Anda di halaman 1dari 27

1.

0 PENDAHULUAN

Tamadun india,merupakan tamadun terawal yang wujud di Asia Tenggara. Tamadun India

terbahagi kepada dua bahagian iaitu India Utara yang rakyatnya dikenali sebagai Indo-Arya dan

India Selatan yang dikenali sebagai Dravida. Bahasa yang digunakan oleh orang Indo-Arya ialah

Sanskrit dan bahasa Tamil digunakan oleh golongan Dravida. Pergunungan Vindhya merupakan

sempadan pemisah diantara India Utara dan India Selatan. Masyarakat Indo-Arya mempunyai

empat buah veda,iaitu Rig, Yajur, Sama,dan Atharva. Veda merupakan karya puisi yang

berbentuk mantera atau mazmur yang menjadi pegangan buat masyarakat ini. Keempat-empat

veda ini memberi pengaruh yang kuat dalam aspek pemikiran, kepercayaan, amalan dan

kehidupan masyarakat Indo-Arya. Masyrakat Dravida pula mempunyai kepercayaan dan

pemikiran berasaskan mazhab. Saivisme dan Vaisnavisme yang selalu dibicarakan di dalam puisi

klasik Sangam tamadun India

Konklusinya, asas kepada pembinaan sesebuah tamadun adalah aspek kebendaan dan

kerohanian. Sehingga sekarang,kita masih lagi dapat melihat peninggalan tamadun-tamadun

dahulu yang berkait rapat dengan asas pembinaan mereka semua, contohnya candi Lembah

Bujang dan masjid di Melaka. Oleh itu, saranan saya kepada semua pelajar, hargailah

peninggalan tamadun kita, tanpa tamadun siapalah kita di masa sekarang. Mungkin masih tercari

identiti sendiri. Perpaduan sangat penting dalam sesuatu perkara dalam mencapai keseimbangan

masyarakat. marilah sama-sama kita merealisasikan Visi 2020 Malaysia.

1
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif-objektif sepanjang kajian ini:

1) Kajian ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami tentang sejarah-sejarah perkembangan

di tamadun india yang berlaku pada masa dahulu.

2) Kajian ini juga menambah ilmu pengetahuan tentang agama-agama dalam tamadun india serta

sumbangan tamadun india terhadap perabadan manusia pada hari ini.

3) Kajian ini juga menerangkan kepentingan pelbagai agama dalam Tamadun India.

3.0 KAEDAH

Semasa kami membuat kerja kursus tersebut, kami telah mencari maklumat

daripada buku rujukan, buku teks, dan melalui Intenet.Terlebih dahulu, kami membaca buku teks 

untuk memahami pengetahuan tentang Tamadun India. Kandungan dalam buku teks mudah

difahami, kami boleh dapat maklumat yang penting kerana maklumat dalam buku teks sangat

ringkas dan padat.Kami telah meminjam beberapa buku rujukan tentang Tamadun India dari

perpustakaan, buku rujukan terdapat banyak maklumat yang tidak dapat dicari di dalam buku tek

s. Buku rujukan akan menerangkan setiap topik dengan jelas dan lengkap. Apabila kami

menggunakan maklumat dalam buku rujukan, kami boleh percaya dan tidak perlu risau ketepatan

maklumat tersebut. Kami dapat mendalam memahami ilmu pengetahuan tentang tamadun

Indian.Selain itu, kami juga mencari maklumat melalui Internet. Internet terdapat banyak blog

dan esei tentang Tamadun India. Kesimpulannya, kami haruslah cari banyak sumber semasa

membuat kerja kursus tersebut supaya dapat mencari maklumat yang lengkap dan juga boleh

menambah pengetahuan diri sendiri.

2
4.0 TIGA PERINGKAT TAMADUN INDIA

ZAMAN AWAL(100,000 SM – 1000 SM)

Zaman Awal dalam sejarah tamadun India boleh dipecahkan kepada zaman-zaman

berikut:Tamadun Lembah Indus,Zaman Vedik,Empayar Maurya,Empayar Gupta.

TAMADUN LEMBAH INDUS(3,000 – 1,500 SM)

Tamadun Lembah Indus muncul sekitar (3,000 – 1,500 SM) dan dikenali juga dengan Zaman

Proto.Pada zaman ini, pencapaian tamadun kebendaan agak maju berbanding sebelumnya,

terutamanya dalam bidang pertanian, pertukangan dan orgnisasi.Pada masa ini telah pun wujud

hubungan antarabangsa berdasarkan beberapa bukti yang telah ditemui seperti barangan buatan

Harappa yang terdapat di Mesopotamia. Bandar Harappa dan Mohenjodaro dibina secara

terancang.Jalan-jalannya luas unuk pejalan kaki dan kenderaan beroda.Manakala di sebelah kiri

dan kanan jalan,penuh sesak dengan rumah-rumah kediaman.Masing-masing terdapat kolam dan

tempat mandi sendiri dengan system saliran yang baik.

Kemusnahan Tamadun Lembah Indus berlaku sekitar tahun 1500 SM.Antara faktor besar yang

dapat dikesan ialah ianya berpunca daripada berlakunya peristiwa banjir besar,wabak penyakit

dan berlakunya peperangan antara penduduk Lembah Sungai Indus dengan orang-orang Parsi.

ZAMAN VEDIK (1,500 – 500 SM)

Pada zaman ini berlaku kemasukan bangsa Aryan yang datang dari Poland dan Asia. Hasil

daipada itu, terbentuknya budaya baru yang dikenali sebagai Indo- Aryan. Namun begitu,

perpaduan sukar terbentuk akibat berlainan warna kulit dan fizikal. Bagaimanapun, asimilasi dari

segi kepercayaan dan amalan keagamaan berlaku. Pada tahun 1,200 SM hingga 1,000 SM, Kitab

3
Rig Veda telah disusun untuk dijadikan panduan dan rujukan. Asas organisai politik (stratifikasi

social) juga telah wujud dan terdiri daripada raja, menteri, ketua-ketua dan orang- orang kaya.

Mereka juga ada samriti  (perhimpunan rakyat) yang bertanggungjawab menghadkan kuasa raja.

EMPAYAR MAURYA (326- 185 SM)

Pengasas empayar ini ialah Chandragupta Maurya yang berasal daripada puak Maurya. Empayar

inin telah mencapai zaman gemilang ketika agarama Buddha dan menjadi anutan pemerintah;

terutama apabila Asoka memeluk agama itu dan menjadi penaungnya. Empayar ini berada di

puncak keagungan dan zaman keemasannya pada zaman pemerintahan Asoka (268 – 231 SM).

Beliau telah  mewujudkan  jawatan pegawai keadilan untuk memastikan semua reformasi yang

dirancangkan oleh pemerintahan pusat dilaksanakan di peringkat wilayah. Kejayaan beliau

adalah disebabkan ketegasannya untuk menjatuhkan hukuman berat ke atas pesalah seperti

hukuman mati secara tegas dan berkesan. Sebuah buku “Arthasastra” yang berupa teks tentang

kerajaan dan ekonomi susunan atau karya Kautalya (penasihat kepada Chandragupta) juga telah

ditulis. Buku ini telah dijadikan panduan kepada pemerintahan dan dihortmati oleh semua rakyat.

            Zaman Maurya berakhir dengan berlakunya serangan dari luar, sekitar tahun 185 SM –

320 SM. Ianya digantikan oleh Pushyamitra Sungha (180SM), pengasas Dinasti Shunga apabila

berjaya menguasai sebahagian lembah Ganges.

EMPAYAR GUPTA (320 -520 M)

Empayar ini dikenali dengan Zaman Klasik,kerana kebudayaan Hindu di Utara India pada zaman

ini semakin kukuh.Perkembangan kesusasteraan Hindu,termasuk juga senibina kuil,kesenian dan

sains semakin rancak dengan terbinanya sebuah kuil yang dianggap penting pada zaman ini iaitu

Kuil Vishnu di Deograrh.Manakala karya terpenting dalam zaman ini ialah Shankuntala dan

4
Kama Sutra.Kegemilangan dan kecemerlangan zaman ini banyak bergantung kepada

kemunculan Dinasti Gupta yang diasaskan oleh Chandraguta I sebelum dikembang dan

diperluaskan oleh Samudragupta.Chandragupta telah mendapat gelaran Indian Nepoleon kerana

kemampuannya dalam mencapai kecemerlangan ini.Walau bagaimanapun, ancaman dari puak

Hunan telah Berjaya melemahkan dan menjatuhkan kerajaan Gupta.

ZAMAN PERTENGAHAN (1000-1756 )

Zaman pertengahan adalah zaman gemilang bagi umat Islam.Dalam tempoh ini, Islam

memerintah India selama hampir 800 tahun dan bilangan umat Islam meningkat kepada 150 juta

orang. Islam berjaya meletakkan batu asas pemerintahannya pada abad ke-8 M melalui

Muhammad Al-Qasim yang telah berjaya membuka wilayah Sind pada tahun 706 M/87 H.

Kedatangan Islam diikuti dengan penyebaran dan penubuhan kerajaan Islam. Peringkat awal

hanya berlaku dalam bentuk hubungan perdagangan di bahagian pesisiran pantai.

            Peringkat kedua pula berlaku dalam bentuk penaklukan oleh Turki, Afghan dan Mongol.

Penguasaan Afghan dilakukan melalui Mahmud Al-Ghaznawi (1008-1026 M ). Bandar-bandar

yang dikuasai ialah Thanesar, Kanauj dan Mathura yang terletak di bahagian utara India. Pada

tahun 1191 M, India telah diambil alih oleh Muhammad Ghuri, kemudian dirampas oelh

hambanya Qutbuddin Aibak pada tahun 1206 M.

Namun, kerajaan Islam tidak mampu bertahan lebih lama apabila berlaku pemberontakan Hindu-

Sikh ke atas Kerajaan Mughal dan diikuti serangan dari pihak Inggeris pada 1857 M.

5
ZAMAN MODEN (1857M- KINI )

Zaman moden terkenal sebagai zaman penjajahan  apabila datangnya penjajah British pada tahun

1857 membawa berlakunya pembahagian bumi India kepada tiga buah Negara (India, Pakistan

dan Bangladesh ). Rentetan daripada itu, sebahagian besar daripada umat Islam kemudiannya

berpindah ke Pakistan dan Bangladesh. Manakala sebahagian kecil daripadanya masih terus

menetap di Negara India ( baru )

5.0 KONSEP TAMADUN INDIA

Tamadun India merangkumi dua bahagian utama benua kecil India iaitu Indo-Arya yang

berpusat di India utara dan Dravida yang berpusat di India Sealatan.

MASYARAKAT INDO-ARYA

Bahasa Sanskrit bahasa utama dalam kumpulan bahasa-bahasa Indo-Arya. Empat buah Veda

iaitu Rig, Yajur, Sama dan Atharva adalah karya-karya puisi yang berbentuk mantera atau

mazmur yang menjadi pegangan kuat bagi masyarakat ini. Keempat-empat Veda atau kitab ini

mempunyai pengaruh yang kuat dalam aspek pemikiran, kepercayaan, amalan dan kehidupan

masyarakat Indo-Arya

MASYARAKAT DRAVIDA

Masyarakat Dravida berbahasa Tamil yang merupakan asas untuk semua bahasa Dravida.

Kepercayaan, pemikiran serta amalan masyarakat ini adalah berasaskan ajaran mazhab. Saivisme

dan Vaisnavisme yang banyak dibicarakan dalam puisi klasik Sangam.

6
6.0 KEDUDUKAN GEOGRAFI

Benua kecil India terletak di antara Lautan Hindi dengan Pergunungan Himalaya. Wilayah ini

meliputi kawasan seluas 2,534,175 kilometer persegi iaitu lebih kurang sama dengan keluasan

seluruh Eropah kecuali Rusia. India boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang besar, iaitu

Utara dan India Selatan. Sempadan yang memisahkan di antara Utara dan Selatan India adalah

pergunungan Vindhya. Suatu yang menarik tentang tamadun ini ialah kedudukannya yang

bersebelahan dengan tamadun Parsi di sebelah barat, bahagian timurnya pula disempadani oleh

tamadun Cina.

Keadaan geografi boleh dikatakan sebagai salah satu faktor yang menyebabkan perkembangan

kebudayaan  masyarakat India Utara dan India Selatan agak berbeza. Ia berbeza dari segi rupa

bentuk fizikal, bahasa, budaya dan amalan-amalan keagamaan.

7.0 MASYARAKAT DAN BUDAYA

SISTEM KELUARGA

Tujuan berkeluarga adalah untuk mendapat teman sokongan dari segi fizikal dan rohani serta

mendapat zuriat ataupun keturunan. Mengamalkan system keluarga bersama yang mana

keanggotaan berdasarkan lelaki yang seketurunan, isteri serta anak yang belum berkahwin.

Sistem keluarga tamadun India turut disokong oleh semangat kepentingan bersama dan harta.

7
KEDUDUKAN WANITA

Kedudukan Wanita Dalam Masyarakat Indo-Arya

Pada Zaman Veda Awal, kaum wanita dihormati dan diberikan kebebasan serta kesaksamaan

seperti kaum lelaki. Mereka dapat membawa mazmur-mazmur suci serta kitab-kitab suci. Selain

itu, mereka juga diberikan peluang untuk mendapat pendidikan yang sama.

Namun begitu, pada Zaman Veda kemudian dan selepasnya didapati kedudukan kaum wanita

merosot dan banyak sekatan dikenakan ke atas mereka.

 Selepas kehadiran dan pengukuhan kuasa British di India, pergerakan-pergerakan reformasi

Hinduisme telah membawa masalah kedudukan wanita terhadap pihak British supaya ia dapat

dihalang atau diketepikan dengan meluluskan undang-undang. Dengan kerjasama pergerakan-

pergerakan reformasi, kedudukan wanita dapat dipulihkan pada kurun-19 dan kurun-20.

Kedudukan Wanita Dalam Masyarakat Dravida

Pada Zaman Sangam, kaum wanita diberikan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat India

Selatan. Sifat keibuan yang ada pada mereka dihormati, disanjung dan dianggap sebagai suatu

nilai yang mulia.

  Kedudukan kaum wanita mula mengalami kemerosotan selepas Zaman Sangam. Masalah

kemerosotan ini dapat diatasi atau dipulihkan semula selepas kedatangan dan pertapakan kuasa

penjajah khasnya kuasa British di India.

8
Perpaduan pula dibentuk dengan nilai kasih sayang. Sistem keluarga tamadun India ini

dipelihara oleh dua aspek iaitu :-

 Ashrama Dharma

 Purusartha

ASHRAMA DHARMA

Ia menjelaskan tentang empat tahap yang dilalui oleh setiap manusia iaitu:-

1.      Tahap Pertama = Brahmacharya: Mempelajari ilmu pengetahuan

2.      Tahap Kedua = Grihasta: Berumah tangga dan bekerja

3.      Tahap Ketiga = Vanaprasta: Bertapa dan bebaskan diri dari duniawi

4.      Tahap Keempat = Sanyasa: Sebar ilmu kepada masyarakat

PURUSHARTHA

Ia menjelaskan empat objektif mulia dalam kehidupan yang harus diamalkan oleh manusia iaitu:-

1.      Objektif Pertama Mulia = Aram/ Dharma: Kepatuhan kepada moral dan etika

2.      Objektif Kedua Mulia = Porul/ Artha: Bekerja untuk kekayaan yang halal

3.      Objektif Ketiga Mulia = Inbam/ Kama: Cinta atau kasih sayang dan kepuasan menikmati

harta benda.

4.      Objektif Keempat Mulia = Moksha/ Vidu: Kesempurnaan rohani hasil bebas diri dari

duniawi.

9
8.0 SISTEM KASTA

            Sistem kasta masyarakat India boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu sistem varna dan

sistem jati. Kehidupan berkasta masyarakat India dalam sistem varna adalah pembahagian kelas

sosial yang tetap hierarkinya dan tidak berubah. Sistem ini membahagikan masyarakat kepada

lima kelas sosial seperti berikut:-

1.      Brahmin: golongan pendidik, intelek dan ahli agama

2.      Kshatriya: pemerintah, pentadbir dan tentera

3.      Vaisya: pedagang dan peniaga

4.      Sudra: buruh dan petani

5.      Panchama/ Chandala: golongan murtad dan dibuang daripada varna

9.0 BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Di negara India, terdapat lebih kurang 325 bahasa dan 750 loghat tetapi hanya 14 bahasa utama

diperakui menurut perlembagaan. Lebih kurang 87 peratus daripada rakyat India menggunakan

14 bahasa utama ini. Bahasa-bahasa tersebut dan peratus penggunaannya ialah bahasa Hindi

(30%), Telugu (9%), Bengali (8%), Marathi (8%), Tamil (7%), Urdu (5%), Gujarati (5%),

Kannada (4%), Malayalam (4%), Punjabi (3%), Assam (2%), Oriya (1%), Kashmiri (1%) dan

lain-lain (13%). Bahasa-bahasa di India dibahagikan kepada dua rumpun keluarga bahasa iaitu

bahasa-bahasa Indo Arya dan bahasa-bahasa Dravida.

Mengenai bahasa Indo-Arya, bentuk asli bahasa ini terdapat dalam bahasa Sanskrit. Apabila

orang-orang Indo-Arya meluaskan kawasan sehingga ke Lembah Ganges dan ke timur,

10
perbezaan loghat tempatan (bersifat daerah) membawa perubahan dalam bahasa Sanskrit. Pada

tahun 800SM, bahasa Sanskrit mengalami perubahan fonologi dan morfologi sehingga wujudnya

loghat- loghat baru zaman pertengahan seperti Prakrit, Pali, Shauraseni, Magadhi dan lain-lain.

Pada zaman Buddha (500SM), loghat-loghat ini dianggap sebagai bahasa-bahasa tempatan yang

dihubungkan dengan kawasan geografi masing- masing. Bahasa-bahasa ini menjadi awalan

(precursors) kepada bahasa-bahasa tempatan yang digunakan sekarang. Bahasa-bahasa dalam

kumpulan ini termasuklah Assamese, Bengali, Gujarati, Hindi, Kashmiri, Marathi, Oriya,

Punjabi, Sanskrit, Urdu, Rajastam dan Sindhi.

Mengenai bahasa Dravida, bahasa Dravida kuno digunakan oleh beberapa puak seperti Toda.

Bahasa-bahasa Dravida termasuklah Tamil, Malayalam, Kannada, Telegu dan juga Gondi

(Madhya Pradesh), Brahui (Baluchistan), Kaudh atau Kui (Orissa) dan di kalangan puak-puak

Toda dan Kota.

Dokumen bertulis yang tertua sekali ialah inskrispsi-inskripsi Zaman Asoka (kurun ke-3 S.M.)

yang menggunakan skrip Kharosthi. Skrip ini juga digunakan di Parsi dan di barat laut India, dan

kemudiannya tidak digunakan selepas kurun ke-3. Skrip Parsi-Arab yang diperkenalkan oleh

orang-orang Muslim dari Arab dan Parsi masih digunakan dalam bahasa Urdu moden. Bentuk

arah tulisannya ialah dari kanan ke kiri dan ia menggunakan beberapa vokal sahaja. Tetapi

kebanyakan skrip-skrip India mempunyai asal-usul dalam skrip Brahmi kerana adaptasinya

kepada pelbagai bunyi bahasa-bahasa India. Selain daripada bentuk lama Brahmi terdapat juga

skrip India Utara, iaitu skrip Devanagari yang menggunakan garis di atas perkataan untuk

menyambung huruf-huruf. Sanskrit, Prakrit, Hindi, Marathi dan variasi-variasi tempatan seperti

Punjabi, Oriya, Gujarati dan Bengali menggunakan skrip ini. Skrip yang digunakan di India

11
Selatan mengambil bentuk yang berlainan, iaitu huruf-hurufnya mempunyai perhiasan bulat.

Orang-orang Tamil mengembangkan huruf-huruf mereka tersendiri.

Kesusasteraan

Bersesuaian dengan dua kumpulan keluarga besar India, bahasa-bahasa Indo- Arya dan Dravida,

kesusasteraan India turut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kesusasteraan Indo-Arya dan

kesusasteraan Dravida.

9.1 KESUSASTERAAN INDO-ARYA

Kesusasteraan Indo-Arya lebih menonjol sebagai kesusasteraan yang tertua dan terkemuka di

India. Hasil-hasil kesusasteraan yang dicipta dan dihasilkan dalam bahasa Sanskrit menjadi karya

sastera yang paling berjaya lagi menonjol pada zaman klasik. Lebih-lebih lagi bahasa Sanskrit

merupakan bahasa utama dalam kumpulan bahasa-bahasa Indo-Arya. Oleh itu tumpuan

diberikan kepada kesusasteraan Sanskrit.

Kesusasteraan Vedik

Kesusasteraan Vedik berlangsung antara tahun 1500SM sehingga 500SM. Perkataan Veda

berasal dari kata dasar Vid, ertinya melihat dan mengetahui. Kitab-kitab suci zaman Veda boleh

digolongkan kepada dua bahagian iaitu pertama, Shruti merupakan ajaran-ajaran yang

diwahyukan ataupun ajaran-ajaran yang didengarkan oleh Tuhan kepada para maharesi (sages)

dari semasa ke semasa menurut kehendak zaman; dan kedua,Smriti merupakan ulasan-ulasan dan

tafsiran-tafsiran yang diturunkan oleh generasi manusia kepada generasi manusia secara turun-

temurun. Dari segi perbandingan, isi kandungan Shruti tidak pernah diubah ataupun tidak boleh

diubah; manakalaSMriti boleh diubahsuai dari semasa ke semasa.

12
Empat kitab suci veda tersebut ialah Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda.

Antaranya, Rig Veda merupakan kitab suci yang tertua, bukan sahaja di India malah seluruh

dunia. Tiga kitab suci yang pertama dianggap tercipta sebelum tahun 1000SM. Dalam konteks

ini, Vedanga bererti anggota kitab-kitab Veda dan terdapat enam bidang pengajian. Karya-karya

Vedanga bukan bersifat tafsiran ajaran-ajaran Veda. Sebaliknya merupakan enam bidang yang

dipelajari supaya dapat membantu dalam memahami kitab-kitab Veda dengan tepat. Zamannya

berlangsung antara tahun 600SM sehingga 200SM. Enam bidang pengajian tersebut ialah

pertama, Siksa-tonetik, yang menekankan sebutan yang tepat; kedua, ChancU-prosodi/pola.

irama puisi; ketiga, Nirukta-et[mo\ogi, tafsiran istilah-istilah tertentu; keempat, Kalpa - tatacara

pengendalian upacara pengorbanan; dan kelima, Vyakarana iaitu nahu; dan keennm, fyotisa iaitu

astronomi, ilmu falak.

Kesusasteraan Epik

Kebanyakan teks-teks dharma (ajaran-ajaran mengenai keadilan dan kebaikan yang patut

menjadi amalan setiap insan) adalah bersifat arahan-arahan langsung tanpa ulasan tambahan; dan

bukan semua lapisan masyarakat dapat memahami. Oleh itu wujud karya-karya kesusasteraan

bersifat epik yang menyampaikan ajaran-ajaran dharma yang serius lagi tegas dalam bentuk

cerita dengan memuatkan watak-watak yang cukup mantap.

Epik Mahabharata

• Dihasilkan oleh Vyasa antara tahun 400SM dan 400M. Mengandungi lebih kurang 10 000

seloka (puisi).

• Kisah pemerintahan kerajaan Kurukshetra di India Utara. 

• Dianggap sbg sejarah bheda (konflik), rajyavinasa (kehilangan negara) dan jaya (kekayaan).

13
Bhagavadgita

• Mengajar manusia ttg svadharma atau kewajipan mencapai kebenaran.

• Mengesyorkan raja yoga (disiplin badan dan minda).

• Karma yoga (jalan tindakan).

• Bhakti yoga (melalui kebaktian kpd Tuhan).

• Jnana yoga (melalui pengetahuan yg benar).

Epik Ramayana

• Dicipta dan dihasilkanoleh Valmiki di antara tahun 200SM hingga tahun 200M).

• Mengandungi 24 000 seloka (puisi) dan ceritanya berpusat di Ayodhya.

• Menggambarkan kehidupan seorang manusia iaitu Rama yg merupakan pendukung watak yg

harus diteladani.

• Merupakan dharmasastra yg mengajar perihal keadilan. Ia menerangkan prinsip-prinsip abadi

(sanatana dharma) dan menjelaskan sifat-sifat ideal.

9.2 KESUSASTERAAN DRAVIDA

Empat bahasa utama iaitu Tamil, Telugu, Malayalam dan Kannada. Bahasa Tamil merupakan

kesusasteraan terawal dlm keluarga bahasa Dravida.

Tolkappiyam

Karya nahu berjudul Tolkappiyam yang bertarikh tahun 300SM merupakan bahan bertulis yang

tertua ditemui dalam bahasa Tamil. Maklumat mengenai pencipta karya ini tidak diketahui,

kecuali nama beliau diterbitkan daripada karyanya, menjadi Tolkappiyar. Karya ini mengandungi

tiga bahagian iaitu fonologi, morfologi dan sintaksis dan konvensi-konvensi puisi. Buku ini

masih menjadi rujukan penting dalam bidang nahu serta konvensi Tamil. Terdapat rujukan

14
mengenai karya-karya yang lebih awal seperti Aindiram dan Agattiyam, tetapi hanya beberapa

puisi daripada karya-karya tersebut dapat diperoleh sebagai rujukan dalam karya-karya lain.

Kesusasteraan Sangam

Perkataan Sangam merujuk kepada akademi penyair-penyair agung. Penyair- penyair ini

menghasilkan karya berbentuk puisi Zaman Sangam yang meliputi tempoh masa dari kurun ke-

3SM sehingga kurun ke-2 Masihi. Puisi-puisi Sangam disusun kepada dua koleksi iaitu

Pattuppattu (sepuluh puisi iaitu setiap puisi merupakan gambaran ringkas tentang sesuatu

perkara) dan Ettuttokai (lapan antologi puisi).

Tema puisi-puisi Sangam boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu aham danpuram. Aham

bererti bahagian dalaman atau pun perasaan dalam hati. Dalam konteks puisi zaman Sangam,

cinta yang terkandung dalam hati dikenali sebagai aham. Puram bererti bahagian luaran. Puram

dalam konteks puisi-puisi Sangam menandakan sifat-sifat mulia seperti semangat keperwiraan,

keadilan, berani, murah hati dan sebagainya.

Puisi Aham

Cinta dalam puisi aham dibahagikan kepada dua jenis iaitu cinta yang sepadan dan cinta yang

tidak sepadan. Cinta yang sepadan bermaksud dua orang bercinta antara satu sama lain dan

mereka mempunyai beberapa persamaan dari segi pendidikan, umur yang bersesuaian (lelaki

sepatutnya lebih tua daripada perempuan) dan sebagainya. Cinta yang sepadan akan melalui dua

tahap masa iaitu pertama, kalavu merupakan cinta sebelum perkahwinan dan kedua, karpu

merupakan cinta selepas perkahwinan. Manakala cinta yang tidak sepadan dianggap berdasarkan

nafsu sahaja. Misalnya perempuan yang lebih tua bercinta dengan lelaki yang jauh lebih muda

usianya, cinta terhadap anak gadis sunti, cinta yang tidak berbalas dan sebagainya.

15
Bagi aham terdapat lima uripporul (tema khusus), iaitu pertemuan, penantian, kecurangan

suami/isteri merajuk, penantian cemas dan perpisahan bagi sementara waktu. Kelima-lima tema

ini dikenali sebagai disiplin aintinai. Aintinai bererti lima jenis bentuk muka bumi.Sifat istimewa

puisi-puisi ini terlihat pada kebolehan penyair-penyair menggunakan unsur-unsur alam semula

jadi untuk menandakan dan menggambarkan perasaan dalaman.

Puisi Puram

Puram merangkumi segala-galanya kecuali aham (cinta). Oleh itu ia meliputi masyarakat, raja,

negara, kumpulan-kumpulan pekerja, kekayaan, kemiskinan,pendidikan dan berbagai-bagai cita-

cita yang ideal (sempurna) yang berkaitan dengan kehidupan. Bahagian puram mengandungi

sebilangan besar sajak-sajak berkenaan. peperangan kerana peperangan merupakan sesuatu yang

dapat menguji keperwiraan seseorang raja serta kemuliaannya. Ini kerana masyarakat

memberikan keutamaan kepada sifat keperwiraan, walaupun peperangan membawa kemusnahan

serta pengorbanan nyawa dan harta benda.Perasaan yang diluahkan atau digambarkan dalam

puisi-puisi puram adalah perasaan diri sendiri atau individu bukan sepeiti aham yang melibatkan

hubungan dengan orang lain. Fikiran dan perasaan yang digambarkan itu adalah berdasarkan

kenyataan hidup, nilai-nilai masa dan alam, keperwiraan serta nilai- nilai sosial yang lain.

Tirukkural

Terdapat 18 buah karya etika dalam bahasa Tamil yang dikenali sebagai Patienenkiilkanakku

ataupun Niitinuulkal. Tirukkural merupakan satu-satunya karya etika yang disanjung tinggi

kerana kewibawaan ajarannya yang bersifat universal di kalangan masyarakat Tamil. Nilai-nilai

yang diperkatakan dalam karya ini bersifat sejagat (universal) dan karya berbahasa Tamil ini

dicipta oleh Tiruvalluvar (Valluvar). lanya mengandungi tiga bahagian utama dengan 1330

16
kuplat dalam 133 bab iaitu Aram (etika/kebenaran) yang mengandungi 38 bab, Porul

(kebendaan/politik) yang mengandungi 70 bab dan Inbam (cinta) yang dibincangkan dalam 25

bab. Kandungan Kural adalah tersusun rapi dan setiap sajak adalah sangat penting dalam struktur

keseluruhannya. Setiap sajak mempunyai dua bentuk maksud, iaitu jika diasingkan dari struktur

ia kehilangan maksud di dalam strukturnya dan Rural hanya merupakan satu kata-kata hikmat.

Dalam Tirukkural, setiap sajak merupakan unit yang berasingan dan berfungsi. Ini menjadikan

Tirukkural sebagai satu karya agung ciptaan seorang pertapa yang merupakan pemberian

peraturan hidup kepada orang-orang Tamil.

10.0 AGAMA DALAM TAMADUN INDIA

Dalam sesebuah masyarakat dan tamadun, perbincangan berkenaan persoalan kepercayaan dan

nilai menjadi begitu penting dan sesuatu yang pasti dititikberatkan. Keadaan ini berlaku kerana

melalui sistem kerpercayaan dan nilai itu, ia dapat membentuk suatu identiti tersendiri dalam

sesebuah tamadun.

AGAMA HINDU

Sejarah awal kemunculan agama Hindu sukar untuk ditentukan kerana agama ini dianggap

bersifat agama semulajadi. Hinduisme tidak mempunyai pengasas dan tidak memiliki institusi

agama yang bersifat pusat untuk mengetuai segala pengikut agama ini di seluruh dunia.

Kepercayaan dan ajaran Hindu diwarisi secara turun-temurun. Nama asal agama Hindu ialah

Sanata Dharma bererti prinsip ataupun peraturan kerohanian yang kekal abadi seperti juga sifat

Tuhan yang kekal abadi.

Bukti terawal mengenai agama Hindu ditemui dalam tamadun Lembah Sungai Indus yang

berusia lebih kurang 4 000 tahun. Penemuan bukti-bukti arkeologi di Lembah Sungai Indus

17
seperti patung-patung (yang menandakan konsep Dewi ibu), sebuah mohor (yang menandakan

penyembahan Dewa Shiva yang awal), objek-objek yang berbentuk seolah-olah seperti Shiva-

Linga dan kolam permandian yang digunakan untuk tujuan kerohanian. Ini membuktikan

pandangan bahawa agama Hindu merupakan agama tertua di dunia yang masih ada dalam

amalan kebanyakan orang di India dan di luar benua kecil India.Agama hinduisme mempunyai 4

tahap perkembangan peringakat kerohanian iaitu dengan Politeisme- memuja unsur-unsur alam

semulajadi spt api, angin, pokok, sungai dan sebagainya, Henoteisme- proses perubahan

kepercayaan politeisme semulajadi iaitu dewa-dewi memiliki beberapa sifat yg sama,

Monoteisme- satu kuasa agung menggerakkan duniawi. Kuasa ini diberi sifat-sifat penciptaan,

pemeliharaan dan pemusnahan. Ketiga-tiga sifat Tuhan ini diwakili oleh Dewa Brahma

(Pencipta), Dewa Vishnu (Pelindung/pemelihara) dan Dewa Shiva (Dewa Pemusnah) dan

akhirnya ialah Monisme- Segala di dunia ini berasal dari satu sumber tentang kewujudannya

boleh dirasai di mana-mana. Dengan falsafah agama vedik, mementingkan lima konsep iaitu

Brahman, Athman, Karma, Samsara dan Moksha.Terdapat lima prinsip utama dalam agama

Hindu iaitu Kewujudan Tuhan yang tunggal, Manusia itu suci, Perpaduan melalui percintaan,

Harmoni agama, dan Pengetahuan tentang sungai yang suci, kitab yang suci dan mantera yang

suci. Di samping itu, terdapat sepuluh displin yang bersifat sejagat yang diamalkan dalam agama

Hindu ini iaitu Kejujuran (satya), Kesederhanaan (ahimsa), Tidak berzina (brahmacharya), Tidak

merompak (asteya), Kesucian (aparigraha), Kebersihan (ahaucha), Kepuasan (santosh), Mengkaji

kitab (swadhyaya),Penjimatan (tapas) dan Doa (pooja).

18
AGAMA BUDDHA

Buddha tidak mengajar mengenai hal-hal ketuhanan, metafizika atau suatu falsafah kerana beliau

sendiri tidak menggalakkan falsafah. Sebaliknya, ajaran Buddha merupakan ajaran-ajaran

psikologi dan etika yang berhubung kait dengan kehidupan. Ajaran-ajaran metafizika dalam

Buddhisme adalah tambahan (Ahhidhamma) kemudian kepada ajaran asal Buddha (Dhamma).

Ajaran Buddha Tentang Dhamma:

Intisari ajaran Dhamma dirangkumkan dalam Empat Kebenaran Yang Mulia iaitu Dukka

(penderitaan), Samudaya (punca. atau sebab membawa penderitaan), Nirodha dan Marga. Apt

keinginan, cinta, nafsu, gila kekayaan dan sebagainya merupakan Samudaya yang membawa

kepada penderitaan. Akhirnya, marga iaitu jalan ataupun cara untuk memadamkan api keinginan.

Ajaran Buddha mengesyorkan lapan cara atau jalan iaitu pertama, kepercayaan yang betui

(benar); kedua, tujuan atau cita-cita yang betui; ketiga, pertuturan yang baik; keempat, perbuatan

yang betui; kelima, hidup yang betui; keenam, usaha yang benar; ketujuh, fikiran yang betui; dan

kelapan, renungan yang baik. Kelapan-lapan jalan hidup ini boleh dirangkumkan dalam tiga

prinsip utama, iaitu pertama, kepercayaan (pada Buddha sebagai guru, yakin pada Buddha

Dhamma bagi mencapai nirwana); kedua, berkelakuan seperti yang ditentukan oleh Sangha; dan

ketiga, melakukan renungan yang baik menurut Dhamma bagi mencapai nirwana.Konsep

Ahimsa bererti menolak penyeksaan (himsa) serta pembunuhan, walaupun untuk mengisi perut,

seorang itu tidak boleh membunuh binatang. Ini menjadi suatu konsep yang penting dalam ajaran

agama Buddha. Boleh dikatakan konsep ini merupakan sumbangan Buddha kepada dunia

kerohanian. Istilah nirwana (nibbana dalam bahasa Pali) boleh dikatakan sebagai suatu keadaan

apabila sesuatu makhluk itu melepaskan segala ikatan duniawi, mengetahui kebenaran serta

memperolehi kesedaran secara keseluruhan. la merupakan keadaan apabila apt keinginan

19
dipadamkan sama sekali. Orang yang mencapai keadaan nirwana dikatakan akan berada dalam

keadaan bahagia, gembira dan ketenangan yang berkekalan.

Ajaran Buddha yang mengutamakan Dhamma (bahasa Pali) atau Dharma (bahasa Sanskrit)

merangkumi Empat Kebenaran Mulia iaitu Penderitaan itu universal (dukkha), Ada punca segala

penderitaan (dukkha samudaya), Penderitaan itu boleh diatasi (dukkha nirodha),Ada cara untuk

mengatasi penderitaan (dukkha nirohda marga).

AGAMA JAINISME

Agama ini diasaskan oleh Nataputta Vardhamana yang digelar sebagai Mahavira (pahlawan

besar). Agama Jaina mempunyai banyak persamaan dengan ajaran-ajaran Upanishad dan

Buddhisme. Agama ini mementingkan undang-undang sebab dan akibat yang dipercayai

menentukan kelahiran semula roh-roh individu. Ini menunjukkan konsep karma dan samsara

yang terdapat dalam Upanishad amat penting kepada agama Jaina.

Agama Mahavira mengandungi Sembilan prinsip-prinsip asas atau nava-tattva iaitu:Jiva (roh

terdapat dalam semua benda, yang bergerak dan bernyawa termasuk tumbuhan dan ia adalah

kekal abadi),Ajiva (benda-benda yang tidak bernyawa),Asrava (daya penarik),Papa karma (dosa,

hasil perbuatan yang jahat),Punya karma (pahala, hasil perbuatan baik),Bandha (ikatan roh

dengan keinginan dan kejahilan), Samvara (menahan pengaliran karma),Nirjara (penghapusan

karma), dan Siddhi (pelepasan dari kelahiran semula.

20
AGAMA SIKHISME

Agama Sikh diasaskan oleh Guru Nanak(1469-1539) yang merupakan seorang Kshatriya Hindu

yang dilahirkan di Punjab. Antara ciri-ciri Islam yang terkandung dalam ajaran agama Sikh ialah

menolak penggunaan patung sebagai gambaran Tuhan yang transcendental dan Tuhan adalah

kuasa terkuat yang member kurnia menurut kehendaknya. Ciri Hinduisme juga terdapat dalam

agama Sikh ini seperti konsep kelahiran semula atau dikenali sebagai Reinkarnasi di dalam

agama Hindu, maya, karma dan guru. Selain itu, agama ini menekankan bahawa perkara-perkara

seperti kekayaan, pertalian keluarga dan pelajaran .Sifat sombong dapat mengalih perhatian

daripada kesedaran Tuhan dan mesti ditolak. Bagi mencapai Tuhan, seseorang itu perlulah

dipandu oleh seorang guru. Kitab suci ialah guru granth sahib.Ianya mempunyai Kod moral,

kerohanian dan semangat kemanusian tanpa kira agama, bangsa dan gender.Agama sikh percaya

tuhan adalah satu, bersifat nirankar, abadi, amat berkuasa ,wujud di mana-mana, bersifat

kesempurnaan dan manusia tidak dapat menghuraikannya.Tuhan dipanggil Waheguru “Tuhan

yang menakjubkan”.Gobind Singh (1675-1708) adalah guru terakhir dalam sejarah sikh.Beliau

telah memperkasa identiti sikh dengan memperkenalkan persaudaraan khalsa dengan memakai

lima symbol utama iaitu 5K: Kesh(rambut panjang), Kangha (sikat), Kara (gelang besi), Kirpan

(pedang kecil) dan Kachera(seluar jerut).

11.0 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN MANUSIA

Di Asia Tenggara, sumbangan tamadun India dalam interaksinya dengan tamadun-tamadun

tempatan dianggap oleh sesetengah cendekiawan sebagai sumbangan hasil daripada Hindunisai

dan Indianisasi. Walau bagaimanapun,istilah Indianisasi (Indianisation) lebih tepat bagi merujuk

kepada perkembangan keseluruhan bentuk sumbangan yang diterima daripada tamadun India.

Penggunaan istilah Hindunisasi (penghinduan) didapati bukan hanya membataskan sumbangan

21
berasakan Hinduisme, tetapi juga sukar menjelaskan pembahagian kesan di antara agama Hindu

dan Buddha.

            Antara pencapaian dan sumbangan yang telah dilakukan oleh tamadun India terbahagi

kepada dua iaitu pencapaian dalam bidang seni dan pencapaian dalam bidang sains.

Seni Muzik

• Tala/corak- asas teori irama. Raga asas teori melodi.

• Alat muzik India terbhgi kpd empat iaitu tata (tali), avanaddha (dram), Ghana (solid atau

ideophone), susira (angin).

• Di India Utara- alat muzik utama ialah sitar, sahnai dan tabala.

• India Selatan – Vinai, natasvaram dam mrdanga.

• Natya sastra dan Sangita Ratnakara – teks asas muzik.

Seni Tarian

• Seni tari dan muzik mempunyai hubungan rapat. Contoh tarian Kathak dan muzik Hindustani

(India Utara), Bharata Natyam dan muzik Karnataka (India Selatan).

• Taridra biasanya dimainkan berdasarkan tradisi-tradisi sastera.

• Natya Sastra merupakan teks tarian India dicipta oleh Bharata antara kurun ke-2 dan ke-6M.

Seni Drama

• Natya sastra- teks yg menyumbang kpd perkembangan drama.

• Tujuan drama ialah menghiburkan hadirin dan menyampaikan rasa melalui lapan emosi.

Seni Bina dan Seni Ukir

22
• Berkembang maju pd zaman Maurya, contoh Tiang Asoka.

• Mencapai kegemilangan pd zaman Gupta, contoh Stupa Sanchi, imej Buddha dan Bodhisattva

di India Utara. 

• Zaman Muslim, kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang, contoh Taj Mahal dan

Jami masjid.

Seni Lukis

• Dinding istana dan ruang dalam rumah golongan kaya.

• Kuil-kuil dihiasi lukisan bersifat keagamaan.

• Berasaskan epik klasik India spt Ramayana dan Mahabhrata. Contoh Gua Ellora, Badami dan

Bagh.

• Zaman Muslim- pemulihan seni lukis iaitu menghasilkan seni lukis gaya Indo-Sino-Parsi.

Ilmu Matematik

• Konsep geometri berkembang sjk sebelum masihi lagi.

• Maju sejak Zaman Gupta (319M) – konsep nombor abstrak.

• Karya matematik – Manuskrip Bakshali bertarikh kurun ke-4 dan Aryabhatiya ciptaan

Aryabhata bertarikh 449M.

Ilmu Astronomi dan Kalendar

• Jyotisa – satu bhgn utama Veda (Vedanga). Perkiraan astronomi utk menentukan tarikh dan

masa upacara pengorbanan.

• Kalendar Matahari.

• Pengetahuan 7 planet dan dua pusat tenaga serta 27 bintang- membawa kepada menilik

23
(astrologi). Ilmu ini bermula pd zaman Gupta.

Ilmu Fizik dan Kimia

• Berkaitan dgn agama dan teologi.

• Konsep jirim berdasarkan intuisi dan logika.

• Alam semesta terdiri drp gabungan lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa.

• Konsep bunyi berasal drp tujuan utk memahami intonasi sebutan mazmur Veda.

• Bidang kimia tertumpu pd pembuatan ubat.

Bidang Logam

• Kemahiran pd pembinaan tiang besi di Delhi yg dibuat pd kurun ke 5.

Bidang Perubatan

• Bermula pada zaman Vedik sbg seni ilmu sihir.

• Fisiologi, pembedahan, pernafasanmelalui amalan yoga, reproduksi manusia, farmakologi dan

sebagainya wujud sebelum masehi.

• Teks perubatan - Caraka (kurun pertama hingga ke 2) dan Susruta (kurun ke 4).

24
12.0 RUMUSAN

Sumbangan utama tamadun ini termasuklah dalam bentuk keupayaan serta kebolehan

masyarakat India mengeksploitasi kelebihan yang mereka miliki untuk memudahkan kehidupan

mereka hingga akhirnya menjadi asas kepada perkembangan tamadun. Kebolehan masyarakat

tamadun India mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan harian mereka akan

menjadi panduan kepada generasi seterusnya untuk menghasilkan sebuah tamadun yang

cemerlang.

Kemampuan masyarakat tamadun India mencapai kecemerlangan dalam perancangan bandar

berkait rapat dengan kemajuan dalam bidang deometri dan pembinaan. Pemahaman geometri

hasil daripada pertembungan tamadun ini dengan tamadun Mesopotamis dan Mesir Purba telah

membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat yang diikiti oleh jalan

raya yang lurus

Sifat keterbukaan yang dibuktikan oleh tamadun ini dalam membuat hubungan dengan tamadun

lain juga merupakan satu lagi aspek yang sangat penting. Dari sudut ini, tamadun Indus

memperlihatkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak mampu mencapai kecemerlangan tanpa

membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain. Hubungan dengan tamadun

Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba telah membolehkan kedua-dua belah pihak

memperoleh manfaatnyasama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atau seumpamanya.

Secara keseluruhannya, tamadun Indus telah menunjukkan kepada masyarakat dunia moden hari

ini beberapa aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan sesebuah tamadun, termasuk

keamanan. Tamadun ialah tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan

dan kecemerlangan.

25
13.0 LAMPIRAN

Taj Mahal Agra Fort

India Gate Jama Masjid

Qutub Minar The Golden Temple

26
14.0 RUJUKAN

a) Ahmad Zaki Abd. Latiff(2012). Buku Teks Titas Edisi Kedua

b) Abdul Aziz,H.(2008). Tamadun India masyarakat dan budaya.Diakses pada Oktober 19,

daripada http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/tamadun-india-masyarakat-dan –

budaya.html

c) http://faizalmulia.blogspot.com/2009/09/titas-2-tamadun-india.html

d) http://www.slideshare.net/iera88/tamadun-india-14284072?related=1

e) Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman ( ). Buku Teks Tingkatan Empat

27

Anda mungkin juga menyukai