Anda di halaman 1dari 3

Rujukan Kami :

Tarikh :

Pengerusi
Jawatankuasa Penduduk PPR

Tuan,

JEMPUTAN MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN PPR


WILAYAH PERSEKUTUAN ANJURAN YAYASAN PELAJARAN MARA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Pelajaran MARA (YPM) akan mengadakan Majlis
Perasmian Program Pembangunan Pendidikan PPR Wilayah Persekutuan seperti
ketetapan berikut:

Tarikh : 13 November 2021 (Sabtu)


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Dataran PPR Seri Semarak
Penglibatan : 2 Orang Wakil Jawatankuasa Persatuan Penduduk PPR &
4 orang wakil peserta Program Pembangunan Pendidikan
PPR YPM

Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput tuan bersama 4 orang wakil peserta
Program Pembangunan Pendidikan PPR YPM di bawah selian tuan untuk menghadiri majlis
ini.

Pengesahan kehadiran dan senarai nama peserta perlu dihantar kepada wakil kami Cik Nur
Qamarina di qamarina@ypm.org.my selewatnya pada 8 November 2021 (Isnin) sebelum
jam 12.00 tengahari.

Tentatif program dan templat senarai nama pelajar adalah seperti yang dilampirkan.

Kerjasama tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, salam hormat.

“Melonjak Pendidikan Melayu dan Bumiputera”

Yang benar

MOHD ISA BIN CHIK


Pengurus
Seksyen Kecemerlangan Pelajar
Yayasan Pelajaran MARA
ATURCARA MAJLIS PERASMIAN
PROGRAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN PPR
WILAYAH PERSEKUTUAN ANJURAN YPM

13 NOVEMBER 2021 | SABTU


DEWAN DATARAN PPR SERI SEMARAK

MASA PERKARA

0845 Ketibaan & pendaftaran pelajar

0900 Slot Motivasi Hala Tuju & Kecemerlangan Pelajar

1045 Ketibaan tetamu jemputan

1050 Ketibaan tetamu VVIP

1055 Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu MARA

Ucapan aluan pengerusi majlis

Bacaan doa

Ucapan aluan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk PPR Seri


Semarak
Encik Hafzrullah Bin Nakibullah

Ucapan aluan Pengerusi Eksekutif YPM


Booth pameran YBhg. Dato Dr. Mohd Nizar Bin Haji Sudin
IPMA akan dibuka
sepanjang program Ucapan perasmian Pengerusi MARA
YB Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Binti Dato’ Seri
1100 - 1230 Panglima Haji Mohd Dun

Penyerahan bantuan persekolahan YPM & Rural Capital


Berhad

Penyerahan Mock Cheque Sumbangan Rakan Strategik


kepada YPM
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Penyerahan cenderahati

Sesi bergambar

Lawatan Pengerusi MARA ke booth pameran IPMA

Sesi perbincangan YPM & MARA bersama rakan strategik


1235
Jamuan makan tengahari
TEMPLAT SENARAI NAMA PELAJAR

PPR _____________________________

BIL NAMA NO KAD ALAMAT NO NAMA TAHAP NAMA ANGGARAN


PENUH PENGENALAN TELEFON SEKOLAH PENJAGA PENDAPATAN
KELUARGA (RM)
Conto Ali Bin 123456-78-9100 PPR Seri 012-3456789 SMK Raja 5 Samat Bin 1500.00
h Samat Semarak Abdullah Ahmad
1

Anda mungkin juga menyukai