlah air zam-zam sehingga kenyang dan jika
sudah selesai maka pujilah Allah ‘azza wajalla. Sesungguhnya
Rasulullah ‫ﷺ‬bersabda: “Sesungguhnya tanda yang membezakan antara
kita dengan orang-orang munafiq, sesungguhnya mereka tidak minum air
zam-zam itu sehingga kenyang.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Ibnu Abbas menjelaskan: “Apabila minum air zam-zam hendaklah


menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di
luar bekas minuman, kemudian baru teguk lagi dan (sesudah selesai
minum) ucapkan pujian kepada Allah ‫( سبحانه وتعالى‬baca Alhamdulillah).”

C. Adab Mengambil Air Zam-Zam


.
1. Sunat melihat dan masuk ke tempat perigi zam-zam.
2. Sunat menggunakan timba bagi mengambil air lalu meminumnya.
3. Merenjiskan air zam-zam ke kepala, muka dan dada.

Kini setelah proses pemodenan dan didirikan kilang pembotolan, orang


awam tidak lagi dibenarkan mengambil dan memasuki ke kawasan sebenar
telaga zam-zam.

2
D. Doa Minum Air Zam-Zam

1. Doa Ketika Minum Air Zam-Zam


.

.
.
Daripada Ikramah meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas apabila minum air
zam-zam berdoa :

.‫سعًا َوشَفِيًا مِنْ كُلِّ دَاءٍ َوسَقِ ْيمًا‬


ِ ‫َللهُمَّ اِنِّى َاسَْأُلكَ عِ ْامًا نَا ِفعًا َو ِرزْقًا وَا‬
َّ ‫ا‬

“Ya Allah ya Tuhanku! Daku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu


yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala
penyakit.” (Hadis riwayat ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).

Menurut riwayat, Ibnu Abbas ialah sahabat yang sangat tinggi pekertinya,
mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit
tua.

2. Doa Dan Niat Minum Air Zam-Zam

3
E. Berkata Imam At-Tirmizi

Imam At-Tirmizi, salah seorang dari enam tokoh hadis yang terulung di
dunia berkata:

“Orang yang meminum air Zam-zam itu:

a) Jika dia minum untuk kenyang, maka Allah ‫ سبحانه وتعالى‬akan


mengenyangkannya.

b) Jika dia minum untuk minuman, maka Allah ‫سبحانه وتعالى‬memberinya


minuman.

c) Jika dia minum untuk sembuh dari penyakit, maka Allah ‫سبحانه‬
‫وتعالى‬akan menyembuhkannya dari penyakit.

d) Jika dia minum kerana akhlaknya yang buruk, maka Allah ‫سبحانه‬
‫وتعالى‬akan mengelokkan akhlaknya.

e) Jika dia minum untuk menghilangkan kegelapan hatinya, maka


Allah ‫سبحانه وتعالى‬akan menghilangkannya.

f) Jika dia minum untuk mengkayakan hatinya, maka Allah ‫سبحانه‬


‫وتعالى‬akan mengkayakannya.

g) Jika dia minum kerana sesuatu hajat, maka Allah ‫سبحانه وتعالى‬akan
memakbulkannya.

h) Jika dia minum kerana sesuatu musibah yang menimpa, maka


Allah ‫سبحانه وتعالى‬melindunginya.

i) Jika dia minum kerana kesusahan yang menimpa, maka Allah ‫سبحانه‬
‫وتعالى‬akan menghilangkan kesusahannya.

j) Dan jika dia minum kerana memohon bantuan, maka Allah ‫سبحانه‬
‫وتعالى‬akan membantunya.”

Demikianlah kata Imam At-Tirmizi yang dipetik dari kitab ‘Mukjizat


Perubatan Dengan Air Zam Zam’ karangan Sheikh Majdi Fathi Al-Sayyid
Ibrahim.

4
F. Penutup

Berdasarkan hadis-hadis di atas, betapa pentingnya adab dan niat semasa


meminum air zam-zam. Sebenarnya, apa jua niat, asalkan niat itu baik dan
halal, Insya’Allah ianya akan dimakbulkan oleh Allah ‫سبحانه وتعالى‬.

Allah ‫ سبحانه وتعالى‬berfirman :

﴾٠٦﴿ َ‫خرِين‬
ِ ‫جهَنَّمَ دَا‬
َ َ‫خلُون‬
ُ ْ‫وَقَالَ ر َُّبكُمُ ٱدْعُونِىٓ َأسْتَجِبْ َلكُمْ ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ َيسْتَكْ ِبرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَد‬

“Berdoalah kepadaKu, nescaya Daku perkenankan doa permohonanmu.


Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan
berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina
dina.”

(Surah Al-Mukmin: Ayat 60)

‫واهلل أعلم بالصواب‬


Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Anda mungkin juga menyukai