Anda di halaman 1dari 15

1

1.0 PENGENALAN

Parti Politik merupakan salah satu konsep penting dalam sesebuah negara terutamanya
negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Tidak kurangnya juga negara yang
mengamalkan sistem komunisme juga mempunyai parti politik tetapi hanya terdapat satu
parti yang mendominasi.

Secara umumnya, kewujudan dan penyertaan parti politik dalam pilihan raya
melalui sistem politik adalah sesuatu yang penting. Oleh itu dengan adanya parti politik,
pelaksanaan dan perjalanan pilihan raya dalam sesebuah sistem politik akan mewujudkan
persaingan yang sihat bagi mendapatkan kuasa politik. Persaingan yang sihat dan telus di
antara parti-parti politik yang bertanding adalah penting bagi mendapatkan sokongan
pengundi ataupun rakyat. Ini kerana parti politik yang menang akan mendapat kuasa
politik untuk memerintah dalam sesebuah negara. Manakala parti politik yang kalah akan
menjadi pembangkang yang bertanggungjawab sebagai check and balance kepada
kerajaan.

Namun dalam konteks negara yang mengamalkan sistem dan ideologi yang
pelbagai, bagaimanakah parti politik dapat memainkan peranan dalam sesebuah negara
tersebut? Apakah wujud persaingan yang sihat antara parti politik. Dan bagaimana bentuk
parti politik yang ada dalam negara yang bukan demokrasi? Oleh itu, esei ini akan
menjelaskan bagaimana peranan dan bentuk parti politik yang wujud di negara demokrasi
barat, negara komunis, negara maju dan negara sedang membangun.
2

2.0 KONSEP

2.1 Demokrasi Barat

Demokrasi berasal dari bahasa Yunani dari kata Demokratia yang bererti "kekuasaan
rakyat". Demokratia terdiri dari dua perkataan, iaitu demos yang bererti rakyat dan kratos
yang bererti kekuatan atau kekuasaan. Demokrasi mencakupi keadaan sosial, ekonomi
dan budaya yang memungkinkan terjadinya praktikal kebebasan politik baik secara bebas
dan setara (Bernard 2002: 1)

Menurut Charles Costello, pengertian demokrasi adalah sistem sosial dan politik
pemerintahan diri dengan kekuasaan-kekuasaan pemerintah yang dibatasi dengan undang-
undang untuk melindungi hak-hak persorangan rakyat. Manakala Ranney (1993) pula
melihat demokrasi sebagai “… a form of government organized in accordance with the
principles of popular sovereignity, political equality, popular consultion and majority
rule” (Ranney 1993: 100-101). Berdasarkan kenyataan ini, adalah jelas bahawa aspek
demokrasi seharusnya dilihat dari sudut pandangan yang lebih luas dan mendalam kepada
aspek-aspek majoriti. Dalam hal ini pasti ianya merujuk kepada rakyat atau warganegara
dalam sesebuah negara.

Di samping itu, Diamond and Plattner (1994) telah membahaskan konsep


demokrasi dalam konteks masionalisme dan konflik etnik. Menurut mereka, the core of
democracy is the principle of popular sovereignity (1994: 5). Ini adalah jelas
menunjukkan bahawa nilai kedaulatan umum menjadi teras kepada system politik
demokrasi dalam sesebuah negara (Azri 2013: 47) Oleh itu proses utama dalam
melaksanakan prinsip kedaulatan umum dalam system demokrasi ialah melalui
pendekatan pilihanraya.

Antara ciri-ciri pemerintahan demokrasi ialah digambarkan dalam suatu


pemerintah didasarkan atas sistem ialah kerajaan berdasarkan kehendak dan kepentingan
kebanyakan rakyat, perlembagaan yang menerangkan kepentingan, kehendak ataupun
kekuasaan rakyat yang dituliskan di perlembagaan dan undang-undang negara,
perwakilan yang mengatur hal ehwal negara dan kedaulatan rakyat diwakilkan dari
3

beberapa orang yang sudah dipilih oleh rakyat itu sendiri, pilihan raya yang merupakan
suatu kegiatan politik yang dilakukan untuk memilih kerajaan menerajui pemerintahan,
kepartian yang merupakan wadah atau media sebagai sebahagian pelaksanaan sistem
demokrasi, kekuasaan yang ada pembahagian dan pemisahan kekuasaan dan
tanggungjawab yang baik oleh pihak yang telah terpilih untuk mengikut dalam
pelaksanaan suatu sistem demokrasi (David 2006: 3).

Secara umumnya konsep demokrasi banyak tertumpu di barat. Ideologi politik


yang dilabel sebagai kanan biasanya merujuk kepada ideologi politik yang lebih
konservatif. Ideologi politik bentuk ini akan mempertahankan status quo yang ada dan
sekiranya perlu kepada perubahan, perubahan yang diperakui adalah yang bersifat
“penyusunan semula” (restructuring) bukan yang bersifat pemansuhan kepada sistem
yang sedia ada (destructuring). Bentuk perubahan yang diperakukan oleh ideologi politik
yang bersifat kanan ialah yang berbentuk evolusionari.

Kita telah mengenal pasti sebelum ini bahawa ideologi politik liberal-demokrasi
sebagai berpihak kepada ideologi politik kanan. Kita juga menekankan hakikat bahawa
sistem demokrasi (yang didasari oleh fahaman liberalism) boleh dikategorikan sebagai
salah satu bentuk ideologi yang mempunyai dimensi perbandingan yang wujud dalam
sistem politik yang pelbagai.

Di peringkat yang lebih umum, ideology liberal-demokrasi yang diamalkan di


pelbagai negara di dunia hari ini mempunyai beberapa persamaan yang asas. Contohnya,
dalam sistem pemerintahan demokrasi, elemen ‘sekat dan imbang’ (check and balance)
yang terhasil dari wujudnya pengasingan kuasa (separations of powers) dalam sistem
pemerintahannya. Walau bagaimanapun, dari segi amalannya, idea pengasingan kuasa itu
sendiri dimanifestasikan secara berbeza dalam sistem demokrasi yang matang seperti di
Amerika Syarikat berbanding sistem demokrasi yang diamalkan di sebahagian neara
sedang membangun. Di bawah sistem demokrasi yang matang, idea pengasingan kuasa
benar-benar berfungsi, di mana kuasa eksekutif Presiden boleh dihalang oleh kuasa
kehakiman. Sebaliknya, kuasa seorang Perdana Menteri di negara sedang membangun
4

contohnya, mempunyai kuasa eksekutif yang terlalu kuat sehingga melemahkan kuasa
kehakiman dan legistatif.

Ciri lain yang dikatakan mendokong ideologi liberal-demokrasi ialah ketelusan.


Parti Social Democrat di Sweden dan Parti Liberal Demokratik di Jepun dapat bertahan
begitu lama, sekaligus bersifat hegemonic kerana mereka dilihat oleh majoriti pengundi
sebagai mempunyai ketelusan. Dalam hal ini dominasi yang mungkin mengiringi
hegemoni terpampas secara berkesan oleh faktor ketelusan. Aspek parti politik dan
pilihanraya adalah salah satu dari tiga aspek penting yang menciri ideologi liberal-
demokrasi selain penghormatan terhadap hak-hak kemanusiaan (respect for human
rights) dan pemerintahan terhad (limited government).

Ideologi liberal-demokrasi mempunyai penghormatan yang tinggi dan komited


kepada hak-hak asasi manusia dan kebebasan awam (civil liberties): kebebasan bercakap,
hak untuk berkumpul, kebebasan akhbar, kebebasan beragama, kebebasan dari
didiskriminasikan berdasarkan ras, jantina, agama dan kelas sosial, hak dibicarakan
secara adil dan pantas sekiranya dituduh melakukan jenayah dan akhirnya hak untuk
mengundi. Ini menjamin warganegara supaya mendapat perlindungan dari pemerintah.
Akhir-akhir ini kerajaan demokratik barat telah juga memperuntukkan hak sosial (social
rights) kepada warganegara mereka di samping hak politik (political rights). Hak sosial
ini termasuklah hak untuk mendapatkan pendidikan yang dianggap sebagai asas kepada
hak awam. Hak sosial lain yang dikaitkan dengan hak awam adalah seperti hak untuk
mendapatkan kerja, skim pencen dan penjagaan kesihatan. Hak-hak sosial ini
diperuntukkan sedemikian rupa bagi menjamin warganegara membentengi diri mereka
dari kesan negatif masyarakat yang bebas dan bagi mempromosikan kesamaan politik
dalam suasana ketaksamaan ekonomi.

Terdapat pandangan yang melihat hak-hak asasi dan kebebasan yang diamalkan di
negara industri barat yang maju sebagai sesuatu yang kekal dan mutlak. Sebenarnya, ini
satu pandangan yang kurang tepat. Pada hakikatnya, hak-hak dan kebenasan yang
dimaksudkan mempunyai perubahan evolusinya yang tersendiri. Perubahan ini ditentukan
oleh budaya masyarakat yang berbeza. Contohnya, pada abad ke-19, kaum wanita yang
5

tidak terlibat dalam proses politik dilihat sebagai sesuatu yang biasa dan diterima oleh
masyarakat. Sebaliknya, pada abad kedua puluh, sebahagian besar anggota masyarakat
mengalu-alukan penglibatan aktif kaum wanita dalam proses politik. Fahaman liberalism
yang mendasari sistem demokrasi di negara inudstri barat yang membenarkan penglibatan
maksimum kaum wanita dalam proses politik mungkin dilihat sebagai sesuatu yang tidak
begitu relevan bagi negara-negara Muslim yang sedang membangun. Misalnya,
sebahagian besar dari negara-negara Arab seperti Saudi Arabia memperkecilkan
penglibatan kaum wanita dalam arena politik.

2.2 Komunis

Ideologi komunis telah diperkenalkan oleh Karl Marx. Ia merupakan suatu ideologi yang
memperjuangkan kebebasan golongan pekerja dan bawahan daripada penindasasn yang
dilakukan oleh golongan kapitalis. Dalam perbincangan tentang perbezaan kelas sosial
antara golongan pekerja dan kapitalis, Marx berpendapat bahawa semakin miskin
golongan pekerja maka semakin kaya golongan kapitalis. Ini menyebabkan berlaku
jurang antara kelas yang semakin besar. Dengan itu, konflik antara kelas akan berlaku
apabila kedua-dua golongan masing-masing memperjuang dan mempertahankan hak dan
kepentingan masing-masing. Justeru itu, Marx melihat keadaan ini adalah disebabkan
oleh kelemahan sistem kapitalis. Bagi menghapuskan jurang antara kelas dan
mewujudkan masyarakat tanpa kelas, Marx mencadangkan agar dihapuskan sistem
kapitalis dan diganti dengan sistem komunis.

Komunisme adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan suatu sistem


organisasi sosial menjadikan hart benda dalam negara dimiliki oleh masyarakat secara
bersama dan semua rakyat menikmati kekayaan umum berdasarkan kepada keperluan
mereka. Ia ditujukan kepada doktrin di sebalik gerakan revolusi yang bertujuan untuk
menghapuskan kapitalisme dan mewujudkan satu masyarakat yang mempunyai aktiviti-
aktiviti ekonomi dirancang dan dikawal secara bersama. Pengagihan harta benda
(pengeluaran) mesti berdasarkan kemampuan seperti yang terkandung dalam prinsip
Marxisme yang dianjurkan oleh Karl Marx (Mustafa & Afifi, 2006: 149). Ideologi yang
6

lebih bersifat radikal. Ideologi bentuk ini memperakukan perubahan yang menyeluruh
kepada status quo. Bentuk perubahan yang diidamkan oleh ideologi politik kiri ialah yang
bersifat revolusionari.

Komunisme adalah satu ideologi yang bergerak ke arah propaganda agar rakyat
menolak dan mengambil kuasa kapitalis dengan memberikannya kepada golongan
pekerja (proletariat), mendirikan kerajaan diktator sukarela dan mengambil hakmilik
swasta. Komunisme adalah satu sistem sosial dan pergerakan politik moden serta ideologi
yang menyatakan bahawa hakmilik seseorang itu adalah untuk masyarakat bukan untuk
individu. Jadi, komunisme merupakan suatu pemikiran ke arah pembentukan sistem sosial
dalam satu sistem yang sama tanpa kelas, di mana akan membentuk hak bersama dalam
aspek pengeluaran dan persamaan sosial yang sepenuhnya untuk semua ahli
masyarakatnya. Semua sumber kekayaan masyarakat dikumpul dan akan dibahagi
mengikut kehendak dan keupayaan masing-masing. Dalam sistem komunis, kaum buruh
atau pekerja diutamakan

Sistem authoritarian pula didokongi oleh ideologi kiri sebagaimana yang


dimanifestasikan melaluinya ideologi komunisme. Di bawah sistem authoritarian,
persoalan persaingan dan perwakilan biasanya diketepikan. Di bawah sistem ini, kadang-
kadang pilihanraya tidak dibenarkan. Sekiranya pilihanraya dibenarkan, ianya berat
sebelah dan memihak kepada kerajaan yang memerintah. Pembangkang yang wujud
sentiasa ditekankan oleh pihak pemerintah dengan menggunakan kekerasan. Terdapat
penulis yang membahagikan sistem authoritarian kepada dua bentuk: diktator dan
authoritarian isme birokratik (Miliband 1978: 22)

Di sebelah kanan spectrum ideologi dalam sistem politik authoritarian terdiri dari
Fasisme dan Nazisme dan di sebelah kiri spectrum terdapat sistem sosialisme dan
komunisme. Biasanya dalam rejim totalitarian, peranan ideologi adalah bersifat
menyeluruh dan utopia yakni ianya menyelinap masuk ke seluruh pelusuk kehidupan
rakyat. Dalam regim ini, ideology juga yang menentukan apa yang baik dan apa yang
buruk bagi masyarakat kerana ideology adalah direka oleh pemimpin rejim, sekaligus
ianya menjadi alat terpenting pemimpin untuk menjustifikasikan tindak tanduk rejim
7

mahupun negara. Denagn lain-lain perkataan, ideologi sebagaimana dimanipulasikan oleh


rejim authoritarian adalah bersifat monolitik berbeza, sebagaimana yang telah kita lihat
dalam konteks negara maju barat, ideologi lebih bersifat pluralistik.

2.3 Parti Politik

Bagi lebih memahami perkara-perkara yang berkaitan dengan parti politik, adalah perlu
dijelaskan definisi atau pemahaman terhadap konsep parti politik itu sendiri. Menurut
Robertson, parti politik dapat difahami sebagai sebuah kumoulan yang dianggotai oleh
rakyat dan mempunyai matlamat bersama (common principles) serta berusaha
merealisasikan matlamat tersebut (1985: 10-11). Manakala menurut Huckshorn (1980)
parti politik dilihat sangat pentting dalam pemahaman terhadap peranannya sebagai
perantara antara rakyat dan kerajaan serta melahirkan pemimpin yang terlibat dalam
pilihan raya. Huckshorn juga memilai parti politik sebagai pertubuhan yang
bertanggungjawab membincangkan isu-isu penting negara untuk kebaikan rakyat.

Menurut Jupp (1968), beliau berpendapat bahawa parti politik adalah sebuah
kumpulan atau institusi yang mempunyai program, pemimpin, kesetiaan dan disiplin
(1968: 2). Manakaka Blank (1980) telah menerangkan bahawa parti politik sebagai
defined in terms of a shared ideology or a comman issue-orientation of member (1980:
10). Di sini adalah jelas menunjukkan bahawa parti politik merupakan satu kumpulan
yang ditubuhkan secara formal dan berjuang dalam konteks politik untuk mendapatkan
kuasa.
8

3.0 PARTI POLITIK NEGARA DEMOKRASI BARAT DAN NEGARA


KOMUNIS

3.1 PERANAN

3.1.1 Negara Demokrasi Barat

Bagi parti politik di negara Demokrasi Barat, parti politik yang wujud dalam
negara sistem demokrasi bukan sahaja mempunyai matlamat ke arah kuasa iaitu
pembentukkan kerajaan, malah terdapat pelbagai peranan yang dimainkan parti politik
dalam sesebuah negara demokrasi. Dalam sesebuah negara yang mengamalkan
demokrasi, penyebaran maklumat, mengemukakan pendapat dan tuntutan merupakan
perkara yang menjadi ciri utama dalam masyarakat demokrasi. Hal ini demikian kerana
demokrasi adalah sebuah sebuah sistem politik yang wujud dari rakyat, untuk rakyat dan
kepada rakyat seperti yang didefinasikan oleh Abraham Lincoln, Presiden Amerika yang
ke-16.

Parti politik berperanan sebagai agen komunikasi politik untuk menyalurkan serta
menyampaikan pelbagai pendapat, tuntutan dan maklumat kepada masyarakat umum. Hal
ini mewujudkan komunikasi dua hala diantara pemerintah dan diperintah dalam
menyampai sesuatu dasar atau tuntutan masyarakat. Melalui wujudnya parti politik
sebagai agen komunikasi dalam masyarakat, kedua-dua pihak sama ada pemerintah dan
diperintah dapat memainkan peranan sebagai penggabung kepentingan. Peranan parti
politik sebagai agen komunikasi politik memberi manfaat kedua-dua belah pihak sama
ada pemerintah dan diperintah. Bagi pemerintah, parti politik menjadi medium utama
dalam mengumpulkan pendapat serta tuntutan awam supaya dapat melaksanakan dasar
yang memberi kepentingan kepada rakyat. Dari aspek golongan diperintah, parti politik
yang wujud dalam sistem demokrasi menjadi ruang kepada rakyat untuk menyampai
tuntutan dan kehendak mereka terhadap sesuatu tindakan dan dasar. Melalui wujudnya,
komunikasi dua hala ini, kerajaan sebagai alat pentadbir negara dapat melaksanakan
dasar, projek, program dan perancangan yang akan membawa kebaikan kepada rakyat
dan negara (Jamaie 2015). Peranan parti politik yang membentuk medium utama dalam
9

mengumpulkan pendapat serta tuntutan umum akan menyebabkan pembentukan dasar


lebih cenderung untuk memenuhi kepentingan masyarakat.

3.1.2 Negara Komunis:

Manakala peranan parti politik di negara komunis pula ialah menyebarkan


propaganda dan ideologi mereka supaya rakyat tunduk dan patuh kepada pemimpin
mereka. Hanya satu parti sahaja yang memegang kuasa dan sentiasa memerintah
walaupun wujud parti-parti lain. Namun begitu parti-parti ini secara keseluruhannya tidak
memberi apa-apa kesan terhadap polisi dan dasar-dasar kerajaan kerana kewujudan merek
dikawal dan ditindas. Parti yang satu ini biasanya menguasai pelbagai aspek politik
negara komunis dan sentiasa mengawal pemerintahan ini dengan menahan sesiapa yang
menentangnya, mengawasi gerakan-gerakan agama dan menyekat serta menapis
kandungan akhbar, filem dan media massa

3.2 BENTUK

3.2.1 Negara Demokrasi Barat:

Sistem Dua Parti (Two-Party System)

Sistem dua parti sangat popular di Amerika Syarikat dan Britian. Hanya terdapat
dua parti politik utama sahaja yang saling bersaing antara satu sama lain untuk
memerinah. Walaupun wujud parti-parti politik lain, tetapi politik didominasi oleh dua
parti politik utama sahaja. Dua parti politik utama itu silih berganti memerintah negara.
Walaupun terdapat parti-parti kecil yang mempunyai wakil di Parlimen atau Senat, tetapi
kuasa dimonopoli antara dua parti politik yang besar. Di Amerika Syarikat, dua parti
utama ialah Demokrat dan Republikan. Kedua-dua parti ini silih berganti menerajui
pemerintahan Amerika Syarikat, di mana sukar untuk diramal parti mana yang akan
memenangi pilihan raya atau mampu untuk mengekalkan kuasa. Di Britian, dua parti
utama ialah Parti Buruh dan Parti Konservatif. Di New Zealand dua parti utama ialah
Parti Buruh dan Parti Nasional.
10

Sistem Pelbagai Parti (Multi-Party System)

Tiada satu pun parti yang boleh menjadi dominan untuk berkuasa dan memerintah
negara. Untuk menjadi dominan dan berkuasa, parti-parti tersebut akan membentuk
gabungan atau pakatan untuk menghadapi pilihan raya. Untuk mewujudkan pakatan,
perbezaan ideologi dan dasar utama perjuangan antara parti perlu diketepikan (Ball, 1993:
106). Gabungan itu ada yang bersifat kekal dan bertahan lama. Ada pula pakatan hanya
bersifat sementara sebelum berpecah dan kemudiannya membentuk pakatan lain pula
selepas itu. Antara negara yang mempunyai sistem pelbagai parti ialah Belanda, Sweden,
Denmark, Norway, Itali, Perancis dan Poland.

3.2.2 Negara Komunis

Sistem Satu Parti (One-Party System)

Manakala bagi parti politik di negara komunis pula, bentuk yang diamalkan ialah
sistem satu parti yang dominan. Tidak semua negara mengamalkan sistem satu parti.
Hanya satu parti sahaja dibenarkan. Parti itu sangat berkuasa dan menjadi parti
pemerintah tunggal negara. Parti lain tidak dibenarkan. Jika ada pun hanya sekadar parti
kecil-kecilan yang sangat lemah dan tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan
raya. Dalam keadaan tertentu parti lain itu menjadi parti yang diharamkan. Sistem satu
parti banyak dari segi sejarahnya lahir daripada fahaman sosialisme, fasisme, leninisme,
dan nasionalisme yang diasaskan untuk memperjuangkan kemerdekaan. Sebab itu, sistem
satu parti banyak muncul kesan daripada gerakan anti penjajah, di mana berusaha
mencapai kemerdekaan negara menerusi revolusi. Negara-negara yang mengamalkan
sistem satu parti (parti tunggal) yang memerintah seperti Republik Rakyat China (Parti
Komunis China); Korea Utara (Parti Buruh Korea); Cuba (Parti Komunis Cuba); Laos
(Parti Revolusi Rakyat Laos); Vietnam (Parti Komunis Vietnam); dan Syria (Baath
Party).
11

4.0 PERBEZAAN PARTI POLITIK NEGARA MAJU DAN NEGARA SEDANG


MEMBANGUN

4.1 Negara Maju

Pentakrifan negara maju oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ialah keadaan
apabila majoriti penduduknya menikmati taraf hidup yang tinggi, iaitu dengan HDI
(Human Development Index) kadar 0.800 ke atas yang diukur berdasarkan indeks
kesihatan (berdasarkan jangka hayat), indeks pendidikan (berdasarkan jumlah tahun
persekolahan) dan indeks pendapatan (berdasarkan GNI per kapita).

Parti Politik di negara maju kebiasaannya mengamalkan sistem politik demokrasi


dengan cara mengadakan institusi yang bebas, memilih perwakilan rakyat dalam
pemerintahan, mewujudkan kebebasan bersuara, beragama, melindungi hak-hak individu,
dan memberi kebebasan berpolitik kepada rakyatnya. Apabila kebebasan yang dijamin
oleh sistem demokrasi ini dicapai, maka parti politik menjadi elemen penting dalam
negara maju berkenaan. Hal ini kerana ciri-ciri demokrasi antaranya ialah pilihanraya.
Melalui pilihan raya inilah wujudnya parti politik yang bersaing, bebas tawarkan diri
(pencalonan) dan sebagainya. Parti politik di negara maju berperanan untuk memastikan
suara rakyat dan tuntutan itu didengari dan seterusnya membuat dasar yang sesuai dengan
tuntutan itu.

Hujah yang dikemukakan oleh Riggs (1963:128) yang melihat penyertaan politik
oleh masyarakat adalah perlu dan aktif. Masyarakat yang mempunyai partisipasi politik
yang aktif memberikan kesan positif kepada politik negara. Ini kerana partisipasi politik
yang aktif mempengaruhi dasar dan polisi yang digubal oleh kerajaan. Ini juga
menunjukkan negara tersebut mempunyai kebebasan awam yang baik yang diberikan
kepada rakyatnya
12

4.2 Negara Sedang Membangun

Negara sedang membangun dinilai mundur dalam politik dan ekonominya kerana negara
ini masih mempunyai rakyat yang mempunyai latar belakang pendidikan yang rendah,
elemen feudal yang kuat, pembangunan ekonomi yang ketinggalan, partisipasi politik
yang rendah, dan institusionalisasi politik yang korup. Antara faktor yang menyebabkan
berlakunya perkara terbabit ialah kerana pemerintahan politik yang tidak cekap.

Parti politik di negara sedang membangun kebanyakannya datang daripada negara


yang mempunyai sistem pentadbiran yang lemah oleh kepimpinan negara. Persaingan
politik di negara sedang membangun juga tidak berlansung dengan jayanya Apabila tiada
persaingan maka parti yang sedia ada yang dikuasai oleh pemerintah itu cenderung
melakukan apa sahaja tanpa mengambil kira keadaan ekonomi dan kesejahteraan
rakyatnya.

Menurut Huntington (1968:40) ekonomi adalah penting dalam pembangunan


politik di negara sedang membangun. Sebagai contoh, Huntington menggunakan indeks
pertumbuhan ekonomi, mobilisasi politik dan institusionalisasi untuk mengukur
pembangunan politik. Beliau memberikan contoh kes yang berlaku di Afrika, Asia dan
Amerika Latin pada dekad 1950-1960 yang mengalami pertumbuhan ekonomi yang
pesat, namun nilai-nilai kemodenan belum wujud dalam masyarakat sehingga
menyebabkan berlakunya ketidakstabilan politik. Oleh itu, Huntington meletakkan
pertumbuhan ekonomi sebagai indeks politik untuk mengukur kestabilan politik kerana
data menunjukkan negara-negara yang memiliki tahap pertumbuhan ekonomi yang tinggi
lebih aman dan stabil politiknya. Kemodenan juga memerlukan kestabilan. Ini bererti
kemunduran ekonomi bertanggungjawab terhadap ketidakstabilan politik.
13

5.0 ANALISIS NEGARA

5.1 Amerika Syarikat

Amerika Syarikat merupakan antara negara demokrasi barat yang juga merupakan jaguh
demokrasi. Sistem parti politik di Amerika Syarikat bersifat decentralized, dimana calon-
calon mengumpul dana sendiri. Serta calon berkempen juga untuk diri sendiri. Calon
perlu berusaha untuk mendekati pengundi secara sendiri atau melalui media massa dan
elektronik dari bandar ke bandar. Parti bersifat tidak aktif dan adakalanya tidak
berperanan kerana calon harus berusaha sendiri mendekati pengundi untuk memenangi
pilihanraya.

Amerika Syarikat mengamalkan sistem dua parti. Sistem ini diamalkan di


Amerika Syarikat, namun bukanlah bermakna tiada wujudnya parti lain namun ia lebih
menjurus kepada pengaruh dan kerelevenan parti tersebut didalam corak demokrasi
Amerika. Dua parti tersebut ialah Parti Republikan (1854) dan Parti democrat (192).
Namun parti-parti lain yang ada di Amerika ialah seperti Parti Libertarian (1971),
Cinstitution Party (1992) dan Green Party (1996). Akan tetapi parti- parti ini tidak pernah
memenangi kerusi dalam pilihanraya.Terdapat perbezaan yang ketara antara antara Parti
Demokrat dengan Parti Republikan. Antara ciri-ciri parti Republikan ialah terdiri dari
kelas pertengahan yangkebanyakannya mempunyai harta yang banyak dan kaya. Parti ini
juga mendapat sokongan dari golongan orang kulit putih, orang yang tinggal di luar
bandar, orang kaya,kebanyakannya yang berusia, orang berpendidikan dan golongan
professional serta hali perniagaaan. Parti Republikan lebih bercirikan konservatif.
Manakala bagi Parti Demokrat kebanyakan mereka terdiri dari kelas pekerja.Mendapat
sokongan dari golongan pekerja, orang Yahudi dan Spanish, orang muda, pekerja yang
berpendapatan rendah dan orang yang tinggal di bandar. Parti ini lebih bersifat liberal.

5.2 China

Republik Rakyat China merupakan sebuah negara komunis meskipun sebilanagan ahli
sains politik kini tidak menakrifnya sebagai komunis. Parti Komunis China (PKC) atau
14

Chinese Communist Party adalah parti politik yang menerajui Republik Rakyat China.
Sebelum itu China merupakan sebuah negara yang diperintah oleh maharaja selama 2000
tahun dengan sebuah kerajaan pusat dengan pengaruh Kung Fu Tze dan selepas itu pada
tahun 1911 China diperintah oleh Kuomintang dan beberapa panglima peang. PKC telah
ditubuhkan pada tahun 1921 dan sejak itu parti ini telah berkembang daripada sebuah
parti yang kecil sejumlah 50 ahli kepada lebih 70 juta orang ahli. Parti ini memerintah
bermula 1949.

Selain itu, terdapat juga parti politik lain dalam China walaupun mereka hanya
sub-parti. PKC mengadakan dialog dengan mereka melalui suatu badan perhubungan
khas yang dinamai Badan Perhubungan Cadangan Rakyat China atau lebih dikenali
sebagai Chinese People’s Political Consultative Conference yang diterajui PKC. Kaedah
ini lebih digemari kerajaan berbanding secara pilihan raya. Namun begitu parti-parti ini
secara keseluruhannya tidak memberi apa-apa kesan terhadap polisi dan dasar-dasar
kerajaan. PKC menguasai pelbagai aspek politik negara China dan sentiasa mengawal
pemerintahan ini dengan menahan sesiapa yang menentangnya, mengawasi gerakan-
gerakan agama dan menyekat serta menapis kandungan akhbar, filem dan media massa.
15

6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, parti politik merupakan elemen yang penting dalam negara terutamanya
bagi negara yang mengamalkan demokrasi dalam pemerintahan. Parti politik bukan
sahaja sebagai aktor yang mentadbir negara dengan melaksanakan dasar awam dan
peraturan untuk mengawal serta melindungi masyrakat, namun berperanan sebagai ruang
untuk masyarakat aktif dalam proses politik. Kewujudan parti politik memberi peluang
dan ruang kepada masyarakat untuk menyampaikan kehendak dan tuntutan mereka
terhadap kerajaan. Kewujudan parti politik secara tidak langsung akan mendaulatkan
rakyat dimana parti politik melaksanakan sesuatu tindakan mengikut kemahuan
masyarakat umum.

Bagi negara demokrasi barat, kewujudan parti politik yang pelbagai amatlah
penting dalam mewujudkan persaingan yang sihat dalam memenangi hati rakyat
seterusnya mendapatkan kuasa politik. Parti politik yang wujud ini bersaing dalam
memperjuangkan tuntutan rakyat yang relevan yang seterusnya merancakkan lagi suasana
demokrasi.

Manakala bagi negara komunis, hanya wujud satu parti yang dominan iaitu hanya
satu parti sahaja yang wujud. Parti yang lain sememangnya wujud tetapi telah diketepikan
dan dihalang kemaraan parti tersebut. Peranan parti politik di negara komunis hanyalah
kecil kerana parti politik tersebut terdiri daripada rejim pemerintah yang sedia ada. Ada
pun peranan mereka adalah dalam menyebarkan propaganda dan mengawal penuh
kehidupan rakyat.

Natijahnya, setiap negara di dunia ini mengamalkan pelbagai sistem yang ada.
Sememangnya, wujud perbezaan dalam pelbagai aspek terutamanya dalam suasana
politik di negara-negara tersebut.

Anda mungkin juga menyukai