Anda di halaman 1dari 6

Transformasi Teknik Pembelajaran Interaktif Melalui

Aplikasi E-Pembelajaran El Resala.Arabic

Rosjuliana Hidayu Binti Rosli


Jabatan Bahasa Asing,Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan
Universiti Malaysia Pahang
rosjuliana@ump.edu.my

Abstrak

Pembelajaran menggunakan ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) kini merupakan


antara alat bantu belajar yang paling terkenal di seluruh dunia. Bahasa Arab kini seiring
mengikuti arus kemodenan dengan menggunakan teknologi didalam pengajaran dan
pembelajaran. Dalam masa kontemporari, ICT telah menjadi alat penting didalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran secara on-line dapat
membantu meningkatkan corak pendidikan, dan sesungguhnya implementasi teknologi
didalam pengajaran tidak dapat dinafikan. Ia semakin menjadi tumpuan penyelidik dalam
merekabentuk dan membangunkan alat bantu mengajar yang baru dan terkini dengan
memenuhi keperluan pembelajaran pelajar abad ke-21 serta selaras dengan transformasi
pendidikan dengan menggunakan teknologi terkini. Terdapat pelbagai teknik pembelajaran
yang boleh digunakan untuk membantu individu bagi memperolehi kemahiran bahasa
asing ini. Di Universiti Malaysia Pahang, bahasa Arab adalah salah satu bahasa asing yang
ditawarkan kepada pelajar didalam dua peringkat, iaitu Bahasa Arab permulaan dan
Bahasa Arab pertengahan. Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan pelajar ini mempunyai
masalah didalam mengingati dan memahami kosa kata bahasa Arab sama ada ketika sesi
pembelajaran atau semasa berkomunikasi di dalam kelas. Kajian ini akan menggunakan
teknik pembelajaran berasaskan ICT yang dipanggil laman web EL RESALA, Ianya dapat
membantu pelajar mempelajari bahasa Arab dengan lebih mudah,serta pelajar mampu
mengingati dan menghafal kosa kata Arab dengan lebih baik.

Kata kunci: ICT, EL RESALA, bahasa Arab

1. Pernyataan Masalah

Pembelajaran Bahasa Arab kini menjadi salah satu komponen sebagai


subjek elektif keperluan bahasa tambahan selain bahasa asing lain seperti
Bahasa Mandarin, Bahasa Jepun dan lain -lain.Secara umum,
permasalahan bahasa Arab dapat dikategorikan kepada tiga:(1) Masalah
berkaitan pendidikan (2) Masalah dalaman bahasa Arab (3) Masalah
berkaitan masyarakat penutur bahasa Arab (Nik Rahimi el al. 1999) Ishak
Rejab (1992) merumuskan bahawa pembelajaran bahasa Arab di Malaysia
tidak mencapai objektifnya.Justeru, mereka akan hilang keyakinan untuk
menuturkan bahasa ini dengan sebaiknya. Selain itu, permasalahan dalam
pengajaran bahasa Arab yang berlaku dikatakan berpunca daripada
kekurangan kemahiran dalam mempelbagaikan teknik pengajaran. Ia
juga berpunca daripada kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tidak
tepat, kurang sesuai dan kurang berkesan (Ishak Mohd Rejab, 1992) .
Sebahagian guru dilapor mempunyai pengetahuan yang terhad dalam
memahami pendekatan pengajaran komunikasi dan kemahiran bahasa
yang sesuai (Jefridin, 2002). Dalam konteks ini juga, permasalahan
pengajaran berlaku apabila guru kurang kurang mahir dalam
menggunakan bahan bantu mengajar yang telah disediakan (Rosni
Samah, 2012, Ab. Gani Jalil, 1993) dan kegagalan dalam mengguna pakai
dan memanfaatkan teknologi juga salah satu faktor permasalahan
pengajaran dalam bahasa Arab untuk dilaksanakan secara menarik,
efektif dan berkesan (Rahimi Md. Saad et al.). Pada realitinya, memang
tidak dapat dinafikan bahawa, bahan bantu mengajar yang sering diguna
pakai oleh para guru dalam menerangkan pengajaran mereka adalah papan
putih dan hitam sahaja. Malah, penggunaan makmal bahasa yang
ditubuhkan sebagai pusat untuk menguasai bahasa juga tidak digunakan.
Sama juga keadaannya dengan penggunaan alat-alat ICT yang lain seperti
TV, kaset, VCD dan LCD (Rosni bin Samah, 2009, 2012) Berdasarkan
kepada pemerhatian penyelidik yang berpengalaman mengajar pelajar
kejuruteraan yang mengambil subjek bahasa arab sebagai bahasa asing di
UMP, mendapati bahawa sebahagian besar pelajar tidak dapat bertutur
didalam bahasa arab dengan fasih dan baik.Mereka tidak mempunyai
keyakinan dan kelihatan gugup ketika sesi pembentangan didalam kelas
hingga menyebabkan mereka gagal berkomunikasi didalam bahasa arab
dengan baik.Ini jelas menunjukkan pelajar tidak dapat menguasai bahasa
arab dengan baik. Perkara-perkara ini perlulah diambil perhatian kerana,
kualiti seorang guru itu memberi kesan terhadap pencapaian pelajarnya.
Oleh yang demikian, para guru bahasa Arab perlulah mengubah gaya
amalan mereka menjadi lebih efektif dan interaktif dalam
menyampaikan dan melaksanakan pengajaran bahasa.

2.Objektif Kajian

Secara umumnya kajian ini adalah bertujuan untuk menjelaskan


peningkatan penguasaan Komunikasi di kalangan pelajar Bahasa Arab
dengan mengaplikasikan penggunaan laman sesawang EL RESALA.ARABIC
.Selain itu, di antara objektif kajian dalam kajian ini adalah:

1) Mengenalpasti punca kelemahan bertutur didalam bahasa Arab.


2) Mengidentifikasi kesukaran memahami bahasa Arab ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran.
3) Pengajaran dan Pembelajaran secara interaktif .
4) Membangunkan aplikasi EL RESALA.ARABIC

3. Kepentingan Inovasi

Integrasi
• Ilmu
• Konsistensi
• Teknik

Transformasi
• Inovasi
• Low cost,high impact
• Penjimatan masa
• Luwes
• Pembelajaran secara global
4. Perincian Inovasi

EL RESALA.ARABIC merupakan inovasi pengajaran dan pembelajaran


mengikut arus semasa.Pembelajaran bahasa arab ini memperkenalkan tiga
strategi iaitu :

 Pembelajaran global melalui laman sesawang EL RESALA.ARABIC


 Aplikasi EL RESALA.ARABIC yang boleh dimuat turun dan
mempunyai paparan visual beserta kosa kata bahasa arab yang
dipelajari didalam kelas.
 Buku bahasa Arab “Arabic For Beginners” yang mengandungi elemen
Kod QR yang menghubungkan kepada laman sesawang EL
RESALA.ARABIC.

5. Potensi Pasaran dan keusahawanan

• Pelajar UMP

• Universiti Awam dan IPTS, Politeknik, Kolej & lain-lain

• Syarikat Swasta

• Sekolah Antarabangsa

• Sekolah Rendah dan Menengah

• Orang Awam
6. Gambar atau Lukisan Inovasi

 Laman sesawang EL
RESALA.ARABIC

 Aplikasi EL RESALA

 Penerbitan Buku Arabic


For Beginners

Rujukan
Ishak Rejab. 1992. Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Di
Malaysia, Dlm Ismail Ab. Rahman (Pnyt) Pendidikan Islam Di Malaysia.
Bangi: Penerbit UKM

Ishak Mohd Rejab. (1992). Masalah Pengajaran dan Pembelajaran


Bahasa Arab di Malaysia. Dlm. Ismail

Nik Mohd Rahimi Et Al. 1999. Kaedah Pengajaran Bahasa Arab (Modul PJJ).
Bangi. Penerbit Fakulti Pendidikan UKM.
Rosni Samah (2009). Isu Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Nilai:
Universiti Sains Islam Malaysia.

Rosni Samah (2012). Isu Pembelajaran Bahasa Arab. Persidangan


Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR
‘12), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zaini, Abdul & Redzaudin, Muhammad & Ismail, Rufian & Zakaria,
Noorshamsinar & Hamdan, Hasmadi & Rushdan, Mohamad. (2017).
Permasalahan Dalam Pengajaran Bahasa Arab Di Malaysia

Anda mungkin juga menyukai