Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN NONG CHIK,

80100 JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN MEMASANG KHEMAH

TARIKH:
20 SEPTEMBER 2017

MASA:
1 PETANG – 3 PETANG

TEMPAT:
PADANG, SEKOLAH KEBANGSAAN NONG CHIK

ANJURAN:
GURU PELATIH IPGKTI BERSAMA UNIT KOKURIKULUM, SEKOLAH
KEBANGSAAN NONG CHIK
1.0 TAJUK
Pertandingan Memasang Khemah.

2.0 PENDAHULUAN
Sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, bagi melahirkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, pelbagai program dianjurkan
oleh Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Nong Chik. Aktiviti kokurikulum yang kian
berkembang ini, semakin diminati oleh golongan murid terutamanya aktiviti yang mampu
mencabar kemampuan dan kreativiti mereka. Oleh yang demikan, Pertandingan Memasang
Khemah peringkat sekolah ini dirancang untuk memartabatkan lagi penglibatan murid
dalam aktiviti kokurikulum disamping memantapkan kemahiran asas setiap murid sebagai
persediaan awal bagi aktiviti perkhemahan yang bakal diikuti.

Pertandingan Memasang Khemah, anjuran Persatuan Pengakap SK Nong Chik


ini adalah satu lagi program Kokurikulum yang bertujuan untuk membantu
memperkembangkan lagi potensi dan bakat generasi muda. Pertandingan yang akan
dilaksanakan antara unit beruniform ini merupakan satu saluran pendidikan luar bilik darjah
yang sangat berkesan. Pertandingan ini diharap akan dapat mendidik murid-murid percaya
kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri.

Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, murid-murid dapat didedahkan dengan


pengalaman-pengalaman pembelajaran yang sukar diperolehi ketika di dalam bilik darjah.
Ia menanam sifat keberanian dan kepercayaan interpersonal dan intrapersonal. Diharapkan
program ini akan dapat memberi peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri
mereka disamping mengeratkan hubungan siratulrrahim dikalangan murid dan guru-guru.

3.0 MATLAMAT
3.1 Supaya murid-murid mendapat pengetahuan dan kemahiran asas tentang cara
memasang khemah bagi melahirkan generasi yang mempunyai kecergasan fizikal,
mental dan daya tumpuan.
3.2 Menyedarkan diri murid-murid dalam penggunaan masa untuk melahirkan generasi
yang tahu menghargai dan menggunakan masa dengan baik dan bersistematik.

4.0 OBJEKTIF

Selepas mengikuti Pertandingan Memasang Khemah ini murid dapat :-

4.1 Mendedahkan para peserta kepada kemahiran memasang khemah.

4.2 Memperolehi pengalaman yang berguna dalam kehidupan seharian.

4.3 Menyemai semangat bekerja dalam kumpulan.

4.4 Mengukuhkan semangat jati diri.

4.5 Membina keyakinan dan ketrampilan diri.

5.0 BUTIRAN AKTIVITI


5.1 TARIKH AKTIVITI
20 September 2017 (Rabu)

5.2 TEMPAT AKTIVITI


Padang Sekolah Kebangsaan Nong Chik 

5.3 MASA
1.00 petang – 3.00 petang

5.4 SASARAN
Murid-murid Tahun 4-5 (terbuka kepada semua ahli unit badan beruniform yang
lain)

5.5 TENTATIF AKTVITI

Tarikh Masa Aktiviti-aktiviti Catatan

1.00 pm – 1.30 pm Taklimat pertandingan

1.30 pm – 2.15 pm Pertandingan memasang khemah

23/08/2017 2.15 pm - 2.30 pm Persembahan Nyanyian Lagu

2.30 pm – 2.50 pm Penilaian

2.50 pm – 3.00 pm Bersurai & masuk dewan

5.6 PERATURAN PETANDINGAN MEMASANG KHEMAH


(Rujuk Lampiran A)
5.7 BORANG PEMARKAHAN
(Rujuk Lampiran B)

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI : PN. NOORAYU BINTI JAYUS


(GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI I : EN. AZIZUL BIN AZIZ

(GPK KO KURIKULUM)

NAIB PENGERUSI II : PN. NOORAISHAH BINTI OTHMAN

(GPK KURIKULUM)

NAIB PENGERUSI III : PN. NOOR SAFIZAH BINTI AHMAD NADZRI

(GPK HAL EHWAL MURID)

PENYELARAS : PN. NORHARIDATON BINTI HAMZAH

(PENYELARAS UNIT BERUNIFORM)

SETIAUSAHA : DHARSHAN KUMAR A/L KANAN SEEN

AJK : CIK. ROSHINI A/P SAMINATHAN

: CIK. THELAGAA A/P C LOGANATHAN

: CIK. KYIRRTANA A/P RAKAVAN

: CIK. HEMANESWARY A/P RETHNAM


7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
HARGA/UNIT (RM)

1. Kain Banting 3 unit (1 meter) 5.00 RM 15.00

2. Hadiah Hamper:
Pertama 1 unit 35.00
Kedua 1 unit 30.00
Ketiga 1 unit 25.00 RM 120.00
Keempat 1 unit 15.00
Kelima 1 unit 15.00

RM 135.00
JUMLAH

ULASAN KEWANGAN

...........................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................
......

8.0 PENUTUP
Diharapkan Pertandingan Memasang Khemah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini
akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi
kesedaran untuk melibatkan diri dalam aktiviti ko-akedemik. Semoga usaha murni ini
mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-
murid khususnya.

Disediakan oleh, Tarikh: 10 Ogos 2017


……………………………..........….....................

(DHARSHAN KUMAR A/L KANAN SEEN)

Setiausaha,

Unit Beruniform,

Sekolah Kebangsaan Nong Chik.

Disemak oleh, Tarikh:

………………………………….....................

(EN. AZIZUL BIN AZIZ)

Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Sekolah Kebangsaan Nong Chik.

Disahkan oleh, Tarikh:

…………………………………...

(PN.NOORAYU BINTI JAYUS)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Nong Chik.

Anda mungkin juga menyukai