Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Definisi pembelajaran motor ialah satu bidang kajian penguasaan kemahiran pergerakan hasil
daripada latihan. Pembelajaran motor mempunyai hubungan antara pergerakan hasil dan latihan.
Pembelajaran sesuatu kemahiran pergerakan adalah merujuk kepada prestasi perlakuannya (Bucher,
1987).

Bidang kawalan motor mempunyai hubungan yang rapat dengan pembelajaran motor
manakala bidang kajian kawalan motor pula adalah satu bidang kajian mekanisma neural dan proses-
proses bagaimana pergerakan dipelajari dan dikawal. Schmidt (1999), mendefinisikan kajian kawalan
motor merupakan kajian kesan faktor neurofisiologikal ke atas pergerakan manusia.

Oleh itu , kepentingan kefahaman yang tinggi dalam bidang kemahiran motor dapat membantu
guru untuk memberikan tunjuk ajar yang betul serta penyampaian ilmu yang lebih tepat dan mudah
difahami oleh pelajar. Tanpa tunjuk ajar daripada seorang guru yang memahami dalam bidang
kemahiram motor sudah pasti lakuan seseorang pelajar itu tidak tepat. Sebagai contoh guru sukan
dapat meningkatkan kualiti kemahiran kawalan motor para atlet-atlet di sekolah dalam bidang sukan
yang diwakili.

Anda mungkin juga menyukai