Anda di halaman 1dari 9

SULIT ANGKA GILIRAN : 2020122340074

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Untuk Kegunaan Pemeriksa Sahaja


Pemeriksa 1
BUKU JAWAPAN
No Soalan Markah
UJIAN TERBUKA
1
PISMP JUN 2019 2PISMP
PROGRAM AMBILAN 2
SEM
3
2 0 2 0 1 2 2 3 4 0 0 7 4
ANGKA GILIRAN
4

NO. 0 0 0 1 1 1 0 1 0 7 4 7 JUMLAH
K/PENGENALAN
Pemeriksa 2

KOD KURSUS
PIMK3203 No Soalan Markah
1
SIRAH DAN AKHLAK
TAJUK KURSUS 2
3
TARIKH 27/5/2021
PEPERIKSAAN MASA 8.30 4
JUMLAH
IPG KAMPUS
TEMENGGONG IBRAHIM

ARAHAN KEPADA CALON

1. Isikan butiran yang dikehendaki dengan jelas.

2. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian
jawapan hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kanan “header” .

3. Mulakan jawapan anda bagi setiap soalan pada muka surat baharu.

4. Tuliskan nombor soalan pada ruang atas setiap muka surat jawapan.

5. Calon yang tidak menghantar skrip jawapan dalam tempoh masa menjawab akan dikira GAGAL dalam peperiksaan ini.
SULIT ANGKA GILIRAN : 2020122340074

JAWAPAN SOALAN 1
1.

‘Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik kepada sekalian umat manusia sepanjang zaman’.
Ini adalah ungkapan yang saya rasakan sesuai bagi menggambarkan kesempurnaan akhlak dan
nilai-nilai yang ada pada Baginda Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah SWT. Sesuai
dengan sebuah hadis riwayat Ahmad, “Aku diutuskan (oleh Allah) hanyalah untuk
menyempurnakan akhlak.”. Namun dewasa ini, kita dapat lihat bahawa ramai dalam kalangan
umat Islam khususnya yang tidak menjadikan Baginda Nabi Muhammad SAW sebagai ikutan dan
rujukan dalam pelbagai aspek. Untuk berjaya dalam kehidupan kita, akhlak-akhlak perbuatan
yang Baginda tunjukkan haruslah diikuti.

Antara nilai kehidupan yang ada pada Baginda yang wajar dicontohi oleh kita ini sebagai
umat Islam adalah sifat pemaaf baginda. Seperti yang kita sering dengar dalam sirah-sirah dan
hadis-hadis, Baginda adalah seorang yang sangat pemaaf. Mengambil contoh sebuah hadis,
“Baginda (Rasulullah) adalah orang yang paling mulia akhlaknya, tidak pernah berlaku keji, tidak
pula mengucapkan kata-kata kotor, tidak berbuat gaduh di pasar, dan tidak pernah membalas
dengan perkara tercela yang serupa, akan tetapi Baginda seorang yang pemaaf dan pengampun.”
hadis riwayat Ahmad. Disini kita dapat lihat bahawa Baginda ialah seorang yang sangat pemaaf
walaupun dikeji, dihina sehinggakan pernah Baginda dibaling batu hingga berdarah jubah
Baginda. Namun, Nabi Muhammad SAW memaafkan mereka dan mendoakan agar mereka ini
masuk Islam dan mengikuti Nabi Muhammad SAW.

Selain itu, Baginda Nabi Muhammad SAW juga adalah seorang kuat beribadah kepada
Allah SWT. Seperti yang kita sedia maklum, Rasulullah adalah manusia yang dijanjikan syurga
namun Bagindalah orang yang paling kuat beribadah kepada Allah SWT. Bayangkan, seorang
yang sudah dijanjikan syurga namun tetap beribadah sehinggakan baginda pernah solat sehingga
bengkak kakinya. Nabi Muhammad SAW juga adalah seorang yang tidak meninggalkan puasa
sunat. Kita sebagai umat Islam haruslah mengikut amalan sunnah Baginda kerana tersimpan
seribu satu kelebihan yang dirahsiakan. Sebagai contoh, kajian mendapati bahawa puasa sunat
ini boleh memberi rehat kepada tubuh kita selain mengelakkan obesiti. Baginda Nabi Muhammad
SAW juga adalah orang yang selalu berzikir. Kita haruslah sentiasa mengingat kepada Allah dan
baginda Nabi Muhammad SAW dengan berzikir dan berselawat kepada baginda.

Seterusnya, Nabi Muahmmad ialah seorang yang penyabar. Abu Hurairah RA


meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Keberanian bukanlah seperti ditunjukkan dalam
bergusti, tetapi orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah” (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim). Jelaslah disini bahawa baginda bukanlah seorang yang panas baran dan seorang yang
SULIT ANGKA GILIRAN : 2020122340074

berfikiran rasional dan tidak terburu-buru dalam menghukum sesuatu kesalahan. Hari ini, berapa
banyak kes-kes pergaduhan boleh kita lihat yang berlaku hanya disebabkan salah faham antara
sesama manusia. Jika kita mengikut dan mencontohi akhlak perbuatan Baginda ini, saya yakin,
perkara-perkara negatif seperti ini dapat dielakkan.

Kesimpulannya, haruslah kita fahami bahawa apabila kita dapat mengaplikasi akhlak
Rasulullah SAW dalam rutin kehidupan, pasti kita akan sentiasa terdorong melakukan yang
maaruf dan meninggalkan kemungkaran. Kita sebagai umat Islam sewajarnya perlu mengambil
pengajaran dan teladan daripada diri Nabi Muhammad SAW dan sejarah hidupnya sebagai
sumber inspirasi dan pedoman hidup untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
SULIT ANGKA GILIRAN : 2020122340074

2.
Menurut Poerwadarminta (1976), secara bahasa, dakwah bermakna penyiaran, propaganda.
Umumnya, dakwah Rasulullah SAW adalah secara rahsia dan terang terangan. Kedua-dua
dakwah ini dilakukan oleh Rasulullah SAW atas suruhan Allah SWT. Pada masa sama, keluarga
kecil Baginda di Kota Makkah dikelilingi oleh mereka-mereka yang menentang sebarang usaha
dakwah yang bercanggah dengan amalan Arab jahiliah, jahat, kufur dan penyembah berhala yang
sentiasa mencari jalan menghancurkan usaha dakwah apabila Baginda dilantik menjadi rasul.
Jadi, dua fasa ini diperintahkan Allah dilakukan oleh Rasulullah sesuai dengan keadaan pasa
masa itu.
Awalnya, dakwah Nabi SAW dilakukan secara sembunyi dan dari rumah ke rumah. Cara ini
dilakukan berikutan hebatnya tentangan dan rintangan dari kaum jahiliyah Quraisy yang terus
memusuhi agama baru yang dibawa Nabi Muhammad SAW. Dari sini kita dapat belajar untuk
terus berani melakukan apa yang kita mahu kerana kita tahu bahawa perkara tersebut adalah
perkara yang benar. Usaha dakwah Nabi Muhammad SAW ini terbatas kepada sahabat-sahabat
dekat dan kaum keluarganya sahaja. Namun begitu, tidak semuanya percaya dan meyakini
ajaran yang dibawa Rasulullah antaranya ialah Abu Thalib dan seorang dari bapa saudara
Baginda, Abu Lahab menjadi seorang yang keras menentang perjuangan dakwah ini. Nmun
Rasulullah tetap mengajak mereka untuk memeluk Islam kerana sayang akan mereka-mereka ini.
Jadi, kita sebagai orang yang faham akan kebenaran haruslah mengajak orang lain terutamanya
orang yang kita sayang untuk mengikuti kebenaran itu agar tidak mendapat balasan yang buruk di
hari kelak.
Seterusnya, kita dapat melihat pengislaman Abu Bakar yang merupakan Sahabat karib
Rasulullah ketika kecil lagi. Kemudian Zaid bin Harithah, Ummu Aiman yang merupakan
pengasuh Rasulullah ketika kecil. Dakwah ini kemudian disambung sama oleh para Sahabat
setelah keislaman mereka. Hasilnya, Abu Bakar sendiri yang berhasil mengislamkan tokoh
usahawan pada ketika itu, Utsman bin Affan, Ahli Korporat ternama, Abdurrahman bin Auf, Zubair
bin Awwam, Sa’ad bin Abi Waqqas dan lain-lain. Jelaslah bahawa dalam satu-satu usaha yang
kita kerjakan, kerjasama adalah perkara yang penting dalam membentuk sesuatu kejayaan yang
kita mahukan.
Menurut Asmuni Syukir (1983), strategi dakwah itu secara garis besar meliputi: strategi
ceramah, strategi tanya jawab, strategi debat, strategi percakapan antar pribadi, strategi
demonstrasi. Setelah Allah memerintahkan Rasulullah berdakwah secara terbuka, Nabi
Muhammad Rasulullah mengumpul dan menjemput para Sahabat Baginda yang berbangsa
Quraisy menghadiri jamuan. Pada ketika itu, Rasulullah S.A.W menyampaikan ajaran-Nya. Tetapi
tidak ramai yang menerima ajaran baginda. Namun,  Baginda tidak mengalah malah  lebih
berusaha dalam meneruskan agenda dakwah tersebut. Begitu juga dalam kehidupan kita ini yang
SULIT ANGKA GILIRAN : 2020122340074

ada kalanya di atas dan ada kalanya di bawah. Namun jika kita bersungguh-sungguh berusaha
pasti akan membuahkan hasil. Bak kata pepatah usaha tangga kejayaan. Berakit-rakit kehulu,
berenang renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian. Hasilnya lihatlah
berapa ramai umat Islam pada hari ini.
Kesimpulannya, Banyak rintangan yang dilalui Rasulullah selama berdakwah. Semuanya
adalah untuk mencapai impian melihat umat Baginda bersama-sama baginda di syurga nanti.
Demi merealisasikan ‘impian’ ini, pasti tidak mudah dan pelbagai ujian akan mendatang. Kerana
‘impian’ ini sangat istimewa dan tentu menuntunkan sebuah perjuangan yang jitu yang disambung
rapat bergenerasi dan usaha keras. Seharusnya kita melihat usaha Baginda ini sebagai sesuatu
yang boleh ditiru agar kita juga setidak-tidaknya mendapat rahmat dan ketenangan menjalani
kehidupan kita sehari-hari hingga ke liang lahad.
SULIT ANGKA GILIRAN : 2020122340074

JAWAPAN SOALAN 2

Dewasa ini, jika kita melihatkan pemimpin di negara kita ramai di antara mereka yang
menjalankan tugas dengan baik sesuai dengan jawatan sebagai pemimpin namaun ramai
dikalangan mereka ini yang terlibat dengan perbuatan-perbuatan yang jelas ditegah dalam agama
Islam seperti riba’, rasuah penggubahan duit haram, penyelewengan duit, dan salah
menggunakan kuasa mereka ini sebagai pemimpin. Sering sahaja mengungguli muka depan
akhbar denagn wajah mereka-mereka ini yang bertajukkan dengan tajuk yang kurang senang
dibaca oleh kita sebagai rakyat biasa. Maksud Rasulullah di dalam kamus dewan (1994)
menyatakan bahawa Rasulullah ialah Utusan Allah atau Pesuruh Allah iaitu Allah telah melantik
Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pesuruh Allah. Jika mereka ini iaitu pemimpin di negara kita ini
menjalankan tugas sebagaimana apa yang Rasulullah lakukan sewaktu menjadi pemimpin
dahulu, maka masalah-masalah seperti ini tidak akan timbul di Malaysia khususnya.

Di dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1994), kepimpinan pula membawa maksud
keupayaan memimpin. Memimpin pula membawa erti memegang tangan dan membawa berjalan
menuju kesuatu tempat yang di sebut juga menuntun. Secara umumnya, Rasulullah SAW
merupakan pemimpin dan ketua negara Islam yang pertama. Pemerintahan Rasulullah SAW juga
tertakluk kepada prinsip-prinsip asas yang telah diperintahkan oleh Allah SWT dalam al-Qur’an
iaitu mendaulatkan hukum Allah, menegakkan keadilan, kebebasan dan ketelusan, menyeru
kebaikan dan mencegah kemungkaran, membina perpaduan dan menjamin keamanan dan
keharmonian. Menurut Hilmy Bakar Almascaty (1995), syariat adalah undang-undang Allah s.w.t.
yang mengatur kehidupan umat manusia agar tercipta keamanan, kedamaian dan keadilan di
muka bumi ini, ia meliputi aspek hubungan manusia dengan Allah s.w.t. manusia dengan manusia
dan manusia dengan semua makhluk. Dalam pemerintahan Baginda, Rasulullah s.a.w. berusaha
untuk mendaulatkan semua hukum-hakam yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dalam semua
aspek.
Pada pendapat saya, di Malaysia, jika hukuman di negara kita ini mengikut hukum yang
disyariatkan oleh syarak, maka masalah yang berlaku di kalangan pemimpin akan hilang kerana
hukum yang mengikut perintah Allah itu adalah adildan saksama bagi setiap manusia. Sejarah di
negara kita menampakkan korupsi yang sangat teruk antara pemimpin apabila ramai pemimpin
yang tidak disabitkan kesalahan. Mungkin kerana mereka ini berduit dan boleh terlepas dari
hukuman di dunia. Namun, Allah maha mengertahui. Jika di zaman Rasulullah, orang yang
bersalah tetap bersalah dan dikenakan hukuman yang setimpal sekalipun dia golongan
bangsawan dan begitu juga sebaliknya.
Dalam bidang ekonomi, Rasulullah s.a.w. mematuhi sistem ekonomi yang diasaskan
daripada al-Qur’an yang menekankan keadilan. Untuk menjamin keadilan dan memastikan agar
SULIT ANGKA GILIRAN : 2020122340074

kekayaan tidak dibolot oleh segolongan kecil ahli masyarakat sahaja, maka pelbagai institusi
ekonomi diwujudkan oleh Islam. Dalam negara kita ini, kita dapat lihat bahawa terdapat ramai
pemimpin yang tidak jujur dan sering mengambil faedah yang salah atas kuasa mereka sebagai
pemimpin apabila mengambil yang bukan hak mereka. Jika mereka takut dan tahu akan hukum
Allah, pasti mereka tidak melakukanya.
Sistem ekonomi Rasulullah SAW adalah satu sitem yang dapat menghapuskan amalan riba
yang sebelum ini diguna pakai oleh orang Yahudi Madinah ke atas orang Arab. Jika sistem di
negara kita ini mengikut sistem yang dilakukan oleh Baginda, boleh saya jamin, akan
berkurangnya amalan rasuah, riba’, penggubahan duit haram dan sebagainya kerana mereka ini
tidak akan menjadi hamba duit dan kekayaan semata-mata.
Kesimpulannya, haruslah kita fahami bahawa kejayaan sesebuah negara itu bergantung
kepada kebijaksanaan pemimpinnya dan dalam hal ini, tiada insan lebih tepat untuk dijadikan
contoh teladan selain Rasulullah SAW. Bagi saya, adalah sangat penting untuk segala cara dan
kaedah Rasulullah SAW menjadi pemimpin, dicontohi pemimpin di negara kita ini untuk
memastikan negara ini dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara
maju yang lain.
SULIT ANGKA GILIRAN : 2020122340074

RUJUKAN
Asmuni Syukir , Dasar-dasar Strategi Dakwah Islam, Surabaya: al-Ikhlas, 1983.

Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi ( 1994).

W.J.S. Poerwadarminta, Kamus Umum Bahasa Indonesia, Jakarta: Balai Pustaka, 1976
SULIT ANGKA GILIRAN : 2020122340074

KERTAS JAWAPAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai