Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM

MEMBACA
1 MALAYSIA
04 APRIL 2018
PROGRAM MEMBACA 1 MALAYSIA

Tarikh : 04 April 2018


Hari : Rabu
Tempat : Dewan Warisan SK Kampong Kandis
Penglibatan : Semua murid dan guru

MATLAMAT PROGRAM
Program ini dapat memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar SK Kampong Kandis
terutama kepada murid prasekolah untuk menjadikan minda dan tabiat suka membaca dalam
kalangan murid. Seterusnya menjadi pemangkin kepada proses pembelajaran sepanjang
hayat.

OBJEKTIF PROGRAM
1. Menanamkan minat dan tabiat suka membaca.
2. Memberi pendedahan kepada murid tentang kaedah membaca dengan betul.
3. Melahirkan golongan murid yang tidak suka membuang masa.
4. Meningkatkan kecintaan kepada buku dan mengamalkan apa yang dibaca.
5. Membantu murid memperkembangkan minat, semangat dan kemahiran.
6. Belajar ke arah meningkatkan prestasi akademik secara sistematik dan berkesan.

RASIONAL PROGRAM
Program Membaca 1 Malaysia merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan
Malaysia bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu
melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.
15 minit NILAM
bersama
murid-murid
SKKK
Aktiviti mewarna
murid prasekolah
dan Tahap 1
PENUTUP PROGRAM
Aktiviti ini diharapkan akan berjaya tanamkan tabiat suka membaca dalam kalangan pelajar
dan menjadikan aktiviti ini sebagai satu proses pembelajaran sepanjang hayat. Kerjasama
semua guru khasnya Unit Pusat Sumber diharapkan dapat memupuk dan menyemarakkan
budaya suka membaca dalam diri semua pelajar sekaligus mampu melahirkan pelajar yang
cemerlang intelek dan sahsiahnya.

Anda mungkin juga menyukai