Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM KECEMERLANGAN SPM 2021 :

PROGRAM “STANDING IN THE


EYES (A’S)”

KELAS TEKNIK MENJAWAB SOALAN


PEPERIKSAAN
PERLAKSANAAN HEADCOUNT SPM 2021

Tarikh : 21 September 2021 – 25 September 2021


Hari : Selasa – Sabtu
Platform: Googlemeet

UNIT AKADEMIK MTAF 2021


1.0 PENGENALAN
Program kecemerlangan SPM merupakan salah satu program yang dirangka dan dijadikan
sebagai program tahunan Madrasah Tahfiz Al Furqan (MTAF). Program ini dirangka bagi
memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan ilmu pengetahuan demi masa
hadapan mereka. Program ini akan menyumbang kearah menyuntik semangat belajar para
murid untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM. MTAF sentiasa berusaha
menjadi ‘platform’ terbaik untuk guru-guru SPM meningkatkan prestasi akademik semua
matapelajaran.

2.0 MATLAMAT
2.1 Murid didedahkan dengan teknik menjawab soalan SPM bagi topik pilihan guru
matapelajaran untuk murid menguasai asas dalam matapelajaran tersebut untuk
meningkatkan peratus lulus matapelajaran berkenaan dalam peperiksaan.

2.2 Murid akan mengenal potensi diri yang ada untuk mencapai kecemerlangan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Membantu murid-murid menjawab dan mengulangkaji semua matapelajaran SPM
dengan berkesan.

3.2 Membantu guru-guru SPM menjalankan pengajaran dan pembelajaran


menggunakan input-input terkini.

3.3 Murid mendapat pendedahan cara mentransformasi sikap malas ke sikap rajin

3.4 Murid bermotivasi dan bersemangat dalam meneruskan perjuangan berlajar.

4.0 NAMA PROGRAM


“Standing The Eyes (A’s)”

5.0 TARIKH & HARI


21 September 2021 – 25 September 2021

Selasa - Sabtu

6.0 PLATFORM
Googlemeet

7.0 SASARAN
12 murid SPM 2021

UNIT AKADEMIK MTAF 2021


8.0 KPI (KEY PERFORMANCE INDICATOR)

 Murid belajar mengenai topik yang paling lemah untuk


mengukuhkan lagi kefahaman mereka.
Output  Murid mendapat semangat belajar dan mengenal potensi diri
 Peningkatan pencapaian lulus setiap matapelajaran sewaktu
Outcome peperiksaan percubaan 1 SPM 2021

9.0 TENTATIF PROGRAM

 21 SEPTEMBER 2021 (SELASA)

9.30 – 10.30 am Teknik menjawab matapelajaran BAHASA INGGERIS

11.30 – 12.30 pm Teknik menjawab matapelajaran BAHASA MELAYU

2.00 – 3.00 pm Teknik menjawab matapelajaran PENDIDIKAN SYARIAH ISLAM

 22 SEPTEMBER 2021 (RABU)

9.30 – 10.30 am Teknik menjawab matapelajaran PERNIAGAAN

11.30 – 12.30 pm Teknik menjawab matapelajaran BAHASA ARAB

2.00 – 3.00 pm Teknik menjawab matapelajaran PENDIDIKAN AL QURAN SUNNAH

 23 SEPTEMBER 2021 (KHAMIS)

9.30 – 10.30 am Teknik menjawab matapelajaran TASAWWUR ISLAM

11.30 – 12.30 pm Teknik menjawab matapelajaran SEJARAH

2.00 – 3.00 pm Teknik menjawab matapelajaran MATEMATIK

UNIT AKADEMIK MTAF 2021


 24 SEPTEMBER 2021 (JUMAAT)

11.30 – 12.30 pm Teknik menjawab matapelajaran SAINS

 25 SEPTEMBER 2021 (SABTU)

9.00 – 10.30 am Perlaksanaan/Makluman Headcount murid SPM guru kepada murid

10.30 – 12.00 pm Kata-kata semangat/motivasi guru kepada murid SPM

12.00 pm Penutup program

10.0 PENUTUP
Besarlah harapan sekiranya program ini berjalan dengan lancar dan mampu memberi impak
yang besar dalam kalangan murid SPM . Oleh yang demikian, diharap dengan menyertai program ini,
dapat membantu murid-murid menjawab soalan dengan cemerlang semasa peperiksaan percubaan
dan peperiksaan sebenar SPM nanti. Murid juga diharap dapat mengulangkaji dengan lebih berkesan
dan fokus kepada konsep dan fakta-fakta penting. Guru-guru pula diharap dapat memanfaatkan
program demi kecemerlangan matapelajran masing-masing. Jutaan terima kasih diucapkan kepada
semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, samada secara langsung mahupun tidak
langsung.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………… ……………………………….......

(NUR SYAHIRA BINTI MUJIB) (MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN AB. HALIM)

Guru Kanan Akademik Mudir

MADRASAH TAHFIZ AL FURQAN MADRASAH TAHFIZ AL FURQAN

UNIT AKADEMIK MTAF 2021

Anda mungkin juga menyukai