Anda di halaman 1dari 12

Etika Kerja Dalam Profesion Perguruan di Malaysia: Cabaran Dan Harapan

Pengenalan

Profesion keguruan cukup mencabar jika dilihat dari segi tanggungjawab guru
terhadap agama, bangsa dan negara. Hal ini demikian kerana merekalah yang
bertanggungjawab memastikan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru
dicapai dengan jayanya. Pendidik memainkan peranan yang dominan dalam
merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru juga
membuktikan bahawa mereka mampu mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang
menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.

Guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberhasilan guru terhadap
tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi disifatkan sebagai cabaran
yang harus didepani dengan profesional. Seperti profesion lain, bidang keguruan yang juga
terkandung dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak terkecuali mendepani cabaran yang
cukup besar. Perkembangan bidang sains dan teknologi turut menjadikan bidang
pendidikan semakin mencabar. Dunia pendidikan berubah dengan penekanan diberikan
terhadap penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan di sekolah menjadi semakin
kompleks.

Profesion keguruan sememangnya mempunyai etika kerjanya tersendiri. Etika kerja


guru perlu dijadikan rujukan oleh bakal-bakal guru yang baru menceburi bidang perguruan
dan mereka yang sudah lama bertapak dalam bidang perguruan ini. Dengan adanya etika
kerja guru, seharusnya para guru dapat menjaga tingkah laku mereka sebagaimana yang
sepatutnya.

Namun begitu masih terdapat guru-guru yang tidak mengetahui, memahami dan
mengamalkan etika kerja ini. Ramai para guru yang melanggar tatasusila perguruan yang
sememangnya harus dielakkan oleh mereka yang menjawat jawatan professional ini. Oleh
yang demikian, pengetahuan, pemahaman dan pengamalan tentang etika kerja guru adalah
amat penting bagi semua guru (Alis, 2016)

Etika Profesion Perguruan

Guru memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk watak, sahsiah dan
moral pelajar. Usaha ini perlu dimulakan dengan mewujudkan sekolah yang dapat
dibanggakan oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat setempat. Pembangunan insan
cemerlang menjadi begitu penting sekali bagi negara yang ingin menjadi negara maju pada
abad yang akan datang. Asuhan guru yang berkesan meninggalkan ingatan dan menjadi
amalan yang berpanjangan bagi setiap murid.
Sepanjang hayatnya mereka akan ingat bagaimana guru menerap ilmu pengetahuan,
budaya dan semangat ketahanan, nilai-nilai murni dan jati diri sehingga sebati dalam jiwa.
Dalam konteks ini, guru merupakan manusia yang telah diamanahkan untuk membentuk
generasi pelajar yang berilmu, beriman dan bertakwa (Alis, 2010).

Bidang pendidikan juga tidak dapat lari dari membina etika kerjanya sendiri. Etika
kerja guru ialah suatu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibu bapa,
diri, rakan sejawat, masyarakat dan negara. Oleh sebab itu, setiap guru hendaklah
menjalankan tugas tanpa melanggar etika kerja ini.

Tanggungjawab Terhadap Pelajar

Salah satu etika kerja yang penting kepada guru adalah etika terhadap pelajar.
Antaranya termasuklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada
hal-hal lain, bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor
jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama, merahsiakan
maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya, membimbing atau mengajar seseorang pelajar lain tanpa sebarang
bayaran, memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,
penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau
seminar supaya pengajaran mereka mencapai mutu yang setinggi-tingginya dan
menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberi
contoh yang baik kepada pelajar.

Di samping itu, guru juga hendaklah bertindak sebagai tempat penyelesaian segala
masalah yang dihadapi oleh para pelajar sama ada masalah dalam pelajaran mahupun
masalah yang berkaitan dengan diri mereka. Hal ini dapat mengurangkan bebanan atau
tekanan yang berlaku terhadap diri mereka. Jika seseorang guru tidak mahu mengambil
berat akan masalah yang dihadapi oleh pelajarnya maka pelajar tersebut akan menyendiri
dan tidak mahu bergaul dengan orang lain.

Tambahan lagi, pelajaran mereka akan turut merosot ekoran daripada masalah yang
dihadapi. Setiap guru tidak seharusnya mengambil mudah dengan perkara sedemikian. Hal
ini adalah kerana ia melibatkan masa depan pelajar itu sendiri. Sekiranya masalah ini
sudah sampai pada peringkat yang kronik maka pelajar tersebut hendaklah dibawa
berjumpa dengan guru kaunseling dengan kadar segera untuk mendapat khidmat nasihat
daripada guru kaunseling dan pada masa yang sama untuk mengelakkan mereka daripada
melakukan perkara di luar kawalan mereka.

Seterusnya, seorang guru itu mestilah mengutamakan kepentingan pelajarnya


berbanding daripada kepentingan diri sendiri. Hal ini adalah untuk memastikan setiap
pelajarnya memperolehi ilmu pengetahuan serta perhatian yang secukupnya. Sekiranya
didapati salah seorang pelajarnya tidak memahami akan pelajaran yang diajarnya maka
guru tersebut hendaklah bertindak segera untuk mengatasinya dengan memberi tumpuan
yang lebih kepada pelajar yang terlibat tanpa mementingkan diri sendiri walaupun
terpaksa meninggalkan perkara yang lain.
Oleh yang demikian, kemajuan para pelajar akan sentiasa bertambah meningkat
disebabkan terdapat guru yang mengambil berat pelajar yang bermasalah dan pada masa
yang sama pelajar tersebut akan bertambah seronok belajar.

Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa

Selain daripada menjadi pembimbing dan pendidik, seseorang guru itu mestilah
menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa kedua kepada para pelajar apabila berada di
sekolah. Dengan ini, mereka hendaklah memastikan para pelajar telah mendapat perhatian
yang secukupnya serta seimbang. Apabila wujudnya hubungan guru sebagai ibu bapa
dengan anak, maka para pelajar tidak perlu takut dan segan untuk mendampingi mereka
ketika menghadapi sesuatu masalah.

Justeru itu, semua guru disarankan memberi perhatian yang sama rata antara para
pelajar tanpa pilih kasih sepertimana ibu bapa melakukan terhadap anaknya semasa
berada di rumah. Selain itu juga, guru haruslah menganggap pelajar-pelajar tersebut
seperti anak mereka sendiri. Dengan ini, wujudlah hubungan yang lebih mesra di antara
guru dan pelajar.

Tanggungjawab Terhadap Diri

Semasa melakukan kerja sebagai seorang guru, mereka hendaklah memiliki sifat
proaktif dari sudut keterampilan diri serta kepimpinan sebenar mereka. Dengan ini, setiap
kerja yang dilakukan mendapat keberkatan dari Allah S.W.T jika ia dilakukan dengan
penuh keikhlasan.

Di samping itu, bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang
maka setiap guru seharusnya mempunyai sifat-sifat tertentu seperti mempunyai jati diri
yang tersendiri, bekerjasama, penyayang dan berusaha mewujudkan keceriaan dalam diri
sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran.

Dengan ini, pelajar akan sentiasa mendampingi guru tersebut dengan tidak
menaruh rasa syak dan takut. Hubungan mesra pelajar dan guru akan terjalin ukhuwah
yang mantap dan erat. Pada masa yang sama, guru juga hendaklah memainkan peranannya
dengan melaksanakan tugas dengan sempurna kepada pelajar. Di samping itu, guru yang
menjalankan tugas dengan jujur adalah guru yangamanah daripada Allah S.W.T. Justeru,
guru pelatih hendaklah menjalankan tugas tersebut dengan ikhlas dan sempurna.

Selain daripada melaksanakan tugas dengan sempurna, seseorang guru perlulah


bersikap ramah, cekap, adil serta berhikmah. Tambahan lagi, jika seseorang guru memberi
perhatian yang tidak adil kepada pelajar yang pandai dan lemah maka pengajaran itu akan
menjadikan pelajar yang lemah berasa tersisih dan tidak dipedulikan oleh guru tersebut.
Sebagai seorang guru yang berwibawa dan berdedikasi maka guru tersebut
hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti prihatin dan simpati terhadap pelajar yang berlatar
belakangkan keluarga yang miskin dan tidak mampu dari segi kewangan. Guru boleh
menyumbangkan sedikit wang daripada perbelanjaannya kepada pelajar terbabit.

Kepentingan Etika Kerja

Kita pernah membaca dan mendengar rungutan pembeli rumah yang tidak
berpuas hati dengan rumah yang dibeli kerana tidak mengikut spesifikasi yang
ditetapkan. Mereka membuat aduan kepada Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) kerana
mereka yakin PAM akan menggantung keahlian akitek yang terlibat.
Walaubagaimanapun, apakah tindakan yang akan diambil terhadap guru yang tidak
professional dalam mengendalikan tugas mereka. Ketidakcekapan seperti ini akan
ditangani dengan serius di negara-negara maju seperti di Australia dan Amerika
Syarikat.

Bagi sesebuah organisasi, nilai etika amatlah penting. Seandainya semua para
guru memiliki nilai dan etika yang tinggi, masalah-masalah seperti P&P yang tidak
berkesan, ponteng kerja, rasuah, penyalahgunaan kuasa, ganguan seksual, penderaan,
pembaziran masa dan sebagainya tidak akan timbul.

Dengan itu akan lahirlah budaya kerja yang positif yang mementingkan
produktiviti dan berkualiti, persekitaran yang kondusif dan akhirnya para pelajar yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti
tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan,
pengetahuan dan kefahaman, kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Tanggungjawab
guru pada masa kini bukanlah sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar
sahaja tetapi juga merangkumi penanaman nilai murni dan akhlak mulia dalam diri
pelajar.

Selain dari itu, dengan mendalami ilmu dalam etika perguruan kita mempunyai
keupayaan untuk menjadikan para guru yang benar-benar cekap dan berkesan (Hugh,
1993). Ramai para guru tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
untuk menganalisis perdebatan mengenai etika. Kekurangan ini secara tidak langsung
menjatuhkan martabat profesion keguruan. Mereka lebih suka menggunakan emosi dan
kepentingan pribadi semasa menyatakan penderian mereka (Foo, 2005).

Pengetahuan mengenai etika juga penting dalam menghadapi kepelbagaian pelajar


semasa proses P&P di dalam bilik darjah. Menurut Chuikshank et.al dalam Foo (2005), para
pelajar di sekolah berbeza dalam enam aspek iaitu sosioekonomi, budaya, gender,
pertumbuhan, kebolehan dan gaya pembelajaran.

Kepelbagaian ini menyebabkan mereka menerima pandangan yang berbeza dari


orang lain. Guru yang kurang prihatin dengan masalah ini akan menimbulkan masalah
etika dan menjejaskan pengajaran mereka. Usaha meningkatkan ilmu mereka dalam etika
keguruan akan dapat mengatasi masalah tersebut.

Oleh itu, untuk melahirkan masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu,


demokratik, adil, liberal dan progresif, guru sendiri haruslah memainkan peranan sebagai
“role model” kepada pelajar. Berdasarkan hakikat ini, kepatuhan guru terhadap etika kerja
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kod Etika Guru (KEG) dan Standard Guru Malaysia
perlu dititikberatkan kerana kita tidak mahu pendidikan seolah-olah hanya untuk
melahirkan insan yang berpelajaran tetapi tidak beretika.

Untuk melahirkan masyarakat yang diidamkan di atas memanglah agak sukar


kerana beberapa sebab. Di antaranya ialah matlamat itu sendiri yang berdasarkan pelbagai
ideologi. Masyarakat yang demokratik, liberal dan progresif adalah berasaskan falsafah
Barat manakala etika kerja dan kod etika pula lebih kepada nilai-nilai Islam.

Jadi, bagaimanakah para guru hendak melaksanakannya tanpa panduan yang jelas.
Keduanya, untuk menghayati nilai-nilai Islam itu, para guru perlu diberi ilmu tentang dosa,
pahala, haram, halal dan ilmu tauhid yang mendalam dan berterusan. Tanpa ini semua
adalah mustahil untuk para guru menghayati nilai-nilai tersebut dan menjadi contoh
tauladan kepada para pelajar.

Apabila Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dihayati, guru harus sedar bahawa
mereka sebenarnya memikul tanggungjawab yang amat berat. Guru perlu mencurahkan
ilmu samada pelajarnya mahu atau tidak mahu menerimanya. Di samping itu, mereka
harus peka dengan perubahan semasa dan menyesuaikannya secara bijak bagi menangani
masalah pengajaran dan pembelajaran terutama yang berkaitan dengan disiplin pelajar.

Pada amnya, guru perlu pakar atau profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi
guru yang profesional, seseorang guru itu harus menekankan tiga aspek penting dalam
dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah.

Dalam pembinaan sahsiah pelajar, guru mempunyai peranan yang cukup besar.
Seorang guru berperanan mendidik dan mengasuh anak didiknya dalam setiap aspek
kehidupan samada dalam bidang akademik, sahsiah diri dan JERIS (Alis, 2010).
Sehubungan dengan itu, akhlak kaum guru perlulah sentiasa mulia dan terpuji hingga layak
dipanggil dengan gelaran model misali yang tulin dan sejati. Justeru, amat penting bagi
setiap guru menjaga dan memelihara keyakinan serta kepercayaan pelajar-pelajar
terhadap diri mereka.

Guru juga ibarat seorang selebriti yang terkenal dan tersohor. Sebagai sumber
rujukan, setiap tingkah laku, tindak tanduk dan akhlak serta sahsiah mereka perlulah
menjadi contoh dan teladan kepada para pelajar. Oleh itu, untuk memastikan para guru
sentiasa memiliki nilai-nilai tersebut, maka guru perlu memahami dan mengamalkan Etika
Kerja KPM, Kod Etika Guru (KEG) dan Standard Guru Malaysia.
Oleh itu, pengamalan Etika Kerja di kalangan guru-guru adalah penting demi
menjamin martabat profesion perguruan sentiasa dipandang mulia di mata masyarakat.
Kejayaan dan pencapaian matlamat pendidikan berkait rapat dengan kesedaran guru
terhadap tanggungjawabnya sebagai pendidik.

Selain dari Etika Kerja KPM dan Kod Etika Guru, KPM juga menerbitkan Standard
Guru Malaysia (SGM) pada 16 Mei 2009 dimana ia menggariskan kompetensi profesional
yang patut dicapai oleh guru dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi
latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan.

SGM menghendaki guru membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian


standard dan mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri. SGM berfungsi
untuk melahirkan para guru yang profesional dengan berkesan dan secara tidak
langsungnya dapat melahirkan para pelajar yang berkualiti.

Cabaran Profesion Perguruan

Menurut Alis (2016), pada abad ke 21 menjanjikan satu zaman yang serba canggih
hasil daripada perkembangan sains dan teknologi yang hebat. Segala industri akan
berasaskan teknologi terkini. Lantaran itu, tenaga buruh yang diperlukan mestilah serba
mahir. Oleh itu, anjakan paradigma yang strategik perlu dibuat supaya Malaysia mampu
menghadapi suasana global yang lebih mencabar. Justeru itu, golongan pendidiklah yang
memainkan peranan untuk melahirkan tenaga mahir yang diperlukan itu. Usaha-usaha ke
arah melakukan perubahan dalam dunia pendidikan memanglah wajar dilakukan supaya
sistem pendidikan negara yang sedia ada tidak ketinggalan. Namun, reformasi pendidikan
yang telah diperkenalkan telah memberi pelbagai masalah dalam pendidikan khususnya
kepada warga pendidik.

Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana rakyat masa


depan yang hendak dihasilkan bukan sahaja perlu diterapkan dengan teknologi tinggi (Hi-
Tect) semata-mata, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai-nilai moral dan etika
yang murni (Foo, 2005). Oleh itu, tidak hairan jika didapati guru-guru yang berada dalam
profesion ini juga tidak terlepas daripada masalah stres. Beban kerja yang terpaksa
dihadapi oleh guru bukan sahaja melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah bahkan terpaksa menghadapi masyarakat yang sentiasa memerhati dan meninjau
segala perkara yang berkaitan dengan perguruan.

Akibat daripada perubahan dalam pendidikan ini juga memberi pelbagai cabaran
dan implikasi yang timbul dan ini memerlukan keprihatinan semua warga pendidik. Kajian
yang dijalankan oleh Foo (2005) telah mendapati berlakunya peningkatan beban kerja
setelah perubahan kurikulum dilaksanakan. Reformasi pendidikan itu akan menyebabkan
kerjaya perguruan menjadi lebih mencabar lagi dan masalah stres mungkin akan timbul
pada peringkat permulaan apabila guru menghadapi keadaan kekurangan masa dan
sumber untuk melaksanakan perubahan atau pembaharuan tersebut.

Menghadapi zaman globalisasi ini, guru menghadapi pelbagai tekanan dalam


memenuhi keperluan para pelajar. Kini pelajar semakin ke hadapan dengan adanya
pelbagai teknologi yang pastinya tidak memerlukan kepakaran seorang guru. Namun,
pelbagai karenah yang dihadapi tidak mungkin melunturkan semangat para pendidik
dalam menjalankan kewajipan demi agama, bangsa dan negara. Sebagai tuntutannya, guru
haruslah memiliki syarat-syarat berikut dalam memenuhi keperluan para pelajar pada
zaman ini. Antaranya ialah:

a) Mengetahui peranan, tanggungjawab dan tugas mereka sebagai seorang pengajar.


b) Mempunyai rasa empati yang tinggi terhadap pelajarnya.
c) Bersifat amanah, ikhlas dan jujur terhadap tugas yang diberikan.
d) Mempunyai sikap ingin membantu dan menolong orang lain.
e) Mempunyai sikap mengambil berat terhadap orang lain.
f) Mempunyai sikap bertimbang rasa dan jujur.
g) Menyedari dan mengetahui harapan para pelajar di bawah bimbingannya.
h) Berusaha mendapat kepercayaan yang tinggi terhadap dirinya di kalangan para
pelajarnya.
i) Berusaha mewujudkan suasana yang menarik dan memberangsangkan dengan
pelajar.
j) Berusaha mewujudkan suasana dan hubungan yang akrab dengan pelajar.
k) Berusaha mewujudkan suasana yang menarik dalam kalangan pelajar.

Harapan Profesion Perguruan

Guru merupakan seorang pendidik bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga di luar
kelas dan luar sekolah. Oleh itu untuk meningkatkan profesionalisme guru seseorang guru
perlu menjadi role model dan uswatun hasanah bukan sahaja kepada anak didiknya
tetapi juga kepada semua termasuk seluruh anggota masyarakat. Abu Bakar Nordin (2003).
Untuk meningkatkan lagi profesion perguruan di mata masyarakat, seseorang guru perlu
menjaga kelakuan kerana gerak-geri kerana seorang guru sentiasa menjadi tumpuan walau
kemanasahaja dia pergi. Sebagai seorang pendidik, guru mempunyai tanggungjawab untuk
dilaksanakan kepada pelajar, ibu bapa, masyarakat, negara, rakan sejawat dan profesion
perguruan itu sendiri. Profesion perguruan merupakan profesion yang mulia tetapi tahap
kemuliaannya pada pandangan masyarakat baegantung kepada sejauh mana guru itu dapat
meletakkan diri mereka diperingkat yang tertinggi dan terhormat.
Peribadi dan sahsiah seorang guru akan menentukan kedudukannya dimata
masyarakat. Abu Bakar Nordin (2003). Oleh itu seorang guru harus ada sifat
profesionalisme yang tinggi. Sebagai seorang pendidik, guru perlu menjadi contoh dan
teladan kepada para pelajar dalam pelakuan sehariannya supaya pendidik menjadi
masyarakat yang dihormati dandisegani. Seorang guru harus mengamalkan disiplin
cemerlang contohnya bekerja keras,menepati waktu, berakhlak mulia, mempunyai emosi
yang mantap dan disiplin kendiri yang utuh. Etika dan tatasusila profesion perguruan yang
menjadi pegangan harus sentiasa difahami, dihayati dan diamalkan. Pelajar akan lebih
memberi tumpuan dan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas jika mereka menyukai cikgu itu dan sebaliknya. Sikap dan penampilan seorang guru
banyak membawa kesan positif kearah meminati sesuatu subjek. Contohnya, kebanyakan
pelajar tidak meminati subjek sejarah, tetapi ada juga pelajar yang meminati subjek sejarah
kerana faktor guru yang mengajar adalah seorang yang kelakar yang dapat menceriakan
kelas dan dapat menghilangkan perasaan mengantuk pelajar. Keadaan sebaliknya jika
mereka tidak menyukai guru tersebut, maka mereka tidak akan memberikan kerjasama
yang sebaiknya kepada guru sepanjang sesi pembelajaran berlangsung.

Dalam meningkatkan profesionalisme guru, tugas guru bukan semata-mata


mengajar sesuatu subjek tertentu tetapi seorang guru juga berperanan mendidik para
pelajarnya. Oleh itu seorang guru harus sentiasa menyiapkan pelajar supaya sesuai dengan
kehendak masyarakat dari segenap aspek temasuk keperibadian dan akhlak. Jika hal ini
diterima oleh guru maka mereka mempunyai wawasan bukan sahaja untuk melahirkan
pelajar yang cemerlang dalam akademik tetapi juga manusia yang akan mempunyai
penghidupan yang sempurna. Seorang guru bertanggungjawab membentuk sahsiah serta
akhlak mulia dalam kalangan pelajar mereka. Seorang guru perlu membentuk jiwa dan
menerap nilai murni. Penerapan nilai murni dalam kalangan pelajar akan lebih berkesan
dan bermakna apabila ia dihayati dan diamalkan oleh semua warga sekolah. Profesion
perguruan merupakan satu profesion yang mulia kerana seseorang guru mampu membawa
perubahan secara menyeluruh, termasuk dari segi emosi dan tingkah laku dengan harapan
pelajar mendapat ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai untuk keperluan dunia dan
akhirat dan kemudiannya menjadi warganegara yang lengkap dengan ilmu
pengetahuan.Seorang guru perlu pakar dalam ilmu pengetahuan dan berkualiti untuk
meningkatkan profesion perguruan. Ilmu menimbulkan semangat ingin tahu dan mengkaji
ilmu-ilmu baru yang lain (Anuar, 2007). Guru yang berkualiti merupakan guruyang
profesional, mahir dalam semua hal perguruan, tentang teori dan amalannya, pengajaran
dan pembelajaran, peka terhadap perkembangan pendidikan, mengikuti perkembangan
ilmu dan patuh kepada tatasusila profesion perguruan. Guru perlu membaca sebanyak
mungkin buku-buku yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar agar memahami
selengkapnya isi dan ilmu pengetahuan bagi mata pelajaran yang diajar, sentiasa berusaha
untuk meningkatkan prestasi kerja dengan menyertai seminar pendidikan, dan menghadiri
kursusdalam perkhidmatan, merancang dan melaksanakan strategi pengajaran
sepenuhnya supaya mencapai objektif pelajaran yang maksimum. Guru perlu berilmu
pengetahuan. Cabaran hari ini guru perlu memiliki pelbagai ilmu pengetahuan dan
kemahiran. Kemahiran IT perlu dikuasai sebagai pemangkin kearah menghasilkan
pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Guru itu juga perlu mempunyai daya kreativiti
dan inovasi yang tinggi iaitu kebolehan untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu idea
baru, serta kebolehan mengubah suai sesuatu idea menjadi lebih menarik.

Umumnya, guru yang berkualiti ialah guru yang berdedikasi, bertanggungjawab dan
sanggup berkorban. Proses pendidikan yang berkualiti pula merujuk kepada proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ini bermaksud, apa yang diajar oleh guru
dapatditerima dan dihayati oleh para pelajar. Guru memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi kecenderungan dan minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Guru
perlu mempunyai kemahiran, kebolehan, beriltizam dan berketrampilan serta mempunyai
pengetahuan yang luas dalam bidang tugas agar proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dilakukan dengan berkesan. Seorang guru juga perlu melibatkan diri dalam
pembacaan dan penulisan akademik seperti jurnal. Seseorang guru perlu bersifat
kehadapan dari segi ilmu tentang dan kaedah mengajar yang juga dikenali sebagai ilmu
berasaskan pengalaman berdasarkan Anuar (2007). Menurut Hugh (1993), “ia adalah satu
proses yang dilalui oleh seseorang dalam pengalaman-pengalamannya yang membawa
kepada perbaikan dan pertumbuhan dirinya. Guru itu perlu melibatkan diri dalam program
pemajuan professional secara berterusan. Pada era globalisasi, ilmu yang diperolehi oleh
seseorang ketinggalan dengan pantas. Oleh itu ahli dalam profesion perguruan iaitu guru
itu sendiri perlu menghayati himpunan ilmu mengenai profesion itu sendiri. Guru-guru
yang baru tamat latihan dan yang baru mula berkecimpung dalam bidang perguruan di
sesetengah negeri di Amerika Syarikat telah didedahkan dengan program BTAP (Beginning
Teacher Assistant Program).

Program ini menetapkan satu himpunan ilmu yang perlu dikuasai oleh pendidik
yang bertaraf permulaan ini. Antara kemahiran atau konsep yang perlu diketahui adalah
seperti memanfaatkan masa pembelajaran akademik, memelihara akauntabiliti, prihatin
terhadap perbezaan individu, mengamalkan prinsip-prinsip penilaian, pelaksanaan
peraturan yang tekal, menerapkan budaya yang bersifat efektif, menhargai harga diri (self-
concept) pelajar, mewujudkan pembelajaran yang bermakna, melakukan perancangan dan
menguasai teknik menyoal. Profesion perguruan dapat ditingkatkan jika guru dapat
mengawal nilai dalam profesion itu sendiri. Kawalan kendiri merupakan cara yang paling
berkesan untuk menjaga nama baik sesuatu profesion. Dewasa ini, kebanyakan orang
sering merujuk lebih daripada seorang doktor pakar untuk mendapatkan pandangan
sebelum mereka membuat keputusan untuk menjalani sesuatu pembedahan. Kebelakangan
ini, wujud pengamal-pengamal perubatan yang tidak beretika mencemarkan nama baik
profesion tersebut. Terdapat segelintir doktor yang menyimpan maklumat untuk mengaut
keuntungan semata-mata disebalik perkhidmatannya. Dalam situasi demikian, apa sahaja
yang dicadangkan oleh doktor akan dituruti. Perlukah kita mengharapkan MMA (Malaysian
Medical Association) mengawasi tingkah laku setiap orang doktor yang ada di Malaysia?
Begitu juga dengan profesionalisme guru, menjadi tanggungjawab setiap orang guru untuk
mengawasi tingkah laku professional masing-masing melalui pematuhan kod etika dan
nilai-nilai kerja yang telah ditetapkan.

Guru juga perlu memiliki kemahiran bercorak fizikal untuk meningkatkan


profesionalisme guru. Kemahiran berkomunikasi semasa berhubung dengan pelajar, ibu
bapa dan pihak pengurusan sekolah. Mempunyai kemahiran fizikal seperti mahir dalam
sesuatu aktiviti sukan atau mana-mana unit beruniform bertujuan untuk melatih pelajar
melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar dan
berkualiti dari segi emosi. Aspek-aspek yang perlu ada dalam diri seorang guru yang
berkualiti dari segi emosi ialah sentiasa menghayati nilai-nilai murni, norma dan etika
perkhidmatan. Terdapat 12 nilai murni teras etika kerja perkhidmatan awam yang juga
dikenali sebagai tonggak 12 yang perlu diamalkan. Seseorang juga memiliki pemikiran
yang positif dalam menjalankan tugasnya iaitu menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi
ke medan jihad dan kerja mengajar sebagai suatu ibadat tanpa sebarang rungutan. Seorang
guru juga harus mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara.

Profesionalisme guru dapat ditingkatkan dengan menanamkan sikap


tanggungjawab seseorang guru terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan.
Seseorang guru perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru yang lain di hadapan pelajar, ibu bapa atau
berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan martabat seseorang guru. Seseorang guru juga
tidak boleh melibatkan diri dalam kegiatan yang menjejaskan kecekapannya sebagai
seorang guru, contohnya berniaga di waktu persekolahan. Guru juga perlu berusaha untuk
menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh seiring dengan
kemajuan ikhtisas dan sosial. Seseorang guru juga perlu sentiasa bersedia untuk membantu
rakan sejawat terutamanya mereka yang baru menjadi seorang guru. Untuk meningkatkan
profesionalisme guru seorang guru perlu menjadi ahli kepada pertubuhan guru itu sendiri
untuk memantapkan dan memartabatkannya.

Guru perlu mempertingkatkan lagi kebolehan mereka dalam menggunakan ICT


untuk menaikkan lagi profesion perguruan. Hal ini penting kerana dunia kini merupakan
dunia tanpa sempadan. Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan teknologi
maklumat mengalami perubahan dari masa ke semasa. Untuk mengekalkan ciri seorang
guru yang berkualiti, seseorang guru itu perlu berusaha dengan sentiasa menggunakan
aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran. Usaha ini memerlukan guru terbabit
sentiasa mengemaskini kemahiran menggunakan komputer. Namun kini, guru yang tidak
berupaya menggunakan komputer untuk menyediakan soalan ujian dan peperiksaan sudah
dianggap tidak atau kurang profesional dalm menjalankan tugas. Senario ini
menggambarkan bahawa amalan sesuatu pekerjaan yang dianggap profesional pada suatu
ketika jika tidak dinaik tarafkan dari semasa ke semasa dan akan dipersoalkan tahap
keprofesionalismenya. Hal ini dapat diatasi dengan menghadiri kursus-kursus IT dan juga
dengan sentiasa bertanya kepada rakan sejawat yang lebih mahir dalam bidang ini.

Semua pihak perlu berganding bahu untuk meningkatkan profesionalisme guru


dantidak mengharapkan sebelah pihak sahaja. Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan
untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru. Profesion perguruan merupakan satu
profesion yang sangat mulia. Jasa dan sumbangan yang diberikan oleh warga pendidik
untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, beriman dan mengamalkan nilai-nilai yang
baik tidak harus dipandang rendah oleh masyarakat. Pemilihan bidang ini sebagai pilihan
terakhir untuk diceburi adalah satu tanggapan yang salah. Masyarakat harus sedar cabaran
dan bebanan yang dihadapi oleh golongan guru sebelum mengambil jalan mudah dengan
memandang rendah golongan ini. Usaha Kementerian Pendidikan untuk memartabatkan
profesion ini perlu dipandang tinggi. Tanpa guru, siapalah kita pada hari ini.

Rujukan

Abu Bakar Nordin. (1995). Penilaian afektif. Kajang : Masa Enterprise.

Alis Puteh. (2010). Ethics issues in management from the secular’s and islamic’s
perspective: a study of code of ethics, presented at 2nd International Conference On Arab-
Malaysian Islamic Global(AMIGBE), Yarmouk, Jordan. 20-24 March 2010.

Alis Puteh. (2016). Profesion keguruan: guru sebagai role model. Sintok: UUMpress

Anuar Ibrahim. ((2007). Kuasa guru bagi melaksanakan peraturan disiplin. Seminar
Kebangsaan Peraturan-Peraturan Murid. 25-26 Nov. Kajang.

Foo Say Fooi. (2005). Etika perguruan:Jaminan peningkatan profesionalisme. Serdang:


UPM.

Hugh, S. (1993). Moral Base For Teacher Professionalism. New York: Teachers College
Press.

Anda mungkin juga menyukai