Anda di halaman 1dari 18

MODUL PDP SPM

PASCA PKP
NEGERI PERAK
2020

FIZIK Tingkatan 4

3.1:
Hukum
Kegravitian
Semesta Newton

0
3.1 Hukum Kegravitian
Semesta Newton

Standard Pembelajaran:
Murid boleh:
𝐺𝐺𝑚𝑚 𝑚𝑚
• menerangkan Hukum Kegravitian Semesta Newton: 𝐹𝐹 = 𝑟𝑟12 2
• menyelesaikan masalah melibatkan Hukum Kegravitian Semesta Newton bagi:
(i) dua jasad pegun di Bumi
(ii) jasad di atas permukaan Bumi
(iii) Bumi dan satelit
(iv) Bumi dan Matahari
• menghubung kait pecutan graviti, g di permukaan Bumi dengan pemalar kegravitian
semesta, G.
• mewajarkan kepentingan mengetahui nilai pecutan graviti planet-planet dalam
Sistem Suria.
• memerihalkan daya memusat dalam sistem gerakan satelit dan planet.
𝑚𝑚𝑣𝑣 2
𝐷𝐷𝐷𝐷𝐷𝐷𝐷𝐷 𝑚𝑚𝑚𝑚𝑚𝑚𝑚𝑚𝑚𝑚𝑚𝑚𝑚𝑚, 𝐹𝐹 =
𝑟𝑟
• menentukan jisim Bumi dan Matahari menggunakan rumus Hukum Kegravitian
Semesta Newton dan daya memusat.

1
nota

1. Satelit buatan manusia:


 bergerak mengikut orbit masing-masing di angkasa
 melibatkan konsep Hukum Kegravitian Semesta Newton
 untuk tujuan komunikasi
 untuk kaji cuaca
 untuk pencerapan bumi

2. Daya graviti = daya semesta


 Daya graviti bertindak antara mana-mana dua jasad dalam alam semesta.
 Wujud berpasangan
 Dua jasad masing-masing mengalami magnitud daya graviti yang sama
 Terdapat: (seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1)
o daya graviti antara Matahari dengan Bumi
o daya graviti antara Matahari dengan Bulan
o daya graviti antara bumi dengan bulan

Rajah 1. Daya graviti sebagai daya semesta

3. Dua hubungan melibatkan daya graviti antara dua jasad seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 2.
(i) Daya graviti berkadar terus dengan hasil darab jisim dua jasad

𝑭𝑭 ∝ 𝒎𝒎𝟏𝟏 𝒎𝒎𝟐𝟐

(ii) Daya graviti berkadar songsang dengan kuasa dua jarak di antara pusat dua
jasad tersebut
𝟏𝟏
𝑭𝑭 ∝ 𝟐𝟐
𝒓𝒓

2
Rajah 2. Daya graviti antara dua jasad
4. Apabila dua hubungan di atas digabungkan, Hukum Kegravitian Semesta Newton
dapat diperolehi.
1 𝒎𝒎𝟏𝟏 𝒎𝒎𝟐𝟐
𝐹𝐹 ∝ 𝑚𝑚1 𝑚𝑚2 𝐹𝐹 ∝ 2 𝑭𝑭 ∝
𝑟𝑟 𝒓𝒓𝟐𝟐

5. Daun yang layu bergerak ke arah Bumi kerana:


(i) Terdapat daya graviti antara Bumi dan daun (magnitud sama)
(ii) Daun dan Bumi bergerak mendekati satu sama lain
(iii) Jisim Bumi jauh lebih besar daripada jisim daun, maka daya graviti tidak ada
kesan terhadap pergerakan Bumi
(iv) Oleh itu, hanya dapat perhatikan bahawa daun jatuh ke arah bumi.

6. Hukum Kegravitian Semesta Newton menyatakan bahawa:


 daya graviti antara dua jasad adalah berkadar terus dengan hasil darab jisim
kedua-dua jasad &
 berkadar sonsang dengan kuasa dua jarak di antara pusat dua jasad.
𝒎𝒎𝟏𝟏 𝒎𝒎𝟐𝟐 𝑮𝑮𝑮𝑮𝟏𝟏 𝒎𝒎𝟐𝟐
 𝑭𝑭 ∝ 𝒓𝒓𝟐𝟐
𝑭𝑭 = 𝒓𝒓𝟐𝟐

3
7. Daya graviti antara dua jasad dipengaruhi oleh: (seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 3)
(i) jisim jasad
o semakin besar jisim, semakin besar daya graviti
o semakin kecil jisim, semakin kecil daya graviti
(ii) jarak antara dua jasad

Rajah 3. Kesan jisim dan jarak antara dua jasa ke atas daya graviti

8. Dua orang di permukaan Bumi tidak akan merasai kesan daya graviti antara satu
sama lain kerana daya graviti antara dua jasad berjisim kecil mempunyai magnitud
yang sangat kecil.

9. Hubungan pecutan graviti, 𝑔𝑔 di permukaan Bumi dengan pemalar kegravitian


semesta, 𝐺𝐺.
(i) Hukum Newton Kedua, 𝐹𝐹 = 𝑚𝑚𝑚𝑚
Daya graviti, 𝐹𝐹 = 𝑚𝑚𝑚𝑚
(ii)

𝑚𝑚𝑚𝑚 𝐺𝐺𝐺𝐺𝐺𝐺
𝑟𝑟 2
M = jisim Bumi
m = jisim objek
r = jarak di antara pusat
Bumi dengan pusat 𝐺𝐺𝐺𝐺𝐺𝐺
𝑚𝑚𝑚𝑚
objek 𝑟𝑟 2

𝐺𝐺𝐺𝐺
𝑟𝑟 2

4
10. Faktor-faktor mempengaruhi pecutan graviti (Nilai pemalar kegravitian semesta dan
jisim bumi adalah tetap)
(i) Jarak antara pusat bumi dan pusat objek, 𝑟𝑟
 Semakin bertambah jarak , semakin berkurang pecutan graviti.
(ii) Rajah 4 menunjukkan lakaran graf bagi variasi nilai pecutan graviti, 𝑔𝑔 dengan
jarak, 𝑟𝑟 dari pusat Bumi.

Rajah 4. Variasi g dengan r

11. Rajah 5 menunjukkan sebuah satelit pada ketinggian,h dari permukaan Bumi.
ℎ = ketinggian satelit dari permukaan Bumi
𝑅𝑅 = jejari Bumi
𝑟𝑟 = jarak satelit dari pusat Bumi (jejari orbit)
Satelit di kedudukan, ℎ
Jarak dari pusat Bumi, 𝑟𝑟 = 𝑅𝑅 + ℎ

Pecutan graviti,
𝐺𝐺𝐺𝐺
𝑔𝑔 =
(𝑅𝑅 + ℎ)2

Satelit di permukaan Bumi,


ℎ=0
Jarak dari pusat Bumi,
𝑟𝑟 = jejari Bumi, 𝑅𝑅

Pecutan graviti di permukaan


Bumi,
𝐺𝐺𝐺𝐺
𝑔𝑔 = 2
𝑅𝑅
Rajah 5. Sebuah satelit pada ketinggian, ℎ dari permukaan Bumi.

12. Kepentingan mengetahui nilai pecutan graviti:


 Pecutan graviti pada setiap planet adalah berbeza kerana jisim dan jejari setiap
planet adalah berbeza
 Dalam penerokaan angkasa, pengetahuan tentang pecutan graviti adalah
penting kepada angkasawan bagi kelangsungan hidupnya di luar angkasa.

5
13. Kesan graviti terhadap tumbesaran manusia:
(a) Kesan graviti tinggi
(i) Perubahan ketumpatan - bertambah
(ii) Kerapuhan tulang – kurang berlaku
(iii) Saiz peparu - mengecil
(iv) Sistem peredaran darah – lebih baik (jantung mengepam dengan kuat)
(v) Tekanan darah- tinggi
(vi) Sistem otot – lebih kuat
(b) Kesan graviti rendah
(i) Sistem imun menjadi lemah
(ii) Kulit menjadi semakin nipis
(iii) Penglihatan merosot
(iv) Ketinggian bertambah hampir 2 inchi
(v) Perasaan gelisah hilang punca
(vi) Muka menjadi sembab dan kaki menjadi kecil
(vii) Mabuk angkasa = mabuk laut/ mabuk dalam kereta
(viii) Tulang menjadi kurang tumpat
(ix) Jantung menjadi malas mengepam
(x) Hilang system koordinasi badan

14. Gerakan membulat seragam: jasad bergerak dalam bulatan dengan laju seragam

Rajah 6. Satelit membuat gerak membulat

15. Jasad yang bergerak dalam bulatan sentiasa mengalami perubahan arah gerakan (laju
tetap)

6
16. Daya memusat:
 Daya yang bertindak ke atas jasad yang bergerak dalam bulatan dan arahnya
sentiasa menuju ke pusat bulatan.

Daya memusat,
𝐹𝐹
𝑣𝑣
𝑟𝑟

17. Faktor-faktor yang mempengaruhi daya memusat.


(i) Jisim jasad, m
o Semakin bertambah jisim, semakin bertambah daya memusat.
(ii) Laju linear, v
o Semakin bertambah laju, semakin bertambah daya memusat
(iii) Jejari bulatan, r
o Semakin bertambah jejari, semakin berkurang daya memusat

18. Pecutan memusat, 𝑎𝑎:


𝑚𝑚𝑣𝑣 2
𝐹𝐹 = 𝑚𝑚𝑚𝑚 𝐹𝐹 =
𝑟𝑟
𝑚𝑚𝑣𝑣 2
𝑚𝑚𝑚𝑚 =
𝑟𝑟

𝑣𝑣 2
𝑎𝑎 =
𝑟𝑟
𝑣𝑣 = laju linear satelit
𝑟𝑟 = jejari orbit satelit

19. Jisim Bumi dan Matahari dapat diterbitkan daripada rumus Hukum Kegravitian
Semesta Newton dan rumus daya memusat:

7
2𝜋𝜋𝜋𝜋

2𝜋𝜋𝜋𝜋
𝑇𝑇

𝐺𝐺𝐺𝐺𝐺𝐺 𝑚𝑚𝑣𝑣 2
𝑟𝑟 2 𝑟𝑟

𝐺𝐺𝐺𝐺𝐺𝐺 𝑚𝑚𝑣𝑣 2
𝑟𝑟 2 𝑟𝑟

𝐺𝐺𝐺𝐺 𝑣𝑣 2
𝑟𝑟 2 𝑟𝑟

𝐺𝐺𝐺𝐺 2𝜋𝜋𝜋𝜋 2
� 𝑇𝑇 �
𝑟𝑟 2
𝑟𝑟

4𝜋𝜋 2 𝑟𝑟 3
𝐺𝐺𝑇𝑇 2

8
Peta minda

9
FAQ

Bil Soalan dan Jawapan

1 Q Apakah daya graviti dalam fizik?

A Daya graviti adalah daya yang menarik dua objek dengan jisim.masing-masing
Sebenarnya, setiap objek, termasuk anda, menarik setiap objek lain di seluruh alam
semesta! Ini disebut Hukum Kegravitian Semesta Newton

2 Q Apakah 5 fakta mengenai graviti?

A • Objek dengan jisim tertarik satu sama lain, ini dikenali sebagai graviti.
• Graviti menjadikan Bumi dan planet-planet lain di sistem suria kita berada di
orbit mengelilingi Matahari. ...
• Pasang surut disebabkan oleh putaran Bumi dan kesan graviti Bulan dan Matahari

3 Q Apakah 3 Hukum Kepler?

A Sebenarnya ada tiga, hukum Kepler yang, menyatakan tentang gerakan planet
1) orbit setiap planet adalah elips dengan fokusnya iaitu Matahari;
2) garis yang bersanbung di antara Matahari dan planet mempunyai luas
kawasan yang sama pada masa yang sama; dan
3) kuasa dua tempoh orbit planet berkadar langsung dengan kuasa tiga paksi
semi major

4 Q Adakah graviti adalah daya atau pecutan?

A Di Bumi semua objek mempunyai berat, atau daya graviti ke bawah, sebanding dengan
jisimnya, yang ditindakkan oleh jisim Bumi ke atasnya. Graviti diukur dengan pecutan
objek yang jatuh bebas. Di permukaan Bumi, pecutan graviti adalah sekitar 9.8 ms-2
5 Q Adakah terdapat graviti di bawah air?

A Graviti tidak terjejas sama sekali dengan berada di bawah air. Graviti adalah tarikan
antara dua objek. Tetapi ia sangat lemah sehingga tidak dapat dikesan kecuali salah
satu objeknya besar - seperti bumi. Daya graviti disebut berat dan bergantung pada
dua perkara: penarik dan takar.

6 Q Apakah kesan graviti pada tubuh manusia?

A Oleh kerana tubuh manusia kebanyakan terdiri daripada cecair, graviti cenderung
memaksa mereka ke bahagian bawah badan, dan badan kita mempunyai banyak
sistem untuk mengimbangi keadaan ini. Apabila dilepaskan dari tarikan graviti, sistem
ini terus berfungsi, menyebabkan pengagihan semula cecair secara umum ke bahagian
atas badan.

10
LATIHAN 3.1
BAHAGIAN A
1 Di antara yang berikut, yang manakah mempengaruhi kekuatan daya graviti antara
dua objek.
[Mengetahui]

A Jisim dan jarak

B Jisim dan jirim

C jarak dan berat

D berat dan jisim

2 Berapakah daya graviti antara dua asteroid dengan jisim yang sama iaitu 50,000
kg dan dipisahkan sejauh 1000 m?
[Mengaplikasi kuantitatif]

A 2.50 x 103 N

B 3.30 x 10-12 N

C 1.67 x 10-4 N

D 1.67 x 10-7 N

3 Dua objek berbentuk sfera dengan jisim masing-masing 9000 kg dan 2500 kg.
Kedua-duanya dipisahkan dengan jarak 1.5 m dari pusat objek. Berapakah daya
tarikan graviti di antara dua objek tersebut?
[Mengaplikasi kuantitatif]

A 6.67 X 10-4 N

B 1.00 X 10-3 N

C 1.00 X 10-5 N

D 6.67 X 10-6 N

11
4 Jisim planet Marikh ialah 0.642 x 1024 kg dan diameter planet Marikh ialah 6792
km. Berapakah pecutan graviti di permukaan planet Marikh?
[Mengaplikasi kuantitatif]
[G = 6.67 × 10 N m kg ]
–11 2 –

A 12609

B 0.92

C 3.71

D 7.31

5 Anda menghayunkan sebaldi air yang dilekatkan pada tali dalam bentuk bulatan di
atas kepala anda. Apakah yang menyebabkan air di dalam baldi tidak
tumpah? [Memahami]

A Geseran

B Graviti

C Daya memusat

D Inersia

12
BAHAGIAN B
SOALAN STRUKTUR

1. Nyatakan Hukum Kegravitian Semesta Newton.


[ Mengetahui ]
………………………………………………………………………………………………………………………..…………

……………………………………………………………………………………………..………………………………………

2. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi magnitud daya graviti antara dua jasad.
[Mengetahui]

…………………………………………………………………………………………………………………..…………………

3. Sebuah satelit komunikasi mengorbit bumi pada ketinggian 46 000 km.


( Diberi jejari bumi = 6.4 x 106 m)

a) Kira jarak satelit dari pusat bumi

b) Jika jisim satelit ialah 350 kg, berapakah daya 13ravity antara satelit itu
dengan Bumi?

Diberi ; G = 6.67 x 10-11 N m2 kg-2, jisim bumi = 6 x 1024 kg


[Mengaplikasi Kuantitatif]

4. Kira daya graviti yang wujud di antara 2 individu yang berjisim 60 kg dan 80 kg yang
berada sejauh 150 cm antara satu sama lain.
[Mengaplikasi Kuantitatif]

13
5. Berapakah daya graviti yang dikenakan ke atas bumi oleh matahari? Jisim matahari
dan bumi masing-masing adalah 1.99 x 1030 kg dan 5.97 x 1024 kg. Jarak antara bumi
dan matahari ialah 1.496 x 1011 m.
[Mengaplikasi Kuantitatif]

6. Planet P dan planet Q mempunyai jisim 3 x 1024 kg dan 4.5 x 1025kg. Kekuatan daya
graviti antara kedua-dua planet adalah 3.6 x 1020 N. Berapa jauh planet P dari planet
Q?
[Mengaplikasi Kuantitatif]

7.
Sebiji botol berjisim 0.3 kg diikat pada hujung tali dan dipusing mengikut bulatan ufuk
dengan kelajuan 5 m s–1. Daya memusat yang terhasil ialah 10 N.

a) Berapakah jejari orbit pusingan itu? [mengaplikasi]

b) Jika kelajuan ditambah menjadi 15 m s–1, berapakah daya memusat yang


bertindak?
[Mengaplikasi Kuantitatif]

14
VIDEO + LATIHAN LANJUTAN

Tajuk link QR CODE

Tutorial 3.1 A KEGRAVITIAN - DAYA https://youtu.be/bpRQ7O01ue


GRAVITI M

Tutorial 3.1 B KEGRAVITIAN :: https://youtu.be/AWytVARSBd


PECUTAN GRAVITI, g s

Tutorial 3.1 C :: KEGRAVITIAN :: https://youtu.be/6lwVsU4_j-8


DAYA & PECUTAN MEMUSAT

Tutorial 3.1 D : DAYA MEMUSAT https://youtu.be/6k-I4-diPeo


PLANET / SATELIT

Tutorial 3.1 E :: LAJU LINEAR https://youtu.be/HkYfVsh2Xa0


DALAM GERAKAN MEMBULAT

https://drive.google.com/file/
Latihan Lanjutan d/11NWijyB7b_bv2PnIH7PiJA
mhuCnDiP3d/view?usp=sharin
g

https://drive.google.com/file/
Jawapan (Latihan Lanjutan) d/1v2KEkRDuvXK76uGbp2qRG
LuD1ef1kFsW/view?usp=shari
ng

15
JAWAPAN

LATIHAN 3.1
BAHAGIAN A

No soalan Jawapan

1 A

2 D

3 A

4 C

5 D

BAHAGIAN B

1. Hukum Kegravitian Semesta Newton menyatakan bahawa daya graviti antara dua
jasad adalah berkadar terus dengan hasil darab jisim kedua-dua jasad dan berkadar
songsang dengan kuasa dua jarak di antara pusat dua jasad tersebut

2. Jisim dua jasad dan jarak di antara pusat dua jasad

3. a) jarak = 46 000 x 103 m. + 6.4 x 106 m


= 5.24 x 107 m

b)
6.67 ×10 −11 × 350 × 6 ×10 24
F=
(5.24 ×10 )7 2

F = 51.013 N

4. 6.67 ×10 −11 × 60 × 80


F=
(1.5)2
F = 1.423 ×10 −7 N

16
5. 6.67 ×10 −11 ×1.99 ×1030 × 5.97 ×10 24
F=
(1.496 ×10 ) 11 2

F = 3.54 ×10 22 N

6. 6.67 ×10 −11 × 3 ×10 24 × 4.5 ×10 25


r =
2

(3.6 ×10 )
20

r = 5.0 ×109 m

7 0.3 × 52
10 =
r
a) r = 0.75 m
0.3 ×152
F=
0.75
b) F = 90 N

17

Anda mungkin juga menyukai