Anda di halaman 1dari 7

PERTANDINGAN BERTUNTUNG

KEJIRANAN MESRA KAMPUNG PINANG JAWA & TAMAN GITA JAYA


2021 / 1442H
Pada tahun ini, Kejiranan Mesra (KJM) Kampung Pinang Jawa dan Taman Gita Jaya
telah mengadakan Pertandingan Bertuntung sempena bulan Ramadhan dan Syawal 1442H.
Pertandingan ini diadakan untuk memeriahkan lagi sambutan bulan puasa dan hari raya
dalam norma baharu C-19.
Pada hari ini, amalan bertuntung ini masih lagi dibuat di rumah-rumah persendirian
dan juga di sepanjang jalan dalam sesebuah kampung atau taman perumahan. Namun, konsep
penggunaan pelita sebagai medium utama untuk menerangi malam tersebut telah ditukar
kepada penggunaan lampu raya yang lebih berwarna-warni dan ceria. Ini juga disebabkan
oleh pemodenan semasa dan kesukaran untuk mendapatkan bekalan minyak tanah bagi tujuan
menghidupkan pelita tuntung.
Pengerusi KJMKPJ&TGJ, Encik Ali bin Abdullah menjelaskan bahawa pertandingan
ini adalah bertujuan untuk membantu usaha memupuk semangat kerjasama dan tolong-
menolong di kalangan jiran tetangga selain dapat menerapkan kemesraan antara komuniti
setempat dengan menyertai pertandingan bertuntung ini. Selain itu, ia juga merupakan mesej
yang jelas kepada komuniti setempat terutama berkenaan kesedaran amalan kebersihan dan
menceriakan kawasan rumah serta persekitaraan kejiranan. Dalam meneruskan dan
menjayakan usaha ini, Kejiranan Mesra Kampung Pinang Jawa KJMKPJ telah mengadakan
jaringan kerjasama yang bijak (smart partnership) dengan pihak DBKU. Usaha ini dilihat
sebagai wadah penting dalam merealisasikan program-program komuniti yang dirancang oleh
KJMKPJ.
Pertandingan Bertuntung yang dianjurkan oleh KJM Kampung Pinang Jawa dan
Taman Gita Jaya pada tahun ini terbahagi kepada tiga kategori. Kategori-kategori ini
diadakan bagi memberi peluang kesama-rataan di kalangan penduduk-penduduk setempat,
iaitu penduduk yang mendiami rumah kampong dan mereka yang menduduki rumah di
kawasan perumahan. Kategori-kategori yang dipertandingan adalah kategori pintu gerbang,
kategori hiasan lampu raya rumah kampung, dan kategori hiasan lampu raya rumah taman
perumahan.
Pertandingan bagi ketiga-tiga kategori ini bermula dari 3 Mei 2021dan diadili pada 10
Mei 2021. Pada tahun ini, penyertaan untuk pertandingan bertuntung ini kurang mendapat
sambutan kerana tempoh pemberitahuan yang singkat dan kekangan kerisauan penduduk
dengan pandemik C-19 ini.
Namun demikian, penyertaan yang seadanya telah memberi harapan kepada pihak
KJM Kampung Pinang Jawa dan Taman Gita Jaya untuk mengadakan lagi pertandingan ini
untuk tahun-tahun yang akan datang. Encik Ali bin Abdullah memberitahu bahawa pada
tahun hadapan pertandingan bertuntung ini akan diwar-warkan lebih awal dan hadiah-hadiah
yang lebih menarik juga akan disediakan.
Pemenang-pemenang Pertandingan Bertuntung bagi kategori masing-masing adalah
seperti berikut:-
1. Pintu Gerbang
i. Johan - Jalan Bunga Champaka
ii. Naib Johan - Lorong 1D, Taman Gita Jaya
2. Hiasan Lampu Raya Rumah Kampung
i. Johan - Mohamad Jefferi bin Mohd Shukor,
No 29, Jalan Pinang Jawa
3. Hiasan Lampu Raya Rumah Taman Perumahan
i. Johan - Asri bin Jolhi
Lot 9451, Lorong Bunga Raja 1B
ii. Naib Johan - Julia binti Juni
Lot 9399, Lorong Bunga Raja 1D
iii. Ketiga - Mohd Asri bin Mohd Isa
Lot 9419, Lorong Bunga Raja 1D
iv. Saguhati - Ismail bin Harun
Lot 9479, Lorong Bunga Raja 4A
v. Saguhati - Razmi bin Juni
Lot 9407, Lorong Bunga Raja 1D

Para pemenang telah menerima hadiah berbentuk wang tunai dan sijil penyertaan.
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Puan Noraini binti ______ (Pegawai ________),
Encik Ali bin Abdullah (Pengeruji KJMKPJ&TGJ), dan Puan Setira Hasema binti Haji
Ariffin (KK Kampung Pinang Jawa).
Encik Ali bin Abdullah berharap agar pada tahun yang akan datang penyertaan
pertandingan seumpama ini akan disebarluas lebih awal dan sambutan semua penduduk di
lingkungan KJMKPJ&TGJ juga akan bertambah banyak.
Pemakluman kepada penduduk setempat tentang pertandingan

Johan Pertandingan Bertuntung Kategori Pintu Gerbang,


Lorong Bunga Champaka
Naib Johan Pertandingan Bertuntung Kategori Pintu Gerbang,
Lorong 1D, Taman Gita Jaya

Johan Pertandingan Hiasan Lampu Raya Rumah Kampung,


Mohamad Jefferi bin Mohd Shukor
Johan Pertandingan Hiasan Lampu Raya Rumah Taman Perumahan,
Asri bin Jolhi

Naib Johan Pertandingan Hiasan Lampu Raya Rumah Taman Perumahan,


Julia binti Juni
Tempat Ketiga Pertandingan Hiasan Lampu Raya Rumah Taman Perumahan,
Mohd Asri bin Mohd Isa

Tempat Saguhati Pertandingan Hiasan Lampu Raya Rumah Taman Perumahan,


Ismail bin Harun
Tempat Saguhati Pertandingan Hiasan Lampu Raya Rumah Taman Perumahan,
Razmi bin Juni

Anda mungkin juga menyukai