Anda di halaman 1dari 21

Mohd Firdaus Yahaya

Mohd Shahrizal Nasir


Pensyarah
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Dr. Muhammad Sabri Sahrir
Pensyarah Kanan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

ABSTRAK
Pemanfaatan teknologi dalam pembelajaran merupakan satu fenomena baru yang
berlaku dalam dunia pendidikan. Pembelajaran bahasa Arab tidak ketinggalan dalam hal
ini menerusi beberapa usaha dan kajian yang dilakukan, selaras dengan kemudahan
teknologi yang lebih efektif dan menarik. Bagi tujuan ini, laman sesawang
“ezArabic.net “ dibangunkan bagi menyelesaikan beberapa masalah yang menjadi
halangan kepada para pelajar dalam usaha menguasai bahasa Arab. Laman sesawang ini
dibangunkan dengan tujuan memanfaatkan lambakan bahan-bahan maya (virtual tools)
berkaitan pembelajaran bahasa Arab yang terdapat dalam internet dan dikumpulkan
dalam “ezArabic.net “. Kertas kerja ini akan menghuraikan beberapa ciri-ciri yang
terdapat dalam laman sesawang tersebut, yang dapat membantu para pelajar peringkat
sekolah rendah menguasai bahasa Arab. Kesemua bahan-bahan yang termuat dalam
laman sesawang disusun secara sistematik dan menarik bagi mewujudkan suasana
interaktif antara laman sesawang dan juga para penggunanya yang terdiri daripada
pelajar dan juga guru. Kertas kerja ini turut menganalisis beberapa komentar sebagai
cadangan penambahbaikan dan penaiktarafan dari segi kandungan, aplikasi multimedia,
kebolehgunaan, dan sebagainya. Berdasarkan komen dan cadangan yang diberikan,
ternyata laman sesawang “ezArabic.net “ berupaya menyelesaikan beberapa kekangan
yang dihadapi oleh para pelajar bahasa Arab peringkat rendah, selain dapat menyemai
budaya belajar secara kendiri melalui pemanfaatan laman sesawang ini.

Kata kunci: pembelajaran bahasa Arab, peringkat sekolah rendah, ezArabic.net,


teknologi
••••• •!"• #$%& '•() | ✁ ✂ ✄ ✁ ☎ ✆ ✝ ✆ ✞ ✆ ✟ ✄ ✆ ✠ ✆ ✡ ✆ ✆ ✞ ✆ ✄ ✁ ✞ ☛ ✟ ☞ ✌ ✆ ✍ ✡ ✁ ✌ ✎ ☎ ✆ ✠ ✞ ✁ ✟ ✏ ✆ ✠

PENDAHULUAN
Pemanfaatan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan
satu keperluan pada hari ini. Situasi ini melibatkan proses P&P semua bidang termasuk
bidang bahasa dan ia turut melibatkan semua peringkat pendidikan. Dewasa ini,
penggunaan multimedia dalam P&P merupakan antara kaedah yang banyak digunakan

di semua peringkat pendidikan. Mayer (6778) mendefinisikan multimedia sebagai

persembahan bahan pengajaran menggunakan perkataan dan gambar. Secara mudah


dapat difahami bahawa pemanfaatan multimedia dalam proses pengajaran dan
pembelajaran perlu sekurang-kurangnya melibatkan dua komponen bahan iaitu
perkataan dan gambar yang dipersembahkan secara menarik dalam bentuk elektronik.
Pendapat yang dikemukakan oleh Mayer, kemudiannya dikembangkan oleh pendapat-
pendapat lain yang memasukkan elemen berunsur teknologi dalam penyediaan bahan

pengajaran. Antaranya Bush (6779) menambah elemen suara dalam penerokaan

bahasa, pemanfaatan jaringan internet melalui World Wide Web (WWW) (Joliffe, Ritter

& Stevens, 6778), serta pemanfaatan grafik yang menarik dalam pengajaran kosa kata

bahasa (Salsbury, 677:; Bush, 6779). Selain itu, pemanfaatan teknologi dalam P&P
bahasa semakin mendapat sambutan apabila wujudnya bahan-bahan berbentuk
elektronik dalam bidang pendidikan bahasa seperti buku latihan elektronik, video
digital, ujian mendengar secara interaktif, bahan bacaan atas talian dan sebagainya (Gill,

677:). Merujuk kepada perkembangan positif pemanfaatan teknologi dalam P&P

pendidikan bahasa, maka ia dilihat amat wajar untuk dimanfaatkan dalam P&P bahasa
Arab khususnya yang melibatkan pelajar bukan penutur jati. Bahan pengajaran yang
menarik dan bersifat interaktif akan dapat menarik minat dan motivasi pelajar untuk
mempelajari bahasa al-Quran ini.

MULTIMEDIA DALAM P&P BAHASA ARAB


Dewasa ini, pemanfaatan unsur teknologi dalam pendidikan khususnya yang melibatkan
multimedia sedang berkembang secara positif. Bidang pendidikan bahasa Arab
terutamanya yang melibatkan pelajar daripada kalangan bukan penutur jati turut terlibat
dalam pemanfaatan teknologi meskipun masih pada tahap memuaskan. Mohd Feham

•••• ••!"# •$•%&' •()!*+• •,-+• .(-*/ 0 1)•!+• 23•*+• !453•


•••
••••• •!"• #$%& '•() | ✁ ✂ ✄ ✁ ☎ ✆ ✝ ✆ ✞ ✆ ✟ ✄ ✆ ✠ ✆ ✡ ✆ ✆ ✞ ✆ ✄ ✁ ✞ ☛ ✟ ☞ ✌ ✆ ✍ ✡ ✁ ✌ ✎ ☎ ✆ ✠ ✞ ✁ ✟ ✏ ✆ ✠

(677:) berpendapat bahawa bidang pendidikan bahasa Arab lebih mengikut trend

semasa dalam penggunaan bahan teknologi berbanding mencipta inovasi yang boleh

dimanfaatkan oleh pengguna dalam bidang ini. Menurut kajian Zawawi (677;)

terhadap beberapa buah sekolah menengah agama di Malaysia, penggunaan teknologi


dalam P&P bahasa Arab di dalam kelas adalah amat terhad. Keadaan ini antaranya
disebabkan situasi guru yang masih memilih kaedah tradisional dalam proses P&P
berbanding kaedah moden yang memanfaatkan teknologi. Antara sebab kepada
berlakunya masalah ini ialah faktor kekurangan masa dan usaha untuk menyediakan

bahan berbentuk multimedia sebelum sesi P&P berlangsung (Zawawi, 677;). Tahap
pengetahuan tentang penggunaan komputer yang rendah dalam kalangan guru bahasa
Arab turut menyebabkan pemanfaatan multimedia sangat terhad dalam P&P bahasa

Arab (Zawawi, 677;; Mohd Feham & Isarji, 6777). Selain itu, kekurangan latihan

atau bengkel berkaitan penggunaan komputer turut menjadi punca kekangan


perkembangan pemanfaatan teknologi dalam P&P bahasa Arab di Malaysia (Ashinida,

Afendi & Mohd Shabri, 677<).

Situasi semasa P&P bahasa Arab di Malaysia yang kurang memanfaatkan kemudahan
teknologi atas beberapa kekangan memerlukan usaha perubahan ke arah yang lebih baik
di semua peringkat. Daripada beberapa kajian yang dilakukan, masalah atau kekangan
dalam pemanfaatan teknologi dalam P&P merujuk kepada situasi guru dan pelajar,
bukan kemudahan sumber teknologi. Jika disoroti sejarah perkembangan pendidikan di
Malaysia dan kaitannya dengan alat bantu mengajar berorientasikan teknologi, kesemua
prasarana yang disediakan adalah pada tahap yang amat baik dan mengikut arus

peredaran zaman. Hal ini dinyatakan oleh Abd. Rahman (6777) bahawa sejak awal

tahun =7-an, pelbagai alat teknologi pendidikan (ATP) telah digunakan dalam P&P

sekolah-sekolah di Malaysia, meskipun penggunaannya amat terhad. Jika dilihat pada


masa kini pula, pelbagai kemudahan bagi proses pengajaran yang bersifat inovasi dan
berteknologi telah dimanfaatkan di semua peringkat pendidikan. Fenomena ini kelihatan
lebih jelas dengan munculnya istilah-istilah baharu yang merujuk kepada pemanfaatan
teknologi dalam bidang pendidikan. Antara istilah yang merujuk kepada pemanfaatan

•••• ••!"# •$•%&' •()!*+• •,-+• .(-*/ 0 1)•!+• 23•*+• !453•


••
••••• •!"• #$%& '•() | ✁ ✂ ✄ ✁ ☎ ✆ ✝ ✆ ✞ ✆ ✟ ✄ ✆ ✠ ✆ ✡ ✆ ✆ ✞ ✆ ✄ ✁ ✞ ☛ ✟ ☞ ✌ ✆ ✍ ✡ ✁ ✌ ✎ ☎ ✆ ✠ ✞ ✁ ✟ ✏ ✆ ✠

teknologi dalam bidang pendidikan bahasa seperti E-Pembelajaran/E-Learning, Latihan


Berasaskan Komputer/Computer-Based Training (CBT), Latihan Berasaskan
Internet/Internet-Based Training (IBT), Latihan Berasaskan Web/Web-Based Training
(WBT) dan Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer/Computer-Assisted Language
Learning (CALL).
Oleh itu, keperluan pemanfaatan teknologi dalam P&P dilihat sebagai satu keperluan
bagi para pelajar bahasa Arab terutama di peringkat sekolah rendah. Pengenalan
program j-QAF iaitu singkatan kepada Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain bagi semua
pelajar peringkat rendah menjadi antara faktor pendesak (push factor) kepada usaha
pemanfaatan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi. Dengan usaha seperti ini
beberapa kekangan dalam proses P&P bahasa Arab dapat diatasi secara berperingkat-
peringkat. Namun begitu, perubahan ke arah situasi lebih baik ini memerlukan usaha
dan semangat yang positif daripada kalangan guru. Hal ini merupakan antara perkara

yang ditegaskan oleh Siti Fatimah dan Ab. Halim (6787) dalam kajian mereka

berkaitan persepsi guru terhadap penggunaan alat bantu mengajar berasaskan teknologi
multimedia dalam pengajaran j-QAF.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab peringkat rendah, terdapat
beberapa perkara yang perlu diambil perhatian serius sebagai usaha untuk memastikan
para pelajar bahasa Arab daripada kalangan bukan penutur jati menjalani proses
pembelajaran yang berkesan, antaranya:

8. Tahap motivasi yang perlu sentiasa dipupuk oleh guru dan keadaan sekeliling.
Bahasa Arab merupakan bahasa asing bagi para pelajar Muslim meskipun
hakikatnya mereka menggunakan bahasa ini dalam pelaksanaan amal ibadah
seharian. Justeru, mereka perlu diberikan motivasi positif dari masa ke semasa
agar mereka mudah untuk menerima pelajaran bahasa Arab tersebut. Perkara
yang dapat membantu meninggkatkan tahap motivasi ini termasuk dari segi
teknik pengajaran yang efektif dan penerimaan positif para pelajar. Secara
umumnya motivasi didefinisikan sebagai usaha yang dilakukan oleh pelajar
dalam pembelajaran bahasa kedua hasil daripada keperluan dan keinginan untuk

mempelajarinya (Ellis, ••••).

. Persembahan bahan pengajaran yang menarik turut menjadi antara perkara


penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab khususnya di peringkat

•••• ••!"# •$•%&' •()!*+• •,-+• .(-*/ 0 1)•!+• 23•*+• !453•


••!
✑ ✒ ✓ ✔ ✒ ✕ ✖ ✗ ✖ ✘ ✖ ✙ ✔ ✖ ✚ ✖ ✛ ✖ ✖ ✘ ✖ ✔ ✑ ✒ ✘ ✜ ✙ ✢ ✣ ✖ ✤ ✛ ✒ ✣ ✥ ✕ ✖ ✚ ✘ ✒ ✙ ✦ ✖ ✚

••••• •!"• #$%& '•() |


rendah. Tanpa menafikan kebaikan menggunakan kaedah pengajaran secara
tradisonal sepertimana yang telah diamalkan sebelum ini, pemanfaatan teknologi
dalam bahan P&P dilihat sebagai satu inovasi pendidikan yang dapat menarik
minat pelajar terhadap pelajaran bahasa Arab. Skop pemanfaatan teknologi
dilihat lebih luas dalam P&P bahasa Arab peringkat rendah khususnya yang
melibatkan bahan-bahan pengajaran tambahan. Sebagai contoh pengaplikasian
permainan kosa kata bahasa Arab secara atas talian sepertimana yang disarankan

oleh Muhammad Sabri dan Ghazali ( =• ) dalam kajian mereka.

>. Sumber rujukan utama dan tambahan bagi subjek bahasa Arab perlu diletakkan
dalam satu medium khas bagi memudahkan pelajar mengakses secara mudah
dan cepat. Keterikatan pelajar dengan buku teks semata-mata akan menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi pasif. Jumlah buku teks pelajaran
dalam bentuk bercetak yang banyak dan berat turut dilihat sebagai satu bebanan
kepada para pelajar. Hal ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan motivasi
pelajar terhadap pelajaran bahasa Arab, seterusnya menjadikan mereka tidak
merasa kepuasan dan tidak mendapat kefahaman ketika mempelajari bahasa ini.
Perkara ini juga menjejaskan motivasi pelajar dalam pelajaran mereka. Perkara

ini dijelaskan oleh Gardner (••?@) apabila mentakrifkan motivasi pembelajaran

bahasa menurut sebagai satu tahap di mana seseorang bekerja dan berusaha
untuk mempelajari bahasa kerana keinginannya untuk melakukan demikian dan
pengalaman merasakan kepuasan ketika menjalankan aktiviti tersebut.
Kesemua perkara yang dijelaskan ini perlu diambil perhatian yang sewajarnya oleh
setiap pendidik bahasa Arab terutama bagi peringkat sekolah rendah. Oleh itu,
pemanfaatan teknologi dalam P&P dilihat sebagai satu keperluan dalam usaha
memastikan perkara-perkara yang dijelaskan di atas dapat dipenuhi. Selain berfungsi
sebagai antara kaedah bagi menarik minat pelajar ketika sesi pembelajaran,
pemanfaatan teknologi dalam P&P turut membuka ruang kepada pelajar untuk
memahami dan mengulangkaji pelajaran secara kendiri. Hal ini telah dijelaskan oleh

Bruner (•••A) ketika membicarakan sistem pembelajaran masa kini yang lebih terbuka

dan menggalakkan pencarian ilmu pengetahuan secara terbimbing. Sebagai satu


alternatif baru bagi memenuhi tuntutan semasa, pembinaan laman EZ-Arabic yang kini

!"#$%&'()*%#+',-.%!/0(12'%!342'%5/416%7%80'(2'%9:#12'%(;<:'
•••
✑ ✒ ✓ ✔ ✒ ✕ ✖ ✗ ✖ ✘ ✖ ✙ ✔ ✖ ✚ ✖ ✛ ✖ ✖ ✘ ✖ ✔ ✑ ✒ ✘ ✜ ✙ ✢ ✣ ✖ ✤ ✛ ✒ ✣ ✥ ✕ ✖ ✚ ✘ ✒ ✙ ✦ ✖ ✚

••••• •!"• #$%& '•() |


masih dalam bentuk prototaip dilihat mampu menjadi bahan bantuan pengajaran dan
pembelajaran sokongan bagi para pelajar bahasa Arab peringkat rendah. Bahagian
seterusnya akan menjelaskan komponen dalam laman EZ-Arabic serta beberapa
fungsinya yang dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dan pendidik.

PEMBANGUNAN PROTOTAIP EZ-Arabic


Prototaip EZ-Arabic telah dibangunkan dengan menggunakan sistem kod HyperText
Markup Language (HTML) dengan sokongan kod Hypertext Preprocessor (PHP).
Platform ini dibangunkan menggunakan platform Linux. Manakala alamat untuk

mengakses ke laman prototaip EZ-Arabic adalah http://ezarabic.net/v•. Pembinaan

laman EZ-Arabic ini adalah dengan menggunakan model rapid prototyping bagi proses
mereka dan membangun perisian bagi tujuan pendidikan. Komen dan cadangan untuk
penambahbaikan sepanjang proses pembangunan prototaip EZ-Arabic ini telah
dijalankan dengan menggunakan laman sosial Facebook®. Pembangunan dan

penambahbaikan prototaip EZ-Arabic dilakukan mengikut rajah •B= berikut.

✧ ★ ✩ ✪ ✫ ✬ ✫ ✬ ✭ ✮ ✯ ✮ ✰ ✪ ✱ ✩ ★ ✲ ✩ ★ ✳ ✬ ✫ ✵ ✮ ★ ✮ ✶ ✩ ✯ ✷ ✩ ★

✭ ✩ ★ ✲ ✱ ★ ✴ ✩ ★

✵ ✮ ✸ ✹ ✫ ★ ✩ ✺ ✰ ✻ ✶ ✻ ✶ ✩ ✫ ✯ ✼ ✽ ✮ ✷ ✩ ✾

✵ ✮ ★ ✴ ✴ ✱ ★ ✩ ✺ ✰ ✻ ✶ ✻ ✶ ✩ ✫ ✯ ✼ ✭ ✩ ✿ ✫ ✩ ★ ✾

✵ ✮ ✸ ✩ ✬ ✩ ★ ✴ ✲ ✩ ★ ✵ ✮ ★ ❀ ✮ ✪ ✮ ★ ✴ ✴ ✩ ✰ ✩ ❁ ✫ ✬ ✶ ✮ ✸

❂ ❃ ❄ ❅ ❆ ❇

••• • •
❈ ❉ ❊ ❉ ❋

● ❍ ■ ❏ ❑ ▲ ▼ ◆ ❖ P ◗ ❘ ❙ ❚ ❯ ❚ ❯ ❱ ❖ P ❲ ❳ ❨ ❩ ❬ ❭ ❪ ❪ ❫ ❴ ❵ ❫ ❛ ❜ ❭ ❝ ❞ ❑ ▲ ❡ ❑ ❢ ❑ ❬ ❫ ❜ ❵ ❨ ❣ ❣

Pembangunan prototaip EZ-Arabic adalah untuk membantu proses pembelajaran


berterusan di luar bilik darjah. Proses pembelajaran ini berlaku secara maya iaitu
melalui laman web. Pembelajaran secara maya berasaskan web ini memfokuskan

pelajar-pelajar dari tahun satu sehingga tahun A di peringkat sekolah rendah. Prototaip
EZ-Arabic menjadi bahan rujukan pembelajaran sampingan bagi para pelajar selain
daripada buku teks yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Prototaip EZ-Arabic juga menyokong pelbagai jenis fail multimedia audio dan visual.
Di antara jenis-jenis fail yang menyokong prototaip EZ-Arabic adalah seperti PDF,

!"#$%&'()*%#+',-.%!/0(12'%!342'%5/416%7%80'(2'%9:#12'%(;<:'
••
❤ ✐ ❥ ❦ ✐ ❧ ♠ ♥ ♠ ♦ ♠ ♣ ❦ ♠ q ♠ r ♠ ♠ ♦ ♠ ❦ ❤ ✐ ♦ s ♣ t ✉ ♠ ✈ r ✐ ✉ ✇ ❧ ♠ q ♦ ✐ ♣ ① ♠ q

••••• •!"• #$%& '•() |

gambar, MP6, video. Sokongan kepada fail-fail multimedia yang pelbagai dapat

meningkatkan lagi minat dan motivasi para pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab.

Jadual *,+: Fasa dan proses pembangunan laman prototaip EZ-Arabic

Fasa Proses
Analisis Keperluan dan Isi Analisis keperluan pelajar
Kandungan Analisis keperluan institusi
Analisis isi kandungan pembelajaran
Analisis e-pembelajaran yang sedia ada

Menetapkan Objektif Objektif pembelajaran bahasa


Objektif kemahiran berbahasa
Reka bentuk asas
Membina Prototaip Kerja berpasukan
Menggunakan pelbagai sumber kajian
tentang teknologi

Menggunakan Prototaip Mengadakan sesi penggunaan percubaan


secara dalam skala yang kecil.
Sesi penggunaan dikendalikan melalui
Facebook®
Mengumpul maklumat dan maklum
balas daripada pengguna

Memasang dan Menyelenggara Mengkaji semula maklumat dan maklum


Sistem balas yang diterima daripada pengguna
Mengkaji semula proses reka bentuk dan
pembangunan prototaip
Penambahbaikan secara berterusan
KOMPONEN PROTOTAIP EZ-Arabic
Prototaip EZ-Arabic telah dibangunkan dan dilengkapi oleh beberapa komponen untuk
membantu proses pembelajaran bahasa Arab. Komponen-komponen yang terdapat

•••• ••!"# •$•%&' •()!*+• •,-+• .(-*/ 0 1)•!+• 23•*+• !453•


•••
② ③ ④ ⑤ ③ ⑥ ⑦ ⑧ ⑦ ⑨ ⑦ ⑩ ⑤ ⑦ ❶ ⑦ ❷ ⑦ ⑦ ⑨ ⑦ ⑤ ② ③ ⑨ ❸ ⑩ ❹ ❺ ⑦ ❻ ❷ ③ ❺ ❼ ⑥ ⑦ ❶ ⑨ ③ ⑩ ❽ ⑦ ❶

••••• •!"• #$%& '•() |


dalam prototaip EZ-Arabic adalah gabungan buku bahasa Arab sukatan pelajaran
Bahasa Arab Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disediakan
Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga sumber terbuka antaranya adalah seperti
laman YouTube™, perkhidmatan terjemahan Google™ dan Cbox serta permainan-
permainan asas dalam mempelajari bahasa Arab. Terdapat lapan komponen utama

dalam prototaip EZ-Arabic iaitu: (6) E-Buku, (7) Video, (8) Laman Sesawang, (9)

Audio, (:) Permainan, (;) Sembang, (<) Papan Kekunci Arab dan (=) Hubungi Kami.

*. E-Buku
Laman prototaip EZ-Arabic menggunakan buku bahasa Arab sukatan Kementerian
Pelajaran Malaysia. Kemudian pembahagian dilakukan mengikut tahun atau tahap
pembelajaran iaitu dari tahun satu sehingga tahun enam di peringkat sekolah rendah.
Selain daripada pembahagian mengikut tahun, e-buku dalam prototaip EZ-Arabic ini
juga telah dibahagikan kepada empat bahagian utama. Pembahagian-pembahagian
tersebut adalah seperti berikut: (a) Bacaan (Qiraah), (b) Percakapan (Kalam), (c)
Perbualan (Hiwar) dan (d) Nasyid.

Gambar *,+: Paparan komponen e-buku dalam prototaip EZ-Arabic

•••• ••!"# •$•%&' •()!*+• •,-+• .(-*/ 0 1)•!+• 23•*+• !453•


•••
② ③ ④ ⑤ ③ ⑥ ⑦ ⑧ ⑦ ⑨ ⑦ ⑩ ⑤ ⑦ ❶ ⑦ ❷ ⑦ ⑦ ⑨ ⑦ ⑤ ② ③ ⑨ ❸ ⑩ ❹ ❺ ⑦ ❻ ❷ ③ ❺ ❼ ⑥ ⑦ ❶ ⑨ ③ ⑩ ❽ ⑦ ❶

••••• •!"• #$%& '•() |

-. Video
Video adalah komponen kedua yang terdapat dalam prototaip EZ-Arabic. Komponen
video juga telah dibahagikan kepada lima bahagian utama. Pembahagian-pembahagian
tersebut adalah seperti berikut:
(a) Huruf, (b) Kosa Kata, (c) Nasyid, (d) Muslim Kids dan (e) Kartun. Kesemua video-
video yang terdapat dalam komponen ini diperoleh daripada sumber terbuka iaitu
YouTube™. Bahagian pertama daripada komponen video adalah huruf. Pada bahagian
ini, EZ-Arabic memfokuskan untuk cara sebutan dan huruf dalam bahasa Arab dalam
bentuk persembahan yang pelbagai. Ia bermula dari cara sebutan setiap huruf
sehinggalah cara sebutan huruf dalam bentuk lagu. Bahagian kedua dalam komponen ini
pula menekankan pada perbendaharaan kata bahasa Arab. Terdapat berbagai-bagai jenis
tema yang dimuatkan pada bahagian ini. Contohnya adalah kelas, nama binatang dan
buah-buahan. Nasyid adalah bahagian ketiga dalam komponen ini. Ia memuatkan lapan
buah nasyid pembelajaran bahasa Arab untuk peringkat rendah. Muslim Kids adalah
bahagian yang seterusnya dalam komponen ini yang terkandung di dalamnya sebanyak
lapan buah lagu. Bahagian yang terakhir dalam komponen ini adalah kartun. Terdapat
pada bahagian ini kartun-kartun versi kanak-kanak. Salah satu daripada kartun-kartun
yang terdapat pada bahagian ini adalah kartun Upin dan Ipin. Ia telah dirakamkan
semula dan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Selain daripada itu, terdapat juga
kartun yang disediakan sari kata pada video tersebut.

Gambar -,+: Paparan komponen video dalam prototaip EZ-Arabic

•••• ••!"# •$•%&' •()!*+• •,-+• .(-*/ 0 1)•!+• 23•*+• !453•


••
② ③ ④ ⑤ ③ ⑥ ⑦ ⑧ ⑦ ⑨ ⑦ ⑩ ⑤ ⑦ ❶ ⑦ ❷ ⑦ ⑦ ⑨ ⑦ ⑤ ② ③ ⑨ ❸ ⑩ ❹ ❺ ⑦ ❻ ❷ ③ ❺ ❼ ⑥ ⑦ ❶ ⑨ ③ ⑩ ❽ ⑦ ❶

••••• •!"• #$%& '•() |

•. Laman Sesawang (Website)


Sistem kod iframe dalam HTML dimanfaatkan dalam pembangunan laman prototaip
EZ-Arabic. Dengan menggunakan kod tersebut, para pelajar boleh mengakses laman
sesawang lain yang telah ditetapkan dalam laman prototaip ini sebagai contoh laman
Tanzil.net, kamus serta terjemahan Google. Terdapat tujuh bahagian utama telah dipilih
untuk diletakkan dalam komponen ini. Bahagian pertama dalam komponen ini adalah
al-Quran. Bahagian kedua dalam komponen ini adalah kamus. Ia terbahagi kepada dua
jenis; kamus biasa dan kamus bergambar. Bahagian terjemahan dalam komponen ini
pula dimanfaatkan daripada perkhidmatan terjemahan yang disediakan oleh Google™.
Bagi membantu para pelajar untuk membaca teks Arab yang tidak mempunyai sistem
tashkil (baris), maka laman ini menyediakan perkhidmatan tersebut bagi memudahkan
pembacaan dalam bahasa Arab. Bahagian seterusnya dalam komponen ini adalah pautan
ke laman pembelajaran bahasa Arab. Perkhidmatan ini disediakan secara percuma dan
terdapat juga yang berbayar. Sebagai contoh laman perkhidmatan pembelajaran bahasa
Arab secara maya adalah seperti berikut: MadinahArabic.com, ArabAcademy.com dan
mystormkids.com.

Gambar •,•: Paparan komponen Website dalam prototaip EZ-Arabic

. Audio
Komponen keempat dalam laman prototaip EZ-Arabic adalah audio. Komponen ini
terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama daripada komponen ini adalah album

•••• ••!"# •$•%&' •()!*+• •,-+• .(-*/ 0 1)•!+• 23•*+• !453•


••!
❾ ❿ ➀ ➁ ❿ ➂ ➃ ➄ ➃ ➅ ➃ ➆ ➁ ➃ ➇ ➃ ➈ ➃ ➃ ➅ ➃ ➁ ❾ ❿ ➅ ➉ ➆ ➊ ➋ ➃ ➌ ➈ ❿ ➋ ➍ ➂ ➃ ➇ ➅ ❿ ➆ ➎ ➃ ➇

!"#$%&'()%&*+-.&/"01 |
nasyid “Ustaz Mior “ yang digunakan dalam sukatan pelajaran bahasa Arab peringkat
sekolah rendah. Setiap lagu daripada album ini disertakan lirik. Dua bahagian lagi
adalah nasyid daripada kumpulan Dhuha dan MyStormKids yang dimanfaatkan dari

laman YouTube™.

Gambar ,•: Paparan komponen audio dalam prototaip EZ-Arabic

Gambar 2,•: Paparan lirik dalam prototaip EZ-Arabic

•••• ••!"# •$•%&' •()!*+• •,-+• .(-*/ 0 1)•!+• 23•*+• !453•


•••
❾ ❿ ➀ ➁ ❿ ➂ ➃ ➄ ➃ ➅ ➃ ➆ ➁ ➃ ➇ ➃ ➈ ➃ ➃ ➅ ➃ ➁ ❾ ❿ ➅ ➉ ➆ ➊ ➋ ➃ ➌ ➈ ❿ ➋ ➍ ➂ ➃ ➇ ➅ ❿ ➆ ➎ ➃ ➇

!"#$%&'()%&*+-.&/"01 |

2. Permainan
Komponen permainan bahasa juga diletakkan bersama dalam laman prototaip EZ-
Arabic. Komponen ini ditambah untuk menambah aktiviti berbahasa di kalangan
pelajar. Terdapat sembilan jenis permainan bahasa yang telah disediakan dalam laman
prototaip ini meliputi permainan penentuan huruf, kosa kata, susun ayat, ungkapan, jam
dan who wants to be a millionaire.

Gambar 3,•: Paparan komponen permainan dalam prototaip EZ-Arabic

3. Sembang
Laman prototaip EZ-Arabic juga telah menyediakan komponen “sembang “.
Penambahan komponen ini dilakukan bagi memberi ruang kepada para pelajar untuk
berkomunikasi antara satu dengan yang lain secara langsung. Ruangan ini juga boleh
dimanfaatkan oleh pelajar dengan perkongsian pendapat tentang penggunaan laman
prototaip EZ-Arabic ini dengan pelajar-pelajar lain.

•••• ••!"# •$•%&' •()!*+• •,-+• .(-*/ 0 1)•!+• 23•*+• !453•


••
❾ ❿ ➀ ➁ ❿ ➂ ➃ ➄ ➃ ➅ ➃ ➆ ➁ ➃ ➇ ➃ ➈ ➃ ➃ ➅ ➃ ➁ ❾ ❿ ➅ ➉ ➆ ➊ ➋ ➃ ➌ ➈ ❿ ➋ ➍ ➂ ➃ ➇ ➅ ❿ ➆ ➎ ➃ ➇

!"#$%&'()%&*+-.&/"01 |

Gambar 4,•: Paparan ruangan sembang dalam prototaip EZ-Arabic

4. Papan Kekunci Arab


Komponen papan kekunci askara Arab juga ditambah bagi memudahkan pelajar untuk
menulis dalam bahasa Arab di laman maya.

Gambar 5,•: Paparan papan kekunci atas talian yang digunakan dalam prototaip

EZ-Arabic

•••• ••!"# •$•%&' •()!*+• •,-+• .(-*/ 0 1)•!+• 23•*+• !453•


••!
❾ ❿ ➀ ➁ ❿ ➂ ➃ ➄ ➃ ➅ ➃ ➆ ➁ ➃ ➇ ➃ ➈ ➃ ➃ ➅ ➃ ➁ ❾ ❿ ➅ ➉ ➆ ➊ ➋ ➃ ➌ ➈ ❿ ➋ ➍ ➂ ➃ ➇ ➅ ❿ ➆ ➎ ➃ ➇

!"#$%&'()%&*+-.&/"01 |

5. Hubungi Kami
Komponen terakhir dalam prototaip EZ-Arabic ini adalah hubungi kami. Komponen ini
membuka ruang kepada para pelajar serta pengguna lain untuk memberi komen,
melontarkan idea serta cadangan tentang pengalaman dan pengamatan mereka
sepanjang penggunaan laman EZ-Arabic ini sebagai bahan bantu pembelajaran
sampingan pada peringkat rendah.

Gambar 6,•: Paparan komponen hubungi kami dalam prototaip EZ-Arabic

DISKUSI DAPATAN DAN HASIL KAJIAN


Bagi merealisasikan proses penambahbaikan terhadap laman EZ-Arabic, satu kaji
selidik telah diadakan bagi mengumpul komen dan cadangan daripada para pengguna
laman ini. Kaji selidik dilakukan menggunakan Facebook® berdasarkan fakta yang
menunjukkan bahawa Facebook® merupakan medium yang digunakan secara meluas
dalam dunia maya. Selain itu, kesemua komen dan cadangan yang diberikan oleh
pengguna EZ-Arabic dapat dibaca oleh orang umum dan disimpan untuk tujuan rekod

dan analisis. Kaji selidik secara atas talian ini telah bermula pada 67 Februari 8968

sehingga komen terakhir yang diterima pada 6 Mac 8968, iaitu dalam tempoh 6

minggu. Sebanyak 77 komen berkaitan laman EZ-Arabic telah diterima dan sebanyak

•••• ••!"# •$•%&' •()!*+• •,-+• .(-*/ 0 1)•!+• 23•*+• !453•


••"
❾ ❿ ➀ ➁ ❿ ➂ ➃ ➄ ➃ ➅ ➃ ➆ ➁ ➃ ➇ ➃ ➈ ➃ ➃ ➅ ➃ ➁ ❾ ❿ ➅ ➉ ➆ ➊ ➋ ➃ ➌ ➈ ❿ ➋ ➍ ➂ ➃ ➇ ➅ ❿ ➆ ➎ ➃ ➇

!"#$%&'()%&*+-.&/"01 |

:; pengguna telah menekan butang LIKE sebagai tanda setuju dan berpartisipasi dalam
kaji selidik ini. Berikut diletakkan paparan kaji selidik menerusi Facebook®.

Gambar 7•,•: Soal selidik mengenai penggunaan prototaip EZ-Arabic atas talian

Kaji selidik ini dijalankan dalam bahasa Melayu memandangkan sasaran utama
pengguna EZ-Arabic adalah para pelajar Melayu yang mengikuti program j-QAF di
sekolah-sekolah rendah seluruh Malaysia. Berikut adalah kutipan soalan kaji selidik
bagi tujuan mendapatkan komen dan cadangan penambahbaikan laman EZ-Arabic:
“Assalamualaikum. Mohon para pakar, penyelidik, pendidik dan pelajar bahasa Arab
atau sesiapa sahaja yang meminati pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab untuk
memberi komentar dan cadangan tentang laman belajar bahasa Arab ini. Ia merupakan
hasil inovasi kumpulan penyelidik yang diketuai Dr. Muhammad Sabri Sahrir, Mohd
Firdaus Yahaya dan Mohd Shahrizal Nasir. Semua cadangan ke arah penambahbaikan
laman belajar ini amat dialu-alukan. JazakumuLlah Khayr al-Jazak. LINK:

http://ezarabic.net/v•/ “.

•••• ••!"# •$•%&' •()!*+• •,-+• .(-*/ 0 1)•!+• 23•*+• !453•


••#
❾ ❿ ➀ ➁ ❿ ➂ ➃ ➄ ➃ ➅ ➃ ➆ ➁ ➃ ➇ ➃ ➈ ➃ ➃ ➅ ➃ ➁ ❾ ❿ ➅ ➉ ➆ ➊ ➋ ➃ ➌ ➈ ❿ ➋ ➍ ➂ ➃ ➇ ➅ ❿ ➆ ➎ ➃ ➇

!"#$%&'()%&*+-.&/"01 |
Berdasarkan maklum balas yang diterima, berikut dinyatakan komen dan cadangan
daripada soalan kaji selidik mengikut tema-tema utama selepas dianalisis. Kesemua
komen dan cadangan ini akan digunakan dalam usaha penambahbaikan laman prototaip
EZ-Arabic sebagai satu medium pembalajaran bahasa Arab secara atas talian. Berikut
dipaparkan komen dan cadangan para pengguna EZ-Arabic berdasarkan tema-tema
utama:

Jadual 8,•: Tema utama bagi komentar dan cadangan

No. Komentar & Cadangan

7 PAPARAN ANTARA MUKA

- Penambahbaikan paparan antara muka yang lebih mesra pengguna.


- Pembesaran buku elektronik (e-buku) supaya lebih jelas.
- Penggunaan dwibahasa pada arahan.
- Peletakan butang “hubungi kami “ pada bahagian atas laman.
- Penambahbaikan persembahan paparan antara muka agar kelihatan
lebih menarik dan unik.
- Penambahan unsur warna yang bersesuaian dengan pengguna
kanak-kanak.

8 SOKONGAN

- Penambahbaikan pada sebahagian audio dan video.


- Penambahan audio dalam bahagian e-buku.
- Penambahan maklumat berkenaan tatacara pemasangan
kemudahan penulisan askara Arab dalam Windows®.
- Penambahan perisian e-Jawi.
- Cadangan mempelbagaikan pautan tambahan berkaitan
pembelajaran bahasa Arab seperti kamus elektronik.

• CABARAN

- Terdapat gangguan seperti iklan yang tidak sesuai daripada


pemanfaatan laman Youtube®.
- Penghasilan video sendiri dan dimuat naik dalam laman Youtube®

•••• ••!"# •$•%&' •()!*+• •,-+• .(-*/ 0 1)•!+• 23•*+• !453•


•••
➏ ➐ ➑ ➒ ➐ ➓ ➔ → ➔ ➣ ➔ ↔ ➒ ➔ ↕ ➔ ➙ ➔ ➔ ➣ ➔ ➒ ➏ ➐ ➣ ➛ ↔ ➜ ➝ ➔ ➞ ➙ ➐ ➝ ➟ ➓ ➔ ↕ ➣ ➐ ↔ ➠ ➔ ↕

!"#$%&'($%)*+,%-!./ |
untuk manfaat orang ramai.
- Terdapat beberapa paparan yang tidak dapat diakses.

0 KESESUAIAN

- Mudah untuk diakses dan bersesuaian dengan peringkat kanak-


kanak.
- Penggunaan video yang menggunakan bahasa Arab tinggi
(standard Arabic) dan bukan bahasa dialek.
- Sebahagian ilustrasi yang menggunakan askara Arab perlu
diperbetulkan.
- Penggunaan dwibahasa bagi arahan pada butang dalam laman ini.

1 PENGGUNAAN YANG MUDAH

- Boleh digunakan dalam pembelajaran di rumah.


- Kepelbagaian sumber maklumat berkaitan sukatan pelajaran.
- Bersesuaian untuk pelajar pada peringkat umur rendah.

2 NILAI TAMBAH & KEPELBAGAIAN

- Keperluan untuk terus dibangunkan dalam perisian i-Pad.


- Boleh dibangunkan menurut keperluan pengguna peringkat tinggi.
- Keperluan kamus elektronik bergambar.
- Keperluan menyediakan sari kata dalam video.
- Keperluan untuk memasukkan sumber rujukan lain sebagai bahan
tambahan kepada sukatan pelajaran semasa.
- Pertukaran daripada format PDF kepada format GIF untuk
mempercepatkan proses penggunaan e-buku.

3 KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN

- Keperluan penyelarasan kandungan dalam laman dengan sukatan


pelajaran bahasa Arab yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
- Kesuaian kandungan dengan tahap penguasaan kanak-kanak dan
dilanjutkan kepada pringkat dewasa.
- Cadangan pembinaan prototaip bagi kegunaan para pelajar

•••• ••!"# •$•%&' •()!*+• •,-+• .(-*/ 0 1)•!+• 23•*+• !453•


•••
➏ ➐ ➑ ➒ ➐ ➓ ➔ → ➔ ➣ ➔ ↔ ➒ ➔ ↕ ➔ ➙ ➔ ➔ ➣ ➔ ➒ ➏ ➐ ➣ ➛ ↔ ➜ ➝ ➔ ➞ ➙ ➐ ➝ ➟ ➓ ➔ ↕ ➣ ➐ ↔ ➠ ➔ ↕

!"#$%&'($%)*+,%-!./ |
peringkat sekolah menengah.
- Tahap kandungan mesti sesuai dengan tahap umur kanak-kanak

daripada darjah 6 hingga darjah 7.

- Usaha ini boleh diteruskan melalui jalinan kerjasama dengan


Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Hasil dapatan daripada kaji selidik menunjukkan bahawa para pengguna EZ-Arabic
telah memberi respons yang amat positif dalam usaha penambahbaikan laman prototaip
ini. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan potensi laman ini bagi mendapat
sambutan yang baik daripada para pengguna yang bukan sahaja terdiri daripada para
guru bahasa Arab dan pelajar bahasa Arab di peringkat sekolah rendah, malah turut
dimanfaatkan oleh para ibu bapa para pelajar. Kesemua komen dan cadangan ini akan
dimanfaatkan secara holistik bagi penghasilan laman EZ-Arabic yang lebih sempurna
pada masa akan datang.

KESIMPULAN
Pemanfaatan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab khususnya
bagi para pelajar peringkat rendah merupakan satu keperluan bagi penambahbaikan
proses pembelajaran sejajar dengan tuntutan semasa. Selain bertujuan menarik minat
pelajar agar memahami pelajaran, ia turut menyemai sikap pembelajaran secara kendiri
dalam diri pelajar. Laman EZ-Arabic dilihat sebagai satu medium yang mampu
membantu para guru dan pelajar bagi mendapatkan bahan pengajaran dan pembelajaran
secara mudah dan komprehensif yang meliputi kemahiran berbahasa seperti mendengar,
membaca dan bertutur. Usaha penambahbaikan laman EZ-Arabic akan terus dijalankan
berdasarkan komentar dan cadangan para pengguna laman tersebut sama ada dari sudut
persembahan dan isi kandungan. Hal ini merupakan satu keperluan bagi memastikan
laman EZ-Arabic kekal relevan sebagai medium bantuan bagi proses P&P bahasa Arab
peringkat rendah yang sentiasa dikemaskini menurut keperluan semasa.
PENGIKTIRAFAN

•••• ••!"# •$•%&' •()!*+• •,-+• .(-*/ 0 1)•!+• 23•*+• !453•


••
➏ ➐ ➑ ➒ ➐ ➓ ➔ → ➔ ➣ ➔ ↔ ➒ ➔ ↕ ➔ ➙ ➔ ➔ ➣ ➔ ➒ ➏ ➐ ➣ ➛ ↔ ➜ ➝ ➔ ➞ ➙ ➐ ➝ ➟ ➓ ➔ ↕ ➣ ➐ ↔ ➠ ➔ ↕

!"#$%&'($%)*+,%-!./ |
Laman prototaip EZ-Arabic telah memenangi pingat gangsa dalam IIUM Research,

Invention and Innovation Exhibition (IRIIE) 8968 anjuran Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 86-88 Februari 8968 bertempat di Cultural

Activity Centre (CAC), UIAM.

•••• ••!"# •$•%&' •()!*+• •,-+• .(-*/ 0 1)•!+• 23•*+• !453•


••!
➏ ➐ ➑ ➒ ➐ ➓ ➔ → ➔ ➣ ➔ ↔ ➒ ➔ ↕ ➔ ➙ ➔ ➔ ➣ ➔ ➒ ➏ ➐ ➣ ➛ ↔ ➜ ➝ ➔ ➞ ➙ ➐ ➝ ➟ ➓ ➔ ↕ ➣ ➐ ↔ ➠ ➔ ↕

!"#$%&'($%)*+,%-!./ |
RUJUKAN

Abd. Rahman Daud. (8999). Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan alat


teknologi pendidikan (ATP) dalam pengajaran Matematik di kalangan guru
sekolah rendah. Proceedings of the International Conference on Teaching and
Learning: Strategising Teaching and Learning in the ••st Century. Vol.8,

::8-:;<.

Ashinida Aladdin, Afendi Hamat & Mohd. Shabri Yusof (899<). Penggunaan PBBK
(Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing: Satu tinjauan awal. GEMA
Online Journal of Language Studies, Vol. <(6).

Bruner, J. (6==7). The culture of education. Massachusetts: Harvard University Press.

Bush, M.D. (899:). Facilitating the integration of culture and vocabulary learning:
The categorization and use of pictures in the classroom. Foreign Language
Annals, Winter; <9, <; ProQuest Education Journals.

Ellis, R. 6==<. The study of second language acquisition. Oxford: Oxford University
Press.

Gardner, R.C. (6=;>). Social psychological aspects of language learning: The role of
attitudes and motivation. London: Edward Arnold.

Gill, D. (8997). Effects of technology on second language learning. Journal of College


Teaching & Learning, (•),
8997, 6=-8;. Retrieved from Feb
http://www.cluteinstitute-onlinejournals.com/PDFs/8997>6.pdf on November
89, 899;.

Joliffe, A., Ritter, J., & Stevens, D. (8996). The online learning handbook, developing
and using Web-Based Learning. London, UK: Kogan Page Limited.

Mayer, R.E. (8996). Multimedia learning. =th edition, 899:. New York: Cambridge
University Press.

•••• ••!"# •$•%&' •()!*+• •,-+• .(-*/ 0 1)•!+• 23•*+• !453•


••"
➏ ➐ ➑ ➒ ➐ ➓ ➔ → ➔ ➣ ➔ ↔ ➒ ➔ ↕ ➔ ➙ ➔ ➔ ➣ ➔ ➒ ➏ ➐ ➣ ➛ ↔ ➜ ➝ ➔ ➞ ➙ ➐ ➝ ➟ ➓ ➔ ↕ ➣ ➐ ↔ ➠ ➔ ↕

!"#$%&'($%)*+,%-!./ |

Mohd Feham Md. Ghalib (•!!"). The design, development and testing on the efficacy
of a pedagogical agent on the performance and program rating scores among
students learning Arabic. Tesis Ph.D belum terbit, Universiti Sains Malaysia.

Mohd Feham, Md. Ghalib & Isarji, Sarudin (•!!!). On-line Arabic: Challenges,
limitations and recommendations. National Conference on Teaching and
Learning in Higher Education, Universiti Utara Malaysia.

Muhammad Sabri Sahrir & Ghazali Yusri (•!••). Online vocabulary games for
teaching and learning Arabic. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies,
Vol. ••( ).

Salsbury, D.E. (8997). Comparing teacher-directed and computer-assisted instruction

of elementary geographic place vocabulary. The Journal of Geography, •!#($),


Jul/Aug 8997, ProQuest Education Journals.

Siti Fatimah Ahmad dan Ab. Halim Tamuri. (8969). Persepsi guru terhadap
penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi multimedia dalam
pengajaran j-QAF. Journal of Islamic and Arabic Education. Vol. 8(8).

Tripp, S. & Bichelmeyer, B. (6==9). Rapid prototyping: An alternative instructional


design strategy. Educational Technology Research & Development, ?;(6), ?6-
<<.

Zawawi Ismail. (899;). Penilaian pelaksanaan kurikulum kemahiran bertutur Bahasa


Arab Komunikasi di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Tesis Ph.D belum
terbit, Universiti Kebangsaan Malaysia.

______________

6Mohd Firdaus Yahaya


Pensyarah
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Dr. Muhammad Sabri Sahrir
Pensyarah Kanan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

•••• ••!"# •$•%&' •()!*+• •,-+• .(-*/ 0 1)•!+• 23•*+• !453•


••#

Anda mungkin juga menyukai