Anda di halaman 1dari 1

Dalam kehidupan seharian kita, setiap hari kita akan berfikir.

Fikiran dan minda yang


positif memainkan peranan penting untuk meneruskan kehidupan seharian . Apa
yang kita fikirkan akan mempengaruhi emosi kita seharian.
Jom kita lihat Tips untuk Minda Yang Positif berasaskan perkataan G.E.M.B.I.R.A
G: Gembira

Gunakan masa yang ada dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan kerana ia
akan mendorong emosi positif supaya anda lebih ceria dan bahagia setiap hari.

E: Emosi Positif

Emosi yang positif akan mempengaruhi hari anda. Tarik nafas dan buang emosi
negatif jauh daripada diri anda. Ini perlu diamalkan dalam kehidupan seharian anda
untuk mendapatkan minda yang positif setiap hari. Cubalah!!
M:Minda Cerdas
Apabila kita mengamalkan gaya hidup yang sihat, secara tidak langsung ia akan
memberikan impak yang positif secara mental dan fizikal, seiring dengan slogan
Badan Sihat Minda Cerdas .
B:Beribadat
Melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Tuhan akan menjadikan hari-hari
anda lebih bermakna dan akan menjadikan anda hamba yang sentiasa bersyukur
atas nikmat yang diberikan.
I: Insentif
Beri hadiah atau reward kepada diri sendiri merupakan salah satu kaedah terbaik
untuk membahagiakan diri. Tidak perlu barangan mewah, cukup sekadar coklat. Ia
sudah cukup untuk mengukir senyuman di wajah anda.
R: Rasional
Manusia berfikir menggunakan akal yang dianugerahkan Tuhan. Pemikiran yang
rasional dan positif akan membantu anda membuat keputusan yang betul tanpa
menggunakan emosi semata-mata.

A: Amalkan tidur yang cukup

Amalan tidur yang cukup merupakan meditasi yang baik kerana apabila anda
mendapat tidur yang mencukupi, anda akan memulakan hari anda dengan positif
dan ceria.

Diharapkan perkongsian ini, sedikit sebanyak anda membantu anda untuk


mendapatkan minda yang positif setiap hari. Cubalah.

Siti Rohayu binti Ahmadan


Guru Bimbingan & Kaunseling
SMK Kelana Jaya

Anda mungkin juga menyukai