Anda di halaman 1dari 9

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara
disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal,
Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin
© Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm

Ulama’ Patani di Terengganu: Sejarah dan Peranan


(Dari Tuan Hassan Besut hingga Haji Abdul Rahman Pombeng)
Ahmad Fathy al-Fatani

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan


Kompleks Islam Darul Naim, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Abstrak: kertas yang ditulis ringkas ini, akan disentuh mengenai beberapa orang ulama’ asal Patani yang
memilih berhijrah dan bermukim di negeri Terengganu Darul Iman dalam tempoh dua abad terakhir, abad 19
dan abad 20, juga peranannya serta sumbangannya dalam menyebarkan dakwah Islamiyyah dan upayanya
mengangkat citra ilmu di kalangan masyarakat negeri Terengganu, baik di kalangan petinggi kerajaan negeri
maupun di peringkat orang awam. Turut disentuh ialah dampak atau kesan peranan mereka dalam
melestarikan budaya ilmu dan tradisi pengajian Islam di Terengganu, termasuk sumbangannya dalam
melahirkan tokoh-tokoh ulama’ tempatan Terengganu seperti To’ Ku Tuan Besar (1795-1878), Baginda Sultan
Omar (memerintah 1839-1876), To’ Ku Paloh (1830an-1918), Sultan Zainal Abidin III (memerintah 1881-
1918), Haji Omar Duyung Besar dan lain-lain.

PENGENALAN Patut dicatat bahawa, beberapa orang ulama’


besar Patani yang muncul pada awal abad 19 seperti
Lama sebelum negeri Patani Darul Salam jatuh ke Sheikh Daud bin Abdullah al Fatani (meninggal
tangan Siam pada 17851), negeri Patani telah di 1846) dan Tuan Hasan Besut (Sheikh Hasan bin
kenali sebagai “negeri para ulama” atau ardhu al Ishak al Fatani) diketahui pernah belajar di Pondok
ulama’, berbanding dengan negeri-negeri Melayu Pauh Bok ini. Ulama’ lain yang turut di kesan
lain di Semenanjung Melayu. Sejauh yang dapat belajar di pondok yang sama ialah Sheikh Abdul
dikesan, ulama’ pertama yang di ketahui muncul di Samad al Falimbani, penulis kitab Siyar al Salikin
Patani bernama Faqih Wan Musa bin Mohd Salleh al yang terkenal itu. Kemudian, kira-kira pada akhir
Laqihi yang bukan sahaja seorang ulama’ dan abad 18 inilah, yakni pada waktu Pondok Pauh Bok
penulis kitab, tetapi juga pemimpin sekaligus tengah aktif, negeri Patani mengalami kekalahannya
pengasuh pondok yang didirikannya di Kampung di tangan Siam. Peristiwa ini, seperti disebut di atas,
Sena, Patani pada paruh kedua abad 16. Menurut terjadi pada 1785, apabila Sultan Patani yang
maklumat, inilah “pondok pertama” diketahui terakhir – Sultan Muhammad – terbunuh dalam
pernah direkodkan di Patani, iaitu kira-kira satu abad perang menentang Siam yang menceroboh masuk ke
selepas negeri Patani secara rasmi menjadi kerajaan negerinya.
atau negeri Islam pada 1457.2 Selepas Kampung Kejatuhan Patani tak hanya menyaksikan
Sena, ulama’, berikut institusi pondok juga muncul kejatuhan kuasa politiknya, tetapi juga kehidupan
secara bergiliran di berbagai tempat di Patani. rakyat dan negerinya, baik ekonomi, sosial maupun
Antaranya yang patut di catat ialah pondok Teluk kehidupan beragama. Bayangkan, betapa sebuah
Manak yang didirikan oleh Wan Husin Sanawi (juga negeri yang kaya dan nyaman dengan institusi beraja
berasal dari Kampung Sena), sekalian dengan masjid dan kehidupan beragama yang kental, tiba-tiba
tuanya yang bersejarah, dan pondok Lebai Wan hancur dan punah dilanda perang. Meskipun Patani
Abdul Mubin di Kampung Pauh Bok (penghujung berusaha bangkit selepas kekalahan ini, namun
abad 17 dan berterusan sepanjang abad 18 dengan upaya ini tidak pernah berhasil. Beberapa siri
tokoh-tokoh guru yang terdiri dari anak-anaknya; pemberontakan yang dilancarkan ke atas pihak
Sheikh Wan Abdul Rahman bin Wan Abdul Mubin berkuasa Siam menemui kegagalan. Paling akhir dan
dan Wan Abdullah bin Wan Abdul Mubin). Selepas paling besar ialah pemberontakan pada tahun 1832
Wan Abdul Rahman dan Wan Abdulah pondok ini yang dilancarkan secara bergabung dengan Kedah.
diteruskan oleh keturunan Wan Abdul Mubin Selepas pemberontakan ini orang Patani “mati kutu”
seterusnya; masing-masing bernama Sheikh Mohd dan terpaksa menerima hakikat kekalahannya
Salleh bin Wan Abdul Rahman dan Sheikh Abdullah kepada Siam.
bin Mohd Salleh bin Sheikh Wan Abdul Rahman bin Yang menjadi pokok pembicaraan kita di sini
Lebai Wan Abdul Mubin. ialah dampak kekalahan ini dari segi kehidupan

486
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

keagamaan dan pembelajaran ilmu agama di Patani. hanya memilih lima orang daripada mereka sebagai
Tidak lama selepas kekalahan ini negeri Patani mewakili.
menyaksikan ramai rakyatnya berhijrah ke negeri-
negeri lain, baik di peringkat pemimpin, hulubalang, Tuan Hasan Besut (1860): Tokoh ulama’ ini
perajurit biasa, maupun orang awam. Tidak seangkatan dengan Syeikh Abdul Kadir Bukit
terkecuali ialah ulama’-ulama’nya. Gelombang Bayas. Nama lengkapnya, seperti tercatat pada
perpindahan ini diperkirakan bermula pada akhir kitab-kitab karangannya ialah Syeikh Hasan bin
abad 18, yakni tidak lama selepas Patani kalah dan Ishak al-Jawi al-Fatani. Digelar ‘Tuan Hasan Besut’
berterusan sepanjang abad 19, dan malah berlanjut kerana beliau lama bermukim dan mengajar di
sehingga sekarang. daerah Besut, juga di Terengganu.
Sama seperti Syeikh Abdul Kadir dan tokoh
Ulama’ Patani di Terengganu: Saya tidak ingin selepasnya, To’ Syeikh Duyong, Tuan Hasan adalah
menyentuh banyak tentang kaum muhajirin Patani imigran dari Patani. Beliau dipercayai datang ke
dalam skala besarnya ke berbagai pojok dunia Besut pada dekad 1830-an, iaitu ekoran ‘zaman
Melayu atau malah ke tanah Hijaz. Akan tetapi, payah’ yang melanda Patani selepas peristiwa
marilah kita sekarang melihat perpindahan ulama’ pemberontakan Patani menentang Siam pada 1832.
ini ke Terengganu, sebuah negeri yang terletak di Kecuali itu, maklumat mengenai kampung
selatan Patani dan yang pernah mempunyai kaitan halamannya di Patani, juga nama-nama gurunya,
sejarah dan politik yang rapat dengan Patani. tidak diperoleh. Namun ada dugaan bahawa beliau
Rombongan ulama’ Patani pertama yang berasal dari kampung-kampung sekitar Pauh Bok
dikesan tiba di Terengganu ialah rombongan yang dan sempat belajar kepada Syeikh Abdul Rahman
dipimpin oleh To’ Sheikh Qadhi – Haji Wan Mohd dan Syeikh Mohd Saleh, guru Pondok Pauh Bok
Amin Wan Yaacob – ayahanda kepada To’ Sheikh yang terkenal itu.
Duyong. Peristiwa ini diperkirakan terjadi pada Pada waktu beliau datang ke Besut, beliau
dekad 1820 an atau malah lebih awal, yakni selepas dipercayai sudah dikenali sebagai ‘orang alim’.
orang Patani berkali-kali gagal dalam upayanya Seorang saudaranya, Syeikh Ali bin Ishak,
melepas diri daripada Siam (1789, 1791 dan 1808)3). sebaliknya menetap di Makkah, menjadi mertua
Turut sama dalam rombongan ini ialah Sheikh kepada dua orang ulama’ asal Patani bernama
Abdul Kadir (kemudian dimasyhurkan dengan nama Syeikh Nik Mat Kecik al-Fatani dan Syeikh Nik
Sheikh Abdul Kadir Bukit Bayas) yang pada waktu Muhammad bin Tuan Abdullah Kerisik (lebih
itu telah dikenali sebagai seorang “alim” dari Patani. dikenali kemudian dengan nama Syeikh Nik Mat
Adapun To’ Sheikh Duyong, yang juga di bawa Besar). Di kalangan masyarakat Besut, Tuan Hasan
ayahnya dalam perpindahan ini, masih lagi berada dianggap sebagai ‘guru pertama’ mereka. Melalui
dalam usia bawah umur dan kerananya masih perlu tokoh inilah citra pengajian Islam di daerah Besut
belajar kepada ayahnya di Kampung Paya Bunga dikatakan bermula.
dan kemudiannya kepada Sheikh Abdul Kadir di Kedatangan beliau ke Besut disambut baik oleh
Bukit Bayas. wakil Raja Terengganu di Besut pada waktu itu.
Selain Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas atau Baginda yang kebetulan sedang ketiadaan guru telah
kadang-kadang dipanggil ‘Tuan Bukit Bayas’ dan menerima baik kedatangan Tuan Hasan. Selain
To’ Syeikh Duyong, turut berhijrah ke Terengganu dilantik menjadi guru istana, beliau juga diserah
selepasnya ialah keluarga Syeikh Daud al-Fatani dan tugas menjadi imam Masjid Raja di Besut.
Syeikh Nik Dir al-Fatani (Nik Abdul Kadir bin Wan Tuan Hasan tinggal di Tanjung Gong Surau,
Abdul Rahman). Namun, tidak seperti dua orang Besut dan membuka halaqah pengajiannya di sana.
ulama’ pertama, kedua-dua Syeikh Daud al-Fatani Kepadanya ramai anak-anak muda Besut dan
dan Syeikh Nik Dir ini tidak sampai bermukim dan kawasan sekitarnya datang berguru. Kedudukannya
menetap di Terengganu, tetapi hanya sekadar yang seperti ini, ditambah dengan peranannya selaku
singgah beberapa waktu di Pulau Duyong Kecil penasihat kepada wakil Raja Terengganu di Besut
sebelum kemudiannya berangkat ke Makkah dan dalam perkara-perkara keagamaan telah
menetap di sana4). menyebabkan namanya sangat dihormati dan
Tiga orang ulama’ kenamaan asal Patani yang dimuliakan.
lain yang turut berhijrah dan bermukim di Dua orang murid beliau yang terkenal ialah
Terengganu ialah Tuan Hasan Besut atau nama Tuan Guru Haji Husin Kampung Lapu, tokoh yang
lengkapnya Syeikh Hasan Ibnu Ishak al-Jawi al- kemudiannya dikenal sebagai orang yang
Fatani (junior Syeikh Daud al-Fatani), Haji Husin memperkenalkan sistem pengajian pondok di Besut,
Kampung Lapu (murid Tuan Hasan Besut) dan dan Haji Said Kampung Lama.
terakhir Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pombeng. Tuan Hasan meninggalkan dua buah karya tulis:
Bagi mengenali ulama’-ulama’ ini dari dekat, di Hidayah al-Mukhtar, sebuah terjemahan hadis 40
bawah ini saya peturunkan tarajum mereka secara mengenai ‘kelebihan ilmu yang mulia’ bagi al-Hafiz
ringkas, sekalian dengan peranan mereka selama Abdul ‘Azim al-Munziri dan Ayyuha al-Walad,
berada di Terengganu. Mohon maaf, kalau saya sebuah terjemahan karya Imam al-Ghazali dengan

487
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

judul yang sama. Kitab pertama selesai beliau salin Mufti, ditambah dengan minat Sultan sendiri kepada
pada hari Jumaat 26 Muharram1249/14 Jun 1833, agama, menyebabkan banyak dasar-dasar kerajaan
manakala kitab kedua selesai beliau terjemah di negeri Terengganu dirancang berselari dengan
Makkah pada malam Isnin 14 Rabi’ al-Awwal kehendak-kehendak Islam. Keadaan ini dapat dilihat
1266/27 Januari 1850. misalnya pada kuatkuasa beberapa undang-undang
Tuan Hasan Besut meninggal dunia pada Islam dalam sistem pentadbiran negeri Terengganu
18605) tanpa meninggalkan anak. Jenazahnya pada zaman pemerintahan Baginda Sultan Umar.
dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Patut disebut bahawa Syeikh Abdul Kadir adalah
Palembang, Besut. pengamal tariqat tasawwuf aliran Syatariyyah,
sebuah aliran tasawwuf yang juga dianut oleh
Tuan Bukit Bayas (1864): Nama lengkapnya ialah Syeikh Daud al-Fatani. Maka tidak hairan, jika karya
Syeikh Abdul Kadir bin Wan Abdul Rahim bin Wan Syeikh Daud yang bertajuk al-Manhal al-Safi fi
Deraman bin Wan Abu Bakar bin Wan Ismail bin Bayan Rumuz Ahli al-Sufi menjadi salah satu kitab
Fakih Ali al-Malibari. Lahir di Patani pada suatu pegangan beliau yang utama (malah, pernah ada
tarikh yang tidak diketahui, tetapi diperkirakan pada anggapan sesetengah pengkaji bahawa kitab
suku terakhir abad 18. Berhijrah ke Terengganu berkenaan adalah karya tulis beliau sendiri).
pada dekad 1820-an bersama-sama dengan Syeikh Abdul Kadir disebut-sebut mempunyai
rombongan yang dipimpin oleh To’ Syeikh Qadhi – empat orang isteri dan 23 orang anak. Beliau
bapa kepada To’ Syeikh Duyong. Di Terengganu, meninggal dunia pada tahun 1864 di Bukit Bayas,
beliau mula-mula tinggal di Kampung Patani (dalam Kuala Terengganu. Sebuah karya beliau, tetapi
kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu masih dalam bentuk manuskrip bertajuk al-Targhib
sekarang), sebelum kemudiannya bermukim di Bukit wa al-Tarhib fi al-Bai’ wa al-Syira’ selesai beliau
Bayas, sebuah perkampungan yang terletak kira-kira tulis pada 1234 bersamaan 1818 Miladiyyah
6 kilometer dari Kuala Terengganu. Kerana tempat (sekarang tersimpan di Pusat Manuskrip Melayu, di
tinggalnya dan pusat kegiatannya menyebar ilmu Kuala Lumpur).
bertempat di Bukit Bayas, maka melekatlah
namanya menjadi ‘Tuan Bukit Bayas’, dan nama ini To’ Syeikh Duyong (1889): Tokoh asal Patani
lebih masyhur ketimbang nama sebenarnya – Syeikh (Chabang Tiga) ini, seperti pendahulunya, Syeikh
Abdul Kadir. Abdul Kadir Bukit Bayas dan Tuan Hasan Besut,
Kecuali itu, latar belakang pendidikannya di juga mencipta namanya di Terengganu. Saking
Patani (juga di tempat-tempat lain) serta nama guru- berpengaruhnya beliau di kalangan petinggi kerajaan
gurunya tidak diperoleh. Meskipun ada maklumat negeri Terengganu, sampai-sampai beliau pernah
yang menyebut bahawa beliau pernah belajar di digelar ‘Lidah Negeri Terengganu’.
Kuala Bekah, Patani dan kemudiannya di Makkah, Nama sebenar To’ Syeikh Duyong ialah Haji
dan di antara guru-gurunya termasuklah Syeikh Wan Abdullah bin Haji Wan Mohd Amin. Ayah
Daud al-Fatani, Syeikh Mohd Saleh bin Abdul beliau, Haji Wan Mohd Amin bin Wan Yaakub,
Rahman Pauh Bok dan Syeikh Mohd Zain Faqih lebih akrab dipanggil To’ Syeikh Qadhi, juga adalah
Jalaluddin Acheh (sewaktu di Makkah), akan tetapi seorang ulama’ asal Patani. Pada dekad 1820-an,
maklumat ini tidak meyakinkan. Barangkali di beliau (ayah To’ Syeikh Duyong) mengetuai
peringkat andaian, berdasarkan zaman hidupnya rombongan orang Patani berhijrah ke Terengganu.
sahaja. Yang pasti ialah, pada waktu beliau Termasuk dalam rombongan ini ialah Syeikh Abdul
menyertai rombongan orang Patani berhijrah ke Kadir Bukit Bayas (tokoh bilangan (ii) di atas) dan
Terengganu, namanya sudahpun dikenal sebagai anaknya yang sedang meningkat remaja – Wan
‘orang alim’. Abdullah.
Di Bukit Bayas, Syeikh Abdul Kadir mengajar Tidak seperti Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas,
berbagai bidang ilmu, merangkumi Usul al-Din, Wan Abdullah tidak sempat mengenyam pendidikan
Fiqh, Tasawwuf dan lain-lain. Selain di Bukit Bayas, awal di Patani, tetapi di Terengganu. Hal ini terjadi
beliau pun membuka pusat pengajian serupa di kerana pada waktu beliau dibawa ayahnya berhijrah
Kampung Paya Bunga, Duyong dan di beberapa ke Terengganu, usia beliau masih di bawah umur. Di
tempat yang lain. Antara mereka yang pernah samping belajar dengan ayahnya sendiri di
mengikuti halaqah pengajian beliau termasuklah To’ Kampung Paya Bunga (tempat kediaman barunya di
Syeikh Duyong, To’ Ku Tuan Besar dan Sultan Terengganu), beliau berulang-alik ke Bukit Bayas –
Terengganu sendiri – Baginda Umar. belajar kepada Syeikh Abdul Kadir – bersama-sama
Kemuncak kerjaya beliau sebagai ilmuan Islam seorang rakan asal Terengganu bernama To’ Ku
terjadi pada waktu beliau dilantik menjadi Mufti Tuan Besar.
Kerajaan Negeri Terengganu oleh Baginda Sultan Selepas Terengganu, Wan Abdullah dihantar
Umar – muridnya. Kedudukannya yang seperti ini – ayahnya belajar di Patani – negeri tumpah darahnya.
Mufti merangkap guru Sultan – membolehkannya Walaupun tidak ada maklulmat mengenai nama
memainkan peranan utama dalam pemerintahan guru-gurunya diperoleh, namun, berdasar kepada
kerajaan Terengganu. Atas nasihat beliau selaku zamannya, beliau dipercayai sempat belajar di

488
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Pondok Bendang Daya dan di pondok-pondok lain Amin. Beliau ialah murid Tuan Hasan Besut (Syeikh
yang sezaman dengannya. Selepas di Patani, beliau Hasan bin Ishak al-Fatani) dan orang pertama yang
menyambung belajar di Makkah pula. Namun memperkenalkan sistem pengajian pondok di daerah
penting diketahui, semua tahap pembelajaran ini Besut.
ditempuhnya sebelum tahun 1846. Tuan Guru Haji Husin berasal dari Nat Dang,
Selepas pulang dari Makkah pada 1846, Wan Patani (sekarang termasuk dalam Changwad atau
Abdullah yang kini bergelar Haji Wan Abdullah Wilayah Yala). Tarikh lahirnya tidak diketahui.
memulakan kegiatannya mengajar di Pulau Duyong Sebelum berangkat ke Makkah, beliau dipercayai
Kecil. Di tempat baharu ini, beliau mendirikan telah belajar di beberapa buah pondok di Patani.
sebuah masjid berdekatan dengan rumahnya. Kemudiannya, setelah beberapa lama pulang dari
Belakangan, di antara rumah dengan masjid inilah Makkah, beliau turut berhijrah ke Besut, menurut
tertumpah segala kegiatan hidup beliau. Adapun jejak langkah gurunya – Tuan Hasan.
bidang ilmu yang beliau ajar ialah Usul al-Din, Fiqh, Seperti dikatakan, Haji Husin adalah orang
Tafsir dan Tasawwuf. Pelajar-pelajarnya mulai pertama yang memperkenalkan sistem pondok di
berdatangan ‘menadah’ kitabnya masing-masing Besut. Tidak seperti gurunya yang sekadar membuka
yang pada waktu itu masih dalam bentuk tulisan halaqah pengajian kitab di samping mengajar
tangan. keluarga diraja, Haji Husin sebaliknya maju lebih ke
Kerana tempat mengajarnya di Pulau Duyong, hadapan dengan membuka pondok pengajian di
maka lama-kelamaan melekatlah namanya menjadi Kampung Lapu pada 1905. Wakil Raja Terengganu
‘To’ Syeikh Duyong’. Dan benar saja, pondoknya di Besut, Tengku Muda, telah bermurah hati
makin lama makin ramai didatangi pelajar, jauh dan mengurniakan tapak tanah bagi tujuan pembangunan
dekat. Antara murid-muridnya yang terkenal ialah pondok dan rumah kediaman beliau.
Baginda Sultan Umar, Sultan Zainal Abidin III, Haji Kampung Lapu yang sedia ramai dengan
Umar Duyong Besar, To’ Ku Paloh, Haji Abdul penduduk (kerana kedudukannya yang strategik
Hamid Nerus dan anaknya sendiri – Haji Wan sebagai pusat perdagangan tradisional di kawasan
Muhammad bin Wan Abdullah. Satu hal yang Besut) segera menjadi terkenal. Maka tidak hairan
menarik ialah, dua orang Sultan yang menjadi murid jika kehadiran Haji Husin sangat dialu-alukan.
beliau datang sendiri berguru kepada beliau di Pulau Pondok beliau diserbu oleh para pelajar dari
Duyong – bukan sebaliknya – beliau yang datang kawasan sekitar, malah dari Kelantan juga. Pada
mengajar di istana. tahun 1916, diperkirakan tidak kurang dari 40 buah
Kerana ketokohannya, To’ Syeikh Duyong pondok didirikan di sekitar rumah kediamannya.
kemudiannya dilantik menjadi Mufti Kerajaan Sama seperti gurunya, Tuan Guru Haji Husin
Negeri Terengganu menggantikan gurunya, Syeikh Kampung Lapu juga menjadi tokoh rujukan
Abdul Kadir Bukit Bayas, yang meninggal dunia. masyarakatnya. Malah, beliau sering diajak
Sepanjang hidupnya, beliau sempat menjadi Mufti berunding oleh wakil Raja Terengganu di Besut.
kepada tiga orang Sultan – Baginda Sultan Umar Dalam hal ini, peranan, tugas dan kedudukan beliau
(mangkat 1876), Sultan Ahmad Shah II (mangkat persis mewarisi peranan dan kedudukan gurunya –
1881), dan Sultan Zainal Abidin III (mangkat 1918). Tuan Hasan Besut. Kematian Tengku Muda dan
Semasa menjadi Mufti, khidmatnya sebagai pelantikan Tengku Wok sebagai wakil Raja di Besut
penasihat agama kepada Sultan sangat terserlah. tidak merubah fungsi dan kedudukan beliau di
Selain itu pengaruhnya dalam pentadbiran negeri kalangan keluarga bangsawan Besut.
juga besar. Pernah pada suatu masa beliau diutus Tuan Guru Haji Husin meninggal dunia
Baginda Sultan Umar ke Kelantan bagi merundingi pada 1917, iaitu pada waktu pondoknya sedang
Sultan Kelantan supaya menyekat sokongan rakyat berkembang pesat. Tempat beliau sebagai guru
Kelantan kepada Tengku Ali bin Tengku Abdul pondok diteruskan oleh anaknya Haji Muhammad.
Kadir yang memberontak terhadap dasar Tidak lama kemudian, Haji Muhammad berpindah
disentralisasi Sultan Terengganu. Manakala pada ke Kuala Besut, mendirikan pondoknya sendiri,
waktu meletus perang saudara di Pahang antara Wan dengan meninggalkan pondok ayahnya di Kampung
Ahmad dengan Bendahara Wan Mutahir, nasihat Lapu kepada bapa saudaranya (adik Tuan Guru Haji
beliau juga diminta bagi menentukan pihak mana Husin) – bernama Tuan Guru Haji Abdullah.
yang harus didekati Sultan.
To’ Syeikh Duyong meninggal dunia di Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pombeng
rumahnya di Pulau Duyong Kecil pada 12 Jumad al- (2008): Tuan Guru Haji Abdul Rahman termasuk
Akhir 1306 bersamaan 14 Februari 1889. Ada antara beberapa orang tokoh pendakwah yang tidak
diceritakan bahawa Sultan Zainal Abidin III telah asing lagi bagi negeri Terengganu. Selama lebih
berangkat sendiri ke Pulau Duyong Kecil bagi kurang dua dekad sejak 1981, beliau sangat aktif
melayat dan menyembahyangkan jenazah gurunya. berdakwah di negeri Darul Iman ini. Tak hanya
selaku seorang pensyarah dan pakar rujuk di
Tuan Guru Haji Husin Kampung Lapu (1917): tempatnya bertugas, Kolej Agama Sultan Zainal
Nama lengkapnya ialah Haji Husin bin Haji Mohd Abidin (KUSZA), Kuala Terengganu, tetapi juga

489
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

selaku Tuan Guru bagi masyarakat Kuala Ibai ‘Jam’iyyah al-Islamiyyah al-Fataniyyah’, sebuah
khasnya dan Kuala Terengganu amnya, juga sebagai badan pelajar Patani di Makkah yang selain
khatib dan imam masjid, penceramah agama di bertujuan untuk memelihara perpaduan dan menjaga
Radio Malaysia Kuala Terengganu dan lain-lain. kebajikan pelajar, juga bertujuan untuk
Meskipun bukan anak jati negeri Terengganu, akan membangkitkan kesadaran politik di kalangan
tetapi bagi seorang pendakwah dan ilmuan agama pelajar Patani di Makkah. Antara ahli-ahli badan ini
sepertinya, tidak ada sempadan negeri atau geografi ialah Pak Ya Kelaba, Haji Wan Ahmad bin Wan
yang mampu menyekat kegiatan beliau. “Bumi Ismail (Kerisik), Haji Ismail Pitsuwan (Ligor), Haji
Allah adalah luas dan di mana pun kita berada, kita Hasbullah (Kokpor), Haji Nik Mahmud Penarik,
dituntut untuk mengajar dan berdakwah”, demikian Haji Arsyad Palas, Haji Abdul Hadi Yala, Dr Abdul
kira-kira falsafah hidup yang beliau anut Ghani Yaakub dan lain-lain. Dalam badan ini, beliau
sebagaimana tercermin dari ativiti hidup beliau sejak mula-mula duduk sebagai ahli biasa, tetapi
dahulu. kemudian, tidak lama sebelum pulang ke Patani,
Tuan Guru Haji Abdul Rahman lahir di sebuah meningkat menjadi Yang Dipertuanya.
kampung bernama Pombeng, dalam daerah Penarik,
Patani pada tahun 1930. Kerana tempat lahir dan Kegiatannya di Patani: Tidak lama selepas pulang,
negeri asalnya ini, maka beliau kemudian dikenali Haji Abdul Rahman memulakan kegiatannya yang
dengan laqab “Haji Abdul Rahman Pombeng pertama pada 1961 – mendirikan Mu’assasah al-
(tempat lahir) al-Fatani (negeri asalnya)”. Thaqafah al-Islamiyyah di kampung kelahirannya –
Selepas belajar di sekolah dasar bahasa Thai Pombeng, Penarik. Namun, tidak seperti institusi
sehingga darjah empat, beliau pindah belajar di pengajian Islam sebelumnya, mu’assasah atau
Madrasah (pondok) Kuala Beruas pada 1941, tepatnya ‘Yayasan Islam’ pimpinan beliau lebih luas
berguru kepada Haji Abdul Rahman Saghir bin jangkauannya; ia tidak lagi berbentuk sebuah
Mohd Dahhan, seorang to’ guru Patani yang pondok tradisi tetapi sudah mengacu kepada sebuah
kemudiannya dimasyhurkan dengan nama ‘To’ organisasi pengajian yang merangkumi kedua-dua
Beruas’ itu. sistem pondok dan sekolah sekaligus.
Selepas enam tahun di pondok ini, kira-kira Dua puluh tahun lamanya beliau berhabis waktu dan
pada 1947, beliau memondok di Bermin (cuma tiga berkuras tenaga mengembangkan yayasan yang
bulan sahaja), dan kemudiannya di Pondok Mak didirikannya ini. Selama tempoh ini – 1961 hingga
Enggol (lebih kurang setahun). Pada tahun 1948, 1981 – cukup ramai ilmuan dan cerdik pandai Islam
pada waktu beliau berusia 18 tahun, dan selepas Patani yang telah terdidik di yayasan yang diasuhnya
berkahwin dengan Fatimah – anak gurunya To’ ini.
Beruas – beliau naik ke Makkah untuk menyambung Pada masa yang sama juga beliau aktif dalam
belajar di peringkat yang lebih tinggi sebagaimana perjuangan pembebasan Patani melalui organisasi
layaknya anak-anak pondok Patani pada zamannya. BNPP (Barisan Nasional Pembebasan Patani),
Di Makkah, Haji Abdul Rahman mula-mula belajar bersama-sama pejuang Patani yang lain. Adalah
di sekolah dasar (ibtidai) kerajaan Saudi, sebelum dipercayai bahawa bibit bagi kegiatan ini tumbuh
memasuki al-Ma’had al-Ilmi al-Saudi pada 1953. sejak beliau menyertai Jam’iyyah al-Islamiyyah al-
Antara guru-gurunya di sini ialah Syeikh Abdul Fataniyyah sewaktu di Makkah dahulu. Penglibatan
Malik Malla, Syeikh Said Jundal, Syeikh Mahmud beliau dalam badan yang disebut terakhir ini
Sawaf (Iraq), Syeikh Abu al-Wafa (Mesir), Syeikh mencapai pundaknya pada penghujung dekad 1970-
Badran, Syeikh Mutawalli, Ali al-Siba’i dan lain- an, dan menyaksikan beliau pada akhirnya terpaksa
lain. berhijrah dari tanah airnya, Patani, untuk bermukim
Pada 1959, beliau mulai belajar di berbagai di Malaysia. Peristiwa yang berlaku pada 1981 ini
halaqah kitab di Masjid al-Haram, mengitari guru- disebutnya sebagai ‘mudhdharran’ atau secara
guru yang mengajar di masjid berkenaan, atau malah terpaksa atau terdesak.
di rumah-rumah persendirian. Antaranya Di Malaysia, beliau mula-mula tinggal di
termasuklah nama-nama seperti Syeikh Alawi bin Lundang, Kota Bharu sehingga Oktober 1981.
Abbas al-Maliki, Hasan Masyat, Syed Amin al- Menjelang akhir tahun yang sama, atas pelawaan
Kutubi, Syeikh Wan Ismail bin Wan Abdul Kadir al- seorang pemborong bernama Haji Wan Uthman bin
Fatani, To’ Ahyad, Syeikh Daud Sulaiman al- Wan Ahmad, beliau berhijrah ke Terengganu. Tidak
Kalantani, Syeikh Abdul Kadir al-Mandili, Syeikh lama di Terengganu, beliau menerima tawaran
Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz dan lain-lain. menjadi pensyarah di Kolej Agama Sultan Zainal
Dalam masa yang bersamaan juga beliau Abidin (KUSZA), Kuala Terengganu. Dalam
menyempatkan diri belajar di Kulliyah al-Syariah, percakapannya kepada saya beliau menyebut
Makkah (sekarang Jami’ah Umm al-Qura) tetapi penerimaan tawaran ini sebagai sesuatu yang perlu
tidak tamat. direbut dalam upayanya mencari ruang untuk
Selain belajar, di Makkah jugalah Haji Abdul mengajar dan berdakwah yang menjadi falsafah
Rahman mulai berjinak-jinak dengan badan pelajar. hidupnya sejak lama. ‘Tidak ada motif lain’ katanya.
Antara badan pelajar tempat beliau bergiat ialah

490
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

‘Kalau untuk hidup, saya boleh bermukim dan tersembunyi hikmat yang tidak terjangkau. Dalam
mengajar di Makkah’, katanya melanjutkan. hal ini, siapa menyangka bahawa Tuan Guru Haji
Abdul Rahman Pombeng yang seolah-olah ‘terusir’
Kegiatannya di Terengganu: Selepas menerima keluar dari tanah kelahirannya, tiba-tiba mendapat
tawaran menjadi pensyarah KUSZA, bermulalah era tempat dan sanjungan yang layak baginya di sebuah
perkhidmatan beliau di Terengganu. Selain bumi lain – bumi Darul Iman.
mengajar, dan sesuai dengan kelayakan ilmu yang Meninggal dunia di Kuala Terengganu pada 4 Mac
ada padanya, beliau menjadi semacam ‘pakar rujuk’ 20086).
atau tempat bertanya di kalangan pensyarah-
pensyarah muda dan bagi apa-apa masalah agama Peranan dan Sumbangan Ulama’ Patani:
yang berbangkit di Terengganu. Otoritas beliau Terdapat beberapa kesimpulan atau rumusan yang
dalam hal ini, kian hari kian terserlah. Sehingga, dapat ditarik dari tarajum ringkas di atas.
meskipun selepas menjangkau usia bersara, namun
khidmat beliau tetap diperlukan di KUSZA. Dalam  Kesemua tokoh tampaknya sangat berperanan
masa yang sama, beliau mengatur jadual mengajar di dalam pengajian ilmu-ilmu Islam, baik dalam
madrasah yang dibina dalam kawasan rumahnya di bentuk institusi pondok, pengajian halaqah
Kuala Ibai (madrasah ini kemudiannya berkembang mahupun dalam bentuk pendidikan Islam moden
menjadi Pondok Dar al-Salam), menjadi khatib sekarang. Perbezaan bentuk ini tentu saja sangat
keliling di masjid-masjid sekitar Kuala Terengganu, terkait dengan perubahan mode atau gaya
berceramah di corong Radio 3 Kuala Terengganu, pendidikan pada zaman di mana sang tokoh
dan satu hal yang tetap tidak lekang dari kegiatan hidup dan berbakti (bandingkan institusi
hidupnya ialah kekal menjadi anggota gerakan jihad pengajian Tuan Bukit Bayas atau To’ Syeikh
Islam Patani. Duyong dengan KUSZA pada zaman Tuan Guru
Perkhidmatannya di KUSZA terpaksa berakhir Haji Abdul Rahman Pombeng).Melalui sessi
pada 1997 apabila beliau menjalani ‘pelarian politik’ pengajian inilah, ulama’ Patani berupaya
sekali lagi. Kali ini ke suatu tempat yang sangat menjernihkan aqidah umat Islam Terengganu
jauh, iaitu Sweden (Eropah). Turut bersama dalam yang pada abad 19 itu masih bercampur dengan
rombongan beliau ialah beberapa orang pemimpin unsur khurafat dan kepercayaan karut warisan
politik Patani seperti Haji Mohd Amin, Dr Wan zaman Hindu atau animisma lama (misalnya
Abdul Kadir dan lain-lain. amalan puja pantai dan persembahan sesajen
Selepas pulang ke Terengganu pada 1998, kepada tempat-tempat yang dianggap berpuaka
beliau berusaha memajukan pondoknya – Pondok atau angker dan lain-lain), di samping
Dar al-Salam – di Kuala Ibai, Terengganu. Dengan meluruskan amalan ibadat harian berasaskan fiqh
dibantu oleh beberapa orang tenaga pembantu serta mazhab Shafie’ sebagaimana yang tertuang
dengan kemudahan asrama yang disediakan atas dalam kitab-kitab yang menjadi teks pengajian
usaha penderma-penderma, beliau tampaknya tidak mereka.
pernah bercuti dari tugas yang dipilihnya sejak awal  Mencetak ulama’ pelapis dari kalangan
– mengajar, berdakwah dan berjihad. masyarakat tempatan Terengganu. Dalam hal ini
Selain terlibat dengan kerja-kerja di atas, beliau adalah menarik untuk dilihat bahawa ulama’-
pun pernah menyempatkan diri menulis satu dua ulama’ ini, hasil dari kesungguhan mereka
buah risalah kecil yang disebutnya ‘kutaibat’. mengajar bertahun-tahun, berjaya memunculkan
Antaranya termasuklah Akhlaq al-Ulama’ (1995), ramai ulama’ tempatan yang pada gilirannya
Ta’liq ala Matn al-Ajrumiyyah (1997), Mabadi’ al- nanti berperanan mendidik dan mengajar
Jihad fi Sabilillah (1998) dan Afkar Jihadiyyah fi al- generasi baru selepas mereka pula. Beberapa
Islam (1999). Sebelum itu, semasa berada di Patani, orang tokoh Terengganu yang sempat muncul
beliau telah menghasilkan siri buku-buku tafsir pada paruh kedua abad 19, misalnya To’ Ku
berjudul al-Tafsir al-Wadhih bagi menjadi teks Tuan Besar dan To’ Syeikh Duyong (murid Tuan
pengajian murid di yayasannya. Bukit Bayas), Haji Said Kampung Lama dan
Patut dicatat, semua tulisannya setakat ini Haji Husin Kampung Lapu (murid Tuan Hasan
tertulis dalam bahasa Arab. Demikian juga riwayat Besut), Baginda Sultan Umar, Sultan Zainal
hidupnya yang ditulis ringkas (satu muka surat Abidin III, Haji Umar Duyong Besar dan To’ Ku
sahaja) yang diserahkannya kepada saya. Paloh (murid To’ Syeikh Duyong) dan lain-lain,
Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pombeng tidak syak lagi menjadi bukti nyata atas kejayaan
menerima tokoh Ma’al Hijrah daripada Baginda didikan ulama’-ulama’ ini. Melalui murid-murid
Sultan Terengganu – Sultan Mizan Zainal Abidin – inilah citra keilmuan ulama’ Patani berlangsung
pada 1 Muharram 1423. Sewaktu membaca berita ini langgeng di Terengganu.
melalui akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 Mac  Dua orang daripada ulama’ ini dilantik menjadi
2002 (halaman 25) saya tersenyum puas. Dalam hati Mufti Terengganu – Tuan Bukit Bayas dan To’
saya terlintas fikiran bahawa di sebalik peristiwa Syeikh Duyong. Malah, To’ Syeikh Duyong
atau takdir Allah SWT ke atas hambaNya, sempat menjadi Mufti kepada tiga orang Sultan

491
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Terengganu (Baginda Sultan Umar (mangkat Muhammad (anak To’ Syeikh Duyong)8). Selain
1876), Sultan Ahmad Syah II (mangkat 1881) itu, pada zaman baginda jugalah dua buah kitab
dan Sultan Zainal Abidin III (mangkat 1918)). dalam bidang ketatanegaraan, masing-masing
Semasa menjadi Mufti, peranan ulama’-ulama’ berjudul Itqan al-Muluk dan Nasihat Segala
ini sangat besar dan pengaruhnya sangat luas. Raja-Raja dihasilkan di Terengganu. Kitab
Tuan Bukit Bayas misalnya pernah menasihatkan pertama adalah sebuah kitab perlembagaan
Baginda Sultan Umar agar menghentikan negeri Terengganu bertarikh 1911, manakala
kiriman ufti kepada Siam, manakala To’ Syeikh kitab kedua dihasilkan lebih awal – bertarikh
Duyong pula pernah diutus Baginda Sultan Umar 1300 Hijriyyah bersamaan 1882 Miladiyyah.
ke istana Kelantan bagi merundingi Sultan Kedua-dua kitab ini tidak mempunyai nama
Kelantan agar menyekat sokongan rakyat penulis, tetapi dipercayai disusun oleh ramai
Kelantan kepada Tengku Ali bin Tengku Abdul tenaga ulama’ dan cerdik pandai negeri
Kadir yang memberontak kepada Sultan. Selain Terengganu pada waktu itu – termasuk To’ Ku
itu, pada waktu meletus perang saudara di antara Paloh. Kedua-dua kitab ini menjadi panduan
Wan Ahmad dengan Bendahara Wan Mutahir di kepada Sultan dan kerajaan Terengganu dalam
Pahang, beliau kerap dirundingi bagi menjalankan pemerintahan dan pentadbiran
menentukan sikap yang harus diambil Sultan negerinya9).
dalam isu ini. Atas nasihatnya, Sultan kemudian  Tidak semua tokoh menghasilkan karya tulis.
memutuskan bagi membantu Wan Ahmad atas Namun demikian beberapa orang dari mereka
alasan ‘walaupun peperangan itu perang saudara seperti Tuan Bukit Bayas, Tuan Hasan Besut dan
di antara sesama Islam, tetapi Wan Ahmad malah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pombeng
berjuang menuntut haknya..’. Saking besarnya ada meninggalkan beberapa karya tulis.
pengaruh to’ Syeikh Duyong dalam kerajaan Walaupun tidak semua karya tulis ini sampai
Terengganu sampai-sampai beliau pernah diberi kepada kita sekarang (seperti naskhah al-Targhib
jolokan ‘Lidah Negeri Terengganu’. wa al-Tarhib fi al-Bai’ wa al-Syira’, oleh Tuan
Bukit Bayas), namun beberapa karya Tuan
Adapun Tuan Guru Haji Abdul Rahman Hasan Besut dan Tuan Guru Haji Abdul Rahman
Pombeng, maka meskipun beliau tidak dilantik Pombeng sempat dipelajari dan ditadah orang
menjadi mufti, namun kedudukannya sebagai pakar (kitab Ayyuha al-Walad terjemahan Tuan Hasan
rujuk di KUSZA dapat dianggap mewakili Besut misalnya pernah dicetak ulang di al-
kedudukan ini. Seolah-olah mengiktiraf akan Matba’ah al-Kamaliah, Kota Bharu pada 1926).
peranannya yang seperti ini, maka pada tahun 2002,
kerajaan negeri Terengganu telah menganugerahkan Diaspora Ulama’ Patani: Sebenarnya penyebaran
‘Tokoh Maal Hijrah’ negeri Terengganu kepada ulama’ Patani ke negeri-negeri Melayu di
beliau sempena kedatangan tahun Hijriyyah 1423 Semenanjung Melayu, malah di Nusantara, sudah
pada tahun berkenaan. lama terjadi. Ia tak hanya berlaku setelah Patani
kalah kepada Siam, malah lebih awal dari itu. Pada
 Membangunkan citra ilmu dan nuansa keIslaman paruh pertama abad 16 misalnya, sudah ada orang
di Terengganu. Ini misalnya dapat dilihat pada Patani jadi Mufti dalam kerajaan Buton, Sulawesi
kemunculan institusi pengajian Islam di Selatan. Namanya Syeikh Abdul Wahid bin Syarif
Terengganu dan minat rakyat kepada ugama. Sulaiman al-Fatani. Tokoh ini adalah pendakwah
Selain itu, nuansa keIslaman ini juga dapat Islam yang ulet yang berjaya mengIslamkan Raja
dilihat pada pengaruh Islam dalam sistem Buton ke - 6 yang tadinya beragama Hindu, bernama
pentadbiran kerajaan Terengganu, terutama pada Halu Oleo pada 1538. Selepas Raja memeluk Islam
zaman pemerintahan Baginda Sultan Umar dan dan berganti nama kepada Sultan Qaimuddin, turut
Sultan Zainal Abidin III. Pada masa Baginda memeluk Islam ialah rakyatnya. Nah! Selepas
Umar misalnya, Baginda pernah melarang orang kerajaan Buton menjadi kerajaan Islam, orang Patani
bukan Islam membina rumah-rumah ibadat ini diberi penghormatan menjadi Muftinya yang
baharu (kecuali yang telah dibina sebelumnya), pertama10).
di samping mengenakan hukum qisas, rejam dan Kecuali itu, seorang lagi ulama’ Patani yang
ta’zir ke atas pesalah curi, zina dan makan di dilantik menjadi Mufti dalam kerajaan Nusantara
khalayak ramai dalam bulan puasa7). Manakala ialah Syeikh Ali bin Faqih al-Fatani. Tokoh ini
pada zaman Sultan Zainal Abidin III pula, dilantik menjadi Mufti dalam Kerajaan Mempawah,
baginda dikatakan sangat cenderung kepada Kalimantan Barat sekarang (di sebelah utara
ugama. Ini dapat dilihat misalnya apabila Pontianak dan selatan Sarawak) pada suatu tarikh
baginda mempunyai beberapa orang penasihat yang tidak jelas, tetapi di percayai pada pertengahan
ugama dan ulama’ yang sentiasa dirundingi abad 18. Patut dicatat bahawa pengaruh Patani
dalam apa-apa perkara berkaitan agama dalam dalam Kerajaan Mempawah dan Sambas pada waktu
kerajaannya. Antaranya, gurunya To’ Syeikh ini sangat besar, terutama pada pertengahan abad 19.
Duyong, To’ Ku Paloh dan Haji Wan Hal ini terjadi kerana seorang Sultan Sambas,

492
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

bernama Sultan Muhammad Safiuddin, termasuk ‘hadiah’ Sultan Zainal Abidin III kepada To’
dalam senarai murid-murid utama Syeikh Daud al- Kelaba. Rumah berkenaan sebenarnya adalah sebuah
Fatani semasa di Makkah, di samping Syeikh rumah yang telah siap dibina di Kuala Terengganu,
Ahmad Khatib bin Abdul Ghaffar, seorang ulama’ tetapi kemudian dirombak dan dipunggah dengan
Sambas yang terkenal dan penyebar tariqat perahu besar Terengganu ke Teluban. Sesampai di
tasawwuf aliran Qadiriyyah sekaligus Teluban, rumah berkenaan dipasang semula di atas
Naqshabandiyyah di kawasan Kalimantan Barat11). tapak rumah yang ada sekarang oleh kepala tukang
Saking besarnya pengaruh ulama’ Patani ini di kiriman Sultan bernama Wan Umar.
Sambas, dapatlah dilihat apabila Syeikh Daud al- Sebelum itu, ada banyak cerita seputar
Fatani sendiri pernah berangkat ke Sambas keturunan ‘To’ Syed Terengganu’ di Patani. Malah
memenuhi undangan muridnya – Sultan Sambas - datuk kepada seorang ulama’ Patani – To’ Guru
pada dekad 1820-an, dan sewaktu di Sambas, sambil Dala – dikatakan berasal dari leluhur yang datang
menunggu perahu layar yang membawanya pulang dari Terengganu (Haji Abdul Rahman bin Mohd
ke Patani, beliau sempat menulis karyanya yang Arsyad bin Abdul Ghani). Ini belum lagi mengambil
bernama Dhiya’ al-Murid (Ismail Che Daud kira akan bilangan santri asal Terengganu yang
memetik kertas kerja Dr. Abdul Jalil Hassan yang datang belajar ke Patani, berguru kepada mereka,
mencatat bahawa kitab berkenaan “ditulis di dan kemudiannya bermukim dan wafat di Patani.
Sambas, Kampung Parit Dalam hampir (maksudnya: Antaranya termasuklah seorang ulama’ bernama
di sisi atau di samping) Sultan Muhammad Haji Mahmud bin Mohd Yusof, seorang ulama’
Safiuddin”)12. penyalin kitab-kitab jawi Patani yang berasal dari
Sementara itu, seorang ulama’ Patani lain pada Kemaman, Terengganu. Murid Tuan Bukit Bayas
zaman belakangan, Tengku Mahmud Zuhdi bin dan sahabat kepada To’ Ku Tuan Besar ini,
Tengku Abdul Rahman al-Fatani berhijrah ke Jambi, kemudiannya belajar di Makkah, antara lain berguru
Sumatera, mendirikan madrasah sekaligus menjadi kepada Syeikh Nik Dir al-Fatani (wafat 1898).
pengetuanya di sana. Ini terjadi pada 1925. Pada Pulang dari Makkah, beliau berhijrah ke Patani dan
tahun 1929, beliau berpindah ke Klang, Selangor menetap di Kampung Pusing, dalam Wilayah Yala
kerana menerima pelantikan menjadi penasihat dan meninggal dunia di sana pada suatu tarikh yang
agama Kerajaan Selangor, dan kemudiannya belum ditemui. Selain mengajar, tokoh ini diketahui
Syaikhul Islam negeri Selangor. Semasa di Selangor, banyak menyalin kitab, nyaris mengalahkan To’
tokoh ini sempat mendirikan Madrasah al-Ulum al- Kelaba. Di antara anak-anaknya yang terkenal ialah
Diniyyah di Klang pada 1933, menulis buku teks Tuan Guru Haji Abdul Samad Reman, guru penerus
agama dan menyusun kurikulum pelajaran agama di di pondok ayahnya di Kampung Pusing14).
masjid-masjid dalam negeri Selangor, di samping Pada era selepas Perang Dunia Ke-2, datanglah
mengiringi Sultan Alauddin Sulaiman Syah melawat seorang santri dari Kuala Terengganu ke Patani.
England pada 1935 dan memimpin rombongan Namanya Muhammad (kemudiannya Haji
Sultan Hishamuddin Alam Syah menunaikan ibadat Muhammad). Mula-mula beliau berguru kepada Haji
haji. Beliau bersara dari jawatan ini pada 1953 dan Wan Abdul Kadir di Melor, Kota Bharu. Tetapi
meninggal dunia di Makkah pada 195613). kemudian menyambung belajar di Patani, berguru
Kembali kepada ulama’ Patani di Terengganu. kepada ulama’ Patani yang terkenal bernama To’
Sejatinya peranan ulama’ Patani di Terengganu, baik Bermin. Selepas To’ Bermin meninggal dunia pada
ketokohannya mahupun kepimpinannya, sangat 1957, Haji Muhammad tidak pulang ke Terengganu,
mengemuka terutama pada sepanjang abad 19 dan sebaliknya menetap di Bermin, menjadi pengganti
berlanjut sehingga awal abad 20 melalui kader-kader gurunya mengajar di pondok. Di Patani, penama ini
yang terlatih di institusi-institusi pengajian mereka. lebih dikenali dengan nama Haji Mat Terengganu.
Namun, tak hanya untuk abad 19, malah sehingga Saya sempat menziarahi penama ini pada bulan Jun
pada pertengahan abad 20 sekalipun, peranan ulama’ 1993 sebelum beliau meninggal dunia pada 27
ini masih terasa dan wujud. Cuma sahaja dalam Disember 1995 dalam usia 85 tahun.
bentuknya yang lain. Misalnya melalui jaringan Sehingga pada paruh kedua abad 20, hubungan
pengajian dan hubungan murid-guru yang tetap Terengganu-Patani ini tetap berlanjut meskipun
berlangsung secara timbal balik antara dua buah tidak serancak pada abad 19 atau pada awal abad 20
negeri ini. Juga melalui penggunaan kitab-kitab jawi sebelumnya. Kali ini dalam bentuk lain pula.
Patani yang menjadi teks pengajian di institusi Kebanyakannya dalam bentuk pelarian politik dan
pendidikan Islam di Terengganu. Ada banyak cerita ‘politik cari makan’. Ramai di antara mereka datang
yang boleh disebut bagi menyokong fakta ini. ke Terengganu mencari perlindungan politik
Antaranya ialah kehadiran seorang ulama’ Patani, sekaligus mencari rezeki, menjadi pengusaha
To’ Kelaba namanya, di istana Sultan Zainal Abidin restoran atau sekadar jadi tukang masak. Namun
III, sehingga Sultan menjadi sangat tertarik tidak kurang juga yang menjadi guru atau tenaga
kepadanya. Anak bongsu To’ Kelaba, Pak Su Latif, pengajar di sekolah-sekolah atau di institusi-
menceritakan kepada saya bahawa rumah ayahnya di insititusi pengajian Islam di Terengganu – termasuk
Teluban atau Selindung Bayu tidak lain adalah KUSZA (dahulunya) atau Universiti Darul Iman dan

493
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Universiti Sultan Zainal Abidin kemudiannya.


Malah ada di antara mereka yang berdikari mengajar 4
Patut dicatat bahawa selama transit di Pulau
di halaqahnya sendiri atau di institusi pondok Duyong Kecil inilah, Sheikh Nik Mat
tradisional yang diasaskannya seperti yang berlaku Kechik@Sheikh Muhammad bin Ismail al-Fatani
di Kerandang, Jerteh (saya lupa nama gurunya). dilahirkan – kira-kira pada tahun 1844.
Selain di Terengganu, patut juga dicatat 5
Wan Mohd Shaghir Abdullah, Penyebaran Islam
bahawa ulama atau cerdik pandai Patani juga ramai dan Silsilah Ulama’ Sejagat Dunia Melayu (siri
yang berhijrah ke Kedah dan membuka pondok atau 13), Khazanah Fataniyyah, Kuala Lumpur, 2000,
institusi pengajian di sana. Misalnya Haji Ishak hal. 37.
(murid Syeikh Daud al-Fatani) yang membuka 6
Ditulis berdasarkan maklumat langsung dari
pondok di Pulau Pisang, Jitra, Kedah pada dekad mulut beliau sendiri. Lihat juga Ahmad Fathy al-
1840-an (dipercayai pondok pertama diasaskan di Fatani, “Tuan Guru Haji Abdul Rahman
Kedah)15), To’ Syeikh Jarum (murid Tuan Minal) Pombeng al-Fatani” dalam Pengasuh bil. 574
yang mendirikan pondok di Derga pada penghujung (April – Julai 2002), hal. 2-7.
abad 1916), dan Haji Husin Che Dol (juga murid 7
Wan Hussin Wan Embong, “Peranan dan
Tuan Minal) yang membangunkan perkampungan Pengaruh To’ Ku Tuan Besar” dalam
sekaligus pondok di Gajah Mati, Pendang pada awal Muhammad Abu Bakar, Ulama’ Terengganu –
abad 20, bersambung dengan menantunya – Pak Cu Dalam Sorotan, Utusan Publication, Kuala
Him Gajah Mati (adik bongsu Pak Da Ail). Malah Lumpur 1991, hal. 140 – 142.
Tuan Minal sendiri, pada akhirnya juga turut 8
MISBAHA, Terengganu dari Bentuk Sejarah
berhijrah ke Kedah dan kemudiannya ke Seberang Hingga 1918, Utusan Publication, Kuala Lumpur
Prai, di mana beliau meninggal dunia di Kampung 1978, hal. 193.
Padang Lalang, Bukit Mertajam, diperkirakan pada 9
Abdul Razak Mahmud, “Persuratan Islam di
1913. Kelantan, Terengganu dan Patani sehingga Awal
Akhirnya, saya suka mengakhiri kertas ini Abad ke – 20”, kertas kerja Bengkel Penulisan
dengan sebuah pertanyaan mudah, tetapi barangkali Prosa Islam, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka
memerlukan analisis panjang untuk menjawabnya; Wilayah Timur di Kota Bharu pada 29 Julai
kenapa orang Patani suka berhiijrah ke Terengganu 2000. Lihat juga Dr. Sidek Fadhil, “Islam dalam
atau ke Kedah, padahal untuk sampai di Terengganu, Pemerintahan dan Budaya Masyarakat Melayu –
mereka terlebih dahulu perlu melalui atau melintasi Penumpuan kepada Kes Terengganu”, kertas
sebuah negeri lain bernama Kelantan? Demikian kerja Seminar Islam di Terengganu pada 14 – 17
juga jika mereka mahu ke Kedah. Tak dapat tidak Julai 1991 di Kuala Terengganu.
mereka terpaksa melalui jalan darat yang sukar, 10
Lihat H.M. Bibit Suprapto, Ensiklopedia Ulama’
merentasi daerah Ulu Patani yang berbukit dan Nusantara, Gelegar Media Indonesia, Jakarta,
berhutan lebat sebelum sampai di Baling (jalan 2009, hal. 143 – 146.
utama Kedah-Patani pada abad 19). Kenapa mereka 11
Lihat Dr. Hj. Sri Mulyati M.A., Tasawwuf
tidak berhijrah atau tidak tertarik untuk bermukim Nusantara, Kencana Prenada Media Group,
dan mengajar di negeri yang lebih dekat, iaitu Jakarta 2006, hal. 175-179.
Kelantan (maksud saya dengan perpindahan ini ialah 12
Ismail Che Daud (penyelenggara), Tokoh Ulama’
perpindahan ulama’ atau cerdik pandainya, bukan Semenanjung Melayu (1), Majlis Agama Islam
orang awam). Kelantan, Kota Bharu 2001, hal. 30.
Jawapan bagi soalan ini tampaknya akan 13
Ahmad Fathy al-Fatani, Ulama’ Besar dari
memerlukan satu diskusi atau perbincangan yang Patani, Penerbit Universiti Kebangsaan
lain pula. Terima kasih. Malaysia, Bangi, 2002, hal. 278-280.
14
Hj. Wan Mohd Shaghir Abdullah, Penyebaran
NOTA HUJUNG Islam dan Silsilah Ulama’ Sejagat Dunia Melayu
(siri 14), Khazanah Fataniyyah, Kuala Lumpur
1
Ibrahim Shukri, Sejarah Kerajaan Melayu 2000, hal. 24-34.
15
Patani, Matbaah Majlis Agama Islam Kelantan, Zahidi Dato’ Zainol Rashid, “Sejarah Pondok di
Kota Bharu, 1958, hal. 84 dan seterusnya. Kedah” dalam Pengasuh bil. 516 (Disember
2
W.K. Che Man, “ Islam In Contemporary Patani” 1991), hal. 37-38.
16
dalam Akdemika bil. 34, Universiti Kebangsaan Wan Shamsuddin Mohd Yusoff, “To’ Sheikh
Malaysia, Januari 1989, hal. 111. Jarum Derga” dalam Pengasuh bil. 555 (Nov.-
3
Ahmad Fathy al-Fatani, Pengantar Sejarah Dis.1998), hal. 20- 22.
Patani, Pustaka Aman Press, Kota Bharu, 2001,
hal. 54 – 56.

494

Anda mungkin juga menyukai