Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirrahmanirrahim ,Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan

salam sejahtera.

YANG BERUSAHA ,

Pn Norzalina Abd Kadir , Pengetua SMK Syed Mashor

Yang Berusaha,

Pn. Dahlina Bt Darmin, Penolong Kanan Pentadbiran,

Pn. Azlina bt Abdul Aziz Penolong Kanan HEM

Puan Siti Haidah bt Musa Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Nor Azizah binti Ahmad , Penolong Kanan Petang

Puan Siti Nazmin bt Mohd Yatim, PK Pendidikan Khas

Yang diraikan,

Pn Noraidura binti Amin dan Pn Nurul Wahida bt Muhammad

Barisan Guru Kanan Mata pelajaran, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

………………………………………………………………………………

Terima kasih diucapkan daripada kami kepada semua yang dapat meluangkan
masa hujung minggu untuk bersama-sama pada pagi ini bagi meraikan Majlis
Perpisahan sempena Perpindahan 2 orang sahabat kita, Pn Aidura dan Puan
Wahida..

Bacaan Doa

Bagi menambah keberkatan Majlis kita, marilah sama-sama kita mengaminkan


bacaan doa yang akan dibacakan oleh anak murid kita dari 1 Dandelion,
Muhammad Fareez Izzuddin bin Mohd Zaharodin.

………………………………………………………………………
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin..
Ucapan PK Petang

Warga syed mashor yang dihormati sekalian,

Sebagai pembuka ucapan pada pagi ini, marilah kita menjemput Yang berusaha,
Puan Nor Azizah binti Ahmad , Penolong Kanan Petang bagi menyampaikan
ucapan. Dipersilakan..

……………………………………………………………..

Terima kasih diucapkan kepada Pn Azizah di atas ucapan itu tadi.

Montaj

Sebagai wakil guru, saya ingin mengucapkan tahniah di atas kenaikan pangkat
menjadi GKMP buat Pn Noraidura dan juga tahniah buat Puan Nurul Wahida
yang dapat pindah bertugas ke Kelantan, kembali ke pangkuan keluarga beliau
terutamnya suami tercinta setelah bertahun menjadi pasangan yang tinggal
berjarak jauh.

Kami semua mendoakan kejayaan yang cemerlang buat kalian berdua, semoga
terus sukses di tempat baru…gembira dengan tugas di tempat baru dan Bahagia
Bersama keluarga masing2 InsyaAllah..

Ribuan terima kasih kami ucapkan atas jasa dan khidmat bakti di smk syed
mashor selama ini…Pn Aidura dari Januari 2017 manakala Pn Wahida dari
Januari 2015. Pasti banyak memori yang tercipta di sini bersama rakan2
seperjuangan, penat lelah melakukan tugas bersama…kegembiraan dan suka
duka yang dikongsi bersama….terima kasih atas segala-galanya…Simpanlah
kenangan manis, pahatkan di dalam hati…buanglah yang pahit...agar tidak
meninggalkan parut…

Kami semua juga memohon ampun dan maaf jika ada silap dan salah..terlanjur
kata dan sebagainya di sepanjang perkenalan kita di sini..tinggalkan semua yang
pahit…bawa yang manis-manis sahaja..
Teruskan membina kecemerlangan di tempat baru..kami semua mendoakan
kalian berdua…

Baiklah semua… marilah kita sama-sama saksikan persembahan multimedia


khas daripada murid-murid dan rakan guru buat yang Diraikan Puan Aidura dan
Puan Wahida.

……

Terima kasih kepada guru-guru yang sempat menghantar kata-kata ucapan, dan
juga guru-guru dan anak-anak murid yang terlibat dalam penghasilan montaj
ini. Walaupun tidak dapat bersua muka, ucapan penuh bermakna dapat
disampaikan secara digital. Semoga ianya menjadi memori terindah buat kalian
berdua..

………………….

Seterusnya, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu ucapan oleh Yang


diraikan.

Majlis menjemput Pn Nurul Wahida, bagi menyampaikan ucapan…


dipersilakan.

Terima kasih Pn Nurul Wahida atas ucapan itu tadi.

Seterusnya, Majlis menjemput Pn Aidura, bagi menyampaikan ucapan…


dipersilakan

Terima kasih Pn Aidura…Semoga kalian berdua terus sukses di sekolah baru.


guru yang dikasihi sekalian,

Perjumpaan dan perpisahan adalah dua kata yang pasti terjadi dalam roda
kehidupan kita. Di sini ada tangisan, ada perjuangan, ada Luka, ada tawa dan
ada rindu. Terima kasih atas semua kenangan, budi baik dan tunjuk ajar selama
ini dan maafkan kami andai ada kekhilafan yang pernah terzahir.

Doa kami semoga kebahagiaan mengiringi setiap langkahmu dan jadikanlah


perpisahan ini yang termanis Dan indah dalam hidupmu.

MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA


SEMUA warga smksm YANG SUDI MELUANGKAN MASA hujung minggu
untuk BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS kita PADA PAGI INI.

Terima kasih semua…

Sebelum bersurai, marilah kita mengambil gambar kenang-kenangan.

Anda mungkin juga menyukai