Anda di halaman 1dari 3

SET 1 –SOALAN 4 DAN 5

Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard [6 markah]

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti, kemudian tulis petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis, “Hai
anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang
Ratu Melaka.”
Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu marah,
katanya, “Siapa menyuruh membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis kubinasakan?”
(Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’(Hal.28))
Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,)
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]
Soalan 5: Peribahasa [6 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan
situasi dalam petikan tersebut.

Pak Mail selalu menasihati anak-anaknya supaya tidak keluar melepak saban malam. Walau
bagaimanapun, nasihatnya itu tidak diendahkan oleh anak-anaknya. Hal ini dikatakan demikian
kerana Pak Mail sendiri selalu berbual-bual dengan rakannya di warung kopi sehingga larut malam
walaupun sering ditegur oleh isterinya.
Pada suatu malam, Pak Mail mendapat berita tentang dua orang anaknya telah ditahan oleh pihak
polis kerana berkumpul dan mengganggu orang kampung. Pak Mail berasa sangat menyesal kerana
tidak berbuat apa-apa lagi

[6 markah]
SET 2

Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard [6 markah]


Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti, kemudian tulis petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari pun membaca
pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang kaya.
Maka dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang kaya-kaya itu
dicabulinya. Maka ia pun kembal ke tempatnya.
(Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’(Hal.32))
Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,)
Kementerian Pendidikan Malaysia

Soalan 5: Peribahasa [6 markah]


Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian
berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa
tersebut
Suhana : Maria, tahukah kamu tentang khabar angin yang tersebar sekarang ini?
Maria : Eh, tentang apa, Suhana?
Suhana : Tentang Zanita dan kakaknya. Mereka bergaduh.
Maria : Betulkah apa yang kamu cakapkan ini?
Suhana : Betul. Pergaduhan ini berlaku disebabkan oleh pembahagian tanah pusaka.
Maria : Tentu tidak lama pergaduhan mereka itu. Carik-carik bulu ayam, lama-lama
bercantum juga.
Suhana : Saya pun berharap begitu. Hubungan mereka sekarang bagai kaca
terhempas ke batu. Saya berdoa agar mereka berbaik-baik semula. Sebelum
ini, hubungan mereka erat bagai isi dengan kuku. Jangan disebabkan harta,
hubungan adik-beradik menjadi renggang.
Maria : Saya pun begitu juga, Maria.
SET 3
Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard [6 markah]

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti, kemudian tulis petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan, anak Bubunya, akan dititahkan menyerang Melaka.
Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab, Sidi Arab namanya disebut orang.
Makan tuan itu senantiasa bermain panah lasykar, seperti dewal orang berzikir. Barang ke mana tuan
itu pergi, panah itu dibawanya. Maka tatkala itu Tuan Sidi Arab itu pun ada menghadap Sultan
Muzaffar Syah.
Dipetik daripada
Burung Terbang Dipipiskan Lada
Dalam Antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysi

Soalan 5: Peribahasa [6 markah]


Baca kad ucapan di bawah ini dengan telitinya. Senaraikan tiga peribahasa kemudian, berikan
maksud peribahasa tersebut.

Anakanda,
Apabila kita sudah berjaya dan mempunyai jawatan tinggi dalam pekerjaan, kita tidak seharusnya
bersikap bagai kacang lupakan kulit dan mengabaikan darah daging kita sendiri. Ingatlah, setinggi
mana sekalipun kedudukan yang kita peroleh, kita masih berpaut pada akar keturunan yang sama.
Jika memang berlaku salah faham dalam hubungan adik-beradik, kita haruslah bijak mencari jalan
penyelesaian yang terbaik dan segera memohon maaf kerana air dicencang tidak akan putus.
Bonda

Anda mungkin juga menyukai