Anda di halaman 1dari 3

Cikgu Roslan Daud

JENIS AYAT

Standard Pembelajaran
5.3.4 Mengenal pasti dan menggunakan ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan yang betul mengikut konteks.

Dalam bahasa Melayu, terdapat empat jenis ayat seperti di bawah. Ayat-ayat ini perlulah dituturkan menggunakan intonasi
yang sesuai. Setiap ayat yang dituturkan juga mempunyai maksud dan tujuan yang berbeza. Oleh itu, penggunaan intonasi
yang betul akan menjadikan maksud yang ingin disampaikan itu jelas dan difahami oleh pendengar.

Ayat Penyata Ayat Tanya Ayat Perintah Ayat Seruan


 dikenali juga ayat berita  perlu mempunyai tanda  dengan kata perintah  dengan kata seruan
 menyampaikan maklumat soal (?)  mendapatkan respons  perlu mempunyai tanda
kepada pendengar  dengan/tanpa kata tanya atau tindak balas seru (!)
 mendapatkan jawapan daripada pendengar  menyatakan perasaan
1. Ini perabot buatan India. 1. Apakah tujuan kempen 1. Kemas dan lap meja 1. Wah, cantiknya baju ini!
2. Kami sekeluarga akan antirokok dilancarkan? makan dengan 2. Eh, kamu datang juga!
makan angin ke Melaka. 2. Lelaki itu siapa? menggunakan kain basah. 3. Aduh, sakitnya kakiku!
3. Tumbuhan herba amat 3. Rumah kamu di mana? 2. Silalah masuk sementara 4. Aduhai, apalah malang
berkhasiat tinggi. 4. Kamu tiba bila? menunggu hujan teduh. nasibku hari ini.
4. Kemalangan maut berlaku 5. Kamu termenung dari 3. Tolong susun kasut kalian 5. Amboi, bergayanya kamu!
di lebuh raya itu. tadi mengapa? di atas rak itu. 6. Cis, beraninya engkau
5. Kedatangan pelancong ke 6. Bagaimanakah kerja itu 4. Jika aku lambat pulang, menderhakai Sultan!
negara kita menjanakan disiapkan dengan cepat? jangan tunggu hingga 7. Tahniah, kamu telah
ekonomi negara. 7. Harga baju ini berapa? lewat malam. tamat belajar!

Ayat perintah ialah ayat yang dituturkan untuk mendapatkan respons atau tidak balas si pendengar. Ayat perintah terbahagi
kepada empat jenis seperti di bawah.

Ayat Permintaan Ayat Suruhan Ayat Larangan Ayat Silaan


1. Minta isi borang ini dalam 1. Sapu halaman rumah yang 1. Jangan bermusuh dengan 1. Sila duduk sementara
dua salinan. dipenuhi daun kering. sesiapa untuk selamat. menunggu nama dipanggil.
2. Tolong senyap kerana 2. Selepas makan, jemur 2. Budak itu usah diusik, 2. Marilah berkongsi tip
ujian sedang dijalankan. kain yang telah dibasuh. 3. Kenangan silam yang kejayaan kamu.
3. Harap kamu menjaga 3. Pergi makan ubat dan sedih tak usah dikenang. 3. Jemput masuk ke rumah
rumah ini dengan baiknya. tidur untuk berehat. 4. Dilarang meludah di sini. saya yang kecil ini.

KESALAHAN UMUM
(a) “Pertandingan inovasi itu dimenangi oleh siapakah?” tanya Syawal kepada Ridhuan.
(b) “Seandainya kita tidak mahu berusaha, bagaimana kejayaan akan datang?” soal Khadijah.
(c) “Tolong jangan serakkan ruang tamu kerana sebentar lagi ada tetamu akan tiba,” ujar ibu.
(d) “Jangan memandu kenderaan dengan laju di selekoh ini,” kata ayah kepada abang.
(e) “Wahai anak-anakku! taatilah perintah kedua-dua ibu bapa,” kata ayah.

1
Cikgu Roslan Daud

PEMBETULAN KESALAHAN
(a) “Pertandingan inovasi itu dimenangi oleh siapa?” tanya Syawal kepada Ridhuan.
(b) Seandainya kita tidak mahu berusaha, bagaimanakah kejayaan akan datang?” soal Khadijah.
(c) “Jangan serakkan ruang tamu kerana sebentar lagi akan tetamu akan tiba,” ujar ibu.
(d) Jangan pandu kenderaan dengan laju di selekoh ini,” kata ayah kepada abang.
(e) “Wahai anak-anakku, taatilah perintah kedua-dua ibu bapa kita!” kata ayah.

LATIHAN 1
Berdasarkan petikan di bawah, klasifikasikan ayat-ayat tersebut sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat
perintah bagi enam ayat yang anda pilih seperti berikut:
Ayat : ___________________________________________________________
Jenis ayat : ___________________________________________________________

“Cikgu, ada budak mengamuk,” lapor Swee Lan, murid tahun 6, pengawas sekolah di bilik guru. Kemunculan Swee Lan
secara mengejut, turut mengejutkan guru-guru di bilik guru.
“Siapa, Swee Lan?” tanya Cikgu Bo, guru disiplin, pantas.
“Boboi! Boboi Lam!”
Ah, murid yang bermasalah itu lagi! Bermasalah, kenapa harus dibiarkan?
“Beritahu Cikgu Tan, PK HEM segera,” turun arahan Cikgu Bo kepada Swee Lan.
Dengan bantuan guru kaunseling, Cikgu Chee dan Cikgu Akiya, Cikgu Bo bergegas ke bilik darjah Tahun 5 Hijau.
Kebetulan ketika itu waktu pertukaran mata pelajaran.
Dipetik daripada cerpen ‘Boboi Lam’
oleh Chai Loon Guan,
Pelita Bahasa, Bil. 12/2020
Dewan Bahasa dan Pustaka

[6 markah]

LATIHAN 2
Berdasarkan ayat-ayat dalam petikan di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang
digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberi.

Mahasiswa dikatakan golongan berpendidikan tinggi yang mampu menjadi contoh terbaik kepada masyarakat. Program
kesukarelawanan mampu melahirkan mahasiswa bertanggungjawab terhadap isu sosial kerana mereka perlu membabitkan
diri secara langsung. Kelebihan mahasiswa yang menyertai aktiviti kesukarelawanan termasuklah mampu mengurus masa
dengan lebih sistematik. Semangat kesukarelawanan dalam diri setiap mahasiswa perlu dipupuk pada peringkat awal. Kerajaan
juga tidak ketinggalan mempergiat kesukarelawanan dalam kalangan anak muda dengan penubuhan Yayasan Sukarelawan
Siswa. Setiap warga universiti harus menabur bakti di dalam negara dan juga di pentas antarabangsa.
Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Kesukarelawan harus jadi identiti mahasiswa’
oleh Imran Razalle,
Berita Harian Online, 13 Februari 2017

[6 markah]

BENTUK-BENTUK PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI


(a) Menyebarkan berita-berita palsu, fitnah dan hasutan
(b) Mengaut keuntungan dengan cara yang salah dan menyalahi undang-undang
(c) Menceroboh keselamatan individu serta sesebuah negara
(d) Melihat gambar dan video yang tidak senonoh / pornografi
(e) Mewujudkan budaya plagiat dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat

2
Cikgu Roslan Daud

LATIHAN 1
(i) “Cikgu, ada budak mengamuk,” lapor Swee Lan, murid tahun 6, pengawas sekolah di bilik guru.
Ayat penyata

(ii) Kemunculan Swee Lan secara mengejut, turut mengejutkan guru-guru di bilik guru.
Ayat penyata

(iii) “Siapa, Swee Lan?” tanya Cikgu Bo, guru disiplin, pantas.
Ayat tanya

(iv) “Boboi! Boboi Lam!”


Ayat seruan

(v) Ah, murid yang bermasalah itu lagi!


Ayat seruan

(vi) Bermasalah, kenapa harus dibiarkan?


Ayat tanya

(vii) “Beritahu Cikgu Tan, PK HEM segera,” turun arahan Cikgu Bo kepada Swee Lan.
Ayat perintah

(viii) Dengan bantuan guru kaunseling, Cikgu Chee dan Cikgu Akiya, Cikgu Bo bergegas ke bilik darjah Tahun 5 Hijau.
Ayat penyata

(ix) Kebetulan ketika itu waktu pertukaran mata pelajaran.


Ayat penyata

LATIHAN 2
(i) Siapakah yang dikatakan golongan berpendidikan tinggi yang mampu menjadi contoh terbaik kepada masyarakat?
Yang dikatakan golongan berpendidikan tinggi yang mampu menjadi contoh terbaik kepada masyarakat siapa?

(ii) Mengapakah program kesukarelawanan mampu melahirkan mahasiswa bertanggungjawab terhadap isu sosial?
Program kesukarelawanan mampu melahirkan mahasiswa bertanggungjawab terhadap isu sosial mengapa?

(iii) Apakah kelebihan mahasiswa yang menyertai aktiviti kesukarelawanan?


Kelebihan mahasiswa yang menyertai aktiviti kesukarelawanan apa?

(iv) Bilakah semangat kesukarelawanan dalam diri setiap mahasiswa perlu dipupuk?
Semangat kesukarelawanan dalam diri setiap mahasiswa perlu dipupuk bila?

(v) Bagaimanakah kerajaan juga tidak ketinggalan mempergiat kesukarelawanan dalam kalangan anak muda?
Kerajaan juga tidak ketinggalan mempergiat kesukarelawanan dalam kalangan anak muda bagaimana?

(vi) Di manakah setiap warga universiti harus menabur bakti?


Setiap warga universiti harus menabur bakti di mana?

Anda mungkin juga menyukai