Anda di halaman 1dari 1

BAHASA MELAYU [5 PT 26 OGOS 2021]

NOVEL

SOALAN 8:
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda
sendiri.

Sewaktu disorong ke bilik bedah, dengan tidak semena-mena Waheeda terlihat jam pada dinding
berdekatan dengan meja petugas wad. Terdetik dalam hati bahawa Allah sentiasa mendengar doa hamba-Nya
khususnya dalam darurat begini. Episod bersejarah ini elok benar jika dapat dirakamkan waktunya dalam
sejarah hidup kita, Waheeda mengharap.

"Hari ini hari Rabu, pukul 11:30 pagi. Inilah saat bermulanya metamorfosis dalam membina
keterampilanku. Insya-Allah dengan izin-Mu, tingkatkanlah imanku. Sesungguhnya aku sangat mendambakan
keredaan-Mu, jadikanlah aku seperti yang kuhajati. Ya Allah! Berilah hambamu peluang membina katarsis
ini," dalam baring Waheeda memanjatkan doa. Waheeda hilang dalam obsesinya itu.

Dipetik daripada Novel Tirani, karya Beb Sabariah, Kementerian Pendidikan Malaysia

i. Nyatakan doa dan harapan Waheeda ketika dia disorong ke bilik bedah. [ 4 markah]

ii. Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


(b) Di sebalik Dinara, karya Dayang Nor
(c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordini
(e) Songket Berbenang Emas, karya Khairudin Ayip
(f) Tirani, karya Beb Sabariah (g) Silir Diksina, karya Nizar Parman
(h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa-peristiwa yang menimbulkan
perasaan simpati kepada pembaca.

[6 markah]

Anda mungkin juga menyukai