Anda di halaman 1dari 3

SK SEGAMBUT MAKMUR Kod Sekolah: WBA0091

JALAN 2/60A TAMAN DESA SEGAMBUT Tel: 03-62572795


51200 KUALA LUMPUR Faks:
WP KUALA LUMPUR

LAPORAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN RASUAH


DI PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SEGAMBUT MAKMUR
BIL PERKARA MAKLUMAT

1 Pendidikan Pencehahan Rasuah TAJUK : AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA


( SPRM ) 2009.

2 Tarikh aktiviti 8 8 DISEMBER 2022 ( KHAMIS )

3 Masa aktiviti 10.00 pagi

4 Tempat aktiviti Dewan Terbuka SK Segambut Makmur

5 Objektif MENYATAKAN KESALAHAN MEMBERI DAN MEMINTA SUAPAN

6 Maklumat Program / Aktiviti

i) Penceramah NAMA :
KELAS :
ii) Sasaran Semua murid tahap 1 dan tahap 2 SK Segambut Makmur
iii) Bilangan Kehadiran L- 120 P - 105
iv) Ulasan & Pencapaian Murid mendapat maklumat tentang rasuah dengan memberi respon
ketika sesi ceramah dijalankan.

7 Penilaian Program

i) Kekuatan Murid yang menyampaikan ceramah berkeyakinan dan mampu


menyampaikan ceramah dengan nada dan intonasi yang jelas.

ii) Kelemahan/Isu / Kekangan Masa aktiviti terhad dan murid tahap satu kurang faham terhadap
info yang diberikan ( bahasa / istilah yang tinggi )

iii) Cadangan Penambahbaikan Mengadakan sesi lakonan untuk menunjukkan situasi yang
digambarkan.

Rumusan Program Pendidikan Rasuah dapat memberi kesedaran kepada


murid-murid tentang bahaya rasuah.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

________________________
( MOHD RIZAL BIN ITHNAIN ) 1
Penyelaras Program Pendidikan Rasuah
SK Segambut Makmur.
PENDIDIKAN PENCEGAHAN RASUAH DI SEKOLAH
AKTIVITI 8
NAMA :
KELAS :
TARIKH : 8 DISEMBER 2022 ( KHAMIS )
BAB 3 : KESALAHAN RASUAH MENURUT AKTA SPRM 2009
TAJUK : AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA ( SPRM ) 2009.
OBJEKTIF : MENYATAKAN KESALAHAN MEMBERI DAN MEMINTA SUAPAN .

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Yang dihormati guru –guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Sempena dengan Program Pendidikan Pencegahan Rasuah di sekolah, saya akan menyampaikan maklumat
tentang Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ( SPRM ) 2009

1. Kesalahan menawar dan memberi suapan.

Kesalahan ini diperuntukkan dalam seksyen 16(b) dan 17(b) Akta SPRM 2009 seperti berikut:

Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009 – Mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama dengan mana-
mana orang lain secara rasuah memberikan, menjanjikan atau menawarkan kepada mana-mana orang sama ada
bagi faedah orang itu atau bagi faedah orang lain

Apa-apa suapan sebagai dorongan untuk atau upah bagi, atau selainnya oleh sebab mana-mana orang melakukan
atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan dengan apa-apa perkara atau transaksi, sama ada yang sebenar atau
yang dicadangkan atau yang mungkin berlaku.”

Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 – Seseorang melakukan kesalahan jika dia memberikan atau bersetuju untuk
memberikan atau menawarkan apa-apa suapan kepada mana-mana ejen sebagai dorongan atau upah bagi
melakukan atau tidak melakukan, atau kerana telah melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan

Berhubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya, atau bagi memberikan atau tidak memberikan
sokongan atau tentangan kepada mana-mana orang berhubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya.

2. Penjelasan kepada kesalahan

Sesiapa sahaja boleh terjebak melakukan kesalahan ini. Kesalahan berlaku apabila seseorang itu menawarkan atau
memberi rasuah bertujuan untuk mendapat faedah atau mengelakkan diri daripada sesuatu tindakan atau
hukuman.

2
3. Aplikasi dalam konteks warga sekolah

Berikut adalah contoh perbuatan menawarkan dan memberi suapan yang berkemungkinan boleh berlaku di
sekolah:

a. Seorang murid memberikan ‘hadiah’ kepada warden asrama kerana tidak mahu dikenakan
tindakan akibat pulang lewat ke asrama.

b. Seorang murid memberi ‘wang poket’ kepada pengawal keselamatan sekolah untuk keluar malam
tanpa keizinan warden asrama.

c. Seorang murid berjanji memberikan ‘habuan’ kepada rakan-rakannya yang menyokong agar beliau
dilantik sebagai ketua murid.

d. Guru besar memberikan hamper kepada semua guru-gurunya bertujuan ‘menutup mulut’ mereka
daripada bercakap mengenai perbuatannya yang menyalahgunakan wang sekolah.

e. Murid memberikan hadiah iPad mini kepada gurunya dengan harapan untuk memperbaiki grednya
dalam peperiksaan.

Anda mungkin juga menyukai