Anda di halaman 1dari 6

Khuzaimah binti Md Isa, 770421025902

CBBP DB, Pendidikan Bahasa Arab

NAMA : KHUZAIMAH BINTI MD ISA


NO. KAD PENGENALAN : 770421025902

TAJUK CADANGAN PENYELIDIKAN :


KEBERKESANAN PENGGUNAAN FROG VLE DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI SEKOLAH RENDAH

Universiti Yang Dimohon :

Bil. Institusi Pengajian Tinggi yang Nama Jumlah keseluruhan jam


dipilih Kursus/Program kredit yang ditawarkan
1 Universiti Kebangsaan Malaysia Sarjana Pendidikan 40 (kerja kursus 34 unit +
Bahasa Arab projek penyelidikan 6
unit)

2 Universiti Malaya Sarjana Pendidikan


Bahasa Arab 42 (12 jam kredit kerja
kursus utama + 18 jam
kredit kerja kursus elektif
+ 12 jam kredit
penyelidikan)

3 Universiti Islam Antarabangsa Sarjana Pendidikan


Malaysia Bahasa Arab

1
Khuzaimah binti Md Isa, 770421025902
CBBP DB, Pendidikan Bahasa Arab

PENGENALAN

Bagi kebanyakkan orang,mempelajari Bahasa asing adalah sesuatu yang cukup

membingungkan. Ini kerana,ia adalah sesuatu yang agak berbeza daripada Bahasa

yang biasa didengari atau digunakan oleh mereka. Bagi Ahli Bahasa adalah

sebaliknya mereka menganggap semua Bahasa mempunyai banyak persamaannya.

Walaubagaimanapun,dalam keadaaan biasa manusia sebenarnya mampu

mempelajari apa sahaja Bahasa sekiranya mereka mendapat pendedahan yang

secukupnya.

Namun begitu,Persepsi dalam kalangan murid berhubung dengan mata

pelajaran bahasa Arab adalah persepsi yang negatif. Mereka menganggap bahasa

Arab sebagai satu mata pelajaran yang susah dan membebankan. Selain itu sikap

sesetengah murid terhadap mata pelajaran Bahasa Arab semasa proses

pengajaran dan pembelajaran adalah sangat membosankan.

Mempelajari Bahasa Arab masih lagi dianggap sukar oleh kebanyakan

murid-murid. Hal ini mungkin disebabkan kerumitan bahasa itu sendiri untuk

dikuasai atau kerana metode pengajaran dan pembelajaran yang kurang efektif.

Bahasa Arab merupakan bahasa asing yang melibatkan empat proses

pembelajaran kemahiran iaitu kemahiran membaca, menulis, mendengar dan

bertutur. Bahasa Arab yang bukan merupakan bahasa komunikasi mereka dan ini

menjadikan sesi pembelajaran Bahasa Arab menjadi susah dan kurang berminat

kerana tidak memahami keseluruhan pembelajaran tersebut. Dalam hal ini

Kementerian Pendidikan telah lama memperkenalkan program j-qaf yang mana

untuk meningkatkan penguasaaan Bahasa Arab dikalangan murid-murid sekolah

rendah.
2
Khuzaimah binti Md Isa, 770421025902
CBBP DB, Pendidikan Bahasa Arab

Oleh itu,di dalam kertas cadangan penyelidikan yang ringkas ini, penulis

cuba meninjau pendekatan terkini untuk mempelajari Bahasa Arab dengan

menggunakan media terkini. Terdapat pelbagai cara bagi meningkatkan tahap

penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan murid-murid, di antaranya ialah dengan

menggunakan pendekatan ICT seperti FROG VLE. Justeru, apa yang diharapkan

melalui perancangan kajian ini supaya dapat memaksimumkan maklumat dan dapat

mempertingkatkan kefahaman serta menarik minat murid-muridr dalam mempelajari

Bahasa Arab dengan menggunakan FROG VLE sebagai sumber pengajaran

terkini.

PENYATAAN MASALAH

Murid-murid sering menghadapi masalah untuk memahami dan menghayati proses

pembelajaran Bahasa Arab di dalam kelas. Mereka juga kurang berminat dalam

mempelajari bahasa arab kerana menganggap susah untuk difahami. Kajian ini

akan memfokuskan kepada permasalahan murid-murid terutamanya dalam

menunjukkan minat dan menambahkan tahap kefahaman kepada mereka.

Selain itu,guru juga perlu memilih teknik pengajaran yang menarik dan sesuai

untuk menyampai isi pengetahuan atau melatih kemahiran, kerana teknik yang

menarik dan sesuai boleh menjadi pemangkin kepada penguasaan ilmu dan

kemahiran dalam kalangan murid-murid.

3
Khuzaimah binti Md Isa, 770421025902
CBBP DB, Pendidikan Bahasa Arab

LATAR BELAKANG

Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan dan

penggunaan Internet, kerajaan telah melancarkan Projek 1BestariNet, yang

merupakan inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menerajui

transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik

kepada semua sekolah di Malaysia.

Pihak YTL Communications telah diberi amanah oleh pihak kerajaan untuk

merealisasikan Visi 1BestariNet untuk menjana perubahan dalam platform

pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar

dan luar bandar.

Alam dunia yang penuh dengan teknologi, pengajaran dan

pembelajaran tidak lagi terhad kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas. Kehadiran frog VLE dapat membantu guru-guru berkomunikasi dan

berinteraksi dengan para pelajar dengan lebih berkesan bukan sahaja di dalam

kelas, malah di mana sahaja mereka berada. Apa yang diperlukan hanyalah

sebuah komputer, pelayar (browser), dan sambungan Internet.

Menyedari keadaan ini,penulis telah mengambil inisiatif untuk mengkaji

dan menganalisis tentang sejauhmana keberkesanan pendekatan ICT dalam

penggunaan FROG VLE dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.

4
Khuzaimah binti Md Isa, 770421025902
CBBP DB, Pendidikan Bahasa Arab

OBJEKTIF

1. Mengenal pasti tahap penguasaan asas Bahasa Arab



2. Murid dapat memahami perkataan,ayat atau petikan Bahasa Arab dengan
mudah .

3. Minat untuk mempelajari bahasa Arab.

4. Meningkatkan tahap murid dalam kemahiran menggunakan ICT.

5. Mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan pembelajaran murid.

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini amat penting khususnya kepada para guru Bahasa arab dan murid-murid

yang mempelajari matapelajaran Bahasa Arab di sekolah rendah.

Kajian ini juga bertujuan menarik perhatian para guru khususnya

menitikberatkan tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif

untuk menarik minat murid-murid mempelajari dan memahami struktur Bahasa Arab

dengan mudah dan tidak membosankan serta lebih menyeronokkan.

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini diharapkan dapat menjawab persoalan-persoalan berikut :

1. Apakah tahap penggunaan ICT dalam pengajaran Bahasa Arab di


sekolah?
2. Bagaimanakah tahap murid-murid dalam meminati kaedah
pembelajaran menggunakan FROG VLE?
3. Adakah wujud perbezaan pencapaian antara kumpulan yang
menggunakan FROG VLE dengan kumpulan yang tidak
menggunakannya dalam pembelajaran?

5
Khuzaimah binti Md Isa, 770421025902
CBBP DB, Pendidikan Bahasa Arab

METODOLOGI

Dalam menjalankan kajian ini, penulis menggunakan dua cara iaitu temu bual dan

analisis penggunaan. Temu bual turut dijalankan kepada guru dan murid-murid

yang mempelajari Bahasa Arab untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas.

Analisis penggunaan diperolehi secara terus dari sistem untuk mengetahui

kekerapan murid-murid menggunakan program tersebut.

Melalui kajian ini diharapkan akan dapat membantu murid-murid untuk

lebih mudah memahami apa yang dipelajari dan lebih menarik minat untuk

mempelajari Bahasa Arab. Selain itu, ia juga dapat membantu murid-murid untuk

menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan ICT serta dapat

meningkatkan keyakinan mereka secara berterusan.

Bibliografi

Mohamed, A. (22 Disember 2014). “Transformasi Pendidikan Frog Vle”. Dimuat turun daripada
http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/transformasi-pendidikan-frog-vle-1.39364

Anda mungkin juga menyukai