Anda di halaman 1dari 6

Jumaat 7 Mei 2021

PENULISAN BAHAGIAN B ( ULASAN )


JUMAAT 7 MEI 2021

Latihan 4

Arahan : Gambar di bawah menunjukkan aktiviti hujung minggu yang dilakukan oleh sebuah keluarga. Tulis ulasan kamu
tentang aktiviti tersebut.

Jawapan : Ayah + Saya + Di Shah + Alam + Kesimpulannya.

Cuti hujung minggu merupakan hari yang sangat penting untuk meluangkan masa bersama keluarga dan
merehatkan badan setelah bersekolah ataupun bekerja. Antara aktiviti yang dilakukan oleh keluarga Encik
Razali ialah memasak untuk dimakan bersama-sama keluarga.

Seterusnya, anak Encik Razali iaitu Darwisy mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh guru agar dapat mengisi masa yang terluang. Selain itu, abang Darwisy melayari internet untuk
mencari maklumat tentang projek Sains. Di samping itu, anak-anak yang lain sedang membersihkan kawasan
rumah agar menjadi bersih dan ceria.

Akhir sekali, Encik Razali sedang menonton televisyen untuk merehatkan badan dan menghiburkan
hati. Kesimpulannya, dapat dinyatakan bahawa aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh keluarga Encik Razali
dapat memberi faedah dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
KHAMIS 20 MEI 2021

Latihan 5

Arahan : Kes keracunan makanan sering disiarkan dalam media massa. Tulis ulasan tentang keracunan makanan dalam
bentuk perenggan. Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Jawapan : Ayah + Saya + Di Shah + Alam + Kesimpulannya.

Keracunan makanan merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh kuman atau bakteria yang terdapat
dalam makanan yang menyebabkan seseorang itu muntah-muntah, sakit perut, cirit-birit dan pening kepala.
Antara punca keracunan makanan ialah bahan mentah yang tercemar ,contohnya sayur-sayuran yang
terdedah akan dihingapi lalat yang membawa kuman atau bakteria.

Selain itu,keracunan makanan juga disebabkan tidak menjaga kebersihan dapur, gerai, kantin atau
restoran yang akan menyebabkan tikus datang mencari makan di tempat yang kotor menyebabkan penyakit
berjangkit. Di samping itu, penyimpanan makanan yang tidak sempurna seperti makanan yang terdedah
akan habuk dan kekotoran yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Akhir sekali, kes keracunan makanan semakin serius contohnya 127 pelajar keracunan dan muntah
selepas makan mi goreng. Kesimpulannya, kita perlu menjaga kebersihan makanan, tempat tinggal dan
persekitaran kita supaya bersih dan terhindar daripada penyakit.
Latihan 6

Arahan : Tulis ulasan tentang sambutan Bulan Kemerdekaan yang diadakan di sekolah kamu dalam bentuk
perenggan. Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Jawapan : Ayah + Saya + Di Shah + Alam + Kesimpulannya.

Pada setiap tahun, negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos untuk menghargai
dan mengenang jasa pejuang-pejuang yang telah terkorban. Antara aktiviti yang dilakukan ialah mengibarkan
bendera Malaysia sambil ,menyanyikan lagu Tanggal 31 Ogos.

Selain itu, turut diadakan persembahan tarian tradisional untuk ______________________________.


Di samping itu juga, pihak sekolah menganjurkan pertandingan _______________ untuk _____________.

Akhir sekali, acara penutupan iaitu ucapan __________________________ dan penyampaian hadiah
kepada guru-guru dan murid-murid. Kesimpulannya, setiap rakyat Malaysia tidak mengira bangsa atau agama
mestilah taat dan setia kepada ________________ dan mempunyai semangat ________________.

Anda mungkin juga menyukai