Anda di halaman 1dari 2

Latar Belakang Kajian

Pada masa kini, kegiatan rawatan berasaskan prinsip Islam atau tradisional di Malaysia menunjukkan
perkembangan yang menggalakkan. Terdapat pelbagai pusat rawatan alternatif yang menggunakan
pelbagai kaedah untuk merawat seperti berasaskan doa-doa yang dikenali sebagai “rawatan Islam”,
perubatan homeopathy, perubatan aura (reiki), perubatan berasaskan warna (terapi warna), perubatan
herba dan lain-lain. Namun di dalam kajian ini fokusnya lebih terarah kepada persepsi dan pandagan
orang awam dan pengamal itu sendiri tentang kegiatan perubatan Islam khusunya di kawasan negeri
Melaka.

Oleh itu, pusat perubatan Islam di Melaka didapati berkembang sedikit demi sedikit. Hal ini
menunjukkan bahawa kesedaran dan permintaan terhadap rawatan berasaskan prinsip Islam semakin
meningkat dalam kalangan masyarakat Melaka khususnya. Namun begitu, adakah kesemua pusat
perubatan Islam itu mengamalkan rawatan menggunakan prinsip Islam yang sebenar dan mempunya
kelayakan dan kredibiliti yang betul untuk melaksanakan rawatan tersebut.

Amalan perubatan Islam adalah berbeza dengan amalan perbomohan yang telah menjadi
sebahagian kehidupan masyarakat Melayu sejak dahulu kala. Amalan perubatan Islam tidak terlibat
dengan kaedah-kaedah yang dilarak syarak dan sekali gus menolak pandangan beberapa ahli akademik
Islam yang berpendapat bahawa ada beberapa amalan rawatan adalah salah di sisi syarak.

Pusat rawatan di Malaysia sememangnya memiliki potensi untuk dikembangkan bahkan mampu
melangkaui sempadan negara. Hal ini dapat dibuktikan apabila permintaan terhadapt khidmat rawatan
Islam kian mendapat perhatian. Namun, setelah berkembangnya pusat rawatan Islam, terdengar pula di
telinga rungutan, cemuhan dan nada sinis terhadapt pusat rawatan Islam, sama ada dari pesakit atau
perawat seangkatannya. Banyak pihak yang mendakwa pusat rawatan tertentu masih mengamalkan unsur
jin dalam rawatan. Oleh itu, kajian ini ingin merungkai dan menjelaskan konsep dan kaedah yang sebenar
dalam amalan perubatan Islam khususnya di negeri Melaka. Kajian ini juga ingin mengetahui tahap
kesedaran orang awam terhadap amalan perubatan Islam ini. Matlamat dan objektif akan dicapai dengan
melakukan temu buat di pusat rawatan Islam di kawasan Melaka dan soal selidik orang awam tentang
kesedaran hal ini.

Soalan Kajian
Kajian ini dirangka melalui penulisan dan teori yang dibina di atas beberapa persoalan berikut:
1. Apakah kaedah dan cara yang digunakan dalam amalan rawatan Islam?
2. Bagaimanakah keaktifan kegiatan amalan perubatan Islam di Melaka?
3. Adakah orang awam mempunyai kesedaran dan pengetahua tentang kegiatan amalan perubatan
Islam?

Anda mungkin juga menyukai