Anda di halaman 1dari 5

KASIH SESAMA MUSLIM

‫ اح ىَّت ُ ُِي ىب ِ َِل ِخ ْي ِه اما ُ ُِي ُّب ِلنا ْف ِس ِه‬،‫اَل ي ُ ْؤ ِم ُن َأ احدُ ُ ُْك‬
Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi SAW bersabda:
“Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi
saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri,”
(HR Bukhari)

Bagi mencapai darjat iman yang sempurna, seorang muslim


mestilah memiliki perasaan senang hati dan inginkan saudaranya
(muslim yang lain) memperoleh kebaikan dan mengerjakan taat
seperti yang dia inginkan untuk dirinya di samping itu dia
mestilah berusaha ke arah itu.

Antara bentuk usaha itu ialah Janganlah menyimpan rasa


memberi nasihat dan tunjuk permusuhan terhadap
ajar kepada mereka untuk saudaramu sesama mukmin
menghasilkan apa yang kerana ini boleh menyebabkan
memberi manfaat sama ada diri kamu terdedah kepada
manfaat dunia atau akhirat. seksaan Allah SWT.

Jika umat Islam berpegang dengan petunjuk hadis ini dan


merealisasikannya dalam kehidupan, tentulah keadaan mereka
berubah daripada lemah kepada kuat, daripada hina kepada mulia
dan seterusnya. Malah, yang pastinya tidak terdapat perpecahan,
pergaduhan, rebutan sehingga menyebabkan mereka berlindung
kepada musuh untuk mencari penyelesaian yang akhirnya musuh
mengambil kesempatan untuk melemahkan mereka.

(Sumber: Majalah Asuh Disember 2014)


1
Anda mesti pernah dipuji kerana
kecantikan, kecerdikan di dalam kelas,
kebaikan menolong orang lain dan
sebagainya. Rasa bangga, angkuh,
sombong terus masuk dalam diri
dengan kelebihan tersebut. Kita
merasakan diri hebat daripada orang
lain, berasa takbur (besar diri)
sehinggakan orang lain tidak dapat
menandingi diri kita. Itulah sifat yang Jadi layaklah Allah untuk meng-Agungkan diri
tidak patut ada pada diri kita. Ini dan kita sebagai ciptaan-Nya mesti taat akan
kerana sifat-sifat ini hanya layak ada suruhan-Nya. Kita tidak boleh bermegah
pada Allah SWT yang bersifat al- megah berjalan di atas muka bumi ini dengan
Mutakabbir iaitu Yang Memiliki Segala memandang hina kekurangan orang lain.
Keagungan. Berjalanlah dengan penuh rendah diri dan
Meskipun kita seorang yang hebat memandang orang yang susah dengan kasih
dalam bersukan, berpidato, sering sesama insan.
mendapat nombor satu, itu hanyalah Bahkan kita juga tidak boleh sombong
pemberian dari Allah SWT. Kita hamba terhadap kedua ibu bapa dengan merasakan
yang lemah tidak layak untuk kita selalu betul. Kita kenalah mendengar
mengagungkan diri, menyombongkan diri nasihat mak ayah kerana mereka berpesan
bahkan membesarkan diri. Anda tentu untuk kebaikan diri kita. Sentiasa bercakap
ingat kisah Iblis yang ingkar akan perintah dengan lemah lembut terhadap mereka.
Allah, merasakan diri hebat sehinggakan Tanpa mereka siapa kita. Mereka tanpa
tidak mahu sujud hormat kepada Nabi mengenal penat-lelah, tanpa keluh kesah,
Adam walaupun itu adalah perintah Allah sentiasa berkorban untuk membesarkan kita.
SWT. Akhirnya Iblis dilaknat oleh Allah Pengorbanan mereka tiada tandingannya.
kerana menderhaka. Justeru itu, segala ilmu yang kita
Begitu juga kita, jika kita angkuh, perolehi perlu disyukuri dengan berkongsi
sombong dan berbangga diri, kawan- bersama kawan-kawan, menceritakan
kawan akan menjauhkan diri. Hidup kita kepada orang lain dan memberi manfaat
akan kesunyian, apabila susah tiada kepada masyarakat di sekeliling. Jangan
siapa yang sudi membantu, tinggallah kita sesekali kita kedekut untuk berkongsi segala
seorang diri. Sesungguhnya sikap ilmu dan kelebihan yang kita miliki. Ingatlah
sombong, angkuh dan besar diri kita jangan sombong, pasti kita akan
semuanya orang benci. Inilah sifat yang mendapat ramai kawan.
mesti dihindarkan untuk menjaga Jika kita menghadapi pelbagai halangan
hubungan sesama manusia dan dalam hidup, jadikanlah nama Allah “al-
hubungan dengan Allah. Mutakabbir” ini sebagai wirid, insya-Allah
Kita mesti ingat, Allah yang mencipta akan diperkenankan segala hajat dengan
segala bentuk alam ini, makhluk dan kita. mengetepikan segala halangan tersebut.
(Sumber: Majalah Asuh Julai 2009)

2
Umar R.A kembali ke Madinah
Khalifah Umar al-Khattab R.A bersama para sahabatnya berhenti di
daerah perbatasan sebelum memasuki Syam kerana mendengar khabar
wabak taun yang melanda negeri tersebut. Setelah meminta pandangan
gabenor Syam, Abu Ubaidah bin al-Jarrah dan para sahabat, akhirnya
Umar membuat keputusan untuk pulang ke Madinah. Abu Ubaidah yang
menginginkan mereka masuk ke Syam lantas bertanya kepada Umar,
“Mengapa engkau perlu lari daripada takdir Allah SWT?” Maka, Umar
pun menjawab, “Sesungguhnya dengan kita pulang, kita hanya berpindah
dari satu takdir kepada takdir yang lain.”

Kematian Abu Ubaidah al-Jarrah


Abdurrahman bin Auf bersetuju dengan pandangan Umar lalu
mengucapkan hadis Rasulullah SAW: “Jika kalian mendengar wabak
melanda suatu negeri, maka janganlah kalian memasukinya. Dan jika kalian
berada di sesuatu kawasan itu, janganlah kalian keluar untuk lari
daripadanya.” Akhirnya mereka pun pulang ke Madinah, mengikut saranan
Umar R.A manakala Abu Ubaidah mengambil keputusan hidup bersama
rakyatnya dan mati bersama rakyatnya. Hingga suatu waktu, Umar R.A pun
menangis ketika mendengar khabar Abu Ubaidah, Muadz bin Jabal, Suhail
bin Amr dan sahabat-sahabat mulia yang lain (radiallahuanhum) wafat
kerana wabak taun di Syam. Menurut sirah, sekitar 20,000 orang
terbunuh akibat dijangkiti wabak tersebut yang mana hampir separuh
penduduk Syam ketika itu.

Tindakan Amru bin al-Ash tangani wabak


Wabak taun berhenti ketika sahabat baginda, Amr bin al-Ash R.A
memimpin disebabkan kecerdasan beliau menyelamatkan Syam, hasil
daripada tadabbur (renungan) dan kedekatannya dengan alam ini. Amr bin
al-Ash berkata: “Wahai sekalian manusia, penyakit ini menyebar seperti
maraknya api. Jauhilah dan berlindunglah dengan menempatlah di gunung-
ganang.” Mereka pun berlindung dan duduk di kawasan gunung-ganang.
Wabak pun berhenti sebagaimana api yang padam kerana tidak mampu
lagi menemukan bahan yang dibakar.
(Sumber: https://www.ikram.org.my)
3
ADAB MENUNTUT ILMU DI ATAS TALIAN

Pelajarilah adab sebelum


mempelajari suatu ilmu
-Imam Malik-
1. HADIR KELAS AWAL.

Masuk awal ketika kelas atas talian bermula. Ikut jadual PdPR yang
telah ditetapkan dan ikuti kelas sebagaimana di sekolah.

2. JANGAN PONTENG.

Sentiasa hadir kelas walaupun sekadar kelas atas talian. Maklumkan


kepada guru jika tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat
dielakkan. Jangan lupa hantar semua tugasan yang diberikan oleh guru.

3. SENYAP KETIKA GURU SEDANG BERCAKAP.

Ketika guru sedang bercakap, janganlah kita menyampuk, ini adalah satu
perbuatan yang tidak beradab bagi seorang penuntut ilmu. Amatlah
digalakkan ketika guru sedang bercakap kita 'mute' suara kita supaya
tidak didengari ketika dalam kelas atas talian.

4. MENJAGA ADAB KETIKA BERTANYA.

Bertanyalah soalan yang baik dan bukan yang akan menyusahkan diri
sendiri dan guru. Selain itu, bertanyalah ketika guru membenarkan
untuk bertanya dan gunakan bahasa yang sopan ketika bertanya.

5. BERTERIMA KASIH.

Ucapkan “terima kasih” kepada guru apabila kelas tamat. Ia sebagai


tanda menghargai usaha guru bersusah payah mengajar walaupun secara
maya dan untuk mendapat keberkatan ilmu yang diberi.

4
S: Apakah hukum meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dalam suasana wabak COVID-19?
J: Jika diteliti di dalam hadith, sememangnya terdapat ancaman bagi mereka yang meninggalkan solat
Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut. Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda:

‫اّللُ هعلهى قه ْلبه هه‬


َ ‫ث ُُجه ٍع هَته ُاواًن هِبها طهبه هع‬
‫هم ْن ته هر هك ثهَله ه‬
Maksudnya: “Sesiapa yang meninggalkan tiga kali solat Jumaat kerana mengambil
mudah akannya, nescaya Allah akan mengunci jantung hatinya.”
Riwayat Abu Daud (1052)

Manakala dalam sebuah riwayat yang lain daripada Jabir bin Abdullah R.A beliau berkata
bahawa Rasulullah SAW bersabda :

َ ‫ورةٍ طهبه هع‬


‫اّللُ هعلهى قه ْلبه هه‬ ‫هم ْن ته هر هك ا ْْلُ ُم هعةه ثههَل اًث هم ْن غه ْهْي ه‬
‫ض ُر ه‬
Maksudnya: “Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali tanpa
sebarang darurat maka Allah akan mengunci mati jantung hatinya.”
Riwayat al-Nasa’ie (1370)

Mulla ‘Ali al-Qari dalam menjelaskan hadith ini menukilkan satu pendapat ulama’ yang
menyatakan bahawa mereka meninggalkannya kerana mengambil mudah. Manakala al-‘Aini pula
menyebut: “Perkataan “‫اواًن هِبها‬
ُ ‫ ” هَته‬bermaksud meninggalkannya disebabkan sikap malas dan culas dalam
melaksanakannya.” (Lihat Mirqat al-Mafatih, 3/1024)

Justeru, hadith dalam riwayat-riwayat ini jelas menunjukkan ancaman yang dinyatakan adalah
terhadap mereka yang meninggalkan solat Jumaat disebabkan meremehkannya, mengambil mudah
pelaksanaannya serta dalam keadaan tidak wujud sebarang darurat.

Oleh itu, maksud hadith di atas adalah mereka yang meninggalkan tanpa adanya darurat dan
tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak. Adapun jika ada keuzuran dan juga darurat, yang
menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan solat Jumaat, maka mereka tidak termasuk dalam
ancaman seperti yang dinyatakan di dalam hadith.

Dalam hadith lain menyebut bahawa mereka akan diganjarkan dengan ganjaran pahala yang
sama. Nabi SAW bersabda:

‫يحا‬ ‫ ُكتهب لههُ همثْل ما هكا هن ي ْعمل م هقيما ه‬،‫إهذها م هرض الْعب ُد أهو سافه ر‬
‫صح ا‬‫ه هُُ ا ه‬ ‫ُه‬ ‫ه ه هْ ْ ه ه ه‬
Maksudnya: “Apabila seseorang hamba itu sakit atau bermusafir, akan ditulis buat dirinya
ganjaran sama seperti yang diamalkannya semasa bermukim atau sihat.”

Riwayat al-Bukhari (2996)

Oleh itu, berdasarkan nas dan kenyataan di atas, jika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
yang dikuatkuasakan ini akan dilanjutkan sehingga menyebabkan seseorang terpaksa meninggalkan
Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, maka mereka tidaklah termasuk dalam ancaman hadith
sepertimana keterangan yang telah disebutkan.
(Sumber: Buku Soal Jawab Fiqh COVID-19 bersama YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri)

Anda mungkin juga menyukai