Anda di halaman 1dari 2

PdPR 25/5/2021

Soalan 5-Peribahasa

Dialog di bawah mengandungi dua peribahasa. Senaraikan peribahasa itu, kemudian berikan
peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.

Cikgu : Shahrul, kenapa kamu bergaduh dengan Kamal tadi? Sebelum ini kamu berdua
sangat akrab bagai isi dengan kuku. Seharusnya kamu berdua bekerjasama
menaikkan nama pasukan bola sepak kamu.

Shahrul : Maafkan saya cikgu. Tapi Kamal sudah melampau. Dia menjadi api dalam sekam
apabila dia tergamak memberitahu pasukan lawan tentang rancangan pasukan kami.

Cikgu :Benarkah Shahrul? Kamu ada bukti? Kamu tidak boleh menuduh Kamal tanpa usul
periksa. Lagi pula tidak ada faedahnya Kamal berbuat demikian.

Shahrul :Betul cikgu. Saya sendiri yang melihat dan mendengar perbualan Kamal dengan
pasukan lawan. Kamal diberikan ganjaran berupa wang oleh pihak lawan sekiranya
dia memberitahu rentak permainan pasukan kami.

[ 4 markah ]

Peribahasa Peribahasa sama/hampir sama maksud

i) Bagai isi dengan kuku Bagai dakwat dengan kertas


ii) Api dalam sekam Gunting dalam lipatan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi
dalam petikan tersebut.

“Hah, Amri kamu hendak ke mana tu?” tanya atok kepada Amri.
“Amri nak ke sekolah, tok. Ada latihan olahraga hari ini,” jawab Amri.
“Kamu ni tak penat ke? Hari-hari atok tengok kamu ada latihan,” tanya atok lagi.
Tak , tok. Nak berjaya kena usaha lebih,”jawab Amri pula.
“Atok tengok kamu ni saling tak tumpah macam ayah kamu. Kalau nak sesuatu benda kamu akan
usaha sampai dapat. Atok suka dengan semangat kamu ni,” kata atok kepada Amri.
“Amri pergi dulu ya, tok,”kata Amri.
Amri seorang pelajar yang suka akan cabaran. Dia merupakan atlet sukan olahraga yang menjadi
harapan sekolah. Setiap petang, dia akan menghabiskan masa terluang dengan berlatih di padang
sekolah bersama raka-rakan yang lain. Dia tidak akan melepaskan peluang itu kerana impiannya
adalah untuk menjadi seorang atlet yang berjaya dan terkenal.

[ 6 markah ]
i)Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

ii)Genggam bara api, biar sampai jadi arang.

iii)Masa itu emas.

Anda mungkin juga menyukai