Anda di halaman 1dari 7

2019062310052 BMM

1054

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

(BMM 1054)

NAMA : ERIC TAI KIE HAONG

UNIT : BAHASA MELAYU 2 SJKC

ANGKA GILIRAN : 2019062310052


2019062310052 BMM
1054

Soalan 1

a.

Imbuhan adalah perkataan-perkataan yang terbina daripada kata dasar dalam


sesuatu bahasa di mana ia merupakan bentuk kata yang terkecil yang tidak
menerima apa-apa imbuhan dengan melibatkan pelbagai cara pembentukan
kata melalui proses memperluas kata kata dasar. Dalam kata lain, imbuhan
adalah unit-unit bahasa yang digunakan pada bentuk-bentuk lain yang
mengubahkan makna nahunya. Namun, berlakunya kewujudan bidang ilmu
yang baharu telah mengakibatkan kemunculan imbuhan pinjaman dari
semasa ke semasa. Imbuhan ini bermaksud adalah imbuhan yang meminjam
imbuhan bahasa asing sama ada diterima sepenuhnya atau berdasarkan
kesesuaian sistem tatabahasa bahasa Melayu untuk diguna dan diterima
dalam bahasa Melayu baku. Antara tiga kumpulan imbuhan bahasa asing
ialah imbuhan daripada Sanskrit, Arab-Parsi dan Yunani-Latin-Inggeris.

Pertama, imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit di mana diserap


ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu terbahagi kepada dua kumpulan
iaitu imbuhan awalan. Contohnya, maha-, tata-, pra-, swa-, tuna-, eka-, dwi-,
tri-, panca-. Bagi kumpulan kedua pula adalah imbuhan akhiran seperti –wan,
-man, -wati, -nita. Awalan maha- adalah bermaksud adalah perkataan yang
terbentuk dalam bentuk kata adjektif yang membawa maksud paling terbesar
dan teragung. Contoh perkataannya ialah maharaja, mahasiswi dan
mahaguru. Terdapat juga awalan maha- dieja secara jarak dengan perkataan
kata adjektif. Misalnya, Maha Esa dan Maha Mulia. Selain itu, definisi awalan
tata- adalah bentuk kata nama yang bermakna susunan atau peraturan.
Contohnya, tatadunia, tatanegara dan tatabahasa. Seterusnya, awalan pra-
adalah bentuk kata nama yang bermaksud sebelum atau syarat terhadap
sesuatu. Contohnya, pramatang, prawacana dan prakata. Bagi awalan swa-
pula, ia adalah bentuk kata nama yang membawa makna sendiri seperti
swadaya, swatenaga dan swalayan. Di samping itu, awalan tuna- adalah kata
nama membawa makna tiada. Misalnya, tunakarya, tunasusila dan tunanetra.
Akhir sekali, awalan eka-, dwi-, tri-, dan panca- di mana kata nama yang
masing-masing membawa

2019062310052 BMM
1054

maksud bilangan iaitu satu, dua, tiga dan lima. Contohnya, ekanada,
ekabahasa, dwibahasa, dwifungsi, tribulan, triwindu, pancaindera dan
Pancasila.

Bagi kumpulan kedua iaitu imbuhan pinjaman daripada bahasa


Sanskrit pula, akhiran –wan dan –man adalah bentuk kata yang bermakna
sesuatu perbuatan atau pemilik suatu sifat atau kepunyaan. Contohnya,
seniman, budiman, budayawan dan karyawan. Selain itu, akhiran –wati dan –
nita adalah bentuk kata nama. Misalnya, angkasawati, seniwati, karyawanita
dan biduanita.

Kedua, imbuhan pinjaman daripada bahasa Arab-Parsi di mana


serapan ke dalam tatabahasa bahasa Melayu berlaku sejak kedatangan Islam
ke Tanah Melayu. Ia juga terdapat dua kumpulan iaitu imbuhan awalan
seperti bi- dan kumpulan kedua pula ialah imbuhan akhiran. Contohnya, -wi,
-i, -iah, -in, -at, -ah. Awalan bi- adalah bentuk kata adjektif yang bermaksud
tidak. Contohnya, biadab dan bilazim. Selain itu, akhiran –wi dan –I adalah
bentuk kata adjektif yang menyatakan sifat yang terdapat dalam kata dasar
seperti duniawi, abadi dan sejarahwi. Seterusnya, akhiran –iah adalah bentuk
adjektif yang menunjukkan makna sifat atau kriteria yang terdapat dalam kata
dasar. Misalnya, lahiriah, batiniah dan ilmiah. Akhir sekali, akhiran –in, -at,
dan –ah adalah perkataan yang menyatakan nama lelaki dan perempuan.
Contohnya, hadirin, munafikin, hadirat, salihah dan qariah.

Akhir sekali, imbuhan pinjaman terakhir daripada bahasa Yunani-Latin-


Inggeris di mana ia merupakan bahasa asing yang paling banyak diserap
masuk ke dalam tatabahasa bahasa Melayu. Ia mempunyai satu kumpulan
sahaja iaitu imbuhan awalan seperti pro-, anti-, poli-, auto-, sub-, dan supra-.
Awalan pro- adalah kata yang bermaksud memihak suatu pihak. Contohnya,
probarat, promajikan dan prokomunis. Selain itu, awalan anti- adalah kata
yang menunjukkan melawan, membantah atau tidak setuju suatu pihak.
Misalnya, antipenjajah, antisosial dan antikerajaan. Seterusnya, awalan poli-
yang bermakna banyak seperti polinomial, poliklinik dan policakera. Di
samping itu, awalan auto- adalah kata yang bermaksud secara bersendirian
seperti automatic, autonomi dan autograf. Selanjutnya, awalan sub- adalah
kata yang

2019062310052 BMM
1054

memberi pengertian sebahagian daripada keseluruhan. Contohnya,


subkategori, subgolongan dan subkelas. Akhir sekali, awalan supra- adalah
kata bermaksud melebihi atau merentasi. Misalnya, supranasional,
supragolongan dan suprasistem.

b.

Akronim adalah perkataan yang tergolong ke dalam kata tunggal di mana ia


terbentuk daripada percantuman bunyi-bunyi pertama sejumlah perkataan
atau gabungan daripada bahagian-bahagian daripada beberapa patah
perkataan. Dalam kata lain, ia merupakan singkatan yang terbentuk daripada
penggabungan huruf-huruf atau suku-suku kata dalam urutan dua kata atau
lebih. Namun, terdapat empat jenis cara-cara percantuman bahagian-
bahagian perkataan bagi membentuk akronim iaitu akronim cantuman huruf
awal perkataan, akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan, akronim
cantuman suku kata awal perkataan, dan akronim cantuman bahagian awal
perkataan pertama dengan bahagian lain yang mengikutinya.

Pertama, akronim cantuman huruf awal perkataan adalah kata nama


yang terhasil atau terbentuk melalui cantuman huruf awal yang terdiri
daripada kata nama khas dan kesemua huruf adalah dieja secara huruf
besar. Contoh akronim ialah KAFA, perkataan asalnya ialah Kursus Agama
Fardu Ain. Contoh yang kedua ialah JAIS, perkataan asalnya ialah Jabatan
Agama Islam Selangor. Contoh yang ketiga pula, UPSI, perkataan asalnya
ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kedua, akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan adalah


gabungan huruf dan suku kata sejumlah perkataan. Kata nama yang
terbentuk adalah kata nama khas yang dieja secara huruf besar pada huruf
pertama sahaja. Contoh akronim ialah Petronas, perkataan asalnya ialah
Petroleum

2019062310052 BMM
1054

Nasional. Contoh kedua ialah Proton, perkataan asalnya ialah Perusahaan


Otomobil Nasional. Contoh ketiga ialah Mara, perkataan asalnya ialah Majlis
Amanah Rakyat.

Ketiga, akronim cantuman suku kata awal perkataan adalah gabungan


suku kata awal sejumlah perkataan dan ejaan pada huruf pertama akan dieja
secara huruf besar sekiranya perkataan itu adalah kata nama khas. Contoh
akronim ialah Bernama, perkataan asalnya ialah Berita Nasional Malaysia.
Contoh kedua ialah kugiran, perkataan asalnya ialah kumpulan gitar rancak.
Contoh ketiga ialah cerpen, perkataan asalnya ialah cerita pendek.

Keempat, akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama


dengan bahagian lain yang mengikutinya adalah pembentukan akronim
daripada huruf atau suku kata perkataan pertama di mana bahagian bukan
awal perkataan yang lain. Contoh akronim ialah angkubah, perkataan asalnya
ialah angka ubah. Contoh kedua ialah jalurah, perkataan asalnya ialah jalan
lurah. Contoh ketiga ialah hakis, perkataan asalnya ialah habis kikis.
2019062310052 BMM
1054

Soalan 3

Kata kerja adalah perkataan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu


perbuatan di mana ia berfungsi sebagai predikat dalam sesebuah ayat.
Dalam kata lain, kata kerja merupakan kata yanag menjadi inti dalam frasa
kerja dalam binaan frasa kerja. Terdapat dua kumpulan dalam golongan kata
kerja iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Namun, terdapat juga
kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif tak
berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap manakala bagi kata
kerja transitif pula, ia terbahagi kepada kata kerja transitif dalam ayat aktif dan
kata kerja transitif dalam ayat pasif.

Pertama, kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang menunjukkan
suatu perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri sendiri
tanpa melibatkan benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan
penyambut. Contoh ayatnya ialah abang sedang mandi. Kata kerja “mandi”
tekah menunjukkan bahawa perbuatan itu tidak memerlukan objek sebagai
pelengkap juga dapat memberikan maksud yang jelas. Kumpulan pertama
bagi kata kerja tak transitif adalah kata kerja tak transitif tak berpelengkap
yang bermaksud kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau
penyambut. Contoh perkataan ialah berbual, tersenyum, pulang. Contoh ayat
bagi perkataan tersebut ialah “Bakar dan Ali asyik berbual”, “Zeny tersenyum”
dan “Bapa telah pulang”. Selain itu, kata kerja tak transitif berpelengkap
adalah kata kerja di mana mesti diikuti oleh pelengkap yang merupakan
unsur-unsur seperti kata adjektif, frasa sendi nama dan kata nama bagi
menyempurnakan makna ayat. Contoh perkataan ialah tinggal, menjadi dan
berselimutkan. Contoh ayat bagi perkataan tersebut ialah “Erwin tinggal di
Kota Kinabalu”. Perkataan ‘di’ merupakan frasa sendi nama. Ayat yang
seterusnya ialah “Honnigger menjadi semakin kacak”. Perkataan ‘kacak’
adalah kata adjektif. Ayat terakhir ialah “Pengemis itu tidur berselimutkan
kotak.” Perkataan ‘berselimutkan’ adalah kata nama.

2019062310052 BMM
1054

Kedua, Kata kerja transitif adalah kata kerja yang harus diikuti oleh
objek atau penyambut yang terdiri daripada kata nama atau frasa nama.
Contoh ayat, “Kakak menonton televisyen di ruang tamu” dan “Abang
menyusun buku itu ke rak buku”. Kata kerja bagi ‘menonton’ dan ‘menyusun’
telah menunjukkan bahawa ia memerlukan objek seperti dalam ayat tersebut
iaitu ‘televisyen’ dan ‘buku’ sebagai pelengkap untuk membawa maksud yang
jelas. Kata kerja transitif dalam ayat aktif ialah kata kerja yang mempunyai
awalan meN- atau tanpa akhiran –kan atau –i. Contoh perkataan ialah
menaiki dan membuka. Contoh ayat bagi perkataan tersebut ialah “Mohd
Zulfiqar menaiki kereta api dengan ayahnya” dan “Ali membuka pintu untuk
menyambut kedatangan tetamu”. Selain itu, bagi kata kerja wujud dalam ayat
pasif pula adalah kata kerja yang terbentuk apabila berlakunya proses
perubahan ayat aktif kepada ayat pasif. Contoh perkataan adalah tendang.
Contoh ayat bagi perkataan tersebut ialah “Bola itu saya tendang”, “Bola itu
ditendang oleh Abu” dan “Bola yang kutendang telah menjaring gol”

Anda mungkin juga menyukai