Anda di halaman 1dari 1

LATIHAN KARANGAN (3 PERENGGAN)

Ibu bapa merupakan orang yang banyak berkorban untuk kita. Namun
demikian, akhir-akhir ini, terdapat ibu bapa yang diabaikan oleh anak-anak.
Pada pendapat anda, mengapakah perkara ini berlaku?

Isu ibu bapa yang diabaikan oleh anak mereka akhir-akhir ini merupakan
perkara yang membimbangkan. Ibu bapa seharusnya mengajar anak mereka
sejak dari kecil lagi tentang jasa ibu bapa supaya mereka tidak mengabaikan
ibu bapa bila sudah besar. Menurut perangkaan terkini, di Selangor sahaja
telah mencatat 45% ibu bapa yang diabaikan oleh anak mereka sendiri.
Perkara ini tentunya akan memberi impak yang besar kepada pertumbuhan
atau menjejaskan imej negara. Jadi, terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan ibu bapa diabaikan oleh anak-anak.

Anak-anak sering memandang ringan terhadap ibu bapa mereka. Hal ini
kerana mereka menganggap ibu bapa mereka yang sudah berumur tidak
berguna dan berjasa kepada mereka lagi. Sebagai contohnya, mereka
mengabai ibu bapa mereka dengan meletak mereka di rumah penjagaan orang
tua. Mereka tidak terfikir tentang jasa ibu bapa yang menjaga mereka sehingga
mendapat kesenangan untuk mereka. Hal ini membuktikan bahawa mereka
terlalu memandang ringan terhadap ibu bapa mereka lalu mengabaikan
mereka.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kesan negatif jika mengabaikan ibu bapa.


Terdapat juga faktor yang menyebabkan berlakunya pengabaian ibu bapa yang
semakin merisaukan. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlulah mendidik
mereka sejak dari kecil tentang betapa besarnya jasa ibu bapa terhadap anak-
anak. Sekiranya tindakan sedemikian telah diambil, sudah tentu bilangan ibu
bapa yang diabaikan dapat dikurangkan dengan berkesan di negara kita. Sudah
tentu kita tidak mahu perkara seperti ini bertambah kerana akan banyak kesan
negatif yang akan berlaku. Oleh itu kita berharap agar isu ibu bapa yang
diabaikan oleh anak-anak ini dapat ditangani dengan berkesan dan tidak akan
menjejaskan imej negara.

Anda mungkin juga menyukai