Anda di halaman 1dari 2

PENEKANAN KBAT DALAM PDPc MURID PENDIDIKAN MORAL KSSM

Standard Kandungan : Hidup Beragama atau Kepercayaan

Standard Pembelajaran : Menyatakan kepelbagaian agama di Malaysia

Aktiviti KBAT :

1. Murid dipaparkan dengan tayangan berkaitan dengan majlis – maljis keagamaan


yang terdapat di Malaysia.
2. Murid diminta untuk meneliti setiap aktiviti – aktiviti yang sedang dilakukan pada
setiap tempat – tempat ibadat.
3. Guru menerangkan secara ringkas tempat – tempat ibadat.

Soalan KBAT :

1. Berdasarkan agama yang terdapat di Malaysia, agama manakah yang memerlukan


penganutnya menutup aurat?
2. Pada pendapat anda, selain daripada sebelum makan, waktu bilakah yang
diperlukan untuk kita berdoa?
3. Mengapakah kita perlu menghormati amalan agama rakan – rakan yang lain?
CONTOH SOALAN KBAT PENDIDIKAN MORAL BP

Standard Kandungan : Menunjukkan adab dalam tutur kata dan tingkah laku

Standard Pembelajaran : Menunjukkan tingkah laku yang sopan

Aktiviti KBAT :

1. Guru menunjukkan beberapa perilaku yang sopan didalam kelas.


2. Murid dikehendaki meniru beberapa tingkahlaku yang mudah.
3. Murid juga perlu mengucapkan beberapa tutur kata yang mereka rasakan sebagai
tutur kata yang baik dan sopan.
4. Guru akan membimbing murid – murid.

Soalan KBAT :

1. Nyatakan ucapan yang sopan yang boleh diucapkan ketika didalam kelas?
2. Sebutkan sekurang kurangnya 2 perkataan yang sopan yang boleh digunakan tidak
kira masa?
3. Apakah perilaku yang boleh dilakukan bagi menggambarkan kesopanan anda di
dalam kelas?

Anda mungkin juga menyukai