Anda di halaman 1dari 3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Hamzah Fansuri ialah seorang penyair yang dipercayai dilahirkan pada akhir abad ke-16 di
Barus atau Panchor, Sumatera Utara. Pada tahun 1726, Francois Valentijn dalam bukunya
Oud en Nieuw Oost-Indie (Hindia Timur Lama dan Baharu) pada bab mengenai Sumatera,
menyebut Hamzah Fansuri sebagai seorang penyair yang dilahirkan di Fansur.

Hamzah Fansuri telah mengembara ke pelbagai tempat untuk menambah pengetahuannya


seperti ke Mekah, Madinah, Baghdad, Pahang (Tanah Melayu), dan Kudus (Pulau Jawa). Ia
menguasai bahasa Arab dan Parsi di samping bahasa Melayu yang memang menjadi bahasa
ibundanya. Bahasa Melayu yang digunakannya itu sudah memperlihatkan bentuk seperti
yang digunakan sekarang.

Hamzah Fansuri adalah pengembang tarekat Wujudiyah. Fahaman ini beranggapan bahawa
segala makhluk itu pada asasnya esa, kerana wujud daripada zat Allah.

Dalam hujahnya menerusi kitab-kitab ini, terkesan bahawa Hamzah terpengaruh dengan
faham Ibn Arabi, ahli tasawuf yang masyhur pada akhir abad ke-12 dan awal abad ke-13.

Bagaimanapun, tarekat Wujudiyah ini kemudiannya ditentang hebat oleh Nuruddin ar-Raniri
yang mengatakan Tuhan kekal tidak terjejas dari ciptaannya.

Tidak diketahui secara pasti tarikh hasil karyanya itu ditulis kerana tidak ada catatan
tentangnya. Yang diketahui ialah bahawa Hamzah Fansuri menghasilkan karyanya itu pada
masa Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam memerintah Aceh dalam tahun 1606-1636 M.
Berdasarkan ini, dapatlah dikatakan bahawa karyanya itu tercipta pada awal abad ke-17. Ia
menghasilkan beberapa buah syair dan prosa. Perhatikan bahasa yang terdapat dalam petikan
Syair Perahunya ini:

Inilah gerangan suatu madah


Mengarangkan syair terlalu indah
Membetuli jalan tempat berpindah
Di sanalah i'tikad diperbetuli sudah

Wahai muda kenali dirimu


Ialah perahu tamsil tubuhmu
Tiadalah berapa lama hidupmu
Ke akhirat jua kekal diammu

Hai muda arif budiman


Hasilkan kemudi dengan pedoman
Alat perahumu jua kerjakan
Itulah jalan membetuli insan

Dengan penggunaan bahasa yang indah dan dengan perumpamaan yang sederhana, Syair
Perahu ini pada suatu masa menjadi sebutan orang ramai. Ia digunakan oleh ibu bapa untuk
menasihati anaknya agar mentaati ajaran Islam.
Biografi singkat Hamzah Fansuri
by Syeikh Hamzah Fansuri on Monday, April 20, 2009 at 11:44pm

Syeikh Hamzah Fansuri ialah seorang ulama dan pujangga besar Melayu. Beliaulah penyair Melayu
pertama yang menggubah syair-syair bersifat agama. Hamzah Fansuri dipercayai dilahirkan pada
akhir abad ke-16 di Barus atau Panchor, Sumatera Utara. Panchor disebut Fansur dalam bahasa
Arab. Pada tahun 1726, Francois Valentijn dalam bukunya Oud en Nieuw Oost-Indie (Hindia Timur
Lama dan Baharu) pada bab mengenai Sumatera, menyebut Hamzah Fansuri sebagai seorang
penyair yang dilahirkan di Fansur. Ia menghabiskan banyak waktunya dan menetap di Aceh.

Karya-karya Hamzah Fansuri telah dikaji oleh para sarjana Timur dan Barat iaitu Kraemaer,
Doorenbos, Al-Attas, Teeuw, Brakel, Sweeney, Braginsky dan Abdul Hadi. Kajian al-Attas yang
merupakan analisis semantik dianggap sebagai kajian yang paling menyeluruh dan hebat terhadap
pegangan mistisisme Hamzah Fansuri.

Pada masa yang sama, kajian mereka ini telah memberikan penjelasan yang amat penting mengenai
sumbangan Hamzah terhadap sastera Melayu. Pemikiran dan pegangan Hamzah Fansuri terpancar
dalam karya-karya beliau meliputi karya prosa dan puisi. Hamzah adalah pengembang tarekat
Wujudiyah. Gambaran tentang ajaran Wujudiyah ini dapat dikutip daripada karangan beliau Asrar al-
Arifin dan Sharab al-Asyikin. Fahaman ini beranggapan bahawa segala makhluk itu pada asasnya esa,
kerana wujud daripada zat Allah.

Dalam hujahnya menerusi kitab-kitab ini, terkesan bahawa Hamzah terpengaruh dengan faham Ibn
Arabi, ahli tasawuf yang masyhur pada akhir abad ke-12 dan awal abad ke-13. Selain itu, Hamzah
turut menyisipkan dalam karangannya kutipan-kutipan ahli tasawuf Parsi seperti al-Junaid, Mansor
Hallaj, Jalaluddin Rumi, Abi Yazid Bistami, dan Shamsu Tabriz.

Karangan-karangan prosa Hamzah yang terpenting ialah Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang
Bijaksana), Sharab al-Asyikin (Minuman Segala Orang yang Berahi) dan Zinat al-Muwahidin
(Perhiasan Sekalian Orang yang Mengesakan). Syair-syair beliau pula ialah Syair Si Burung Pingai,
Syair Si Burung Pungguk, Syair Sidang Fakir, Syair Dagang dan Syair Perahu.

Melalui hasil karangannya, dijelaskan mengapa orang harus mencari Tuhan dan juga sebagai garis
petunjuk untuk mencari Tuhan. Syair-syair Hamzah sarat dengan estetika, ilmu dan falsafah diolah
berdasarkan pengaruh pantun menampakkan bahawa Hamzah menguasai puisi Parsi bersifat
tasawuf dan memupuk rasa cinta akan Allah. Hamzahlah penyajak Melayu pertama yang
menggunakan syair dalam tulisan agama.

Winstedt mengatakan cara pemikiran Hamzah sesuai dengan pemikiran yang terdapat dalam
karangan-karangan ahli-ahli falsafah, pujangga dan pengarang-pengarang besar Barat seperti St.
Augustino (354-430), John Lyly (1553-1606), Francis Bacon (1561-1662), John Milton (1608-1674),
Sydney Smith (1771-1845) dan lain-lainnya. Pengiktirafan tersebut mewajarkan Hamzah Fansuri
diangkat sebagai pelopor kesusasteraan Melayu moden di alam Melayu.
Sebagai seorang tasawuf Syeikh Hamzah Fansuri pernah memperlihatkan dalam karya-karyanya
bahwa Syeikh Hamzah Fansuri mempunyai hubungan dengan tasawuf yang berkembang di India
pada abad ke-16 dan 17. Syeikh Hamzah Fansuri langsung mengaitkan dirinya dengan ajaran para
sufi Arab dan Persia sebelum abad ke-16. Bayazid dan al-Hallaj merupakan tokoh idola Syeikh
Hamzah Fansuri di dalam cinta dan ma’rifat, dipihak lain Syeikh Hamzah Fansuri sering mengutip
pernyataan dan syair-syair Ibnu Arabi serta “Iraqi” untuk menopang pemikiran kesufiannya.
Hubungan Syeikh Hamzah Fansuri dengan para penulis jarang sekali memperoleh perhatian para
sarjana tasawuf di Indonesia, padahal selain Ibnu Arabi pemikir sufi yang banyak memberi warna
Syeikh Hamzah Fansuri adalah Fakhruddin Iraqi, seringnya Syeikh Hamzah Fansuri menyebut dan
mengutip lama’at-lama’at karya Iraqi, memperlihatkan adanya perhatian istimewa antara
pandangannya dengan Iraqi.

Ciri– ciri bahasa melayu klasik

Pengaruh Islam menjadi semakin kuat sehingga bahasa Melayu mengalami banyak perubahan
dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Ciri-ciri bahasa klasik ialah:

 Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.


 Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang
 Menggunakan bahasa istana
 Menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk
asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
 Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt. sebermula, alkisah,
hatta, adapun.
 Banyak menggunakan partikel pun dan lah
 Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang
telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
 Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang
bahasa seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan,
pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum.
 Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti
frasa ketahuilah olehmu (dari terjemahan I’lamL, maka kemudian daripada itu (dari
Amma ba’du); atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat
bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks bahasa Arab.
 Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu spt. dalam bid ilmu
Kalam, Tasawuf, ilmu Aqa’id al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengan bahasa
Melayu zaman kuno atau Hindu.

Anda mungkin juga menyukai