Anda di halaman 1dari 4

QSU 3053 PEMBELAJARAN MOTOR

GROUP A

TAJUK:

TAHAP-TAHAP PEMBELAJARAN (STAGES OF LEARNING)

AHLI KUMPULAN:

NAMA NO. MATRIK


MUHAMMAD AMIRURASHID BIN ZAIDI D20191089833
MOHD AFFI BIN MARSIDEH D20191089853
AHMAD ‘AZIM AIZUDDIN BIN MOHD RAFII D20191089861
SITI FAIRUZ BINTI RUSLAN D20191089872
MUHAMMAD ANAS BIN OTHMAN D20191089880
TAHAP-TAHAP PEMBELAJARAN (FITTS & POSNER)

Menurut CoachWaterBuffalo522, kemahiran moto ditakrifkan sebagai kemampuan mencapai


objektif sesuatu lakuan dengan usaha yang minimum. Kejayaan mencapai objektif juga dapat
dilakukan dengan konsisten. Setiap proses pembelajaran sesuatu kemahiran motor akan melalui
pelbagai peringkat tertentu. Terdapat beberapa model yang menceritakan tentang peringkat
pembelajaran tersebut dan yang paling mudah difahami adalah model yang diulas oleh Fitts &
Posner (1957).

i. Tahap kognitif lisan

Dalam proses pembelajaran sesuatu kemahiran motor, tahap ini merupakan


peringkat permulaan atau peringkat paling rendah. Apa yang diperlukan oleh pelajar pada
peringkat ini adadalah arahan yang jelas untuk lakuan sesuatu kemahiran. Hal ini kerana,
pelajar akan mentafsir tentang maksud arahan yang diterima daripada pengajar tersebut.

Pelajar masih dalam proses menguasai kemahiran asas sewaktu di peringkat ini.
Contohnya dalam permainan badminton, pelajar berada di dalam proses penyesuaian diri
untuk memegang raket mengikut keselesaan diri. Pelajar juga mengenal beberapa lakuan
atau pukulan asas.

ii. Tahap asosiatif

Tahap yang dikenali sebagai peringkat pertengahan dalam proses pembelajaran motor.
Pelajar telah menguasai sema kemahiran asas dan mula untuk menentukan strategi
terbaik untuk dilakukan. Contohnya, pelajar akan membuat keputusan untuk membuat
hantaran balas secara defensive atau ofensif apabila dia mendapat hantaran separuh
gelanggang dalam permainan badminton.

Pada peringkat ini, pelajar sudah mempunyai kebolehan untuk melakukan pembelajaran
kendiri tanpa menerima arahan pengajar.
iii. Tahap autonomi

Tahap ini adalah peringkat tertinggi dalam proses pembelajaran ini. Beberapa
kemahiran dapat dilakukan oleh pelajar secara automatik. Pelajar sudah menguasai semua
kemahiran yang diperlukan. Golongan yang dianggap sudah berada di peringkat ini
adalah atlet-atlet yang bertanding dalam kejohanan terkemuka. Mereka mampu mengatasi
kesilapan dengan sendiri apabila melakukankesilapan kecil.

Contohnya dalam permainan badminton, pemain terpukul kuat sehingga terkeluar


daripada garisan permainan. Jadi, unruk tidak mengulangi kesilapan terbut, pemain
memperlahankan sedikit pukulannya.
Rujukan

CoachWaterBuffalo522. 2017. Tahap Pemerolehan Kemahiran Motor. Deperolehi semula


daripada laman web https://www.coursehero.com/file/p4toprj3/Tahap-pemerolehan-kemahiran-
motor-Kemahiran-motor-didefinisikan-sebagai/ pada tarikh 3 Julai 2020.

Anda mungkin juga menyukai