Anda di halaman 1dari 15

 

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA     
 
KOLEJ VOKASIONAL TEMERLOH
NOTA KULIAH 2
SEMESTER SEMESTER 2 SESI 2018/2019

JABATAN JABATAN PERNIAGAAN

PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN


KOD/KURSUS DBF 2113 - MAKROEKONOMI
02 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN
KOMPETENSI
AGREGAT
2.1 Definisi permintaan agregat
2.2 Keluk permintaan agregat
2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan agregat
2.4 Definisi penawaran agregat
KOMPETENSI UNIT
2.5 Keluk penawaran agregat
2.6 Faktor-faktor yang mempengaruhi penawaran agregat
2.7 Keseimbangan permintaan agregat dan penawaran
agregat
Pada akhir kursus, pelajar boleh:
1. Menerangkan konsep makroekonomi, permintaan
aggregate dan penawaran agregat serta wang dan bank.
(C2, PLO1)
2. Menentukan keseimbangan pendapatan negara dalam
KOMPETENSI ekonomi dua sektor menggunakan pendekatan agregat
PEMBELAJARAN
permintaan-agregat penawaran. (C3, PLO1)
3. Mencadangkan penyelesaian kepada masalah
makroekonomi menggunakan polisi monetari dan fiskal.
(A3, PLO6)

NO KOD DBF2113/K 02/NK 02-05


MUKA: 01 DARIPADA 14
NO KOD JPK TIADA
Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 02/NK 02-05
15

BAB 2 PERMINTAAN AGREAGAT DAN PENAWARAN AGREGAT

2.1 DEFINISI PERMINTAAN AGREGAT


Permintaan agregat adalah jumlah permintaan untuk barang dan perkhidmatan dalam
ekonomi dalam tempoh masa tertentu.

2.2 KELUK PERMINTAAN AGREGAT


 Keluk permintaan agregat menunjukkan hubungan negatif antara tingkat keluaran
negara benar dengan tingkat harga umum.
 Keluk permintaan agregat mencerun ke bawah dari kiri ke kanan seperti Rajah 2.1
di bawah

Rajah 2.1
 Pada tingkat harga P0, keluaran negara benar ialah Y0.
 Apabila harga meningkat menjadi P1, keluaran negara benar akan berkurangan
menjadi Y1 dan sebaliknya.
 Sebab-sebab permintaan agregat bercerun negatif adalah seperti berikut:
a) Kesan imbangan benar (real balance effect)
Kenaikan tingkat harga mengurangkan nilai benar kuasa beli dan kekayaan
pengguna. Nilai aset kewangan pengguna seperti tabungan dan bon merosot
apabila tingkat harga meningkat. Keadaan ini mengurangkan kemampuan
masyarakat untuk berbelanja dan keluaran negara benar diminta menurun.

Sebaliknya, kejatuhan tingkat harga meningkatkan kuasa beli san nilai benar
kekayaan pengguna bertambah. Nilai aset kewangan pengguna seperti
tabungan dan bon bertambah. Keadaan ini menaikkan kemapuan masyarakat
untuk berbelanja dan kuantiti diminta keluaran negara benar bertambah.

b) Kesan kadar bunga (interest-rate effect)


Keluk AD diterbitkan berdasarkan andaian bekalan wang dalam ekonomi
adalah tetap. Kenaikan tingkat harga menyebabkan lebih banyak wang
diperlukan untuk sesuatu urus niaga. Kenikan permintaan wang menaikkan
kadar bunga dalam ekonomi. Keadaan ini tidak menggalakkan perbelanjaan

2
Muka Surat / Page : 3 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 02/NK 02-05
15

penggunaan isi rumah dan pelaburan firma. Justeru itu, kenaikan tingkat harga
umum mengurangkan keluaran negara benar yang diminta.

Sebaliknya, kejatuhan tingkat harga menyebabkan permintaan wang berkurang


dan kadar bunga menurun. Keadaan ini menggalakkan perbelanjaan
penggunaan isi rumah dan pelaburan firma. Justeru itu, kejatuhan tingkat harga
menambahkan keluaran negara benar yang diminta.

c) Kesan pembelian asing (foreign purchases effect)


Kenaikan tingkat harga akan menyebabkan eksport barang dan perkhidmatan
negara menjadi secara relatifnya lebih mahal berbanding barang import. Oleh
itu, permintaan terhadap eksport negara merosot dan import bertambah.
Kejatuhan eksport bersih mengurangkan keluaran begara benar yang diminta.

Sebaliknya, kejatuhan tingkat harga akan menyebabkan eksport barang dan


perkhidmatan negara menjadi secara relatifnya lebih murah berbanding dengan
barang import. Oleh itu, permintaan terhadap eksport negara meningkat dan
import berkurang. Kenaikan eksport bersih menaikkan keluaran negara benar
yang diminta.

 Perubahan dalam kuantiti AD dan perubahan AD


Perubahan dalam kuantiti AD Perubahan AD
Perubahan dalam kuantiti permintaan Perubahan dalam permintaan agregat
bagi KDNK benar disebabkan oleh ialah peralihan dalam keluk AD sama
perubahan dalam tingkat harga (tidak ada ke kanan (meningkat) atau ke kiri
melibatkan peralihan keluk) tetapi hanya (menurun) daripada keluk AD yang asal.
melibatkan perubahan titik di sepanjang
keluk AD.
Andaian faktor selain harga adalah Ia berlaku disebabkan oleh faktor selain
tetap, ceteris paribus. daripada harga.

3
Muka Surat / Page : 4 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 02/NK 02-05
15

2.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN AGREGAT


2.3.1 Perbelanjaan Penggunaan (Consumption Expenditures – C)
Perbelanjaan penggunaan biasanya berkaitan dengan isi rumah. Antara faktor yang
mempengaruhi penggunaan dan menyebabkan keluk AD beralih ke kiri atau kanan
ialah:
(a) Kekayaan pengguna
Ini termasuklah aset kewangan (bon dan saham) dan aset fizikal (rumah dan
tanah) menggalakkan orang ramai untuk menyimpan dan berbelanja kurang
bagi memperbaiki keadaan ekonomi mereka. Mereka akan mengurangkan
perbelanjaan mereka dan keluk AD akan bergerak ke kiri. Jika sebaliknya
berlaku, keluk AD akan beralih ke kanan.

Nota penting: Konsep ini berbeza daripada konsep kekayaan dan imbangan
benar kerana di sini, perubahan keluk AD adalah apabila terdapat perubahan
dalam harga.

Perubahan dalam kekayaan sebenar tidak bergantung kepada perubahan


harga tetapi kepada faktor bukan harga yang menyebabkan perubahan dalam
keluk AD. Sebagai contoh, pengurangan dalam harga atau nilai sebenar rumah
akan mengurangkan keadaan ekonomi pengguna walaupun paras harga tidak
meningkat.

4
Muka Surat / Page : 5 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 02/NK 02-05
15

(b) Jangkaan Pengguna


Jangkaan pengguna memberi tumpuan kepada pendapatan sebenar. Jangkaan
keadaan ekonomi akan datang adalah penentu penting. Jika isi rumah
mengharapkan pendapatan benar untuk meningkat pada masa akan datang,
maka mereka cenderung untuk membeli lebih banyak pada hari ini dan
menyebabkan perbelanjaan penggunaan dan permintaan agregat meningkat
dan peralihan keluk AD ke kanan. Jika pendapatan benar dijangka jatuh,
pengguna akan mengelakkan berbelanja. Ini akan menganjakkan keluk AD ke
kiri.

(c) Hutang Isi Rumah


Pengguna yang mempunyai hutang yang besar akan mengurangkan
perbelanjaan mereka kerana pendapatan atau wang mereka akan digunakan
untuk menyelesaikan hutang mereka. Oleh itu, perbelanjaan pengguna akan
berkurangan. Penurunan ini ditunjukkan oleh peralihan keluk AD ke kiri.

(d) Cukai
Cukai pendapatan adalah kebocoran dalam pendapatan pengguna. Kenaikan
kadar cukai pendapatan akan mengurangkan pendapatan boleh guna rakyat.
Fenomena ini akan menyebabkan penurunan dalam perbelanjaan dan keluk AD
akan bergerak ke kiri.

(e) Kadar Bunga


Kadar bunga mempengaruhi tingkat pulangan faedah tabungan dan kos
pinjaman pengguna. Sekiranya kadar bunga tinggi, isi rumah lebih cenderung
untuk menabung daripada berbelanja kerana pulangan daripada simpanan dan
kos pinjaman telah menjadi lebih tinggi. Ini menyebabkan isi rumah
mengurangkan perbelanjaan, dan keluk AD akan beralih ke kiri serta keluaran
negara benar yang diminta akan menurun.

Sebaliknya, kadar bunga yang rendah menurunkan pulangan faedah daripada


simpanan dan kos pinjaman. Isi rumah lebih terdorong untuk berbelanja
daripada menabung kerana kos pinjaman menjadi rendah, dan keluk AD akan
beralih ke kanan serta keluaran negara benar yang diminta akan meningkat.

5
Muka Surat / Page : 6 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 02/NK 02-05
15

(f) Kemudahan Kredit


Kemudahan pembyaran secara ansuran dan kredit membolehkan isi rumah
berbelanja lebih tinggi daripada tingkat pendapatan mereka. Contohnya,
kewujudan pelbagai kemudahan sewa beli dan kredit menggalakkan pengguna
untuk membeli barang tahan lama seperti rumah, kereta dan barangan elektrik.
Oleh itu, keluk AD akan beralik ke kanan dan keluaran negara benar yang
diminta akan meningkat.

Sebaliknya, syarat kemudahan kredit yang ketat akan mengurangkan


keupayaan isi rumah untuk membuat pinjaman bagi membeli barang-barang
dan ini mengurangkan perbelanjaan mereka. Oleh itu, dan keluk AD akan
beralih ke kiri serta keluaran negara benar yang diminta akan menurun.

2.3.2 Perbelanjaan Pelaburan (Investment Expenditures – I)


Perbelanjaan pelaburan biasanya ditanggungkan oleh firma. Perubahan dalam
membeli barang modal dan lain-lain pelaburan akan menyebabkan keluk AD untuk
bergerak sama ada ke kiri atau ke kanan.

Perubahan dalam pelaburan boleh disebabkan oleh:


(a) Kadar faedah
Peningkatan dalam kadar faedah atau sebab selain daripada harga akan
menyebabkan keluk AD beralih. Sebagai contoh, kenaikan dalam bekalan wang
akan menyebabkan kadar faedah menurun. Fenomena ini akan mewujudkan
peningkatan dalam pelaburan. Oleh itu, keluk AD akan bergerak ke kanan dan
situasi yang sebaliknya akan menyebabkan ia bergerak ke kiri.

(b) Jangkaan pulangan daripada projek pelaburan


Pulangan yang tinggi daripada projek pelaburan bermakna keuntungan kepada
firma. Jika pulangan dijangka adalah tinggi, maka firma akan meningkatkan
pelaburan iaitu dengan membeli barang modal. Ini akan meningkatkan
perbelanjaan firma dan keluk AD akan beralih ke kanan. Keadaan sebaliknya
akan menyebabkan keluk beralih ke kiri.

(c) Cukai perniagaan


Cukai perniagaan adalah kebocoran kepada firma. Kadar cukai perniagaan
yang tinggi akan mengurangkan keuntungan selepas cukai. Faktor ini akhirnya
akan mengurangkan insentif bagi firma untuk meningkatkan pelaburan. Oleh itu,

6
Muka Surat / Page : 7 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 02/NK 02-05
15

perbelanjaan firma akan berkurang dan keluk AD bergerak ke kiri dan


sebaliknya.

(d) Tahap lebihan kapasiti


Ini bermakna bahawa ada sumber pengeluaran yang berlebihan yang tidak
digunakan. Kapasiti lebihan yang lebih tinggi akan melambatkan permintaan
untuk barangan modal baru dan mengurangkan permintaan agregat seperti
yang ditunjukkan oleh peralihan keluk AD ke kiri. Jika firma secara kolektif
mendapati bahawa tahap kapasiti yang rendah, maka firma akan meningkatkan
pembelian barangan modal dan membina premis baru. Ini akan meningkatkan
perbelanjaan firma dan keluk AD akan bergerak ke kanan.

(e) Teknologi
Penemuan teknologi baru akan meningkatkan perbelanjaan pelaburan dan
menaikkan perbelanjaan agregat (keluk AD akan bergerak ke kanan). Sebagai
contoh, dengan penemuan teknologi baru dalam industri automobil, lebih
banyak wang akan dilaburkan di dalam industri ini. Fenomena ini akan
menyebabkan keluk AD untuk bergerak ke kanan.

2.3.3 Pembelian Kerajaan (Government Purchases – G)


Pembelian kerajaan bergantung pada hasil kutipan cukai, matlamat makroekonomi,
dan keadaan politik dan ekonomi (sama dengan mengatasi masalah
makreokonomi) . Sekiranya hasil kutipan cukai oleh kerajaan meningkat, maka
kerajaan akan meningkatkan perbelanjaan untuk pembangunan negara. Oleh itu
keluk AD akan beralih ke kanan dan keluaran negara benar yang diminta akan
meningkat, dan sebaliknya.

Matlamat makroekonomi seperti tingkat guna tenaga penuh, kestabilan tingkat


harga umum, memperbaiki imbangan pembayaran, dan meningkatkan
pertumbuhan ekonomi. contohnya, penyediaan kemudahan infrastruktur yang
melibatkan guna tenaga (mengatasi masalah pengangguran). Jika kerajaan
meningkatkan perbelanjaan dalam menyediakan infrastruktur melalui dasar fiskal
mengembang bagi mengatasi masalah pengangguran, maka masyarakat akan
memperoleh gaji atau upah yang membolehkan mereka untuk berbelanja. Oleh itu,
keluk AD akan beralih ke kanan. Sebaliknya, jika kerajaan mengamalkan dasar
fiskal menguncup, maka keluk AD akan bergerak ke kiri.

7
Muka Surat / Page : 8 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 02/NK 02-05
15

2.3.4 Eksport Bersih (Net Exports – X – M)


Perubahan dalam eksport berkait dengan pergerakan keluk AD. Ia dipengaruhi oleh
faktor selain daripada harga seperti berikut:
(a) Pendapatan Asing
Apabila pendapatan asing tinggi, permintaan mereka adalah agak tinggi juga,
sama ada untuk barangan tempatan atau asing. Peningkatan permintaan untuk
barang asing akan meningkatkan eksport negara pengeksport (menganggap
bahawa import negara pengeksport kurang). Peningkatan eksport bersih
ditunjukkan dalam peralihan keluk AD ke kanan. Jika pendapatan di negara
asing adalah rendah, maka eksport bersih akan berkurangan dan keluk AD
akan bergerak ke kiri.

(b) Pertukaran Mata Wang Asing


Perubahan dalam kadar pertukaran mata wang asing juga mempengaruhi
eksport bersih dan permintaan agregat (AD). Mari kita ambil kadar pertukaran
antara Ringgit Malaysia dan Dolar Amerika (kadar pertukaran E = RM / Dolar)
sebagai contoh. Jika nilai Ringgit merosot, maka kadar pertukaran telah
meningkat. Amerika boleh mendapatkan lebih banyak Ringgit bagi setiap Dolar.
Kemerosotan nilai Ringgit akan membuat barangan Malaysia agak murah
berbanding dengan barangan Amerika. Oleh itu, eksport bersih Malaysia akan
meningkat (dengan andaian bahawa import kita adalah kurang daripada
eksport). Fenomena ini akan mengalih keluk AD ke kanan. Keadaan sebaliknya
akan membuatkan keluk beralih dengan cara bertentangan.

Berdasarkan penjelasan di atas, pergerakan keluk AD ditunjukkan dalam Rajah


2.2 berikut. Keluk AD asal adalah di AD0. Peralihan ke kanan dari AD0 kepada
AD1. Peralihan ke kiri pula berlaku dari AD0 ke AD2.

Rajah 2.2
2.4 DEFINISI PENAWARAN AGREGAT
8
Muka Surat / Page : 9 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 02/NK 02-05
15

Penawaran agregat bermakna jumlah pengeluaran barang dan perkhidmatan akhir yang
disediakan dalam ekonomi.

2.5 KELUK PENAWARAN AGREGAT


 Keluk penawaran agregat menunjukkan hubungan positif antara tingkat
keluaran negara benar dengan tingkat harga umum.
 Keluk permintaan agregat mencerun ke atas dari kiri ke kanan seperti Rajah 2.3 di
bawah

Rajah 2.3
 Pada tingkat harga P0, keluaran negara benar ialah Y0.
 Apabila harga meningkat menjadi P1, keluaran negara benar akan bertambah
menjadi Y1 dan sebaliknya.
 Sebab-sebab keluk AS bercerun positif
a) Hukum pulangan bertambah kurang
Semakin tinggi tingkat keluaran, keluaran sut butuh semakin berkurang dan kos
per unit buruh menjadi semakin tinggi. Pengeluar hanya akan menambahkan
kuantiti yang ditawar jika outputnya dapat dijual pada harga yang lebih rendah.

b) Keluk penawaran buruh yang mencerun ke atas


Firma perlu menggunakan lebih banyak buruh untuk menambahkan keluaran.
Semakinbanyak buruh diggunakan, semakin tinggi upah per unit buruh.
Keadaan ini menyebabkan kos tambahan atau kos sut semakin meningkat
apabila output bertambah. Oleh itu, keluk AS beralih ke kanan.

2.5.1 Penawaran Agregat Jangka Pendek

9
Muka Surat / Page : 10 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 02/NK 02-05
15

Rajah 2.4

Berdasarkan Rajah 2.4, keluk penawaran agregat (AS) boleh dibahagikan kepada
tiga bahagian iaitu:
(a) Mendaftar (Keynesian)(A ke B)
Bahagian ini menunjukkan bahawa ekonomi negara sedang mengalami
kemelesetan. Berhadapan dengan aktiviti ekonomi yang jatuh, pekerjaan
dan pengeluaran sumber sebenar turut cenderung untuk jatuh. Apabila
terdapat peningkatan dalam pengeluaran, tidak ada kenaikan harga.
Keadaan ini berkaitan dengan analisis Keynes semasa kemelesetan
ekonomi yang berlaku pada tahun 1930an. Selaras dengan itu, bahagian ini
dinamakan bahagian Keynesian. Peningkatan dalam pengeluaran tidak
akan menyebabkan paras harga meningkat kerana sumber yang tidak akan
digunakan (bahan buruh dan mentah) akan digunakan untuk meningkatkan
pengeluaran. Oleh itu, kos purata keseluruhan adalah tetap. Maka, tidak
ada sebab untuk harga naik kerana tidak ada peningkatan dalam kos purata
pengeluaran.

Tahap ini juga menunjukkan kedudukan apabila kuantiti pengeluaran


dikurangkan. Walau bagaimanapun, paras harga keluaran dan input tidak
merosot. Ini bermakna bahawa pengeluaran dan pekerjaan boleh
dikurangkan tetapi harga input dan pengeluaran mungkin sukar untuk
diubah.

(b) Mencerun ke atas (B ke C)


10
Muka Surat / Page : 11 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 02/NK 02-05
15

Pada tahap ini, pengeluaran meningkat dari Y0 ke Y1 dan faktor pengeluaran


berkurangan dengan jumlah secara timbal balik. Firma akan bersaing antara
satu sama lain bagi sumber yang terhad. Ini akan menyebabkan harga input
meningkat, bermakna kos pengeluaran akan meningkat. Firma akan
menaikkan harga keluaran sebagai insentif untuk meningkatkan
pengeluaran. Oleh itu, pada peringkat ini, akan ada hubungan langsung
antara pengeluaran sebenar (Y) dan tahap harga. Peningkatan dalam
pengeluaran dari Y0 ke Y1 akan menyebabkan kenaikan harga dari P0 ke P1.

(c) Menegak (Klasik) (C ke D)


Pada tahap ini, ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh (Y1). Di sini,
adalah sukar untuk meningkatkan pengeluaran, melainkan jika terdapat
kenaikan harga. Oleh itu, keluk AS adalah menegak. Bahagian ini juga
dikenali sebagai bahagian klasik kerana ia berkaitan dengan teori ahli
ekonomi klasik yang berpendapat bahawa ekonomi sentiasa beroperasi
pada tahap guna tenaga penuh. Firma akan bersaing untuk mendapatkan
sumber dan meningkatkan pengeluaran. Walau bagaimanapun, ini akan
menyebabkan kerugian kepada beberapa syarikat di mana persaingan akan
meningkatkan kos pengeluaran dan harga. Pengeluaran sebenar tidak akan
berubah. Walau bagaimanapun, ini bermakna kenaikan harga ke P2 tetapi
pengeluaran kekal pada Y1. Keadaan ini mempercepatkan proses inflasi.

2.6 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENAWARAN AGREGAT


2.6.1 Harga Input
(a) Sumber Dalam Negeri
Sumber ini termasuk tanah, buruh, modal dan usahawan. Inovasi dalam
sumber boleh mengurangkan harga sumber. Sebagai contoh, terdapat
peningkatan penyertaan wanita dalam pasaran buruh. Fenomena ini akan
meningkatkan bekalan buruh dan akhirnya menyebabkan kos pengeluaran
seunit jatuh. Penurunan dalam kos pengeluaran akan menjadi insentif bagi
firma untuk meningkatkan pengeluaran, seperti yang ditunjukkan oleh keluk
AS yang beralih ke kanan. Kedudukan sebaliknya akan menyebabkan keluk
beralih ke kiri.

11
Muka Surat / Page : 12 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 02/NK 02-05
15

(b) Sumber Yang Diimport


Dalam proses pengeluaran yang menggunakan sumber yang diimport,
kenaikan harga input atau kejutan kos akan menyebabkan keluk AS beralih
ke kiri. Apabila sebaliknya berlaku, keluk AS akan beralih ke kanan.

2.6.2 Produktiviti
Produktiviti mengukur purata pengeluaran benar (jumlah pengeluaran dibahagikan
dengan jumlah input). Peningkatan dalam produktiviti bermakna ekonomi menikmati
sejumlah besar pengeluaran benar berdasarkan sumber yang terhad. Sebagai
contoh, untuk menghasilkan 10 unit pengeluaran, anda memerlukan jumlah input
daripada lima unit pada harga RM2 seunit, maka produktiviti dan kos purata dikira
seperti berikut.

Produktiviti =

= 2

Kos purata =

= RM 1

Jika syarikat bercadang untuk meningkatkan pengeluaran kepada 20 unit pada


harga dan unit input yang sama, nilai produktiviti adalah empat, di mana 20/5 dan
kos seunit adalah RM0.50. Oleh itu, produktiviti berganda dan kos pengeluaran per
unit menurun separuh. Keadaan ini akan menyebabkan keluk AS beralih ke kanan.
Sebaliknya, jika produktiviti jatuh, perkara sebaliknya akan berlaku.

2.6.3 Dasar Kerajaan


Dua komponen dalam dasar kerajaan adalah:
(a) Subsidi Perniagaan Dan Cukai
Kenaikan cukai perniagaan seperti cukai jualan eksais akan meningkatkan kos
pengeluaran. Ini akan menyebabkan keluk AS untuk bergerak ke kiri. Jika

12
Muka Surat / Page : 13 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 02/NK 02-05
15

kerajaan menyediakan subsidi, ia akan mengurangkan kos pengeluaran dan ini


ditunjukkan oleh keluk AS yang beralih ke kanan.
(b) Pengawal Seliaan
Biasanya, kerajaan akan mengawal pengeluaran produk tertentu. Dalam usaha
untuk mematuhi peraturan kerajaan, firma terpaksa memperuntukkan sejumlah
wang untuk menjalankan aktiviti kawalan. Sebagai contoh, setiap firma
diperlukan untuk membentuk unit kawalan kualiti. Ini akan meningkatkan kos
operasi firma dan keluk AS akan beralik ke kiri.

2.6.4 Persekitaran
Persekitaran termasuklah cuaca, bencana alam dan peperangan. Sebagai contoh,
semasa musim tengkujuh, nelayan tidak boleh pergi ke laut. Ini akan menyebabkan
pengurangan dalam bekalan makanan laut, seperti yang ditunjukkan dalam
pergerakan keluk AS ke kiri. Sebaliknya, apabila tiada musim tengkujuh, bekalan
akan meningkat dan keluk AS akan beralih ke kanan. Pergerakan keluk AS ke kiri
dan kanan boleh dilihat dalam Rajah 2.5 berikut.

2.6.5 Perubahan Teknologi


Kemajuan teknologi membawa kepada peningkatan produktiviti. Ini bermakna kos
pengeluaran firma menurun kerana dengan jumlah input yang sama, pengeluar
dapat menghasilkan lebih banyak barang dan perkhidmatan. Contohnya,
penggunaan teknologi maklumat secara meluas dapat meningkatkan produktiviti
pekerja dan menurunkan kos per unit barang. Ini menyebabkan keluk AS beralih ke
kanan.

Rajah 2.5

13
Muka Surat / Page : 14 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 02/NK 02-05
15

2.7 KESEIMBANGAN PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT

 Keseimbangan keluaran negara dicapai apabila permintaan agregat sama dengan


penawaran agregat.
 Hal ini dapat dijelaskan melalui Rajah 2.6 di bawah.
 Pada tingkat harga P0, penawaran agregat melebihi permintaan agregat.
 Dengan itu, wujud lebihan penawaran agregat sebanyak YoY2.
 Lebihan penawaran agregat ini akan menurunkan tingkat harga dari P0 ke P1.
 Pada tingkat harga P2, permintaan agregat melebihi penawaran agregat.
 Dengan itu, wujud lebihan permintaan agregat sebanyak YoY2.
 Lebihan permintaan agregat ini akan meningkatkan tingkat harga dari P2 ke P1.
 Pada tingkat harga P1, permintaan agregat sama dengan penawaran agregat.
 Tidak terdapat lebihan permintaan agregat atau lebihan penawaran agregat.
 Tingkat harga umum dan keluaran negara benar tidak akan mengalami sebarang
perubahan lagi.
 Dalam keadaan keseimbangan ini, harga keseimbangan dan keluaran negara
benar keseimbangan ialah P1 dan Y1 masing-masing.

Rajah 2.6

BIBLIOGRAFI:

1. Sarimah Aman Shah, Abd. Rashid Mohd Ali, Nirsela A.Manaf (2017). Principle of Economics
Third Edition. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
2. Sabariah Ali (2017). Makroekonomi Penggal 2, Edisi Ketiga. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
3. Ku ‘Azam Tuan Lonik (2015). Makroekonomi Asas. Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.

14
Muka Surat / Page : 15 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 02/NK 02-05
15

15

Anda mungkin juga menyukai