Anda di halaman 1dari 2

PUNCA-PUNCA

Antara salah satu punca jenayah siber berlaku ialah sukar untuk dikenalpasti siapakah
penjenayahnya."Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal
adalah susah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari
mana," Michael A. Vatis dari FBI. Umur penjenayah siber biasanya adalah golongan berpengetahuan
ataupun profesional. Berkemungkinan kawan kita , mungkin pelajar, ataupun profesor atau siapa
sahaja. Mereka akan melakukan jenayah siber terhadap institusi pesaing atau mereka diupah oleh
pihak tertentu , dan biasanya mereka susah untuk ditangkap.

Selain itu , Sikap manusia yang negatif (sekadar suka-suka) juga antara salah satu punca jenayah
siber tersebar,kerana jenayah siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai attitude yang
negetif.Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-suka (main-main) ataupun mencuba ilmu
baru yang mereka pelajari.Kebanyakan mereka ini adalah remaja ataupun dalam golongan umur 20-
an.Golongan remaja ini mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang untuk
berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan.

Tambahan pula , sifat ketamakan manusia juga punca tersebut. Antaranya keinginan untuk menjadi
kaya dalam masa yang singkat dengan menggunakan kaedah alternatif. Sesetengah manusia hanya
mementingkan hasilnya dan mereka tidak ambil peduli akan cara mereka mendapat hasil
tersebut,oleh itu mereka sanggup melakukan jenayah siber semata-mata untuk mendapatkan hasil
dengan cepat kerana jenayah siber tidak perlu melibatkan tenaga fizikal seperti jenayah-jenayah
lain , contohnya merompak.

Sikap manusia, Sikap manusia memang sesuatu yang sukar dikawal. Kita tidak boleh mengubah
kelakuan seseorang melainkan orang itu sendiri mengubahnya. Jenayah siber sering dilakukan oleh
manusia yang mempunyai kelakuan yang negatif. Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-
suka ataupun mencuba ilmu yang baru mereka pelajari. Kebanyakan mereka ini adalah remaja
ataupun dalam lengkongan 20 an. “Pertumbuhan penduduk dunia kira-kira 20 peratus hingga tahun
2010, dengan 95 peratus daripadanya berlaku di negara membangun, dan kemunculan golongan
remaja, berdasarkan pengalaman sejarah, merupakan faktor utama ketidakstabilan.” Leftenan
Jeneral Patrick M. Hughes, Pengarah Agensi Perisikan Pertahanan, Amerika Syarikat menyatakan
kebimbangan ini kepada Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat pada Februari 1997.

Golongan remaja mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang untuk berfikir
tentang akibat jenayah yang mereka lakukan. Lebih malang kerana kecanggihan teknologi gagal
mengenal pasti penceroboh. Misalnya, pada Februari dan Mac 2000, pencerobohan telah berlaku
terhadap lebih 500 sistem komputer tentera, kakitangan kerajaan, dan sektor swasta di Amerika
Syarikat. Ketika itu Amerika bersiap sedia dengan angkatan tenteranya di Teluk Parsi ekoran
ketegangan antara Iraq dengan pemeriksa senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Apabila
berlaku pencerobohan sedemikian, pihak berkuasa Amerika Syarikat mengesyaki Iraq, tetapi terbukti
bahawa pihak yang bertanggungjawab ialah dua orang juvenil dari Cloverdale, California, dan
beberapa orang penduduk Israel. Soalannya dari mana remaja atau mereka yang gemar menceroboh
mempelajari ilmu ini. Mereka ini sebenarnya mahir tentang komputer. Mereka bukan belajar khusus
untuk menceroboh tetapi dengan mempelajari ilmu komputer secara tidak lansung. Mereka boleh
mencuba untuk menceroboh sistem atau cuba mencipta virus. Oleh itu semakin tinggi teknologi IT
berkembang semakin tinggi juga teknologi bagaimana jenayah dilakukan. "Pembangunan teknologi
meningkatkan keselamatan sistem maklumat secara keseluruhan," kata Gillespie dan Nakatomi dari
Direktorat Sains, Teknologi, dan Industri OECD. "Namun begitu, teknologi juga menyediakan kapasiti
kepada bakal penyerang atau penceroboh untuk melakukan penerobosan yang lebih pantas dengan
kesan yang sangat luas dan mendalam, yang sukar dijejak. Oleh itu undang-undang siber tidak
bermakna jika masih terdapat orang yang bersikap negatif dan menggunakan kemajuan komputer ke
arah negatif.

Anda mungkin juga menyukai