Anda di halaman 1dari 39

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

PELAKSANAAN AREA 1 DAN AREA 2

1. PENGENALAN KONSEP PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL (OBE)

Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome Based Education - OBE) merupakan proses yang
melibatkan penstrukturan semula kurikulum, penilaian dan laporan dalam pendidikan. Ini
bagi membolehkan para pelajar memperolehi pencapaian dan menguasai pembelajaran
tahap tertinggi setiap semester tanpa menunggu sehingga memenuhi kredit program dan
tamat pengajian di kolej. Konsep OBE akan berfokus kepada hasil pelaksanaan sesuatu
program yang ditawarkan di Kolej Vokasional.

Terdapat tiga falsafah utama dalam OBE iaitu:

(a) Rekabentuk Kurikulum


(b) Pengajaran dan Pembelajaran
(c) Pentaksiran dan Penilaian

Rajah 1 menunjukkan carta alir OBE.

Rajah 1: Carta Alir OBE

1
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

OBE perlu dilaksana berdasarkan keperluan semasa dan kehendak badan


profesional, agensi kelayakan serta majikan. Rajah 2 (a) menunjukkan keperluan
pelaksanaan OBE.

INDUSTRI BADAN
KELAYAKAN MQA,
MQF
MAJIKAN

BADAN BPTV KPM


PROFESIONAL

Rajah 2 (a): Keperluan Pelaksanaan OBE.

OBE lebih menjurus kepada perancangan dan hasil yang bakal diperolehi oleh setiap pelajar
dalam setiap program yang diikuti. Hasil pembelajaran lebih berfokus kepada jangkaan yang
perlu para pelajar capai dari segi pengetahuan, kefahaman atau kebolehan untuk membuat
sesuatu ataupun kualiti yang perlu dibangunkan oleh mereka sendiri semasa pembelajaran
di Kolej Vokasional.

Pendidikan berasaskan hasil (OBE) menekankan kepada pembelajaran pelajar dengan: 

(a) Menggunakan pernyataan hasil pembelajaran yang jelas untuk memudahkan para
pelajar mengetahui dan memahami tentang jangkaan hasil yang perlu mereka capai.
(b) Menyediakan aktiviti pembelajaran tertentu dengan tujuan untuk membolehkan para
pelajar mencapai semua hasil yang dirancangkan.
(c) Menilai tahap pencapaian pelajar berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan
secara jelas dan berkesan.

Secara keseluruhannya, OBE akan memfokuskan kepada empat (4) elemen yang utama
dalam pelaksanaan sepanjang program akademik iaitu:

(a) Perancangan (planning)


(b) Pelaksanaan (implementation)
(c) Pemantauan (monitoring)
(d) Penilaian (assessment)

2
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

Rajah 2(b) menunjukkan kitaran keseluruhan OBE.

Rajah 2(b): Kitaran Keseluruhan OBE

Segala penilaian yang dibuat akan dianalisis bagi membandingkan perancangan dan
kejayaan yang dicapai. Perancangan yang dirancang haruslah menjurus kepada objektif
dan hasil pembelajaran program yang telah direkabentuk. Analisa hasil yang dicapai
samada tercapai atau tidak bergantung kepada indeks pencapaian utama (KPI) yang telah
ditetapkan. Kaedah penilaian juga menjadi alat yang penting dalam mengenalpasti
pencapaian setiap pelajar. Jika pencapaian berada di bawah sasaran yang ditetapkan,
proses Penambahbaikan Kualiti Berterusan (Continuous Quality Improvement – CQI) perlu
dijalankan dalam usaha meningkatkan pencapaian hasil program yang dirancang secara
berterusan.

Perlaksanaan OBE adalah berdasarkan:

(a) Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF)


(b) Penilaian Program Educational Objectives (PEO)
(c) Penilaian Program Learning Outcome (PLO)
(d) Penilaian Course Learning Outcome (CLO)
(e) Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI)

Secara umumnya konsep OBE adalah suatu konsep pembelajaran yang memberi
penekanan kepada hasil. Pencapaian hasil pembelajaran sesuatu program itu adalah
ditentukan melalui penjajaran pembangunan program tersebut dengan kaedah
penyampaian serta pentaksiran setiap kursus yang dilaksanakan.

3
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

2. REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KOLEJ VOKASIONAL

BPTV komited dalam menyediakan kursus yang berkualiti, kreatif dan relevan seiring
dengan Visi dan Misi BPTV dalam mendukung dasar pembangunan negara. Rajah 3
menunjukkan proses dalam pembangunan dan pelaksanaan kurikulum KV.

REKA BENTUK DAN


PEMBANGUNAN
KURIKULUM KV

2. 3.
1. PERANAN DAN PROSES DAN
DEFINISI TANGUNGJAWAB PELAKSANAAN

RAJAH 3

.1 DEFINISI

Berikut adalah beberapa istilah penting serta definisi yang digunakan dalam proses
pembangunan kurikulum:

(a) Kurikulum adalah gabungan aktiviti pendidikan yang dilakukan dalam proses
pembelajaran yang dirancangkan khusus dari segi matlamat, objektif dan hasil
pembelajaran. Kurikulum mengandungi kursus yang ditawarkan kepada pelajar di
bawah penyeliaan dan bimbingan Jabatan serta Unit KV yang akhirnya dapat
menghasilkan graduan seperti yang dirancangkan pada peringkat awal.

(b) Silibus adalah merujuk kepada kandungan sesuatu kursus yang disusun atur
untuk mencapai hasil pembelajaran program sesuai dengan tahap pengajian.

(c) Program bermaksud program pengajian yang diluluskan oleh BPTV sebagai
satu program akademik untuk tujuan penganugerahan Diploma Kolej Vokasional.

(d) Kursus bermaksud komponen kurikulum yang mempunyai silibus dan kod
tersendiri.

(e) Hasil pembelajaran (CLO) adalah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
perlu dikuasai oleh pelajar hasil daripada proses pembelajaran tertentu yang
dilalui oleh pelajar di akhir sesuatu kursus.

(f) Spesifikasi program merupakan set maklumat standard disediakan oleh BPTV
bagi setiap program. Spesifikasi program dibuat berlandaskan garis panduan
kerangka kebangsaan dan standard disiplin. Spesifikasi program mengandungi

4
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

hasil pembelajaran kursus, penguasaan pengetahuan; serta soft skills yang perlu
dimiliki seseorang pelajar setelah tamat sesuatu kursus, kandungan teras kursus
yang terperinci, kaedah pengajaran-pembelajaran dan kaedah penilaian. Ia
disediakan sebelum membangunkan struktrur program.
(g) Jam Kredit adalah satu bentuk unit yang digunakan untuk masa pembelajaran
formal setiap minggu. Satu kredit mewakili satu jam pertemuan kuliah atau dua
jam pertemuan amali/studio/projek/kerja lapangan dalam seminggu selama 20
minggu pengajian. lanya mengukur beban pelajar sederhana mencapai hasil
pembelajaran yang ditetapkan dan ianya berdasarkan kepada jam belajar pelajar
(SLT). Dalam memenuhi kehendak pembelajaran untuk satu kredit, masa 40 jam
belajar pelajar diperuntukan bagi pengajian program diploma Kolej Vokasional.

(h) Jam Belajar Pelajar (SLT) adalah bilangan jam yang diperlukan seseorang
pelajar yang sederhana melalui aktiviti pembelajaran untuk mencapai hasil
pembelajaran yang ditentukan dan diberikan kredit setelah ditaksir. Jam Belajar
Pelajar (SLT) mestilah mengambil kira semua aktiviti pembelajaran yang dilalui
seperti kuliah secara formal, sesi latihan, amali, tutorial, studio, pembelajaran
kendiri, pencarian maklumat, persediaan menghadapi peperiksaan dan penilaian,
waktu peperiksaan dan penilaian, aktiviti padang, latihan praktikal dan
seumpamanya.

2.2 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

(a) BPTV KPM

BPTV KPM bertanggungjawab untuk membangun, mereka bentuk dan


membuat semakan semula terhadap setiap program yang dikendalikan
mengikut keperluan Malaysian Qualification Framework (MQF) dan Amalan
Jaminan Kualiti, Kolej Vokasional.

Peranan BPTV:

(i) mengenal pasti pegawai dan jawatankuasa yang bertanggungjawab


terhadap setiap program yang ditawarkan di Kolej Vokasional.
(ii) melaksanakan proses penandarasan program (programme bench
marking).
(iii) membuat kajian pasaran dan mendapatkan pandangan dari pihak yang
berkepentingan semasa membangunkan atau membuat semakan
terhadap kurikulum KV.
(iv) menyediakan spesifikasi program dan perancangan pengajaran untuk
program yang dibangunkan atau disemak semula.

(b) JAWATANKUASA AKADEMIK BPTV

Jawatankuasa Akademik BPTV (Sektor Pengurusan Akademik)


bertanggungjawab :

(i) Membangunkan reka bentuk kurikulum KV.


(ii) menyelaras dan menyemak segala perubahan atau rekabentuk baru
kurikulum program pengajian yang ditawarkan.
(iii) membuat pemurnian dan semakan setiap kurikulum dalam tempoh yang
ditetapkan.
(iv) membuat pemetaan pemindahan dan pengecualian kredit.

5
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

(v) menyusun, menyemak dan memantau proses pembangunan dan


penyemakan kurikulum dan silibus kursus yang ditawarkan di KV.
(vi) menyelaras kursus-kursus teras dan umum di KV.
(vii) menyelaras aktviti penilaian kurikulum dan kursus yang ditawarkan.
(viii) menyemak dan memantau pembangunan serta penambahbaikan
spesifikasi program.
(ix) menyemak dan memantau pembangunan serta penambahbaikan hasil
pembelajaran kursus.
(x) melaksanakan pemantauan pengoperasian kurikulum di KV.

(c) Ketua Jabatan dan Ketua Program KV

Ketua Jabatan dan Ketua Program KV bertanggungjawab :

(i) Memastikan kurikulum bagi setiap kursus dilaksanakan mengikut


keperluan dan prosedur yang ditetapkan.
(ii) memastikan objektif kursus dan hasil pembelajaran kursus selaras
dengan misi dan visi BPTV.
(iii) menyediakan spesifikasi program bagi semua program yang ditawarkan.
(iv) mengurus segala aktiviti berkaitan penilaian kurikulum dan kursus.
(v) menyelaras aktiviti bagi mendapatkan pandangan pihak berkepentingan
seperti industri, badan professional, majikan dan pelajar terhadap
kurikulum program bagi tujuan penambahbaikan.

(d) Jurulatih Utama Program dan Penyelaras Kursus

Jurulatih Utama Program Kebangsaan berperanan :

(i) memastikan setiap kursus mempunyai silibus, course outline dan hasil
pembelajaran yang selaras dengan hasil pembelajaran program (Matrik
pemetaan).
(ii) memastikan silibus kursus relevan, terkini dan selaras dengan tahap
pengajian.
(iii) membantu KV dalam menjalankan aktiviti pemantauan dan pelaksanaan
kurikulum.
(iv) Menyelaras dan memastikan setiap program di KV dilaksanakan
mengikut kurikulum yang telah dibangunkan berdasarkan keperluan dan
prosedur yang ditetapkan oleh BPTV.

Penyelaras Kursus di KV bagi setiap program berperanan:


(i) memastikan setiap kursus mempunyai silibus, course outline dan hasil
pembelajaran yang selaras dengan hasil pembelajaran program (Matrik
pemetaan).
(ii) memastikan silibus kursus relevan, terkini dan selaras dengan tahap
pengajian.
(iii) membantu Ketua Program/Ketua Unit dalam menjalankan aktiviti
penilaian kurikulum.

(e) Pensyarah KV

6
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

Pensyarah KV mesti terlibat dalam membuat kaji selidik dan memberi


maklumat berkaitan kurikulum meliputi silibus kursus, course outline, hasil
pembelajaran dan bahan rujukan di setiap Jabatan.

Peranan utama pensyarah KV adalah untuk:

(i) membantu Ketua Program/Ketua Unit mengkaji prestasi program


akademik.
(ii) memberi maklumat/data berkaitan dengan hasil pembelajaran program
yang dilaksanakan.
(iii) menyedia dan menyemak silibus kursus yang dipertanggungjawabkan.
(iv) membantu Ketua Program/ Ketua Unit menyediakan pangkalan data dan
dokumen sokongan seperti yang diperlukan dalam proses penyediaan
dan penilaian kurikulum.
(v) mendapatkan maklumbalas daripada pelajar berkaitan kesesuaian dan
keberkesanan sesuatu kursus yang ditawarkan dalam kurikulum.

2.3 PROSES DAN PELAKSANAAN KURIKULUM

(a) Komponen penting kurikulum terdiri daripada:

 Visi, Misi dan Matlamat


 Objektif Pendidikan Program (PEO – Programme Educational Objectives)
 Hasil Pembelajaran Program (PLO – Programme Learning Outcomes)
 Senarai kursus dan jam kredit
 Hasil Pembelajaran Kursus (CLO – Course Learning Outcomes)
 Struktur Program, Dokumen KSKV, Silibus dan Course Outline (CO)
 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
 Aktiviti Pentaksiran (untuk melihat keberkesanan kurikulum).

(b) Kurikulum sesuatu program perlulah direkabentuk, dibangunkan, dikawal serta


sentiasa dikaji semula dengan mengambil kira aspek berikut:

(i) Visi dan Misi BPTV


(ii) Keperluan pihak-pihak yang berkepentingan seperti berikut:
 Pemeriksa Luar
 Panel Penasihat Akademik
 Industri
 Pelajar
 Ibu Bapa
 Staf Akademik
 Alumni
 Badan Profesional
 Penaja
 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
 Kementerian Sumber Manusia (KSM)
 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
 Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

7
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

(iii) Beban pelajar iaitu jam belajar pelajar (SLT) dan mesti dikaitkan juga
dengan jam kredit.

(c) Rekabentuk dan pembangunan kurikulum KV mesti dibuat berdasarkan:

(i) Pembelajaran Berasaskan Hasil (Outcome-Based Education) yang


mengambil kira keperluan pihak yang berkepentingan.
(ii) Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student-Centred Learning)
(iii) Penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengkhususan
yang diikuti.
(iv) Penguasaan soft skills di kalangan pelajar
(v) Penggunaan pelbagai kaedah PdP
(vi) Penggunaan pelbagai kaedah pentaksiran pembelajaran
(vii) Penggunaan teknologi secara optimum dalam PdP

(d) Pembangunan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) mestilah


mengambil kira:

(i) Keperluan pengetahuan teori dan amali


(ii) Keperluan pembangunan insaniah
(iii) Pembelajaran berasaskan ‘inquiry’
(iv) Pembelajaran berasaskan penyelidikan
(v) Keperluan pembelajaran ‘interdisciplinary’
(vi) Kurikulum program dalam dan/atau luar negara yang berkaitan dengan
program tersebut mengikut standard MQA.
(vii) Menepati keperluan kandungan National Occupational Skills Standard
(NOSS).

(e) Pihak yang terlibat dalam mereka bentuk, merancang dan penambahbaikan
kurikulum KV adalah:

(i) Jawatankuasa Akademik BPTV


(ii) Panel Penasihat Akademik BPTV
(iii) Panel Penggubal
(iv) Jurulatih Utama
(v) Ketua Jabatan
(vi) Ketua Program/Ketua Unit

(f) Pembangunan Hasil Pembelajaran Program (PLO).

(i) Dalam pembangunan kurikulum, pihak berkepentingan harus mengetahui


kebolehan dan kemahiran yang boleh dicapai setelah mengikuti sesuatu
program. Ini untuk memastikan keselarasan hasil pembelajaran sesuatu
kursus dengan hasil pembelajaran program melalui pemetaan kurikulum
perkara h(iii). Hasil pembelajaran program mesti dinyatakan dalam
spesifikasi program.

(g) Pembangunan hasil pembelajaran kursus (CLO) mesti mengambil kira perkara
berikut:

8
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

(i) Ianya menunjukkan hasil pembelajaran yang patut dicapai oleh pelajar
melalui penilaian berdasarkan domain kognitif, psikomotor dan afektif.
(ii) Ianya mesti sepadan dengan tahap pembelajaran di peringkat diploma.

(h) Pemetaan Kurikulum Dengan Hasil Pembelajaran Program (PLO)

(i) Bagi perancangan atau semakan kurikulum yang berkesan, kaedah


pemetaan kurikulum mesti digunakan. Pemetaan ini menjelaskan secara
keseluruhan bagaimana pelajar memperolehi sesuatu hasil pembelajaran
melalui kursus yang ditawarkan.

(ii) Kaedah pemetaan dilakukan dengan membentuk jadual bagi memastikan


PLO memenuhi keperluan kurikulum dengan:
 Memberi penekanan kepada elemen PLO yang bersesuaian dalam
kursus yang ditentukan.
 Memastikan status kebolehan Soft Skills dalam sesuatu kursus yang
diterapkan dan dinilai.

(iii) Pemetaan dilakukan dengan menghubungkaitkan hasil pembelajaran


dengan senarai kursus dalam kurikulum. Kadar sumbangan setiap kursus
terhadap hasil pembelajaran dinyatakan dalam indeks tertentu seperti
contoh di bawah:
Aplikasi
Pengetahuan

Reka Bentuk

Komunikasi

Kerja Berkumpulan

Kursus 1 b
Kursus 2 c 1
Kursus 3 b 2
Kursus 4 b 2
Kursus 5 a b 1

Kunci:
 Kemahiran teknikal:
a=sumbangan major, b=sumbangan sederhana; c=sumbangan minor

 Soft skills:
1=Banyak (dengan penilaian); 2=tidak banyak (diperkenal)

(i) Semakan Kurikulum

(i) Semakan yang sistematik terhadap kurikulum dilaksanakan dengan


tujuan untuk:

9
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

 menilai keupayaan kurikulum bagi memenuhi keperluan pihak


berkepentingan.
 menilai kesesuaiannya berbanding dengan hasil pembelajaran
program yang ingin dicapai.
 mengenalpasti masalah dan langkah-langkah penambahbaikan yang
diperlukan.
 memastikan kurikulum yang dilaksanakan adalah bersesuaian dengan
keperluan semasa.

(ii) Input semakan ditentukan dengan mengambil kira :


 Keperluan Perkara 2.3.(b), Perkara 2.3.(c) dan Perkara 2.3.(d) di atas.
 Analisis kaji selidik terhadap penilaian hasil pembelajaran program.
Antara kaedah yang boleh digunakan ialah:
 Soal selidik Kemasukan dan Keluaran (Entry & Exit
Surveys)
 Soal selidik dari pihak industri
 Maklumbalas pelajar melalui soal selidik dan/atau temubual
 Maklumbalas staf akademik
 Keputusan peperiksaan pelajar
 Kajian pengesanan

(iii) Input semakan ini dibincang dan disemak oleh Jawatankuasa Akademik
BPTV bagi tujuan penambahbaikan.
(iv) Semakan kurikulum mesti dilakukan di akhir setiap kitaran tempoh lazim
pengajian.
(v) Hasil perubahan dari semakan kurikulum perlu dimaklumkan kepada
semua pihak yang berkepentingan.

(j) Kawalan Terhadap Perubahan Rekabentuk dan Semakan Kurikulum

Perubahan rekabentuk dan semakan kurikulum dikenalpasti dan dikawal di


peringkat BPTV. Perubahan terhadap kurikulum akan disemak oleh BPTV dan
disahkan oleh Senat Kolej Vokasional. Segala urusan rekod tentang hasil
semakan terhadap kurikulum, perubahan dan tindakan yang diambil disimpan
sebagai dokumen rujukan.

10
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

3. PENETAPAN VISI DAN MISI KV KPM

Visi, Misi dan Matlamat sesuatu program KV yang telah ditetapkan oleh BPTV KPM akan
memandu perancangan dan pelaksanaan akademik KV di samping menyatukan warga KV
ke arah pencapaian satu tradisi kecemerlangan KV.

Matlamat utama program yang dilaksanakan oleh KV adalah penghasilan graduan yang
terdidik secara menyeluruh, melalui:

(a) peruntukan ilmu dan kemahiran praktikal berdasarkan prinsip-prinsip saintifik;


(b) penyemaian sikap, etika, semangat profesionalisme dan kemahiran kepimpinan untuk
kemajuan kemasyarakatan dalam kerangka visi kebangsaan;
(c) pemupukan keupayaan menganalisis dan menyelesaikan masalah serta keupayaan
menilai dan membuat keputusan secara kritikal dan kreatif berdasarkan bukti dan
pengalaman;
(d) peningkatan usaha pencarian ilmu dan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat yang
perlu bagi mempertingkat pengetahuan dan kemahiran secara berterusan sejajar
dengan kemajuan ilmu global yang pantas; dan
(e) pertimbangan isu-isu lain yang releven dalam konteks tempatan, kebangsaan dan
antarabangsa.

Program KV merupakan asas yang menyokong visi dan misi KV yang lebih luas. Oleh yang
demikian, matlamat KV yang lebih luas ini haruslah diambil kira apabila sesuatu program itu
direka bentuk. Ini adalah untuk memastikan bahawa program-program ini saling melengkapi.
Oleh itu, hasil pembelajaran setiap program di KV bertujuan untuk memberi peluang kepada
pelajar-pelajar untuk mempamerkan gaya kepimpinan dan seterusnya untuk memupuk dan
membimbing para pelajar untuk menguasai aspek soft skills dan competative skills. Graduan
KV akan memperolehi Diploma Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 4).

Kualiti KV dan program yang ditawarkan akhirnya akan ditentukan oleh keupayaan para
graduannya menjalankan peranan dan tanggungjawab yang diharapkan dalam masyarakat.
Hal ini memerlukan satu pernyataan jelas tentang kecekapan yang merangkumi kemahiran
praktikal dan intelektual yang diharap dicapai oleh graduan di akhir program. Domain-
domain utama hasil pembelajaran meliputi ilmu, kemahiran praktikal dan sosial, pemikiran
kritikal dan analitikal, nilai, etika dan profesionalisme. Tahap keupayaan hasil-hasil
pembelajaran ini ditakrifkan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications
Framework, MQF).

3.1 VISI

Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul

3.2 MISI

Memperkasa pendidikan teknikal dan vokasional melalui pelaksanaan program


yang berkualiti.

11
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

STRATEGI PEO PLO

Melaksanakan kurikulum pendidikan


PEO1 PLO1,PLO3,PLO6,PLO9
vokasional berasaskan industri

Mentadbir urus institusi pendidikan


vokasional bagi melahirkan modal insan PEO1,PEO3,PEO2 PLO7
berkemahiran

Mengadakan kolaborasi dgn rakan strategik


bagi perluas akses, jamin kualiti dan tingkat
kebolehkerjaan melalui MoU dalam Latihan PEO1,PEO3,PEO4 PLO1
Industri, sangkutan guru dan perkongsian
pintar kepakaran dan peralatan.

Melaksanakan dan menyelaraskan


Pentaksiran Perterusan (PB) dan Penilaian
PEO2,PEO3,PEO4 PLO4,PLO5,PLO8
Akhir (PA) berdasarkan Standard Operation
Prosedure (SOP)

Melaksana dan menyelaraskan kualiti sumber


manusia bagi meningkatkan daya upaya PEO1 PLO2
organisasi pendidikan vokasional KPM

MATLAMAT PENDIDIKAN PROGRAM

Matlamat program Diploma Teknologi ialah untuk membentuk


teknologis yang bersedia menyertai pasaran kerja, usahawan yang
berdaya saing, dan mampu melanjutkan pengajian ke peringkat yang
lebih tinggi.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO)

Program Diploma Teknologi mampu menghasilkan teknologis yang:

12
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

PROGRAMME LEARNING OUTCOMES (PLO)

Di akhir program Diploma Teknologi Automotif pelajar akan boleh:

PROGRAMME LEARNING OUTCOMES (PLO) LEARNING OUTCOMES (LO)

1 Memperoleh dan mengaplikasi pengetahuan matematik, Pengetahuan


sains, dan asas serta prinsip bidang kejuruteraan dalam
Teknologi dalam bidang

2 Mengaplikasi kemahiran praktikal dalam Teknologi Kemahiran Psikomotor/ Teknik


dalam bidang

3 Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah secara Kemahiran Penyelesaian


kreatif, inovatif dan efektif dalam bidang Teknologi Masalah, Pemikiran Kritikal &
dalam bidang Pendekatan Saintifik

4 Berkomunikasi secara berkesan dengan rakan sejawat, Kemahiran Berkomunikasi


dan ahli profesional lain dalam komuniti kejuruteraan
serta masyarakat.

5 Berfungsi dengan berkesan dan bertanggungjawab Kemahiran Sosial/Kerja


sebagai individu dan ahli pasukan dalam melaksanakan Berpasukan/
pelbagai bidang tugas. Pertanggungjawaban

6 Memahami serta memberi komitmen secara profesional, Profesionalisme, Nilai, Sikap


beretika dan bertanggungjawab selari dengan kod dan Etika
amalan profesion.

7 Menyedari keperluan pembangunan profesional Pembelajaran Sepanjang Hayat


berterusan dan melibatkan diri dalam pembelajaran & Pengurusan Maklumat
sepanjang hayat.

8 Memotivasi diri dan meningkatkan kemahiran Kemahiran Pengurusan dan


keusahawanan bagi tujuan kemajuan kerjaya. Keusahawanan

9 Menyedari dan menunjukkan kemahiran kepimpinan yang Kemahiran Kepemimpinan


berkualiti serta efektif.

MATRIKS PEO – LO

13
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

Knowledge

Practical Skills

Social skills, teamwork and responsibility

Values, ethics, moral and professionalism

Information management and lifelong learning skills

Managerial and entrepreneurial skills


Thinking and scientific skills

Communication skills

Leadership skills
PROGRAMME EDUCATIONAL
OBJECTIVES
(PEO)

LO LO LO LO LO LO LO LO LO

1 2 3 4 5 6 7 8 9

PE Berpengetahuan dan X X
O1 berkemahiran tinggi dalam
disiplin dalam bidang

PE Efektif dalam komunikasi dan


X X X
O2 memaparkan ciri kepimpinan
yang baik dalam sebuah
organisasi.

PE Mampu menyelesaikan
O3 masalah operasi secara X X
beretika dengan pendekatan
yang inovatif, kreatif dan
mampan.

PE Berupaya mengamalkan
O4 kemahiran keusahawanan
X X
dan pembelajaran sepanjang
hayat selari dengan
perubahan persekitaran bagi
disiplin dalam bidang

14
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

MATRIKS PLO – PEO

PROGRAMME EDUCATIONAL
PROGRAMME LEARNING OUTCOMES (PLO) OUTCOMES (PEO)

PEO 1 PEO 2 PEO 3 PEO 4

Memperoleh dan mengaplikasi pengetahuan


PLO 1 matematik, sains, dan asas serta prinsip Teknologi X
dalam bidang

Mengaplikasi kemahiran praktikal dalam Teknologi


PLO 2 X
Automotif

Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah secara


PLO 3 kreatif, inovatif dan efektif dalam Teknologi dalam X
bidang

Berkomunikasi secara berkesan dengan rakan


PLO 4 sejawat, dan ahli profesional lain dalam komuniti X
kejuruteraan serta masyarakat.

Berfungsi dengan berkesan dan bertanggungjawab


PLO 5 sebagai individu dan ahli pasukan dalam X
melaksanakan pelbagai bidang tugas.

Memahami serta memberi komitmen secara


PLO 6 profesional, beretika dan bertanggungjawab selari X
dengan kod amalan profesion.

Menyedari keperluan pembangunan profesional


PLO 7 berterusan dan melibatkan diri dalam pembelajaran X
sepanjang hayat.

Memotivasi diri dan meningkatkan kemahiran


PLO 8 X
keusahawanan bagi tujuan kemajuan kerjaya.

Menyedari dan menunjukkan kemahiran kepimpinan


PLO 9 X
yang berkualiti serta efektif.

4. HASIL PEMBELAJARAN (LO) KV

15
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

Hasil Pembelajaran adalah pernyataan-pernyataan tentang apa yang pelajar perlu tahu,
faham dan boleh lakukan apabila tamat suatu tempoh pengajian. Kolej Vokasional
menggunakan Domain Hasil Pembelajaran (LO) yang telah ditetapkan oleh KPM.

Sembilan (9) Domain Hasil Pembelajaran:

 Pengetahuan
 Kemahiran praktikal
 Kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran sains
 Kemahiran komunikasi
 Kemahiran sosial, kerja berpasukan dan tanggungjawab
 Nilai, sikap dan profesionalisme
 Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
 Kemahiran pengurusan dan keusahawanan
 Kepimpinan

5. MATLAMAT PROGRAM

Matlamat Program ialah satu pernyataan menyeluruh tentang tujuan, falsafah dan rasional
dalam penawaran sesuatu program. Objektif Program pula merupakan pernyataan-
pernyataan tentang apa yang harus dipelajari oleh seseorang pelajar untuk mencapai
matlamat program. Manakala program pula merupakan susunan modul yang distruktur
untuk suatu tempoh tertentu dan peringkat pembelajaran, bertujuan mencapai hasil
pembelajaran yang telah ditentukan dan yang lazimnya menjurus kepada penganugerahan
suatu kelayakan. Oleh itu, struktur program KV bagi kursus teras merangkumi 70 peratus
kemahiran dan 30 peratus teori yang bertujuan melahirkan graduan berteknologi.

Matlamat program Diploma KV adalah untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi
dan berteknologi dalam pelbagai bidang yang bersedia menyertai pasaran kerja, usahawan
yang berdaya saing, dan mampu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

6. PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES (PEO), PROGRAMME LEARNING


OUTCOME (PLO) DAN COURSE LEARNING OUTCOME (CLO).

Perlaksanaan pendidikan berasaskan hasil (OBE) mewajibkan setiap program akademik


perlu mempunyai Programme Educational Objectives (PEO). PEO perlu dibuat
penambahbaikan secara bersepadu dengan penglibatan pihak-pihak berkepentingan
(stakeholders) agar menepati keperluan dan kehendak mereka. PEO yang disemak semula
juga perlu dihubungkaitkan dengan visi dan misi KV. Setiap program disemak semula perlu
mempunyai beberapa pernyataan PEO. Pernyataan tersebut mestilah merangkumi domain
Pengetahuan dan Kemahiran Praktikal dan merangkumi gabungan tujuh (7) domain
Kemahiran Insaniah (KI).

Analisa pencapaian PEO samada tercapai atau tidak, bergantung kepada KPI yang telah
ditetapkan. Lazimnya pencapaian PEO terhadap graduan bagi sesuatu program dinilai atau
diukur selepas 3 hingga 5 tahun setelah pelajar bergraduat.

16
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

Secara umumnya definisi untuk PEO, PLO dan CLO adalah seperti dalam Jadual 1

Pernyataan Maksud Penilaian

Satu set pernyataan-pernyataan yang Penilaian selepas


Objektif menjelaskan hasil-hasil pendidikan yang perlu beberapa tahun
Pendidikan dicapai oleh setiap graduan dalam sesuatu kohort tersebut
Program (PEO) program akademik setelah berada di alam bergraduan (di antara
pekerjaan selama di antara 3 - 5 tahun. 3 - 5 tahun).

Satu set pernyataan-pernyataan yang


menjelaskan hasil-hasil pembelajaran yang
Hasil Dinilai di hujung
perlu dicapai oleh setiap pelajar setelah
Pembelajran semester terakhir
melengkapkan/ lulus dalam semua kursus
Program (PLO) (semester 8).
yang ditawarkan dalam kurikulum sesuatu
program akademik.

Satu set pernyataan-pernyataan (explisit & Dinilai pada awal &


Hasil
boleh diukur) menerangkan hasil-hasil hujung setiap
Pembelajaran
pembelajaran yang perlu dicapai oleh semester (entrance &
Kursus (CLO)
seseorang pelajar di akhir sesuatu kursus. exit survey).

Jadual 1: Definisi PEO, PLO dan CLO

6.1 MEMBENTUK PEO

Pembentukan PEO untuk setiap program adalah berdasarkan kepada visi dan misi KV KPM.
Semua PEO direkabentuk untuk memenuhi keperluan dan harapan pihak-pihak kepentingan

17
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

(stakeholder). Pemetaan antara PEO dengan visi, misi dengan keperluan stakeholder
ditunjukkan dalam Rajah 4. Semua PEO akan menggambarkan pencapaian pelajar yang
dijangkakan. Pencapaian PEO akan mengenalpasti pencapaian visi dan misi Kolej yang
telah ditetapkan.

KEPERLUAN stakeholder

MISI KV KPM
Graduan:
1. Personaliti yang baik
MATLAMAT PROGRAM 2. Kemahiran berkomunikasi
OBJKETIF PROGRAM yang baik
3. Sikap yang positif
VISI KV KPM 4. Kemahiran insaniah yang
baik
5. Kemahiran amali
6. Pengetahuan yang baik
7. Menghasilkan kerja yang
berkualiti
8. Kemahiran menyelesaikan
masalah
9. Menunjukkan kemahiran
kepimpinan yang berkualiti

Rajah 4: Pembentukan PEO

Programme Educational Objective (PEO) bermaksud satu set penyataan yang menerangkan
hasil-hasil pendidikan yang perlu dicapai oleh setiap pelajar dalam sesebuah program
akademik setelah berada di alam pekerjaan selama antara 3-5 tahun.

Objektif Pendidikan Program (PEO) KV:

(a) Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam disiplin program yang diikuti;
(b) Efektif dalam komunikasi dan memaparkan ciri kepimpinan yang baik dalam sebuah
organisasi;
(c) Mampu menyelesaikan masalah operasi secara beretika dengan pendekatan yang
inovatif, kreatif dan mampan; dan
(d) Berupaya mengamalkan kemahiran keusahawanan dan pembelajaran sepanjang hayat
selari dengan perubahan persekitaran bagi disiplin program yang diikuti.

6.2 MEMBENTUK PLO

Setelah PEO disediakan, PLO perlu dirangka sejajar dengan PEO. PLO mestilah dinyatakan
secara eksplisit merangkumi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu dicapai oleh
graduan. Secara umumnya, setiap program perlu mempunyai sembilan pernyataan PLO

18
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

yang mengandungi kesemua 9 domain hasil pembelajaran (LO). Lazimnya pencapaian PLO
terhadap graduan bagi sesuatu program dinilai atau diukur sebaik sahaja pelajar bergraduat.
Seharusnya pemetaan satu dengan satu antara PLO dengan LO (contoh PLO1 pemetaan
kepada LO1)

Programme Learning Outcome (PLO) ditakrifkan sebagai satu set pernyataan-pernyataan


yang menerangkan hasil-hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh setiap pelajar setelah
melengkapkan/ lulus semua kursus dalam kurikulum sesebuah program akademik.
Pembentukan PLO adalah sangat penting sebagai dokumen asas untuk melaksanakan
sesuatu program.
Semua PLO KV dibentuk mengikut sembilan hasil pembelajaran (LO) yang ditetapkan oleh
KPM. Kesemua hasil pembelajaran ini juga disejajarkan dengan domain pembelajaran
Taksanomi Bloom iaitu Kognitif (C), Psikomotor (P) dan Afektif (A).

BPTV telah menetapkan sembilan PLO yang perlu bagi sesebuah program yang
dilaksanakan di KV berdasarkan sembilan Hasil Pembelajaran KPM, iaitu di mana di akhir
setiap program, pelajar KV akan dapat:

1. Memperoleh dan mengaplikasi pengetahuan matematik, sains, dan asas serta


prinsip bidang teknologi / sains sosial dalam program yang diikuti. [LO1]
2. Mengaplikasi kemahiran praktikal dalam program yang diikuti. [LO2]
3. Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah secara kreatif, inovatif dan efektif
dalam bidang program yang diikuti. [LO3]
4. Berkomunikasi secara berkesan dengan rakan sejawat, dan ahli profesional lain
dalam komuniti teknologi / sains sosial serta masyarakat. [LO4]
5. Berfungsi dengan berkesan dan bertanggungjawab sebagai individu dan ahli
pasukan dalam melaksanakan pelbagai bidang tugas. [LO5]
6. Memahami serta memberi komitmen secara profesional, beretika dan
bertanggungjawab selari dengan kod amalan profesion. [LO6]
7. Menyedari keperluan pembangunan profesional berterusan dan melibatkan diri
dalam pembelajaran sepanjang hayat. [LO7]
8. Memotivasi diri dan meningkatkan kemahiran keusahawanan bagi tujuan
kemajuan kerjaya. [LO8]
9. Menyedari dan menunjukkan kemahiran kepimpinan yang berkualiti serta efektif.
[LO9]

6.3 MEMBENTUK CLO

Course Learning Outcome (CLO) dibentukkan dengan menggunakan Taksonomi Bloom


yang mengandungi tiga domain iaitu domian kognitif, psikomotor dan afektif. Domain kognitif
mengandungi enam aras, afektif mempunyai lima aras dan psikomotor ada tujuh aras.

Jadual 2 (a), 2 (b) dan 2 (c) menunjukkan Domain pembelajaran Taksonomi Bloom bagi
domian kognitif, psikomotor dan afektif.

Domain Kognitif: “Di akhir kursus ini, pelajar seharusnya ........”

19
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

Berupaya/ berkebolehan untuk: mengatur, mengumpul,


menentukan, menerangkan, memeriksa, mengenal pasti,
Pengetahuan (C1) menyenaraikan, mengingat, menamakan, mengaitkan, memetik,
mengulangi, menghasilkan semua, merekodkan, menunjukkan,
menyatakan.

Berupaya/ berkebolehan untuk: mengaitkan, menjelaskan,


mengklasifikasikan, membezakan, membincangkan,
Kefahaman (C2) menganggarkan, menyatakan, melanjutkan, mengenal pasti,
menunjukkan, mentafsir, mengesan, meramalkan, menegaskan,
memilih.

Berupaya/ berkebolehan untuk: mengira, menukar, memilih,


melengkapkan, membina, menunjukkan, menghasilkan penemuan,
Aplikasi (C3) mengambil, meneliti, menggambarkan, mentafsir, mengubah suai,
mengamalkan, melakarkan, menguji, menyelesaikan, mengiktlak,
mengaitkan, mengaplikasi.

Berupaya/ berkebolehan untuk: menganalisis, menilai, menyusun,


mengira, mengkategorikan, mengklasifikasikan, membandingkan,
Analisis (C4) menyambung, membezakan, mengkritik, membahaskan,
membahagikan, menguji, menyimpulkan, meneliti, menyiasat,
mempersoalkan, mengasingkan.

Berupaya/ berkebolehan untuk: menilai, memberi hujah,


melampirkan, memilih, membandingkan, meyakinkan, mengkritik,
Penilaian (C5) menyokong, membela, menghakimi, mengukur, meramal,
mengesyorkan, menyemak, memberikan skor, membuat
pertimbangan, membuat kesimpulan, menilai kewajaran.
Berupaya/ berkebolehan untuk: berhujah, menyusun,
mengumpul, mengarang, membina, mencipta, mereka bentuk,
membangun, menubuhkan, membentuk, menghasilkan,
Penciptaan (C6)
mengintegrasikan, mengurus, menyusun, merancang,
menyediakan, mencadangkan, mengaitkan, menulis semula,
membuat kesimpulan.

Jadual 2 (a): Domain Kognitif

Domain Psikomotor: “Di akhir kursus ini, pelajar seharusnya ........”

Berupaya/ berkebolehan untuk: memilih, menerangkan, mengesan,


Persepsi (P1) mengenal pasti, membezakan, mengecam, menghubung kait,
menyisihkan.
Berupaya/ berkebolehan untuk: memulakan, mempamerkan,
Set (P2) menghuraikan, memindahkan, meneruskan, memberi tindak balas,
menyatakan, menunjukkan.

Respons Berpandu Berupaya/ berkebolehan untuk: menyalin, menjejaki, mengikuti,


(P3) memberi respons, menghasilkan semula, memberikan tindak balas.

Berupaya/ berkebolehan untuk: mencantumkan, menentu ukur,


membina, merungkai, mempamerkan, memasang, memanipulasi,
Mekanisme (P4) membaiki, mengorganisasikan, melakarkan, mencampurkan,
mengukur.

20
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

Berupaya/ berkebolehan untuk: mencantumkan, membina,


Respons Ketara mempamerkan, mengukur, memanipulasi, menganjurkan, melakar,
Kompleks (P5) merungkai, mengenakan, membaiki.

Berupaya/ berkebolehan untuk: mengadaptasi, mengubahsuai,


Adaptasi (P6) menukar, mengatur semula, mengorganisasikan semula, menyemak,
mempelbagaikan

Berupaya/ berkebolehan untuk: menyasarkan, mereka bentuk,


Lakuan Tulen (P7) mencipta, membangunkan, mengarang, mencantumkan, membina.

Jadual 2 (b): Domain Psikomotor

Domain Afektif: “Di akhir kursus ini, pelajar seharusnya ........”

Berupaya/ berkebolehan untuk: memilih, mengikut, menghuraikan,


Menerima (A1)
memberi, memegang, menggunakan, menjawab, mengenal pasti.

Berupaya/ berkebolehan untuk: membantu, menjawab, mematuhi,


Memberi Maklum
membincangkan, menolong, melaksanakan, mengamalkan,
Balas (A2)
membentangkan, menulis, melaporkan, memilih, mendeklamasikan.

Berupaya/ berkebolehan untuk: menerangkan, menunjukkan cara,


Menilai (A3)
membezakan, mewajarkan, melaporkan, memilih.

Berupaya/ berkebolehan untuk: mengatur, menyatu padu,


Mengorganisasi
mengorganisasi, menghubung kait, membuat sintesis, menghuraikan,
(A4)
membandingkan.

Berupaya/ berkebolehan untuk: membezakan, mempamerkan,


Menghayati (A5) mempengaruhi, memupuk, membudayakan, menyemak,
menyelesaikan, mengesahkan, mencadangkan.

Jadual 2 (c): Domain Afektif

Ciri-ciri Penulisan Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) yang baik:

 Perlu dapat dipetakan kepada domain pembelajaran dalam Taksonomi Bloom atau
taksonomi lain
 Mesti menyatakan kemahiran utama, pengetahuan, sikap atau kebolehan yang
pelajar akan memperoleh
 Dinyatakan dalam bentuk tingkah laku yang boleh diukur dan/atau diperhatikan
(petunjuk: tanya diri anda bagaimana anda akan menguji hasilnya).
 Lebih umum daripada objektif
 Setiap kursus biasanya akan mempunyai antara 3 dan 5 hasil utama.

21
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

 Hendaklah ditulis dalam bahasa yang jelas dan future tense.


 Hasil pembelajaran perlu sama bagi semua kursus yang mempunyai kod sama.
 Mula dengan kata kerja (cth. menulis, memasang, menyelesaikan, dan
mengaplikasi).

Panduan Penulisan Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) yang baik :

 CLO mempunyai 3 komponen : (i) Kata Kerja (Verb), (ii) Syarat (Condition) dan (iii)
Piawai (Standard).
 CLO mestilah dapat diukur dan dicapai serta bersesuaian dengan topik-topik yang
terkandung dalam kursus yang diajar.
 CLO ini juga perlu berpandukan kepada domain Kognitif iaitu merujuk kepada tahap
pemikiran tertinggi yang bakal dicapai. Domain Afektif & Psikomotor pula
berpandukan kepada kaedah penyampaian (delivery method) yang digunakan.

Secara umumnya, pembinaan pernyataan CLO bagi setiap kursus perlu mengambilkira
perkara-perkara berikut:

 CLO perlu dipastikan mengikut kursus bagi program yang ditawarkan oleh KV
 CLO mempunyai unsur Kata kerja (Verb), Syarat (Condition) dan Piawai (Standard)
(V, C & S)
 CLO mestilah dapat diukur dan dicapai serta bersesuaian dengan topik-topik yang
terkandung dalam kursus yang diajar
 CLO ini juga perlu berpandukan kepada domain Kognitif iaitu merujuk kepada tahap
pemikiran tertinggi yang bakal dicapai. Domain Afektif & Psikomotor pula lebih
berpandukan kepada kaedah penyampaian (delivery method) yang digunakan

Jadual 3 menunjukkan satu contoh CLO bagi kursus Motor Control (ETE5014) yang
mengandungi elemen Kognitif (C1), Psikomotor (P1) dan Afektif (A1).

CLO1 Distinguish the types of circuits and motor control (C1, PLO1)
CLO2 Identify the circuit of motor control (P1, PLO2)
Identify the concept, accessories, functioning and types of motor control.
CLO3
(A1, PLO5)

Jadual 3: CLO Bagi Kursus Motor Control (ETE5014)

22
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

7. HUBUNGKAIT ANTARA VISI, MISI, PEO, PLO & CLO

Rajah 5(a) dan Rajah 5(b) menunjukkan hubungkait antara Visi, Misi, PEO, PLO & CLO.

VISI
MISI

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO)

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO)

HASIL HASIL HASIL


PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN
KURSUS (CLO1) KURSUS (CLO2) KURSUS (CLO3)

Rajah 5(a) : Hubungkait Antara Visi, Misi, PEO, PLO & CLO

PELAKSANAAN KURIKULUM

MISI OBJEKTIF HASIL HASIL


DAN PENDIDIKAN PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN
VISI PROGRAM (PEO) PROGRAM (PLO) KURSUS (CLO)

PENILAIAN KURIKULUM

Rajah 5(b) : Hubungkait Antara Pelaksanaan Kurikulum


Dengan Penilaian Kurikulum

23
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

8. PEMETAAN MATRIK PEO DAN LO

Berdasarkan PEO KV dan LO KPM berikut adalah jadual matrik yang memadankan kedua-
dua aspek tersebut iaitu seperti dalam Jadual 4.

KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT


KEMAHIRAN BERSOSIAL, KERJA BERPASUKAN & BERTANGGUNGJAWAB

KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSHAWANAN


PENYELESAIAN MASALAH & KEMAHIRAN SAINS

NILAI, SIKAP & PROFESIONALISME


KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
KEMAHIRAN PRAKTIKAL
PENGETAHUAN

KEPIMPINAN
PEO - LO

LO1 LO2 LO3 LO4 LO5 LO6 LO7 LO8 LO9

Berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi dalam
PEO1 √ √
disiplin teknologi elektrik/
elektronik;
Efektif dalam komunikasi dan
memaparkan ciri kepimpinan
PEO2 √ √ √
yang baik dalam sebuah
organisasi;

Mampu menyelesaikan masalah


operasi secara beretika dengan
PEO3 √ √
pendekatan yang inovatif, kreatif
dan mampan;

24
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

Berupaya mengamalkan
kemahiran keusahawanan dan
pembelajaran sepanjang hayat
PEO4 √ √
selari dengan perubahan
persekitaran bagi disiplin
teknologi elektrik/elektronik.

Jadual 4: Pemetaan Matrik PEO Dan LO

9. PEMETAAN MATRIK PLO DAN PEO

Berdasarkan PLO dan PEO berikut adalah jadual matrik yang memadankan kedua-dua
aspek tersebut iaitu seperti dalam Jadual 5.

PROGRAMME EDUCATIONAL
OBJECTIVES (PEO)

PROGRAMME LEARNING OUTCOMES (PLO) PEO 1 PEO 2 PEO 3 PEO 4

Mengaplikasi pengetahuan sains,


matematik, dan asas serta prinsip bidang
PLO 1 X
kejuruteraan dalam teknologi elektrik/
elektronik

Mengaplikasi kemahiran praktikal dalam


PLO 2 X
teknologi elektrik/ elektronik.

Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah


PLO 3 secara kreatif, inovatif dan efektif dalam X
bidang teknologi elektrik/ elektronik

Berkomunikasi secara berkesan dengan


PLO 4 rakan sejawat, ahli profesional lain serta X
masyarakat

Berfungsi dengan berkesan dan


bertanggungjawab sebagai individu dan ahli
PLO 5 X
pasukan dalam melaksanakan pelbagai
bidang tugas;
Memahami serta memberi komitmen
secara profesional, beretika dan
PLO 6 X
bertanggungjawab selari dengan kod
amalan profesion

25
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

Menyedari keperluan pembangunan


PLO 7 profesional berterusan dan melibatkan diri X
dalam pembelajaran sepanjang hayat

Memotivasi diri dan meningkatkan


PLO 8 kemahiran keusahawanan bagi tujuan X
kemajuan kerjaya

Menyedari dan menunjukkan kemahiran


PLO 9 X
kepimpinan yang berkualiti serta efektif.

Jadual 5: Pemetaan Matrik PLO Dan PEO

10. PEMETAAN MATRIK CLO DAN PLO

Padanan hasil pembelajaran kursus (CLO) dan hasil pembelajaran program (PLO) adalah
suatu pemetaan yang dibuat di antara CLO dan PLO untuk sesuatu kursus. Pemetaan CLO-
PLO yang dibuat adalah sejajar dengan perancangan pentaksiran yang disediakan untuk
sesuatu kursus.

Konsep OBE, pendekatan pembelajaran yang dipeloporkan oleh KV dan BPTV KPM, adalah
suatu konsep pembelajaran yang memberi penekanan kepada hasil. Pencapaian hasil
pembelajaran sesuatu program itu adalah ditentukan melalui penjajaran pembangunan
program tersebut dengan kaedah penyampaian serta pentaksiran setiap kursus yang
dilaksanakan (constructive alignment). Tiga komponen utama yang diperlukan untuk
memastikan “constructive alignment” terhasil adalah: (1) hasil pembelajaran program kursus,
(2) portfolio kursus, dan (3) rancangan pentaksiran kursus. Kesemua dokumen ini
seharusnya telah disediakan oleh samada pensyarah atau pun pentadbir sebelum sesuatu
kuliah bermula. Pensyarah dikehendaki membuat rancangan pentaksiran kursus yang akan
diajar. Rancangan pentaksiran yang dibuat didalam garis panduan kursus adalah proses
padanan di antara jenis pentaksiran dengan hasil pembelajaran (CLO) kursus yang akan
dicapai.

Untuk menghubungkan di antara kaedah penyampaian CLO serta pentaksiran yang


berkaitan dengan hasil pembelajaran PLO yang dirancang, padanan CLO-PLO adalah
diperlukan. Untuk sesuatu kursus yang mana perlaksanaanya adalah sejajar dengan
program akademik kursus tersebut, kejayaan pelajar mencapai keputusan pentaksiran
summatif yang tertentu akan memberi implikasi tentang pencapaian program akademik yang
berkaitan.

26
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

Jadual 6 menunjukkan satu contoh hubungan di antara CLO dan PLO bagi kursus Motor
Control (ETE5014) bagi Program Diploma Teknologi Elektrik.

CLO - PLO PLO1 PLO2 PLO3 PLO4 PLO5 PLO6 PLO7 PLO8 PLO9

Distinguish the
types of circuits
CLO1
and motor
X
control

Identify the
CLO2 circuit of motor X
control

Identify the
concept,
accessories,
CLO3 X
functioning and
types of motor
control.

Jadual 6: Pemetaan Matrik CLO Dan PLO

27
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

11. HASIL PEMBELAJARAN, PENYAMPAIAN DAN PENTAKSIRAN KURSUS

Hasil pembelajaran, penyampaian dan pentaksiran kursus yang digunakan pakai oleh KV adalah seperti dalam Jadual 7.

Hasil Pembelajaran, Penyampaian dan Pentaksiran Kursus


Fakulti/Pusat: KOLEJ VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Program: DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK Objektif Pendidikan Program (PEO)
Kursus: INDUSTRIAL AUTOMATION (AUTOMASI INDUSTRI) Hasil Pembelajaran Program (PLO)
Kod: ETN 5013
Pemetaan kepada PLO  
Kaedah Kaedah
  Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) PLO1 PLO2 PLO3 PLO4 PLO5 PLO6 PLO7 PLO8 PLO9 KPI
Penyampaian Pentaksiran

Identify type of pneumatic Assignments,


Markah
1 components based on circuit diagram C1                 Lectures Tests and Final
≥ 50%
and specification. (C1,PLO1) Examination

Differentiate pneumatic system Practical Work


Lectures & Markah
2 maintenance according to standard   P1               and Practical
Practical Work ≥ 50%
Operation Procedure. (P1,PLO2) Examination

Describe in team to assemble


Guided Lab Markah
3 pneumatic system based on circuit       A1          
Practical Work Presentation ≥ 50%
diagram. (A1, PLO4)

Total 1 1   1          

  Level of Learning Taxonomy


  Cognitive Psychomotor Affective
A
P1
C1 Knowledge Perception 1 Receiving
A
P2
C2 Comprehension Set 2 Responding
A
P3
C3 Application Guided Response 3 Valuing
A
P4
C4 Analysis Mechanism 4 Organising
A
P5
C5 Synthesis Complex Overt Response 5 Internalising
C6 Evaluation P6 Adaptation    

28
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

    P7 Origination    

Jadual 7: Hasil Pembelajaran, Penyampaian Dan Pentaksiran Kursus

29
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

12. SILIBUS

Silibus adalah merujuk kepada kandungan sesuatu kursus yang disusun atur untuk mencapai
hasil pembelajaran program sesuai dengan tahap pengajian. Silibus ini dibangunkan oleh BPTV
untuk kegunaan semua pensyarah KV. Contoh rekabentuk silibus dalam Program Diploma
Teknologi Kimpalan bagi kursus MTA5014: Safety, Environmental & Health Practices adalah
seperti dalam LAMPIRAN 1.

13. PERANCANGAN KURSUS (Course Outline)

'Course Outline' adalah dokumen rujukan rasmi sesuatu kursus yang disediakan oleh BPTV yang
ditawarkan di dalam sesuatu program. Ia mengandungi maklumat asas tentang komponen-
komponen kursus seperti kod kursus dan tajuk, SLT, sinopsis, hasil pembelajaran, isi kandungan,
penilaian, Jadual Spesifikasi Pentaksiran (Assessment Specifications Table) serta sumber rujukan
utama.

Dokumen ini adalah panduan kepada pensyarah untuk penyediaan perancangan pengajaran
kursus (course instructional plan) sepanjang semester penawaran kursus.

Selain itu, dokumen ini juga memberi gambaran menyeluruh kepada pelajar tentang hasil
pembelajaran yang boleh mereka capai melalui proses pengajaran, pembelajaran dan penilaian
dalam sesuatu kursus yang mereka ikuti.

Course Outline terdiri daripada komponen-komponen berikut :

(a) Kod dan Tajuk Kursus


 Kod yang digunakan untuk kursus perlu sama dengan kod seperti yang ditetapkan
dalam Garis Panduan Kod Kursus dan Angka Kredit.
 Setiap kursus dalam program pengajian yang sama mesti mempunyai kod dan tajuk
kursus yang berbeza.

(b) Jam Pembelajaran Pelajar (Student Learning Time - SLT )


 SLT adalah beban pembelajaran akademik yang melibatkan kesemua aktiviti (formal
dan tidak formal) yang diperlukan oleh pelajar termasuk usaha yang perlu mereka
lakukan untuk mencapai hasil pembelajaran kursus dengan berkesan.

(c) Sinopsis
 Satu perenggan yang mengandungi penyataan tentang matlamat umum kursus
termasuk huraian ringkas tentang rasional penawaran kursus dalam program
pengajian. (What is the course all about and its overall aim? How does the course fit
into the overall programme curriculum?)

(d) Hasil Pembelajaran Kursus (Course Learning Outcomes - CLO's)


 CLO adalah penyataan-penyataan yang jelas dan spesifik tentang apa yang pelajar
perlu tahu, faham dan boleh lakukan di akhir sesuatu kursus. (i.e. what learner should
know, understand and can do upon completion of the course).

(e) Isi Kandungan (Content)


 Topik utama dan sub-topik kursus yang perlu dipelajari oleh pelajar sepanjang
semester penawaran kursus.

30
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

(f) Penilaian
 Bahagian ini menyenaraikan kaedah penilaian serta pemberatan setiap kaedah
tersebut.
 Pemberatan markah adalah berdasarkan kepada Peraturan Akademik KV KPM.

(g) Jadual Spesifikasi Pentaksiran (Assessment Specifications Table – AST)


 Jadual AST sebagai panduan dalam pelaksanaan pentaksiran berterusan (PB) bagi
sesuatu kursus sepanjang semester penawaran kursus.
 Pensyarah hendaklah membina item pentaksiran berdasarkan Jadual AST.

(h) Rujukan
 Senarai sekurang-kurangnya lima (5) bahan/sumber rujukan utama pembelajaran yang
terkini.
 Pensyarah hendaklah memastikan bahan/ sumber rujukan kursus yang disenaraikan
boleh diperolehi oleh pelajar.

Contoh rekabentuk perancangan kursus dalam Program Diploma Teknologi Kimpalan bagi kursus
MTA5014: Safety, Environmental & Health Practices adalah seperti dalam LAMPIRAN 2.

31
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

14. SISTEM JAM KREDIT DAN JUMLAH JAM BELAJAR /STUDENT LEARNING TIME (SLT)

14.1 SISTEM JAM KREDIT

Sistem ini dikenali sebagai Notional Credit Hours (NC) dicadangkan sebagai unit standard dengan
mengambilkira semua aktiviti akademik yang berkaitan dilakukan oleh seorang pelajar tanpa
mengambilkira kaedah pembelajarannya.

1 NC = 40 jam SLT

Contoh Jam Kredit Untuk Satu Kursus : Kod Dan Nama Kursus : AUTOCAD 3D : Jam Kredit : 4

Jumlah Jam Belajar / Student Learning Time (SLT) Yang Dicadangkan Seperti Berikut:

14.2 STUDENT LEARNING TIME (SLT)

32
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

Contoh pengiraan bagaimana untuk mendapatkan jumlah jam bebanan pelajar (SLT) adalah
seperti di bawah:

1. Tetapkan jumlah aktiviti SCL selain amali/tutorial selama 14 minggu [F]


(Anggaran 3 jam)

2. Syarahan [ D ] ( 14 Minggu X Kuliah Seminggu) – Aktiviti SCL Lain iaitu (14 X 2 )


– 3 = 25 Jam

3. Amali / Toturial [ E] ( 14 Minggu X Amali ) iaitu 14 X 2 = 28 Jam

4. Ulangkaji [ H ] dicadangkan sama dengan jumlah syarahan [ D ] iaitu 25


5. Penilaian Berterusan [J] dan Peperiksaan Akhir [K] bergantung kepada
jumlah jam kredit dan pemberatan amali dan teori (Mengikut keperluan dan kompleksiti
kursus)

6. Pembelajaran tidak Bersemuka [ G ] Notional Credit Hours X Jam Kredit – Semua


Jam Pembelajaran dan Pentaksiran iaitu ( 40 X 3 ) - ( 25 + 28 + 3 + 25 + 10 + 5 + 5 )
= 19 Jam

Contoh SLT dalam Program Diploma Teknologi Kimpalan bagi beberapa adalah seperti yang
ditunjukkan Jadual 4.

33
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

Jadual 4: Jam Belajar Pelajar (SLT) Diploma Teknologi Kimpalan

Penilaian
Pembelajaran Bersemuka Pembelajaran Kendiri
Formal Jumlah
Pembelajaran Jam
Jam Pembelajaran Nilai Kredit
Pembelajaran Tak Belajar
Pengajaran Berpusatkan Ulang Persediaan (SLT/40)
Berpusatkan Bersemuka PB PA Pelajar
Bil. Kod Nama kursus CR Pensyarah Kaji Penilaian
Pelajar (SCL) (spt tugasan, (SLT)
(TCL)
projek dll)
Aktiviti
Amali /
K T A Syarahan SCL
Tutorial
lain
Modul Pendidikan Vokasional

Safety, environmental
22 MTK 5014 4 3 0 2 39 28 3 37 39 7 3 4 160 4
& health practices
Facilities,
consumables &
23 MTK 5022 2 1 0 2 11 28 3 15 11 6 3 3 80 2
equipment
maintenance
Shielded metal arc
24 MTK 5034 4 1 0 6 11 84 3 35 11 8 3 5 160 4
welding process 4

25 MTK 5042 Quality control 2 1 0 2 11 28 3 15 11 6 3 3 80 2

Quality control
26 MTK 6013 3 2 0 2 25 28 3 27 25 6 3 3 120 3
manual

Flux cored arc


27 MTK 6024 4 2 0 4 25 56 3 35 25 8 3 5 160 4
welding process

Welding fabrication
28 MTK 6033 3 2 0 2 23 28 5 29 23 6 3 3 120 3
activities

Drawings
29 MTK 6042 2 1 0 2 11 28 3 15 11 6 3 3 80 2
specification 2

34
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

35
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

15. Kemahiran Insaniah

Kemahiran insaniah merangkumi kemahiran generik yang melibatkan elemen kognitif yang
berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai positif, kepemimpinan, kerjasama
berpasukan, komunikasi, pembelajaran berterusan, pengurusan maklumat, moral dan etika
profesional, tanggungjawab sosial, keusahawanan dan kepimpinan. Kemahiran tersebut perlu
dikuasai oleh para pelajar untuk memenuhi tuntutan keperluan pekerjaan di pelbagai sektor sama
ada di dalam dan luar negara. Pelajar yang memiliki Kemahiran insaniah ini akan lebih
berketerampilan dan berdaya saing dalam sektor pekerjaan dan seterusnya menjadi modal insan
kelas pertama yang dapat menyumbang kepada kemajuan organisasi dan pembangunan negara.

Kesemua elemen kemahiran insaniah boleh dimurnikan dan diperincikan kepada dua kumpulan
utama, iaitu Kemahiran lnsaniah Mesti - KIM (must have) dan Kemahiran lnsaniah Tambahan - KIT
(good to have). KIM adalah kemahiran insaniah yang perlu dimiliki oleh setiap pelajar. Jika
kemahiran ini tidak dimiliki, pelajar dianggap tidak kompeten dalam aspek berkaitan. KIT dianggap
sebagai nilai tambah kepada pelajar. Jika kemahiran ini dimiliki oleh pelajar di samping KIM,
kompetensi pelajar dalam aspek berkaitan dianggap cemerlang. Walaupun perhatian perlu diberi
kepada usaha membekalkan modal insan dengan KIM, penerapan KIT perlu digalakkan. Semua
elemen KI yang dicadangkan mesti dikuasai oleh setiap pelajar dan perlu dinilai secara
komprehensif dan berkesan.

Keseluruhan kemahiran insaniah ini disepadukan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi setiap
program yang dilaksanakan di KV. Kemahiran insaniah ini perlu dilaksanakan secara nyata dan
ditaksir mengikut sistem pentaksiran dan penilaian yang ditetapkan dengan berkesan. Bagi
memudahkan pentaksiran, penggunaan rubrik penilaian kemahiran insaniah turut disediakan
dalam pembangunan Kurikulum Standard Kolej Vokasional.

16. TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi Bloom terbahagi kepada kepada tiga domain iaitu Kognitif, Psikomotor dan Afektif.

a. Domain Kognitif Domain kognitif mencakupi pengetahuan dan perkembangan


keterampilan intelektual. Domain ini meliputi: ingatan atau pengetahuan tentang fakta-fakta,
konsep-konsep yang menjadi dasar untuk mengembangkan kemampuan dan keterampilan
intelektual. Aras kognitif melibatkan Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan
Penilaian.

b. Domain Afektif Domain afektif mencakupi perasaan (feelings), nilai-nilai (values),


apresiasi (appreciation), antusiasme (enthusiasms), motivasi (motivations), dan sikap
(attitude). Aras afektif melibatkan menerima, memberi maklum balas, menilai, mengorganisasi
dan menghayati nilai.

c. Domain Psikomotor Domain Psikomotor mencakupi gerakan fizikal (physical movement),


koordinasi (coordination), dan kemahiran motorik (motor skils). Perkembangan kemahiran ini
memerlukan latihan dan pengukurannya mencakupi kecepatan, ketepatan, prosedur atau
teknik. Aras psikomotor melibatkan persepsi, set, respons berpandu, mekanisma, respons
ketara kompleks, adaptasi dan lakuan tulen.

36
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

16.1 Domain Taksonomi Pembelajaran

Hasil pembelajaran setiap program di Kolej Vokasional bertujuan untuk memberikan


peluang kepada para pelajar untuk mempamerkan gaya kepemimpinan dan seterusnya
untuk memupuk dan membimbing para pelajar untuk menguasai aspek ‘soft skills’ dan
‘competative skills’.

Taksonomi adalah sistem klasifikasi. Taksonomi bererti klasifikasi berhierarki dari sesuatu
atau prinsip yang mendasari klasifikasi. Taksonomi ini mengklasifikasikan tujuan
pendidikan kepada tiga iaitu kognitif, psikomotor, dan afektif.

Kognitif Head (Pengetahuan,


Pemikiran)

Afektif
Heart (Sikap,
Psikomotor Perangai)

Hand (Kemahiran
Praktikal, Teknikal)

Course Learning Outcome (CLO) dibentuk menggunakan Taksonomi Bloom dan perlu jelas dari
aspek kognitif, psikomotor dan afektif yang perlu dicapai oleh para pelajar di akhir kursus.

37
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

Domain Taksanomi Pembelajaran Yang Dicadangkan Untuk Diploma Kolej Vokasional

Kelayakan Kognitif Psikomotor Afektif

Diploma C3 P3 A2

Ringkasan Domain Taksonomi Pembelajaran

DOMAIN KOGNITIF
(PENGETAHUAN, PEMIKIRAN)
C6
C5
C4
C3
C2
C1

38
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

DOMAIN PSIKOMOTOR P7
(KEMAHIRAN TEKNIKAL, PRAKTIKAL)
P6
P5
P4
P3
P2
P1

A5
DOMAIN AFEKTIF
(PERASAAN, SIKAP) A4
A3
A2
A1

39

Anda mungkin juga menyukai