Anda di halaman 1dari 1

BAHASA MELAYU PT3 PEMINDAHAN MAKLUMAT

DSKP TING 2: 3.5.1 DISEDIAKAN OLEH CIKGU TAN CL

RINGKASAN 1
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang
simptom keradangan tonsil. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.

Masalah keradangan tonsil ialah masalah kesihatan yang agak lazim di negara kita dan di mana-
mana. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak kes perubatan ini dilaporkan. Walau
bagaimanapun, kes perubatan ini tidaklah serius dan menular. Yang pasti, kita harus mengenal
pasti simptom keradangan tonsil agar langkah kawalan dan rawatan dapat diambil.
Yang utama, doktor akan mendapati tonsil pesakit kemerah-merahan dan bengkak.
Pada awal diagnosis, pesakit akan menunjukkan simptom seperti sakit tekak dan sukar
untuk menelan makanan. Hal ini berlaku demikian kerana tahap imunisasi seseorang rendah.
Oleh sebab itu, seseorang itu mudah demam dan menunjukkan simptom keradangan tonsil
dengan sakit di bahagian tekak dan tengkuk bengkak sedikit. Selain itu, seseorang yang
keradangan tonsil juga biasanya terdedah kepada bakteria yang terdapat di udara sehingga
mudah menghidap penyakit keradangan tonsil.
Masalah tonsil bukanlah disebabkan oleh masalah genetik atau masalah pemakanan yang
tidak seimbang. Simptom yang seterusnya ialah seseorang akan mengalami masalah nafas
berbau dan suara yang garau. Oleh sebab itu, masalah penyakit ini tidak perlu ada pantang
larang dari segi makanan. Ada juga yang disalah rawat sebagai penyakit beguk. Yang paling
penting, seseorang perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat agar dapat mengatasi masalah
keradangan tonsil.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Halaman 2, Buku Teks Tingkatan 1,
KSSM, Dewan Bahasa dan Pustaka)

JAWABAN CADANGAN

Simptom keradangan tonsil ialah doktor akan mendapati tonsil pesakit kemerah-
merahan dan bengkak. Selain itu, pesakit akan menunjukkan simptom seperti sakit tekak
dan sukar untuk menelan makanan pada awal diagnosis. Di samping itu, seseorang itu
mudah demam dan menunjukkan simptom keradangan tonsil dengan sakit di bahagian
tekak dan tengkuk bengkak sedikit. Seterusnya, seseorang akan mengalami masalah nafas
berbau. Bukan itu sahaja, seseorang yang mempunyai dan suara yang garau juga
merupakan simptom keradangan tonsil.
(80 patah perkataan)

(Terima 5 isi penting daripada petikan)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM (BPK) | – K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A

Anda mungkin juga menyukai