Anda di halaman 1dari 1

TATABAHASA : JENIS-JENIS AYAT

1. AYAT PENYATA – terkenal juga sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
- bertujuan menerangkan sesuatu perkara.
 Abdullah sedang tidur.
 Norlia membeli makanan dari kedai itu.

2. AYAT TANYA – ayat yang digunakan untuk bertanya tentang sesuatu perkara dan ayatnya diakhiri
dengan tanda tanya. ( ? )
 Diakah yang pergi ke pekan?
 Rumah kamu di Melaka?

3. AYAT PERINTAH – ayat yang diucapkan untuk menimbulkan sesuatu tindakan oleh pihak kedua
(orang yang menerima perintah ) Terdapat 4 jenis ayat perintah iaitu :

a. Ayat suruhan – untuk memberikan perintah atau suruhan


 Engkau tunggu dia di sini

b. Ayat larangan – bertujuan melarang seseorang daripada melakukan sesuatu perbuatan.


 Jangan tidur di sini

c. Ayat silaan – untuk memberikan perintah atau arahan dengan cara yang lebih lembut dan berbudi bahasa.
 Silalah makan dahulu.

d. Ayat permintaan – untuk memberikan perintah, arahan, atau meminta sesuatu.


 Harap jangan berhenti di sini.

4. AYAT SERU – ayat yang diucapakan dengan nada yang menggambarkan perasaan, seperti sedih, marah,
gembira, sakit, menyindir, terkejut , dan hairan. Ayatnya diakhiri dengan tanda seru ( ! )

1. Aduh - untuk menyatakan perasaan sakit atau kagum


Contoh : Aduh, sakitnya lidah saya terminum kopi panas ini!

2. Amboi – untuk menyatakaan perasaan mengejek atau hairan.


Contoh : Amboi, cantiknya corak kopi ini!

3. Cis – untuk menyatakan perasaan marah, benci atau jijik.


Contoh : Cis, berani kau minum kopi aku!

4. Nah – untuk menyatakan memberi sesuatu dengan marah atau untuk menarik perhatian.
Contoh : Nah, ambil balik cawan kopi engkau!

5. Eh – untuk menyatakan perasaan terkejut atau hairan


Contoh : Eh, rupa-rupanya kamu yang bancuh kopi ini!

6. Wah : untuk menyatakan perasaan gembira atau hairan.


Contoh : Wah, wanginya aroma kopi ini!

7. Hai : menyatakan perasaan hendak menyapa atau menarik perhatian seseorang.


Contoh : Hai, marilah minum kopi bersama-sama!

Anda mungkin juga menyukai