Anda di halaman 1dari 49

BA111 : FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN

ANALISA AYAT ( INDIVIDU, KELUARGA DAN MASYARAKAT


)
NAMA AHLI KUMPULAN :

1. AUFA BINTI MOHD SANURA (2020990449)


2. NUR SHAFNIE BINTI OMAR RAZI (2020956939)
3. NOR FARA HANA BINTI FAUZI (2020990777)
4. NORATHIRAH BINTI NAAIM (2020956813)

NAMA PENSYARAH :
DR FARAHDINA BINTI FAIZAL
BIL ISI KANDUNGAN M/S
1. Pengenalan 3-4
2. Individu
 Ayat dan Terjemahan 5
 Asbab turun ayat 6
 Tafsiran ayat 7-8
 Pengajaran ayat 9
 Isu semasa 10-13
 Kesimpulan 14-15
16
 Rujukan

3 Keluarga
 Ayat dan terjemahan 17
 Asbab turun ayat 18
 Tafsiran ayat 19-20
 Pengajaran ayat 21-26
 Isu semasa 27-28
 Kesimpulan 29
30
 Rujukan

4 Masyarakat
 Ayat dan Terjemahan 31-32
 Asbab turun ayat 33-34
 Tafsiran ayat 35-36
 Pengajaran ayat 37-40
 Isu semasa 41-46
 Kesimpulan 47
48
 Rujukan
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN

Al-Qur’an al-Karim merupakan sebuah kitab suci bagi kaum muslimin yang
selalu dibaca dan dikaji. Di dalam kitab suci ini terkandung berbagai
macam petunjuk, hikmah,berita gembira, sejarah umat terdahulu dan juga
keagungan sastera yang hebat. Al-Quran juga sebagai panduan hidup
manusia dalam menjalani semua aspek kehidupan sama ada politik,
ekonomi atau sosial. Al-Quran diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W
untuk disampaikan kepada manusia dan menyeru mereka ke jalan
kebenaran. Al-Quran menggunakan pelbagai gaya bahasa dan pendekatan
dalam menyeru insan mengikut ilmu dan tahap pengetahuan yang dimiliki
oleh mereka. Hal ini menjadikan mereka terpengaruh kepada ajarannya
dan tunduk mengabdikan diri kepada Penciptanya

3
Isi kandungan Al-Quran banyak menceritakan berkenaan sirah nabi-nabi
terdahulu, masyarakat sebelum zaman Rasulullah SAW dan peristiwa-
peristiwa yang bermakna dalam Islam seperti contoh peristiwa Israk Mikraj.
Terdapat juga ayat-ayat Al Quran yang diturunkan untuk memberi iktibar
kepada manusia melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku daripada ayat-
ayat tersebut. Penganalisan ayat Al-Quran yang kami pilih yang bertujuan
untuk menganalisis sebab turun ayat, tafsiran ayat tersebut oleh imam-
imam terdahulu dan pakar tafsir, pengajaran ayat dan mengaitkan ayat
tersebut dengan isu semasa yang berlaku.

4
Ayat dan Terjemahan (Individu)
Maksudnya :

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang
baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya
Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-
Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Asbab turunnya Surah An-Nahl ayat ke-125

Surah An-Nahl adalah surah ke-16 dalam Al-Quran serta terdiri daripada 128
ayat. Surah ini termasuk golongan surah Makkiyyah. An-Nahl bermaksud lebah
kerana di dalam surah ini terdapat firman Allah SWT dalam ayat 68 yang
bermaksud : “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah”. Lebah merupakan
makhluk yang banyak memberi manfaat kepada manusia. Antaranya ialah
menjadi penawar bagi pelbagai jenis penyakit manusia.

5
Ayat yang ke-125 dalam surah ini diturunkan oleh Allah SWT mampu
menenangkan Rasulullah ketika Rasulullah berasa sedih atas kematian Hamzah
bin Abdul Muthalib dalam perang Uhud. Pada ketika itu para sahabat berseru
murka, “ demi Allah, sekiranya pada suatu waktu nanti kita diberi kemenangan
oleh Allah terhadap mereka, maka akan kita cincang mayat-mayat mereka
seperti yang belum pernah dilakukan oleh seorang Arab pun.” Tetapi sebelum
beranjak dari tempat, Rasulullah mendapat wahyu iaitu Surah An-Nahl ayat 125
hingga 128. Setelah itu barulah Rasulullah berasa lebih tenang dan lega lalu
didoakannya Hamzah dengan penuh kesabaran.

6
Tafsiran
Allah SWT memerintahkan kepada RasulNya, Nabi Muhammad SAW,
“Serulah kepada jalan Tuhan kamu”
Serulah manusia kepada jalan yang diredhai oleh Allah SWT yang di
dalamnya mengandungi ilmu-ilmu yang bermanfaat dan amal yang soleh.
Serulah mereka untuk menyembah Allah SWT.
“dengan hikmah”
Iaitu dengan cara yang tepat, bijaksana serta meletakkan sesuatu pada
tempatnya. Berdakwahlah dengan ilmu, mendahulukan yang terpenting,
berbicara dengan sesuai tingkah pemahaman dan kemampuan mereka,
berdakwah dengan kata-kata yang mudah difahami mereka serta
berdakwah dengan lemah lembut dan halus. Ada juga yang mentafsirkan
hikmah di sini dengan Al-Quran.
“dan pelajaran yang baik”
Iaitu nasihat yang baik dan tutur kata yang menyentuh serta memerintah
dan melarang manusia dengan dorongan dan tarhib iaitu menakut-nakuti.
Contohnya, menerangkan maslahat dan ganjaran pahala dari mengerjakan
perintah dan menerangkan akibat serta azab yang diterima apabila
mengerjakan larangan Allah SWT.
“dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik”
Perdebatan dan bantahan hendaklah dilakukan dengan cara yang baik
iaitu dengan lemah lembut, menggunakan tutur kata yang baik serta cara
yang bijak.
“Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lebih mengetahui dengan siapa yang
tersesat dari jalanNya”

7
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalanNya.
Dia sahaja yang mengetahui amal-amal yang timbul dari kesesatannya
serta mengetahui asbab yang dapat mengarah kepada kesesatan. Dia
akan memberikan balasan yang setimpal terhadapnya.
“dan Dia lebih mengetahui mengenai orang-orang yang mendapat
petunjuk”
Hanya Allah sahaja yang mengetahui siapa yang mendapat petunjuk, Dia
mengetahui siapa yang sesuai memperoleh hidayah, maka Dia akan
menunjukkan mereka jalan yang lurus. Allah telah mengetahui siapa yang
tercela dan siapa yang berbahagia antara mereka. Maka serulah mereka
untuk menyembah Tuhan yang satu iaitu Allah SWT kerana sesungguhnya
bukan tugasmu memberikan mereka petunjuk tetapi tugasmu hanya
menyampaikan dan Allah SWT yang akan menghisab.

Pengajaran
1.Sebagai umat Islam, kita seharusnya berdakwah dengan cara yang baik
iaitu secara berhemah dengan memberikan nasihat dan tutur kata yang
baik serta berhujah dengan cara yang rasional sama ada secara
bersemuka mahupun melalui penulisan di media sosial agar mereka dapat
menerima nasihat tersebut dengan hati yang terbuka.

2. Kita juga mestilah sentiasa meminta kesabaran daripada Allah kerana


kesabaran yang tinggi tidak dapat diraih melainkan dengan berkat
kehendak dan pertolongan-Nya.

3. Setiap pendakwah haruslah melengkapkan diri dengan kemahiran


berdakwah dan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik bagi
menyampaikan agama Islam dengan berkesan agar orang ramai mudah
menerima ajaran Islam.

Isu semasa 1
Menasihati dengan cara yang kurang tepat di media sosial

Pada masa kini melalui peredaran zaman yang kian maju, penggunaan
media sosial seperti Telegram, Twitter dan Instagram semakin berkembang
dari semasa ke semasa. Seluruh dunia menggunakan media sosial
sebagai salah satu medium komunikasi serta berkongsi pelbagai aktiviti
seharian yang telah mereka lakukan. Namun, sudah menjadi asam garam
kehidupan pasti ada sahaja yang tidak kena dimata sesetengah individu
kerana berlainan pendapat sehingga menyebabkan berlakunya
pertelingkahan antara satu sama lain di media sosial. Sebagai umat Islam,
kita seharusnya menasihati mereka dengan kata-kata yang baik kerana jika
kita menasihati mereka sehingga melukakan hati, sudah pasti mereka tidak
dapat menerima nasihat tersebut dan beranggapan bahawa kita hanya
ingin memalukan mereka di media sosial. Oleh itu, kita seharusnya
menasihati seseorang dengan cara yang lebih tepat iaitu dengan cara
menasihati mereka secara bersemuka ataupun menasihati mereka secara
personal di media sosial seperti PU Azman yang sentiasa memberikan
kata-kata nasihat serta menyebarkan tolenrasi di media sosial beliau
dengan caranya yang tersendiri yang mana ia mampu menarik perhatian
orang ramai terutamanya golongan muda kerana layanan dan kata-kata
yang baik untuk menegur seseorang melalui media sosial mampu
melembutkan hati yang keras jika kena dengan caranya.

10
Diriwayatkan dari Abu Ruqaiyah Tamim Bin Aus Ad-Dari r.a bahawa Nabi
SAW telah bersabda : “agama itu nasihat.” Kami bertanya: “Terhadap
siapa?” Dia bersabda: “Terhadap Allah, terhadap kitabNya, terhadap
RasulNya, terhadap pemimpin kaum muslimin dan terhadap kaum awam
mereka.”

Hadis ini menyatakan betapa pentingnya nasihat ini sehingga Islam itu
seumpama atau dianggap dengan nasihat. Namun, memberikan nasihat
dengan cara menyindir adalah kurang baik kerana ia boleh menyebabkan
salah faham antara satu sama lain. Oleh itu, ketika kita menasihati
seseorang, gunakanlah kata-kata yang baik dan mudah difahami dan
janganlah kita mudah berputus asa dalam menegur serta saling nasihat-
menasihati agar kita memperoleh kebaikan bersama.
11

Isu semasa 2

Menuduh seseorang yang cuba menyebarkan kebaikan di media sosial


sebagai seseorang yang suka menunjuk-nunjuk dalam melakukan
kebaikan

Keadaan ini yang sering berlaku kepada sesetengah individu yang hanya
berniat untuk menyebarkan kebaikan serta sikap saling bantu-membantu
antara satu sama lain tidak kira bangsa, agama dan budaya. Sebagai
contoh Ustaz Ebit Lew sentiasa menerima kecaman dan pelbagai andaian
yang beranggapan bahawa beliau merupakan seorang yang suka
menunjuk hanya untuk membantu sesama manusia. Namun, beliau tidak
mengambil peduli apa yang diperkatakan oleh orang lain kerana niatnya.
Kita juga sependapat bahawa Ustaz Ebit Lew ini sering kali turun padang
untuk membantu serta menyebarkan ajaran Islam dengan cara yang
sangat berkesan sehingga ramai orang memeluk agama Islam kerana
terpegun dengan cara beliau menyampaikan dakwah serta sifatnya yang
suka membantu orang lain meskipun pelbagai tuduhan yang dilemparkan
kepada beliau.
12

Rasulullah SAW bersabda :

Daripada Abdullah Bin ‘Amru Bin Al-‘Ash ra, Rasulullah SAW


bersabda :

“Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani


Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku
dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di
Neraka.” (Al-Bukhari)

Maka menyampaikan ilmu tidak kira sedikit atau banyak tidak menjadi
masalah selagi ia berpandukan Al-Quran dan Sunnah agar kita
memperolehi ganjaran pahala. Oleh itu, untuk menyampaikan ajaran
agama Islam serta menunjukkan contoh-contoh teladan yang baik pada
orang ramai melalui media sosial merupakan langkah-langkah yang terbaik
kerana keadaan ini dapat membuka minda seluruh dunia untuk menerima
bahawa agama Islam ini merupakan agama perdamaian serta
menitikberatkan hubungan sesama manusia iaitu dengan cara saling
membantu, saling menasihati dan bertolenrasi antara satu sama lain.
13

Kesimpulan

Tuntasnya, melalui Surah An-Nahl ayat ke-125 dapat kita simpulkan


bahawa kita digalakkan menyebarkan agama Islam dengan cara yang
bernas dan boleh diterima oleh seluruh masyarakat tidak kira bangsa dan
agama dengan menggunakan pelbagai cara yang mampu menarik minat
masyarakat seperti mengadakan ceramah secara dalam talian bagi
menggalakkan orang ramai untuk menonton siaran tersebut terutamanya
golongan muda, menyebarkan kebaikan di media sosial serta memberikan
dorongan kepada orang lain di media sosial tanpa menyinggung mana-
mana pihak. Keadaan ini sudah pasti dapat membantu setiap umat Islam di
seluruh dunia agar menyedari bahawa tanggungjawab kita sebagai umat
Islam iaitu saling bersatu padu dalam menyebarkan kebaikan semata-mata
kerana Allah SWT.
14
Akhir sekali, kita sependapat bahawa sebagai seorang umat Islam kita
seharusnya menegur sesama manusia jika seseorang itu melakukan
kesilapan. Namun, harus kita fahami bahawa kita harus mempunyai ilmu
dalam menegur seseorang dengan cara yang lebih baik agar tidak berlaku
salah faham antara satu sama lain. Hal ini disebabkan, jika kita tidak
mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dengan orang lain, sudah
pasti mereka tidak dapat menerima cara teguran kita malah semakin
membenci sesama manusia kerana tidak semua orang dapat menerima
teguran kerana ego yang menggunung. Namun, bukan tugas kita untuk
memberikan mereka petunjuk kerana sesungguhnya tugas kita ini
hanyalah mengingati mereka.

Firman Allah SWT dalam surah Taha ayat 44 :

Yang bermaksud : “maka kamu katakan kepadanya kata-kata yang


lemah-lembut, mudah-mudahan dia beringat (sedar) atau takut
(kepada Tuhan).”
15
Rujukan

Internet

1. Quran Surah An-Nahl ayat 125. Diambil Daripada : https://www.surah.my/16


2. Turunnya Surah An-Nahl Mampu Menenangkan Rasulullah (2018, Ogos 7) Diambil
Daripada:https://www.jalansirah.com/turunnya-surah-an-nahl-mampu-menenangkan-
rasulullah.html
3. Khutbah-Adab Dalam Memberi Nasihat Dan Teguran. Kementerian Hal Ehwal Ugama,
Brunei Darussalam.(Tarikh tidak dinyatakan) Diambil Daripada:
http://www.kheu.gov.bn/Lists/khutbah/NewDisplayItem.aspx?ID=710
4. Tafsir Al-Quran (2020, May 5) Diambil Daripada:
https://tafsiralquranbahasamelayu.blogspot.com/2020/05/16125-128-tafsir-surah-nahl-
ayat-125-128.html?m=1

Buku

Mohd. Aiman Az Zuhairi. (2019). Hadis 40 Imam An-Nawawi, muka surat 35


16
SURUH AT-TAHRIM AYAT 6 ( KELUARGA)

AYAT DAN TERJEMAHAN

َ‫صون‬ُ ‫ارةُ َعلَ ْي َها َماَل ئِ َك ٌة غِ اَل ٌظ شِ دَا ٌد اَل َي ْع‬ ً ‫س ُك ْم َوأَهْ لِي ُك ْم َن‬
ُ ‫ارا َوقُو ُدهَا ال َّن‬
َ ‫اس َوا ْلح َِج‬ َ ُ‫َيا أَ ُّي َها الَّذِينَ آ َم ُنوا قُوا أَنف‬
َ‫هَّللا َ َما أَ َم َر ُه ْم َو َي ْف َعلُونَ َما ُي ْؤ َم ُرون‬.

Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu


daripada azab api neraka, yang bahan bakarnya merupakan manusia dan
batu berhala yang disembah oleh orang kafir , serta penjaganya
merupakan malaikat-malaikat yang keras, kasar, dan mereka tidak pernah
derhaka kepada Allah SWT terhadap apa yang telah diperintahkan oleh-
Nya kepada mereka dan mereka melakukan segala perintah Allah SWT.

( Ayat 6)
17
ASBAB TURUNNYA SURAH AT-TAHRIM AYAT 6

Surah At-Tahrim merupakan surah yang ke-66 di dalam al-Quran. Surah ini
tergolong dalam surah Madaniyyah yang terdiri daripada 12 ayat. Surah ini
dinamakan At-Tahrim kerana pada mulanya surah ini terdapat perkataan "
tuharrim " yang bermaksud mengharamkan. Surah At-Tahrim ayah ke-6 ini
tidal mempunyai asbab nuzulnya kerana ayat ini merupakan sambungan
ayat yang sebelumnya. Ada yang berpendapat bahawa sebab turunnya
surah ink ialah kerana Nabi Muhammad SAW telah mengharamkan dirinya
daripada madu.

18
TAFSIRAN AYAT

Firman Allah SWT dalam ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang
beriman dan percaya kepada Allah SWT dan rasulnya, dengan menyuruh
mereka supaya memelihara diri dan keluarga mereka daripada api neraka
yang bahan bakarnya merupakan manusia iaitu orang yang kafir dan batu
berhala yang disembah oleh orang bukan Islam. Selain itu, Allah SWT
menyuruh mereka tat dan patuh dalam melakukan segala perintah-Nya
supaya dapat terhindar daripada api neraka. Penjaga neraka merupakan
malaikat-malaikat yang kasar hatinya dan keras layanannya. Mereka
merupakan makhluk ciptaan Allah SWT yang tidak pernah derhaka kepada
Allah SWT terhadap segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan
mereka melakukan segala perintah yang diberikan oleh Allah SWT. Antara
cara untuk menyelamatkan diri daripada azab api neraka ialah dengan
menunaikan solat dan sentiasa bersabar ketika mengerjakannya seperti
yang diperintahkan oleh Allah SWT.

َ َ‫َو ْأمُرْ اَهْ ل‬


‫ك ِبالص َّٰلو ِة َواصْ َط ِبرْ َعلَ ْي َها‬

Dan menyuruh keluargamu mengerjakannya solat dan sentiasa bersabar


ketika menunaikannya. ( Tha Ha [20] : 132)
19

Ketika ayat ini diturunkan, terdapat beberapa sahabat Nabi Muhammad


SAW iaitu Umat telah menanyakan kepada baginda bagaimana cara untuk
menjaga keluarga setelah menjaga diri sendiri. Lalu Nabi Muhammad SAW
mengatakan supaya melarang ahli keluarga untuk tidak melakukan perkara
yang dilarang dilakukan dan menyuruh mereka untuk mengerjakannya
perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada mereka. Ini merupakan
cara untuk menghindari diri dan keluarga daripada api neraka.
20
PENGAJARAN AYAT

1. Dapat meningkatkan Ketaqwaan kepada Allah SWT.

Berdasarkan ayat ini, Allah SWT telah memerintahkan orang-orang yang


beriman untuk memelihara diri dan keluarga mereka daripada azab api
neraka dengan menyuruh ahli keluarga untuk mentaati perintah Allah SWT,
dan bertaqwa kepada-Nya dengan melakukan kebaikan dan meninggalkan
segala larangan-Nya. Ganjaran siksaan api neraka diberikan kepada orang
yang kafir dan kepada orang yang menderhakai Allah SWT dengan tidak
mahu taat kepada-Nya dan sentiasa melakukan maksiat semasa hidup di
dunia.

Oleh itu, kita wajiblah taat kepada Allah SWT supaya dapat selamat
daripada siksaan api neraka. Antara tindakan yang boleh diambil dan
dilakukan ialah dengan membina diri kita dengan mendalami adab dan
akidah Islam, hal ini membolehkan kita mampu untuk melaksanakan dan
melakukan dakwah kepada orang lain yang terdekat dengan kita iaitu
keluarga kita seperti memberi dakwahan atau nasihat kepada ibu bapa,
isteri, anak-anak dan saudara mara kita seperti yang diperintahkan oleh
Allah SWT
21

‫ك ااْل َ ْق َر ِبي َْن‬


َ ‫َواَ ْن ِذرْ عَشِ ي َْر َت‬
Dan berilah peringatan kepada keluarga dan keturunanmu ( Muhammad )
yang terdekat. ( asy-Syu'ara' [26] : 214)

Seterusnya, setelah kita mampu memberi dakwah kepada ahli keluarga


kita, maka kita haruslah menyebabkan dakwah terse but kepada seluruh
masyarakat. Hal ini demikian, kita dapat menyebarkan sebahagian
daripada rahmat yang dikurniakan oleh Allah SWT iaitu yang merupakan
ajaran Islam yang penuh dengan keadilan dan kedamaian.

2. Dapat menjaukan diri dan keluarga daripada siksaan api neraka.

Amalan yang soleh dan mulia membolehkan seseorang manusia untuk


masuk ke syurga dan akan dijauhkan daripada siksaan api neraka. Antara
amalan yang soleh dan mulia ialah dengan membanyakkan bersedekah
kepada orang yang lebih memerlukan, memberi berdakwah kepada orang
lain, berakhlak mulia dan sentiasa melakukan kebaikan dan menolong
orang lain dan sebagainya. Selain itu, antara amalan yang dapat dilakukan
oleh setiap orang muslim supaya dapat menyelamatkan diri mereka
daripada api neraka ialah dengan menunaikan solat dan sentiasa bersabar
ketika menunaikannya dengan tidak tergesa-gesa.
22

TANGGUNGJAWAB KETUA KELUARGA DAN IBU BAPA

1. Memberi didikan agama kepada ahli keluarga.

Ketua keluarga iaitu suami atau bapa wajib menjalankan


tanggungjawabnya dengan memberi didikan agama kepada seluruh ahli
keluarganya. Oleh itu, sebelum mendirikan rumah tangga, kita mestilah
mencari ilmu untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam
dan sempurna iaitu dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama,
mengkaji hadis-hadis Nabi Muhammad SAW atau membaca dan
memahami Al-Quran. Hal ini kerana di dalam al-Quran mengandungi cerita
dan pengetahuan yang lengkap tentang semua perkara yang ingin
diketahui oleh manusia termasuk juga pengetahuan tentang keluarga. Oleh
itu, orang islam mestilah mencari ilmu dan membaca al-Quran supaya
dapat menambahkan pengetahuan dan dapat menjadi panduan kepada
kehidupan harian kita. Hal ini demikian kerana apabila seseorang memiliki
pengetahuan agama yang tinggi dan banyak, ia dapat memberikan asuhan
dan didikan agama yang sempurna seperti yang diperintahkan oleh Allah
SWT kepada ahli keluarganya serta dapat mengelakkan mereka daripada
dibelengu dengan kejahilan.
23

2. Mengingatkan anak-anak untuk menunaikan solat.

Selain itu, ibu bapa haruslah mengingatkan anak-anak mereka supaya


sentiasa menunaikan solat fardhu dan menjadikan diri mereka sebagai
contoh yang baik kepada anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa mestilah
memiliki pengetahuan tentang cara menunaikan solat fardhu dan haruslah
sentiasa menunaikan solat fardhu seperti yang diperintahkan oleh Allah
SWT, hal ini kerana anak-anak mereka akan mengikut tingkah laku seperti
yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka. Jika ibu bapa melakukan perkara
yang dimurkai oleh Allah SWT, anak-anak juga akan melakukan perkara
terebut seperti tidak menunaikan solat, mencuri dan sebagainya. Ibu bapa
haruslah menggalakkan anak-anak mereka supaya menunaikan solat
fardhu secara berjemaah sama ada di rumah mahupun di masjid atau di
surau. Hal ini demikian kerana, ibu bapa mempunyai peranan yang penting
dalam mendidik anak-anak mereka supaya mentaati perintah Allah SWT.
Oleh itu, ibu bapa mestilah memiliki ilmu yang tinggi tentang agama dan
mestilah mencari lebih banyak ilmu pengetahuan supaya dapat mendidik
anak-anak dan memelihara keluarga yang bahagia di dunia dan di akhirat.
24

ADAB DENGAN IBU BAPA

1. Berbakti kepada ibu bapa .

Darjat kedua ibu bapa diangkat tinggi di dalam Islam sebagai darjat kedua
selepas darjat iman seseorang. Sebagai seorang anak, kita mestilah
berbakti kepada ibu bapa kita yang telah membesarkan dan melahirkan
kita walaupun mereka bukan muslim. Kita boleh berbakti kepada ibu bapa
kita sama ada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia. Ketika
mereka masih hidup kita hendaklah berbakti dengan menjaga mereka
ketika mereka sakit atau sudah tua, kita juga haruslah sentiasa menziarahi
mereka ketika sudah tidak tinggal bersama mereka lagi. Selain itu, kita juga
haruslah sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita yang telah
menjaga kita dari kecil hingga sudah dewasa. Contohnya, mendoakan
mereka supaya mendapat kesihatan yang baik, sentiasa mendapat rahmat
daripada Allah SWT dan sebagainya. Antara cara untuk berbakti kepada
ibu bapa ketika mereka sudah meninggal dunia ialah dengan sentiasa
mendoakan mereka, sentiasa menziarahi kubur mereka dan membayar
segala hutang ibu bapa kita jika ada. Ini merupakan cara untuk berbakti
kepada kedua ibu bapa kita yang telah menjaga kita . Hal ini demikian
kerana dengan berbakti kepada ibu bapa, hidup kita akan diberkati dan
dirahmati oleh Allah SWT.
25

2. Bercakap menggunakan bahasa yang sopan.

Sebagai seorang anak , kita mestilah menggunakan bahasa yang sopan


ketika bercakap dengan ibu bapa kita kerana mereka yang telah
melahirkan dan membesarkan kita dari kecil sehingga dewasa. Kita
janganlah sesekali meninggikan suara dan bercakap dengan kasar ketika
bercakap dengan ibu bapa . Hal ini menyebabkan kita telah menyakiti hati
mereka tanpa kita sedar. Tindakan ini menyebabkan seseorang anak
sudah derhaka kepada kedua ibu bapanya dan akan dimurkai oleh Allah
SWT. Hal ini kerana, berdosa seseorang anak yang bersikap biadap
dengan ibu bapanya. Oleh itu kita mestilah menghormati mereka dengan
menggunakan bahasa yang sopan supaya kita sentiasa mendapat redho
mereka dan akan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

3. Taat perintah ibu bapa.

Sebagai seorang anak kita juga memiliki tanggungjawab untuk mentaati


segala suruhan ibu bapa walaupun perkara yang disuruh oleh ibu bapa kita
sukar untuk dilaksanakan. Kita mestilah mentaati perintah atau nasihat
yang diberikan oleh ibu bapa kepada kita kerana ia merupakan salah satu
cara untuk kita membalas jasa yang telah mereka lakukan kepada kita. Kita
janganlah melawan atau membantah perintah mereka supaya tidak
dimurkai oleh Allah SWT. Jika kita tidak mahu melaksanakannya kita
mestilah menolak dengan baik supaya tidak menyakiti hati mereka.

26

ISU SEMASA 1

 Anak derhaka

Pada masa kini anak-anak sudah menjadi tuan kepada ibu bapa mereka,
mereka sudah tidak ada lagi rasa hormat kepada ibu bapa mereka. Mereka
bukan sahaja meninggikan suara malah mereka juga sanggup membunuh
ibu bapa mereka dengan kejam tanpa belas kasihan. Hal ini tidak boleh
dipandang remeh oleh seluruh masyarakat. Anak- anak seharusnya
memiliki rasa hormat kepada ibu bapa mereka. Terdapat beberapa punca
yang menyebabkan mereka sudah tidak menghormati dan sanggup
membunuh ibu bapa mereka sendiri. Antaranya ialah mereka tidak boleh
menerima teguran daripada ibu bapa, contohnya baru-baru ini berlakunya
kes pembunuhan bapa kerana ditegur oleh bapanya kerana bermain
telefon bimbit. Hal ini meyebabkan anak-anak merasa tidak berpuas hati
dengan melakukan perkara yang tidak bermoral sehingga sanggup
membunuh bapa kandungnya yang telah membesarkannya dari kecil.
Selain itu, punca mereka kita mereka tidak menghormati ibu bapa ialah
kerana pengaruh dadah. Pengambilan dadah boleh menyebabkan
seseorang itu kehilangan kewarasan akal sehingga sanggup mengugut ibu
bapa meraka supaya memberi duit kepada mereka untuk membeli dadah
dan mereka sanggup membunuh ibu bapa mereka sendiri sekiranya
keinginan mereka tidak dipenuhi. Oleh itu, ibu bapa haruslah memainkan
peranan dengan mengambil tahu tentang aktiviti yang dilakukan oleh anak-
anak supaya mereka tidak melakukan perkara yang tidak baik. Ibu bapa
juga haruslah memberi nasihat kepada anak-anak mereka supaya sentiasa
menghormati orang yang lebih tua dari mereka.

27

ISU SEMASA 2
 Kes buang bayi.

Masalah pembuang bayi dalam kalangan remaja semakin bertambah di


negara kita. Masalah ini tidak boleh diambil mudah oleh seluruh
masyarakat. Masalah ini berlaku disebabkan oleh beberapa
faktor,antaranya ialah anak-anak muda seperti remaja tidak mendaptkan
didikan agama yang secukupnya daripada ibu bapa. Hal ini menyebabkan
mereka sanggup untuk melakukan perkara yang tidak bermoral kerana
mereka berpendapat bahawa mereka melakukan perkara yang betul
sedangkan perkara tersebut merupakan perkara yang tidak sepatutnya
dilakukan dan tidak diterima di dalam Islam. Selain itu, anak-anak yang
kurang mendapat kasih sayang daripada keluarganya juga merupakan
faktor berlakunya pembuangan bayi. Hal ini demikian kerana terdapat
sesetegah ibu bapa yang sibuk dalam pekerjaan sehingga melupakan
tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa sehingga anak-anak mereka
hidup dalam kebebasan. Perkara ini dapat menyebabkan anak-anak atau
remaja bebas dalam pergaulan sehingga menyebabakan mereka
terpesong sehingga melakukan maksiat dan sanggup membuang bayi
yang tidak berdosa. Oleh itu, sebagai seorang ibu bapa mestilah sentiasa
memberikan didikan agama yang secukupnya seperti yang di perintah oleh
Allah SWT supaya mereka tidak terpesong.

28
KESIMPULAN

Kesimpulannya, surah At-Tahrim ayat ke-6 ini menyeru orang-orang yang


beriman supaya menjaga diri dan ahli kelarga mereka daripada api neraka
dengan menyuruh ahli keluarga untuk mentaati segala perintah Allah SWT
dan bertaqwa kepada-Nya. Ayat ini juga merupakan sebagai satu bentuk
perintah Allah SWT kepada ketua keluarga iaitu suami atau bapa supaya
menjaga diri dan keluarga mereka daripada api neraka. Perkara yang
harus dilakukan oleh ketua keluarga atau pemipin ialah dengan mengajar
ahli keluarga dengan ilmu agama yang sempurna dan memberi nasihat
kepada mereka jika melakukan kesalahan supaya mereka dapat terhindar
daripada azab api neraka.

‫قيل في التفسير أي أدبوهم وعلموهم‬

Ajar dan didiklah mereka

Sebagai seorang anak, kita mestilah menghormati kedua ibu bapa kita
yang telah melahirkan dan membesarkan kita daripada kecil sehingga
dewasa. Hal ini kerana agama Islam menuntut supaya anak-anak
menghormati ibu bapa dengan melakukan kebaikan dan berbakti kepada
mereka sama ada masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

29

RUJUKAN
Analisis Ayat (Masyarakat)

Ayat dan Terjemahan

۞ ‫ين َولِ ُي ْن ِذ ُروا‬ ِ ِّ‫َو َما َكانَ ا ْل ُم ْؤ ِم ُنونَ لِ َي ْنفِ ُروا َكا َّف ًة ۚ َفلَ ْواَل َن َف َر مِنْ ُكل ِّ ف ِْر َق ٍة ِم ْن ُه ْم َطائِ َف ٌة لِ َي َت َف َّق ُهوا فِي الد‬
َ‫َق ْو َم ُه ْم إِ َذا َر َج ُعوا‚ إِلَ ْي ِه ْم لَ َعلَّ ُه ْم َي ْح َذ ُرون‬

Maksudnya:

“Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang).
mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa
orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk
memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali
kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya”. (Surah At-
Taubah,Ayat ke 122)

Bagi analisis ayat berkaitan masyarakat, kami telah pun memilih Surah Al-
Taubah ayat yang ke 122 untuk menganalisis ayat ini secara menyeluruh
dan terperinci daripada dari asal usul turunnya ayat ini sehinggalah
bagaimana ayat ini dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian manusia
sekarang dan isu semasa.
31
Asal Usul Ayat

Surah At-Taubah (‫ )سورة التوبة‬terdiri atas 129 ayat termasuk golongan surah-
surah Madaniyyah. Surah ini dinamakan At Taubah yang bermaksud
pengampunan berhubung kata At Taubah berulang kali disebut dalam
surat ini. Dinamakan juga dengan Baraah yang bermaksud berlepas diri
yang di sini maksudnya pernyataan pemutusan perhubungan, disebabkan
kebanyakan pokok pembicaraannya tentang pernyataan pemutusan
perjanjian damai dengan kaum musyrikin.

Di samping kedua nama yang masyhur itu ada lagi beberapa nama yang
lain yang merupakan sifat dari surah ini.Berlainan dengan surat-surat yang
lain, maka pada permulaan surat ini tidak terdapat basmalah, kerana surat
ini adalah pernyataan perang dengan makna bahawa segenap kaum
muslimin dikerahkan untuk memerangi seluruh kaum musyrikin, sedangkan
basmalah bernafaskan perdamaian dan cinta kasih Allah.Surat ini
diturunkan sesudah Nabi Muhammad SAW kembali dari peperangan
Tabuk yang terjadi pada tahun 9 H. Pengumuman ini disampaikan oleh
Sayidina 'Ali r.a. pada musim haji tahun itu juga.
32

Asbab Turunnya Surah At-Taubah Ayat ke 122

Allamah Thabarsi meriwayatkan di dalam kitab Majma’ul Bayan dari Ibn


Abbas, bahwa sesungguhnya Rasulullah Saw ketika berjalan menuju
medan peperangan, seluruh orang muslim berjalan bersama beliau kecuali
mereka orang-orang munafik dan mereka orang-orang yang memiliki
halangan.

Akan tetapi, setelah turunnya beberapa ayat yang mencela mereka kaum
munafik, khususnya mereka yang lari melarikan diri dari medan perang
saat di Tabuk, maka orang-orang mukmin lebih merencanakan dari
sebelumnya untuk bersegera ikut di dalam medan-medan peperangan,
bahkan yang tidak diikuti oleh Rasulullah Saw secara langsung. Para
prajurit berkeinginan menuju jihad.

Maka turunlah ayat ini dan mengumumkan bahwa jika tidak betul-betul
terdesak tidaklah wajib untuk seluruh muslimin berjihad, melainkan
diwajibkan ada sekelompok kecil dari mereka yang menetap guna
menuntut ilmu-ilmu Islam serta hukum-hukum agama dari Nabi Saw yang
kemudian mengajarkannya kepada para sahabat-sahabat mereka yang
ikut jihad sekembalinya dari medan peperangan.

Mufassir besar ini juga meriwayatkan sebab lain turunnya ayat tersebut
dengan kandungan yang sama, yaitu sekelompok dari para sahabat Nabi
Saw telah tersebar di banyak kabilah atau suku guna menyeru mereka
kepada Islam, maka mereka menyambut baik keberadaan para sahabat
tersebut.

33

Akan tetapi, ada saja segelintir orang yang mencela mereka bahwa mereka
telah membiarkan serta meninggalkan Nabi Saw berperang sementara
mereka mendatangi suku-suku, dan celaan tersebut mempengaruhi
mereka, oleh sebab itu mereka kembali kepada Nabi Saw. Maka, turunlah
ayat ini guna menguatkan pentingnya tugas dakwah mereka, bahkan harus
ada sekelompok dari mereka yang menjalankan tugas ini.
34

Tafsiran Ayat

Setiap orang mukmin diwajibkan mempelajari ilmu agama, mengamalkan


dengan baik, mengajarkan dan menyebarkannya kepada orang lain
menurut kemampuan dan pengetahuan masing-masing. Demikian itu
supaya ajaran-ajaran agama itu dapat diajarkan secara merata, dan
dakwah dapat dilakukan dengan cara yang lebih efektif dan bermanfaat
serta kecerdasan umat Islam dapat ditingkatkan. Keberkahan dan
pahalanya akan berkembang untuknya.

Rasulullah s.a.w. bersabda, ‫" بلغوا عني ولو آية‬Sampaikanlah olehmu (apa-apa
yang telah kamu peroleh) daripadaku walaupun hanya satu ayat Alquran."

Jika tidak dilakukan demikian, maka tiada hasil yang diperoleh dari
ilmunya, dirinya akan mati, ilmu dan buahnya pun mati. Hal ini sungguh
merugikan bagi orang yang diberikan ilmu dan kefahaman. Orang-orang
yang berjuang di bidang pengetahuan sama nilainya dengan orang-orang
yang berjuang di medan perang.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Di hari kiamat kelak tinta yang digunakan
untuk menulis oleh para ulama akan ditimbang dengan darah para
syuhada (yang gugur di medan perang)".
35

Fungsi ilmu adalah untuk mencerdaskan umat, maka tidaklah dapat


dibenarkan bila ada orang-orang Islam yang menuntut ilmu
pengetahuannya hanya untuk mendapatkan pangkat, kedudukan atau
keuntungan peribadi saja. Apalagi untuk menggunakan ilmu pengetahuan
sebagai kebanggaan dan kesombongan diri terhadap orang lain.

Ibnu Abu Hatim mengetengahkan sebuah hadis melalui Ikrimah yang


menceritakan, bahwa ketika diturunkan firman-Nya berikut ini, yaitu, "Jika
kalian tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kalian
dengan siksa yang pedih."
36

Pengajaran ayat

Disini kami akan menjelaskan sedikit berkenaan pengajaran ayat secara


ringkas. Dalam surah At-taubah ayat yang ke-122 ini, kewajiban menuntut
ilmu pengetahuan yang ditekankan di sisi Allah adalah dalam bidang ilmu
agama. Akan tetapi agama adalah suatu sistem hidup yang mencakup
seluruh aspek dan segi kehidupan manusia. Setiap ilmu pengetahuan yang
berguna dan dapat mencerdaskan kehidupan mereka, dan tidak
bertentangan dengan norma–norma agama, wajib dipelajari. Umat Islam
diperintahkan Allah untuk memakmurkan bumi ini dan menciptakan
kehidupan yang baik.

1) Kewajipan menuntut ilmu juga penting disamping keluar ke medan jihad.


Tidak seharusnya mementingkan kepada berjuang semata-mata dan
meninggalkan tuntutan menuntut ilmu pengetahuan. Ini kerana golongan
yang berilmu berkewajipan menyampaikan ilmu yang berkait dengan
hukum hakam dan sebagainya kepada golongan yang keluar berjihad
apabila mereka pulang.
2) Selain itu, kita hendaklah tidak mengambil mudah dalam urusan
menuntut ilmu kerana ia juga adalah sebahagian daripada jihad.
3) Pejuang Islam mesti mempunyai ilmu agama dan ilmu kemahiran yang
lain kerana inilah alat utama untuk mendirikan agama dan membangun
negara yang sejahtera.
37
Antara adab menuntut ilmu
1. Niat yang betul dalam menuntut ilmu
Menuntut ilmu merupakan ibadah dan akan diberikan ganjaran pahala oleh
Allah SWT. Justeru, setiap pelajar perlu mempunyai niat yang betul dan
ikhlas dalam menuntut ilmu. Setiap pelajar juga perlulah mempunyai
kefahaman tentang kepentingan ilmu dalam mencorakkan kehidupannya
pada masa akan datang. Niat yang betul dan kefahaman yang jelas
tentang perkara ini akan memberi kesan langsung terhadap kesungguhan
pelajar tersebut dalam menuntut ilmu di samping memberikan nilai-nilai
positif seperti istiqamah, kuat semangat, sabar dan tidak mudah putus asa
dalam menghadapi cabaran menuntut ilmu. 

2. Memulakan belajar dengan berdoa


Doa merupakan harapan dan manifestasi kebergantungan seseorang
individu dengan Allah SWT. Terdapat banyak doa yang telah diajarkan oleh
Baginda Rasulullah SAW yang boleh diamalkan ketika hendak belajar atau
menuntut ilmu. Sebagai pelajar, berdoa pada setiap kali sebelum mula
belajar sepatutnya dijadikan sebagai amalan bagi memperoleh keberkatan,
ilmu yang bermanfaat, ketenangan, kemudahan serta kefahaman yang
baik dan dijauhkan daripada sifat lupa.
38

3.   Tidak boleh sombong dan tidak boleh malu dalam


menuntut ilmu
Sombong dan malu menyebabkan pelakunya tidak akan memperolehi ilmu
selagimana kedua sifat tersebut masih terdapat di dalam dirinya.

Imam Mujahid rahimahullah berkata:

ٍ ْ‫الَ َي َت َعلَّ ُم ْالع ِْل َم مُسْ َتح‬


‫ى َوالَ مُسْ َت ْك ِب ٌر‬
“Dua orang yang tidak belajar ilmu: seorang pemalu dan seorang yang
takbur.” (HR. Bukhari secara muallaq)

4. Doa dam keredhaan ibu bapa


Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan
menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam.
Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang
keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan
akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita
dan mendoakan kejayaan kita.
39

5. Mengamalkan ilmu yang telah dipelajari

Kita mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang


termampu oleh kita. Ulama' silam sentiasa mengingatkan kita bahawa
orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke
dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. Jadikanlah
ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah
maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan
serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab
di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat.

Sesiapa sahaja yang menuntut ilmu bukan untuk diamalkan, nescaya


diharamkannya dari mendapat keberkatan ilmu, kemuliaan, serta ganjaran
pahalanya yang besar.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Perumpamaan seorang alim yang mengajarkan kebaikan kepada


manusia, kemudian dia melupakan dirinya (tidak mengamalkan ilmunya)
adalah seperti lampu (lilin) yang menerangi manusia, namun membakar
dirinya sendiri.” (HR At-Tabrani
40

Isu Semasa

1.Pengaru gadget kepada pembelajaran

Gajet pintar seperti smartphone atau tablet sememangnya sangat


membantu kita dalam menjalankan kehidupan seharian tanpa memerlukan
banyak peranti berasingan. Sebagai contoh, kita boleh mendapatkan
panduan arah menggunakan navigasi GPS, mendapatkan maklumat
segera melalui internet, mengambil gambar menarik yang boleh
dikongsikan ke laman sosial dengan segera dan banyak perkara lagi boleh
dilakukan dengan keupayaan smartphone yang canggih.

Selain itu, penggunaan gajet pada lewat malam juga bukan sahaja akan
menggangu tidur kita, bahkan ia juga boleh mengakibatkan tanda-tanda
stres dan tekanan. Ia juga boleh meyebabkan masalah kurang tidur dan
sering merasa letih serta mengantuk sewaktu mengikuti pembelajaran di
dalam kelas
41

Disebabkan smartphone juga, remaja masa kini lebih gemar bersendiri dan
meluangkan masa melayari laman sosial berbanding dengan bergaul
sesama rakan seusia di alam nyata. Tambahan pula, smartphone juga
dilihat menjadi faktor utama mengapa mereka ini kurang berinteraksi di
antara satu sama lain malah lebih memilih menggunakan aplikasi
Whatsapp dan laman sosial untuk berhubung dan berkenalan. Melalui gajet
pintar ini juga boleh tersebarnya bahan pornografi yang boleh merosakkan
pemikiran remaja malah menyumbang kepada berlakunya jenayah rogol
dan seks bebas.

Kajian di atas menunjukkan bahawa telefon pintar memberikan impak yang


besar kepada remaja yang menggunakannya dari segi produktiviti
kehidupan seharian. Dalam kalangan pelajar, penggunaan telefon pintar
yang mempunyai capaian internet dapat membantu proses pengajian
mereka khususnya ketika mencari bahan rujukan. Penggunaan telefon
pintar wajar di pantau oleh ibu bapa atau penjaga supaya pelajar mendapat
lebih banyak manfaat untuk kejayaan dalam akademik. Pelajar juga patut
sentiasa diingatkan supaya menggunakan sambungan tanpa wayar di
kampus sebagai instrumen menjulang kejayaan akademik bukannya
mensia-siakannya.

42

Gajet  ini sebenarnya ada kesan negatif dan positifnya tersendiri, walau
bagaimanapun jika tidak dikawal akan menyebabkan ketagihan berlaku
dan sudah tentu akan memberikan banyak impak yang negatif kepada
remaja sebagai contoh sikap malas, kurang aktiviti luar, leka pada alam
maya, pelajaran terabai, kurang kemahiran insaniah, cetek pengetahuan
am dan pemikiran terganggu.
43

Isu semasa 2

Cabaran dalam mendepani pendidikan

Falsafah pendidikan adalah asas kepada berlangsungnya suatu proses


pengajaran dan pembelajaran dalam sesebuah institusi pendidikan. Ia
menjadi kayu ukur kepada hala tuju institusi pendidikan tersebut. Selain itu,
pendidikan diwujudkan adalah bertujuan untuk membentuk kualiti individu
masyarakat yang dikehendaki berdasarkan kepada falsafah bagi sesebuah
institusi pendidikan yang dibina itu.

Perspektif falsafah pendidikan dalam Islam membincangkan berkenaan


peranan dan tujuan utama manusia diciptakan di muka bumi ini.Falsafah
mempunyai perkaitan yang begitu rapat dengan Pendidikan. Pendidikan itu
sendiri adalah suatu bentuk falsafah yang menjawab bagaimana suatu ilmu
yang benar dapat diperolehi dan apakah hubung kait penciptaan manusia
ini di muka bumi Allah SWT. Dalam pada itu, utama dalam proses
pembelajaran adalah kembali kepada individu itu sendiri. Proses
pendidikan adalah sebagai mekanisma untuk membentuk manusia yang
akhirnya dapat mencapai kriteria-kriteria tujuan kepada penciptaan mereka
dan juga peranan yang akan dipikul.

44

Al-Quran sendiri telah menyatakan berkenaan kriteria-kriteria tersebut


dengan menjelaskan tentang tujuan mereka diciptakan hanyalah semata-
mata untuk mengabdikan diri dan mengajak manusia (dakwah) kepada
Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah Al-Dzariyat
(51), ayat 56 dan Surah Al-Nahl (16), ayat 36 seperti berikut:
‫ون‬ َ ِ ‫ت ْٱل ِجنَّ َوٱإْل‬
ِ ‫نس إِاَّل لِ َيعْ ُب ُد‬ ُ ‫َو َما َخلَ ْق‬
Al-Quran, Surah Al-Dzariyat (51): 56
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.”

‫ت َعلَيْ… ِه‬ ْ ‫…وت ۖ َف ِم ْنهُم مَّنْ َه…دَى ٱهَّلل ُ َو ِم ْنهُم مَّنْ َح َّق‬ َّ ٰ ‫ُ…وا‬
َ ‫ٱلط ُغ‬ ۟ ‫َولَ َق… ْ…د َب َع ْث َن……ا فِى ُك… ِّل أ ُ َّم ٍة رَّ ُس…واًل أَ ِن ٱعْ ُب… ُد‬
…۟ ‫وا ٱهَّلل َ َوٱجْ َت ِنب‬
‫ين‬َ ‫ان ٰ َعقِ َب ُة ْٱل ُم َك ِّذ ِب‬
َ ‫ْف َك‬َ ‫ُوا َكي‬ …۟ ‫ٱنظر‬
ُ ‫ض َف‬ …۟ ‫ض ٰلَلَ ُة ۚ َفسِ ير‬
ِ ْ‫ُوا فِى ٱأْل َر‬ َّ ‫ٱل‬
, Surah Al-Nahl (16): 36
“Dan Sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat
seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah
kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka
(yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oleh
Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu
mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya
kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasul-Nya.”
45
Tujuan penciptaan manusia adalah untuk beribadah kepada Allah SWT
dan menzahirkanpengakuan syahadah (kepercayaan dan ketaatan) melalui
ibadah dengan rasa rendah diri dalam melaksanakan segala suruhan-Nya.
Istilah „liya‛budun‟ di definisikan sebagai „liya‛rifun‟ yang bermaksud untuk
mengenali Allah SWT yang mana kedua-dua istilah ini membawa
pendefinisian bahawa pendidikan merupakan alat untuk mengenali Allah
SWT dan mengabdikan diri kepada-Nya.

Al-Quran juga menegaskan bahawa orang yang beriman dan berilmu akan
memperoleh kedudukan dan penghormatan yang tinggi di sisi Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Mujadalah ayat 11 maksudnya ‘Allah
meninggikan darjat atau kedudukan orang-orang yang beriman di antara
kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan
(ingatlah) Allah Maha mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu
lakukan’.
46
Kesimpulan
Kesimpulannya yang dapat disimpulkan daripada ayat ini, setiap Muslim
wajib mempelajari dan menguasai ilmu fardu ain dengan selengkapnya,
kemudian mempelajari sekurang-kurangnya satu bidang daripada bidang-
bidang ilmu fardu kifayah supaya dia dapat menjadi penyumbang yang
bermakna kepada kesejahteraan hidup keluarga, masyarakat dan negara.
Selain itu, Islam amat menyanjung tinggi setiap usaha yang dilakukan
untuk menuntut ilmu. Namun begitu ianya perlulah dilakukan dengan cara
yang beradab. Dalam Islam, ilmu dan adab sama sekali tidak boleh
dipisahkan bahkan ia adalah saling lengkap melengkapi antara satu sama
lain. Tidak ada gunanya jika seseorang pelajar itu memiliki ilmu yang hebat
namun tidak mempunyai adab atau etika yang baik. Adab yang baik
sebenarnya adalah cerminan atau manifestasi keilmuan seseorang.
Semakin tinggi ilmu seseorang itu maka semakin baiklah adabnya dan
begitu jugalah sebaliknya. Oleh yang demikian setiap muslim perlulah
memahami, mengambil berat dan mempraktikkan adab belajar yang baik.
47

Rujukan

Internet

1. Sebab Turun Ayat 122 Surat At Taubah | Ikmal Online (2017 Julai
29)Diambil daripada
http://ikmalonline.com/sebab-turun-ayat-122-surat-at-taubah/
2. Quran Surat At-Taubah Ayat 122 Arab, Latin
https://tafsirweb.com/3138-quran-surat-at-taubah-ayat-122.html

AL-MUWAHHIDUN: ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU (2018, Julai 10)


Diambil daripada: https://almuwahhidun.blogspot.com/2018/07/adab-adab-
menuntut-ilmu.html
48

Anda mungkin juga menyukai