Anda di halaman 1dari 1

Pada suatu hari, Syukri menggaru-garu kepalanya.

Ibunya menyuruh Syukri

mencuci rambut apabila mandi. Setelah mencucinya, kepala Syukri masih gatal

dan dia berasa tidak selesa.

Pada malam itu, Sang Kutu dan kawan-kawannya telah berkumpul. Sang

Kutu bertanya kepada kawan-kawannya, “Wahai Sang Kutu sekalian,

bagaimanakah kamu boleh tiba di sini ? Kemudian, kutu lain menjawab, “Maaf.

Kami dari kepala kawan Syukri. Semasa di sekolah, Syukri menggunakan sikat

rambut kawannya. Aku pun ikut sebab tempat tinggal asal aku terlalu ramai”.

Selepas beberapa hari berada di atas rambut Syukri, Sang Kutu dan

kawan-kawannya semakin ramai. Mereka bertelur dan cuba membuat sarang di

atas rambut Syukri “Wah, semakin ramai anggota kita ! Mari kita jelajah

Kawasan yang luas bak lautan ini !” Kata Sang Kutu kepada kawan-kawannya.

Tiba-tiba, Ketika mereka hendak meluaskan Kawasan jajahan badan kutu-

kutu tersebut berasa sangat panas dan mereka tidak boleh bernafas. “Aduh, aku

tidak boleh bernafas! Cecair ini terlalu panas”. Rupa-rupanya, Syukri telah

menyedari kehadiran kutu-kutu tersebut, dia telah menggunakan ubat kutu untuk

menghalau kutu-kutu itu.

“Ayuh, lari sahabat-sahabatku! Syukri telah menyapu rambutnya dengan

ubat kutu. Matilah kita. Telur-telur kita pun habis musnah”, kata Sang Kutu.

Akhirnya, ke semua kutu-kutu tersebut mati akibat ubat kutu yang disapu oleh

Syukri. Rambut Syukri Kembali berasa selesa. Dia berjanji akan menjaga

kebersihan rambut selepas ini serta tidak akan berkongsi sikat rambut dengan

orang lain.

Anda mungkin juga menyukai